Dr. Amalina Bakri nama yang cukup dikagumi dan menjadi idola buat hijabi muda. Kebijaksanaannya dalam bidang akademik memang tidak dipertikai sejak mencapai keputusan cemerlang dalam SPM tahún 2004.
Kini beliau menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran di luar negara. Dr. Amalina juga pernah berkongsi empat cara mudah buat mereka yang mahu lancar dalam berbahasa Inggeris.
Pencapaian beliau cukup dikagumi.
Menurut doktor muda ini, ada 4 cara dilakukan olehnya bagi membolehkan beliau fasih berbahasa Inggeris. Dan perkongsiannya di laman twitter miliknya DrAmalinaBakri ini sangat berguna bagi mereka yang mahu memahirkan diri dalam bahasa kedua ini.
Ads
#1. Kena yakin bercakap walaupun hanya broken English. Jangan hirau sesiapa jika ada yang cakap berlagak jika sedang bercakap English.
Ads
#2. Boleh juga gunakan plarform online. Kalau dulu sangat popular MSN dan Yahoo yang boleh kita gunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dari luar negara. Menurutnya beliau dulu menulis surat kepada mereka sewaktu usianya 12 tahun.
#3. Belajar melalui drama, filem dan lagu. Sangat membantu. Ini cara terbaik untuk belajar bahasa Inggeris. Banyakkan melihat drama, filem atau lagu dan daripada situ akan mempelajari sesuatu perkataan atau ayat baru.
#4.Teruskan berlatih dengan orang sekeliling terutama mereka yang sangat fluent bercakap English. Melalui cara ini dapat mengetahui kesilapan memperbetulkan struktur tatabahasa mereka.
Untuk berkahwin, restu ibu bapa sangat diperlukan. Kenapa? Kita sangat perlu kepada redha atau restu ibu bapa dalam semua perkara termasuk dalam membina rumah tangga.
Redha ibu bapa amat penting kerana ia membekalkan kita keyakinan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Dan untuk mendapat redha ibu bapa, kita perlu menjaga hati mereka. Walaubagaimanapun jom kita baca pencerahan ustaz dan beberapa hadis yang menyokong.
Soalan : Ustaz saya nak tanya jika seorang lelaki ingin berkahwin dengan seorang perempuan tetapi ibu lelaki tersebut tidak restu, apakah lelaki tersebut perlu mengikut kehendak ibunya dan apakah hukum jika lelaki tersebut berkahwin juga tanpa restu ibunya apakah dikira berdosa besar? minta pencerahan ustaz terima kasih…
Islam melarang seorang anak derhaka kepada kedua ibu bapa dan Islam juga melarang memutuskan silaturahim kepada keluarga. Berkahwin dengan perempuan pilihan hati bukan wajib dan berdosa jika tak jadi kawin dengannya tetapi menghampakan hati ibu bapa dan melukakannya satu dosa besar. Hukumnya wajib mentaati ibu bapa dalam perkara harus dan sunat. Perkahwinan yang tak dapat restu ibu bapa tak akan mendapat keberkatan dan redha Allah SWT.
Terdapat beberapa hadis menjelaskan betapa pentingnya mendapat persetujuan dan redha ibu bapa .
Jangan putuskan silaturahim dengan ibu bapa kerana hendak berkahwin dengan wanita pilihan hati :
Allah menjawab: “Ya. Apakah kamu senang kalau Aku menyambung orang yang menyambungmu, dan memutuskan orang yang memutuskanmu?”
Ia berkata: “Tentu saja”.
Allah berfirman: “Itulah milikmu”.
Kemudian Rasulullah SAW. bersabda: Bacalah ayat berikut ini kalau kalian mau: “Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan telinganya dan dibutakan matanya. Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur’an ataukah hati mereka terkunci. ” (Hadis Shahih Riwayat Muslim)
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Momen ‘sweet’ antara Raja Permaisuri Agong dan Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah berkongsi buku Surah Yasin ketika majlis bacaan surah Yasin menarik perhatian netizen. Ternyata aksi dua wanita istimewa ini nampak sungguh natural umpama ibu dan anak.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan 2019 di Masjid Negara, semalam.
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada jam 7.10 malam disambut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Imam Besar Masjid Negara,Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudiannya berkenan menunaikan solat maghrib diikuti dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat yang diketuai Syaikh Ismail.
Rata-rata netizen memuji momen indah yang terjalin antara keduanya. Ada di antara mereka merasakan ia adalah satu momen yang paling indah untuk rakyat Malaysia.
Vitamin C merupakan salah satu jenis vitamin yang diperlukan oleh badan. Manfaatnya dapat memberikan fungsi antioksidan, memproduksi kolagen, dan memberikan fungsi kebal.
Pelancaran dari kesibukan sistem proses makanan di dalam badan tidak dapat memproduksi vitamin C kerana ia merupakan vitamin penting. Jadi, anda perlu mengambil makanan atau suplemen tambahan untuk memenuhi pengambilan tersebut.
Jadi, berapa banyak jumlah atau sukatan vitamin C yang badan anda perlukan? Apa jadinya jika badan terlebih vitamin C. Adakah akan memberi risiko berbahaya pada badan anda? Jom, baca penerangannya di sini!
Tidak seperti vitamin yang larut dalam lemak sehingga dapat disimpan dalam badan dan dapat menyebabkan efek sampingan, vitamin C larut dalam air. Jadi ketika hendak mendapatkan manfaat vitamin yang diperlukan, badan akan mengeluarkan sisa lebihan vitamin C melalui pembuangan air kecil. Oleh itu, vitamin C dalam dos tinggi tidak memberikan manfaat tambahan pada badan serta tidak menjadi racun kerana tidak dapat tersimpan dalam badan.
Badan memerlukan vitamin C sekitar 75 mg setiap harinya. Anda boleh mendapatkannya melalui makanan yang dimakan mahupun melalui suplemen tambahan. Untuk sukatan maksima vitamin C yang dapat diterima oleh badan orang dewasa adalah 2,000 mg. Maknanya, jumlah tersebut adalah jumlah maksima yang tidak akan menimbulkan risiko atau efek lainnya. Lebih dari itu dapat menimbulkan rasa mual serta cirit-birit.
Bagaimana boleh seseorang mendapatkan dos vitamin C hingga mencapai 2,000 mg? Hal itu mungkin saja terjadi, Hijabi jika anda memakan suplemen tambahan kekal atau vitamin manis (yang dapat dikunyah). Namun, dos vitamin C yang tinggi dalam badan dapat menyebabkan masalah perut.
Anda juga terdorong makan di dalam dos yang tinggi apabila tidak membaca label suplemen sebelum memakannya. Terutama jika makan suplemen yang mengandung ascorbic acid dan makanan yang diperkaya vitamin C.
BACA JUGA ARTIKEL INI:
Selain gangguan pencernaan, beberapa kajian juga menunjukkan sekiranya ada hubungan antara vitamin C dan bentuk batu ginjal. Salah satu penelitian menemukan pengambilan vitamin C dalam dos tinggi dapat meningkatkan risiko batu ginjal, terutama pada lelaki risikonya dua kali ganda dari wanita. Sedangkan pada penelitian lainnya, ditemukan tidak ada kaitan antara vitamin C dan batu ginjal pada wanita.
Kajian berpendapat kalau kebanyakan batu ginjal tyerhasil dari calcium oxalate. Oleh itu, muncul andaian oxalate dalam vitamin C dapat menyebabkan batu ginjal.
Tapi ingat pada pernyataan sebelumnya, sisa lebihan vitamin C yang tidak digunakan oleh badan akan dibuang terus melalui urin. Makanya, vitamin C tidak menjadi masalah dalam badan. Para doktor kemudian mengingatkan kalau oxalate yang dihasilkan dari vitamin C boleh jadi sebenarnya berasal dari sukrosa dan zat aditif lain dalam suplemen.
Oleh iu, tidak salahnya untuk bertanyakan pada doctor anda mengenai kandungan suplemen vitamin yang anda makan untuk menghindari kesan sampingan pada kesihatan anda.
Pada dasarnya, vitamin C itu selamat untuk badan. Baiknya, pada mereka yang mendapatkan pengambilan vitamin C dari sumber yang sihat dengan dos yang tepat untuk badan. Sumber sihat yang dimaksudkan adalah buah dan sayuran. Sayuran dan buah-buah yang dicadangkan dapat menghasilkan vitamin C sihat adalah citrus, tomato, buah berry, dan sayuran hijau.
Para doktor mengesyorkan untuk makan suplemen atau vitamin tambahan jika pengambilan makanan sihat anda kurang dari yang seharusnya, iaitu 3-4 bahagian setiap hari. Kerana sekiranya kurang, badan anda tidak akan mendapatkan dos vitamin C yang cukup.
Jadi, anda dapat makan vitamin dengan catatan yang sepatutnya dengan membaca label pangan tersebut. Sebab, anda berisiko mengalami dos vitamin C yang tinggi ketika memenuhi pengambilan itu dengan konsumsi suplemen tambahan, seperti minuman vitamin C atau multivitamin.
Jadi kesimpulannya, kelebihan dos vitamin C dapat menyebabkan gangguan pencernaan serta menimbulkan rasa mual. Adapun penelitian yang menunjukkan kalau vitamin C meningkatkan risiko batu ginjal.
Namun, perlu diingat kalau vitamin C merupakan vitamin yang larut dalam air sehingga ekstra dos yang tidak terpakai oleh badan akan dibuang langsung melalui urin. Pertanyaan sekarang, apa anda telah mencukupi pengambilan vitamin C hari ini, Bela?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tip penjagaan kulit wajah yang mudah diamalkan setiap hari untuk mendapatkan kulit sihat, berseri dan terlindung. Ketahui rutin asas yang membantu mengekalkan kecantikan kulit secara semula jadi.