Tidak dinafikan sekarang ini pelbagai promosi dibuat oleh syarikat yang mengeluarkan barangan kecantikan. Melabelkan produk mereka yang terbaik dan tidak meninggalkan kesan sampingan antara fakta popular dalam melariskan produk mereka.
Namun begitu ada antara fakta diberikan hanya sebagai penyedap kata dan bertentangan dengan perkara sebenarnya. Perkara ini dijelaskan oleh pengamal perubatan Dr Rusyainie Ramli yang berkongsi di laman sosial facebook miliknya.
Menurutnya beliau bukanlah seorang jurumekap atau kakak mengandam, tetapi menjelaskan beberapa fakta sebenarnya dalam rutin penjagaan solekan harian.
Katanya lagi sebagai seorang wanita dan juga bermekap, memadai cukup menggunakan bedak asas yang dijual di farmasi atau drugstore. bukan sahaja harga mampu milik tetapi juga terbukti selamat.
Baca perkongsiannya di sini.
IKLAN
Hairan dengan iklan yang ditawarkan
Saya bukan jurumekap atau kakak mengandam. Tapi kan bila saya tengok iklan ni, saya kehairanan dan kepelikan.
Ni iklan bedak asas atau foundation. 1. Betul ke foundation boleh mengecutkan jerawat, menghilangkan parut? Apa kandungan dia ya? Sebab kalau ada bahan aktif, dah tak boleh bawah kosmetik. Ianya mesti di bawah ubat berdaftar. Lagipun, bedak asas yang saya pakai, dari jenama terkemuka pun tak mampu nak buat macam tu. Kosmetik kan. Hebat betul formulari dia. Foundation saya tu hanya boleh tutup sikit la parut atau kesan jeragat. Bukan menghapuskan. Basuh bedak asas tu, nampak la segala cela di muka kan. Nak bagi tak nampak kena pakai concealer. Frasa-frasa dalam iklan ni mengelirukan la.
2. Sebelum pakai foundation, kena lah buat penjagaan kulit yang rutin. Lepas tu baru pakai makeup base. Kemudian baru letak bedak asas. Bukan begitu ke? Iklan ni kata tak payah letak apa-apa krim pun. Saya tak mengerti apa maksud dia.
IKLAN
Mana boleh sama warna dan tona bedak asas
3. Bedak asas ni 1 warna dan tona saja. Lagilah keanehan. Kulit kita ni kan macam-macam warna dan tona. Takkan lah 1 tu sesuai untuk semua wanita. Saya ni cokelat kelam. Mana boleh sama warna dan tona bedak asas dengan Dr. Sakinah yang putih melepak. Kalau saya pakai foundation ni boleh jadi macam tepung gomak jadinya.
4. Mengawal kulit berminyak? Saya mungkin salah, tapi setahu saya foundation biasanya kalau dah disapu pada muka, kita berpeluh dan muka kita macam mana pun akan nampak berminyak. Bedak asas ni seakan satu lapisan atas muka yang menutup pori-pori kat muka. Saya tak pernah tahu pula yang bedak asas boleh buat tu. Bukan ke pelembab kulit kita yang bersesuaian sepatutnya buat begitu. Ke pemahaman saya selama ni tak betul?
5. Muka memang berseri la dah pakai mekap. Itulah tujuan kita bermekap. Aduh.
IKLAN
6. Bedak asas ni katanya tak ada bahan kimia. Ya Allah. Hish. Air pun bahan kimia la. Jangan lah sampai begitu dangkalnya asas sains.
Harga jualan sangat mahal
7. Produk ni ada nombor NOT. Bermakna ia telah termasuk dalam senarai kosmetik KKM tetapi ia bukan bermaksud yang ia mendapat kelulusan KKM. Sistem notifikasi kosmetik hanyalah satu cara di mana pemilik produk menghantar maklumat kepada KKM yang mengakui kosmetik dia selamat. Betul ke tidak? Wallahualam. Tapi sebab tulah KKM buat post marketing surveillance di mana produk ni boleh diambil secara rawak di pasaran dan diujikaji kandungannya sekiranya sesuatu produk itu diragui keselamatannya.
8. Akhir sekali, harga foundation ni mak ai sungguhlah mahalnya. Jenama yang saya guna RM209 untuk 30ml. Tu dah kira antara yang paling tinggi dalam jenama foundation. Tapi yang ni, 5ml saja RM89! Pengsan . Mahal kan? Mungkin la sebab ada 15 kelebihan bedak asas ni, maka harganya begitulah. Cuma, kenapa jenama yang ada makmal research & development tak beli formulasi yang begini punya gah hasil keluaran tempatan?
Kalau tanya saya secara peribadi, sebagai wanita yang pakai mekap, dan bukan sebagai doktor, saya cuma pilih bedak asas yang ada di farmasi terkemuka, kalau bajet tu terhad. Sebab dekat Watson dan Guardians, banyak jenama yang terbukti selamat, tak buat overclaim melampau dan mesra pada poket.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Majlis perkahwinan adalah hari yang paling ditunggu bagi bakal raja sehari. Biasanya pada hari bahagia di majlis perkahwinan inilah kita mahu tampil anggun dan cantik. Pelbagai tema dipilih untuk memeriahkan suasana detik paling membahagiakan ini.
Walau apa juga tema yang dipilih, penampilan hari itu mestilah mahu menjadi antara Ratu Sehari paling anggun dan cantik.
Tidak dinafikan ada yang memilih tema simple, klasik, garden wedding dan ada juga yang tertarik untuk menggayakan tema Bollywood sempena majlis perkahwinan.
Viral baru-baru ini warga net muat naik bberapa keping gambar tema Bollywood yang santun dan menutup aurat.
Dengan sentuhan mekap ala pelakon Bollywood, pastinya penampilan anda nanti di mahligai akan memukau pandangan.
1. Sentuhan mekap ala Bollywood serlah penampilan.
2. Memilih rona coklat atau warna nude.
3. Aksesori di atas dahi pelengkap gaya Ratu Bollywood.
4. Juga tidak dilupakan aksesori yang diletakkan pada hidung. Apa yang penting hijab menutup aurat.
5. Persalinan lengkap Bollywood dengan pilihan rona terang.
6. Gaya cukup memukau.
7. Jangan lupa lapiskan bahagian tengah baju dengan inner rona sedondon untuk menutup kain jarang yang biasa digunakan untuk membuat baju.
8. Warna terang sering jadi pilihan Ratu Sehari.
9. Tidak kurang menariknya jika menggayakan rona pastel. Yang penting lengkap aksesori.
10. Gelang tangan juga pelengkap gaya Ratu Sehari.
11. Veil rona sedondon dengan perincian manik menyempurnakan gaya anda.
12. Jangan lupa untuk memakai inai yang dilukis mengikut corak yang digemari.
13. Choker juga antara salah satu aksesori penting.
14. Juraian rantai sebagai simbolik sebelum bertemu bakal suami.
15. Rona hijau emerald ini juga tak kurang menariknya.
Tip Ekstra:
1. Perlu ada muzik nyanyian penyanyi Bollywood yang jadi kegemaran ramai seperti Kuch Kuch Hota Hei, Mohabbatein, Gerua, Kal Ho Naa Ho atau Bole Chudiyan
2. Sebagai Ratu Sehari, pilih pakaian sari yang menutup aurat. Lebih banyak detailing atau perincian manik, lebih cantik penampilan seseorang.
3. Jangan lupa memakai inai yang juga pelengkap gaya seseorang itu.
4. Untuk rakan pengapit atau bridesmaid juga perlu memakai pakaian ikut tema. Pastikan warna senada bagi memeriahkan lagi majlis diadakan.
5. Sentuhan dekorasi turut mengikut tema bollywodd dengan memperbanyakkan bunga yang berwarna terang.
6. Hidangan juga perlu diselitkan menu yang bersesuaian seperti, capati, nasi beriani, manisan vadey, maruku, laddu dan yang penting halal.
SUMBER: FACEBOOK
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dalam 13 hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut bulan suci Ramadan Kareem yang diikutkan jatuh pada tanggal 23 Mac 2023. Sudah tentu ramai ingin bersiap sedia mulai awal bulan lagi untuk mengganti puasa yang tertinggal sebelum ini.
Bila bakal menjelang bulan Ramadan, pasti ramai yang risau jika diri tidak kuat untuk menahan nafsu dan tenaga untuk menghadapi puasa. Bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa juga punyai masalah untuk kekal bertenaga pada bulan suci itu.
Diikutkan lagi, ramai yang punyai tip mereka tersendiri untuk mengekalkan tenaga ketika berpuasa. Jadi ayuh kita lihat beberapa cara yang senang anda ikuti untuk kekal bertenaga walaupun berpuasa!
#1. Minum Sebanyak Lapan Gelas Air
Ramai dalam kalangan kita yang selalu menghadapi masalah kurang minum air ketika berpuasa. Mungkin anda boleh cuba minum satu gelas air mengikut panduan masa di bawah:
Selepas azan Maghrib
Selepas selesai solat Maghrib
Selepas makan
Selepas solat Isyak
Selepas solat Terawih
Sebelum tidur
Selepas bangun dari sahur (sebelum makan)
Selepas habis makan sahur
Untuk mereka yang ganti puasa pada bulan ini bolehlah tukar masa berikut mengikut citarasa dan cara anda sendiri. Siapa tahu dengan ini anda akan lebih berdisiplin untuk kekal hidrasi meski pun berpuasa.
#2. Kurangkan pengambilan garam
Kenapa kena kurangkan garam? Ini kerana tindak balas badan kepada garam akan membuatkan tubuh badan cepat dehidrasi dan berlakunya masalah kehilangan air yang cepat.
Maka, badan akan menjadi cepat lesu, letih sehinggakan tiada langsung tenaga untuk bercakap. Jadi kurangkan apa-apa makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi ya sis.
#3. Jangan ambil minuman Kafein terlalu banyak
Ada dalam kalangan kita yang tidak mahu berpisah dari minum kafein seperti teh dan kopi. Sebenarnya, kafein punyai sifat diuretic yang tinggi, ia merangsang pembentukan air kencing dan memaksa tubuh menyingkirkan air dan garam dari badan.
Jadi, badan anda akan dehidrasi dan mula tidak bertenaga sepanjang berpuasa. Mulalah nanti mengantuk, kulit kering, pening kepala dan sebagainya, maka elakkan dari minum minuman kafein.
Untuk menghadapi kehidupan berpuasa anda harus sahur tidak kira apa pun. Ini kerana ia penting untuk bantu anda menambahkan tenaga sewaktu berpuasa dan pastikan badan kekal cergas sentiasa!
Bagi mereka yang malas dan tak tahu untuk ambil makanan atau minuman apa ketika sahur, bolehlah ambil satu paket minuman bertenaga MILO untuk pastikan anda kekal bertenaga!
Minuman bertenaga MILO ini juga menjadi pilihan yang bagus untuk anda yang inginkan minuman berkhasiat dan mudah di bancuh sewaktu sahur. Park Seo-Joon turut gemari minuman coklat ini kerana dapat mengekalkan tenaga berpanjangan.
“Saya juga selalu minum MILO awal pagi untuk berikan tenaga yang berpanjangan untuk lakukan rutin harian.”- Adriana Adnan
“Saya gemar minum MILO ais dan ada juga minum MILO 3in1 sebelum tidur.”- Yaya Zahir.
PERINGATAN! Pastikan anda jaga diri dan kesihatan dalam melakukan ibadah berpuasa. Jangan pula untuk ganti puasa kerana tak lama lagi dah hampir tiba untuk bulan Ramadan.
Hidup bersama manusia adalah satu cabaran yang cukup hebat buat diri kita. Setiap individu juga punyai peranan dan kelakuan masing-masing yang adakalanya membantu dan menguji kesabaran diri.
Jelas sekali akan ada yang gemar untuk ‘membawa mulut’ dan menyebarkan kisah-kisah tidak manis di dengar. Apatah lagi cerita itu terpalit pula ada kena mengena dengan diri kita.
Bukan apa…cuma nak ambil berat sahaja
Selalu kita dengar peribahasa yang sesuai untuk situasi ini, jaga tepi kain orang, ianya cukup untuk menggambarkan sifat ‘terlebih ramah’ seseorang tentang kehidupan orang lain. Apakan pula sesetengah dari kita suka menyampaikan pula aib seseorang kepada orang lain.
Perbuatan suka menyebarkan aib orang dan terlalu rajin untuk bercerita hal orang ini sangat ditegah dan dipandang hina dalam Islam. Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang suka perbuatan yang amat keji itu (berita palsu) tersiar di kalangan orang beriman, mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat, dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (an-Nur: 19)
Firman Allah S.W.T bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga).” (an-Nur: 11)
Firman Allah S.W.T bermaksud:
“Dan fitnah itu lebih kejam dari pembunuhan.” (al-Baqarah: 217)
Usah sibukkan hal orang, lebih baik fokus pada diri
Apabila bersembang pula kita lupa untuk melihat pula pada diri sendiri. Adakah sempurna sifat diri ini? Cukupkah pahala dosa kita dibandingkan orang lain? Jadi elakkan berkata tentang orang lain dan cuba fahami baik dan buruk diri sendiri.
Luangkan masa mendengar motivasi dan perbualan yang berunsurkan ilmiah.
Ambil setiap kisah dan masalah yang di hadapi orang sekeliling sebagai pengajaran dalam hidup
Sentiasa husnudzon atau bersangka baik pada setiap manusia
Percaya setiap orang mempunyai kelebihan mereka tersendiri meski pun jelas kekurangan mereka
Ingat, dalam masa kita suka mengata orang atau ber-gosip, adakah cukup pula masa kita untuk meminta maaf pada setiap insan yang di cerca itu? Sentiasa berjaga dan kawal diri sebelum berkata-kata.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!