Tomato sarat dengan vitamin A dan C, malah semakin matang buah tomato itu, kandungan vitaminnya juga semakin banyak. Selain dijadikan ramuan masakan, tomato juga digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan.
Walaupun dikategorikan sebagai makanan, tomato juga kaya dengan pelbagai manfaat untuk menjaga kecantikan kulit dan rambut. Sebagai sayur yang memiliki kandungan air yang tinggi, tomato boleh membantu melembapkan kulit dan membuatkannya lebih sihat.
Tomato bukan sahaja mudah untuk didapati tetapi juga boleh dibeli dengan harga yang murah. Banyak kegunaan tomato untuk tujuan kecantikan.
Kecilkan Liang Pori
Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur. Sapu pada wajah dan biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Kemudian, barulah bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini dikatakan dapat mengecilkan liang pori kulit wajah.
Ads
Atasi Kulit Kering
Untuk atasi kulit kering, campurkan air perahan tomato dengan yogurt original. Jadikan bahan ini sebagai masker, sapu pada keseluruhan wajah. Biarkan ia kering, kira-kira 30 minit. Bilas dengan air suam, kulit bukan sahaja lembap malah berseri.
Kulit Cerah Sekata
Campuran jus tomato dan madu amat mujarab untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. Sapu bahan tersebut pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan air perahan limau nipis. Hasilnya kulit akan cerah sekata.
Singkir Lemak
Ads
Amalkan makan tomato pada waktu pagi, ia dikatakan mampu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus ini juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan. Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia akan membuatkan kita berasa kenyang.
Kulit Badan Mulus
Mudah saja untuk kembalikan kelembapan kulit, lenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali, pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Ads
Bantu Atasi Kelemumur
Bagi yang ada masalah kelemumur, lenyek tomato, sapukan di bahagian kulit kepala. Lakukan selama 15-20 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Buat dua kali seminggu, kulit kepala akan bersih dan bebas kelemumur.
Rawat Rambut Kering
Ia juga boleh digunakan untuk merawat rambut yang kering dan bercabang. Lumur rambut dengan jus tomato, balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Insya-Allah rambut akan sihat dan bersinar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Umum mengetahui perkahwinan di antara Marcell dan Rima Melati pada 2009 menimbulkan tanda tanya apabila perkahwinan yang dilangsungkan dalam suasana berbeza agama.
Namun ternyata, tiga tahun selepas berkahwin penyanyi bersuara lunak ini telah mememeluk agama Islam. Kongsinya, “Orang ucap tahniah saya masuk Islam ternyata ramai tak tahu saya dah peluk Islam sejak 2012.”
Marcell akui selama ini ramai yang tidak pasti dengan pegangan agamanya. Menurut penyanyi berusia 45 tahun itu dia bukan sengaja menyembunyikan perihal berkaitan kepercayaan agama atau spiritual itu, sebaliknya dia akui bukan mudah buat dirinya berkongsi secara terbuka.
“Pertama kali berpuasa pada tahun 2012 setelah menganut agama Islam, sejak dahulu, pencapaian spiritual itu bukan sesuatu yang bukan saya boleh kongsi dengan kebanyakan orang.
“Apatah lagi, saya jenis orangnya banyak belajar latar agama dan kepercayaan. Saya mempelajari banyak kebaikan-kebaikan dari setiap kepercayaan.
“Jadi, untuk berkongsi perkara seperti ini tidak gampang (mudah). Tidak semua orang boleh terima,” katanya ketika ditemubual oleh Astro Gempak.
Suami kepada pelakon asal Singapura, Rima Melati itu memberitahu Islam akhirnya membuka jalan dirinya bertemu ketenangan hidup. Untuk pengetahuan pembaca Hijabista, hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata.
“Kita harus buka membuka itu (tenang) untuk datang. Kalau kita sudah menutup diri dalam erti dengan kesombongan dan ketikdakikhlasan, ketenangan tidak akan datang.
“Percayalah. Jangan sampai kita anggap bahawa kedamaian jiwa, kebahagiaan bahkan kasih sayang sesuatu yang patut dikejar. Ia ada di mana-mana. Hanya tinggal kita buka ‘jendela-jendelanya’, ia akan datang dengan sendiri.
“Kalau jendela yang saya maksudkan itu dibuka, bermakna kita sudah ikhlas melepaskan. Kita perlu nikmati ibadah kita. Dalam solat, tahajud atau apapun atau puasa, nikmati momennya.
“Puasa itu tidak bermakna menahan lapar. Solat itu bukan hanya satu rutin yang dilakukan depan sejadah. Atau fikir surah al-Fatihah itu hanya sekadar surah pembuka al-Quran,” ujarnya bagaimana agama mengajar mencari ketenangan dan erti reda.
Penyanyi terkenal Indonesia ini berkongsi mengenai perkara tersebut semasa sidang media konsert Marcell Dua Dekade Live in Kuala Lumpur di ibu negara, semalam. Konsert anjuran The Jay Events & Media itu bakal berlangsung pada 9 Disember 2022 bertempat di Zepp KL.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Siapa sahaja yang tidak suka mendengar muzik, sudah pasti setiap orang mempunyai genre muzik tersendiri tidak kira balada, jazz, rock, dan sebagainya. Jadi anda tahu tak bahawa muzik juga mempengaruhi mood kita?
Adakah betul muzik berkebolehan sebegitu atau ia sekadar bualan kosong sahaja? Ya, terdapat kajian yang menunjukkan emosi kita boleh terangsang dengan lagu yang kita dengari.
Mungkin ada yang tidak tahu bahawa muzik mempunyai kesan kepada emosi–mungkin ia membawa kepada positif mahupun negatif berpandukan muzik tersebut. Muzik juga diakui dapat bantu menyingkirkan kesedihan dan juga kegelisahan serta ia dapat meningkatkan rasa bahagia dan baiki emosi.
Menurut Hellodoktor, beberapa pakar beranggapan muzik dapat membantuk mengurangkan potensi kemurungan dan kegelisahan oleh kerana ia dapat beri kesan yang banyak di bahagian otak. Hippocampus, prefrontal, dan korteks adalah bahagian otak yang memainkan peranan untuk mengendalikan emosi dan juga perasaan dalm pengurusan aspek rentak, meter, timber, pitch sesuatu muzik.
Ahli terapi juga menggunakan muzik sebagai alternatif untuk mengajar individu yang menghidapi strok atau bagi individu yang lembam untuk bercakap kembali atau tidak mampu bercakap dengan jelas. Juga terapi itu boleh membantu perubahan emosi sebagai rawatan kemurungan dan kegelisahan. Ada beberapa lagi kegunaan muzik yang lain, antaranya:
Seperti yang kita tahu, kebanyakan orang yang sedih sering menggunakan alternatif lain untuk mengekspreskan perasaan mereka itu kepada sesuatu benda. Jadi muzik menjadi salah satu alternatif buat kebanyakan orang kerana apabila anda mendengar lagu yang bernada menenangkan, ia dapat menyumbangkan kepada serotonin, hormon yang berperanan penting untuk mewujudkan rasa bahagia dan keselesaan.
Muzik juga mampu mengeluarkan satu hormon yang di panggil dopamin, neuroytransmiter yang penting untuk meningkatkan emosi. Hormon sperti norepinephrine juga terhasil dengan banyak jika seseorang itu mendengar muzik yang gembira.
Bukan sahaja berfungsi untuk mengubah emosi anda dari sedih kepada gembira, ia juga boleh mengubah emosi yang bakal muncul secara bila-bila. Gelombang di otak akan dapat berubah oleh muzik walaupun ia tidak kedengaran. Ini terbukti bahawa mendengar muzik adalah sinonim dengan rasa positif selama berjam lamanya.
Begitulah hebat juga muzik yang mampu mengubah persepsi serta emosi kita. Tetapi muzik bukanlah penawar untuk segala-galanya, sudah tentu anda perlu bertafakur dan juga mendapatkan rawatan yang sebetulnya untuk membantu anda jikalau menghadapi masalah depresi atau kemurungan yang teruk.
Rawatan diri, termasuk penjagaan kulit, adalah penting untuk diri sendiri. Dan terlalu klise cantik hanya dirawat untuk penampilan luar sahaja.
Ketika berbicara mengenai kulit dan permukaan kulit, anda mungkin menganggap perlu merawatnya dengan krim topikal. Banyak yang kita lihat di luar adalah hasil dari apa yang berlaku di dalam. Makanan adalah sebahagian daripada itu.
Diet terutama mempengaruhi tahap hormon yang berbeza-beza dalam tubuh, dan hormon mengatur banyak proses semula jadi yang terjadi di dalam badan. Ini bermaksud keseluruhan kesihatan dan penampilan kulit, berkaitan erat dengan fluktuasi hormon yang dipengaruhi oleh diet.
Pengambilan makanan tertentu dan menghilangkan yang lain dapat membantu memperbaiki kulit anda. Walaupun begitu, makanan terbaik bergantung pada jenis kulit anda. Strategi ini serupa dengan cara anda memilih pelembap yang berbeza daripada dengan jenis kulit yang lain.
Pakar mencadangkan bermula dengan tidak menggunakan produk selepas membersihkan kulit anda dan perhatikan bagaimana penampilannya setelah beberapa jam. Terdapat beberapa petunjuk yang dapat membantu anda menentukan jenis kulit yang anda miliki.
Secara umum, jenis kulit utama adalah:
Dalam jenis kulit ini, mungkin ada masalah lain, seperti jerawat, mengelupas, atau kusam.
Jika kulit anda kelihatan:
Sekiranya kulit anda kering, ia mungkin dahagakan air dan memerlukan penghidratan. Minum 2 liter air setiap hari dapat membantu masalah kulit kering, tetapi anda juga boleh mendapatkan air melalui buah-buahan, seperti tembikai. Pakar juga mengatakan anda boleh dapat menghidrat kulit anda melalui asid lemak, seperti yang terdapat di:
Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tidak menghidrat seperti kafein dan alkohol yang berlebihan dapat mengeringkan kulit. Tahap toleransi setiap orang berbeza, pakar mencadangkan untuk membatasi diri kepada 400 miligram kafein sehari (kira-kira dua hingga tiga cawan kopi 8 ons).
Tetapi kulit kering bukan sekadar produk penyahhidratan. Kekurangan vitamin A dan C juga menyumbang kepada kulit kering. Pakar mencadangkan meningkatkan pengambilan:
Ramai yang menganggap individu yang memiliki kulit berminyak secara automatik menghasilkan lebih banyak minyak. Minyak anti-radang sebenarnya dapat dikurangkan.
Beberapa makanan dengan minyak anti-radang termasuk:
Pakar menasihati untuk membatasi makanan berminyak yang terlalu banyak diproses, seperti kentang goreng dan pengambilan gula secara minimum (atau di bawah 10 peratus sehari).
Beberapa pertukaran mudah dapat membantu mengawal kulit berminyak. Mencegah pengeluaran sebum yang berlebihan dan memerangi pori-pori yang tersumbat dengan menggantikan biji-bijian gandum dengan karbohidrat halus dan memilih ikan dan bukannya daging merah. Begitu juga dengan menggantikan makanan bergula, bagi anda juga boleh mengambil gula di dalam buah, ia juga boleh membantu.
Oleh kerana kulit kombinasi adalah campuran kering dan berminyak, pakar mengatakan bahawa menggabungkan rancangan makanan untuk kedua-dua jenis adalah terbaik untuk memulakannya. Individu dengan kulit gabungan tidak perlu membuang karbohidrat sepenuhnya. Tetapi penting untuk memperhatikan jenis biji-bijian dan gandum yang anda makan.
Karbohidrat boleh menyebabkan keradangan dan dapat membuang keseimbangan halus seseorang dengan kulit kombinasi. Ketika memilih karbohidrat, pilihlah yang mengandung protein tinggi dan glisemik rendah, seperti beras perang atau quinoa.
Walaupun jerawat sering dianggap sebagai masalah remaja, namun tidak. Jerawat permulaan dewasa, sebagai jerawat yang muncul untuk pertama kalinya pada individu ketika mereka dewasa. Menopaus adalah penyebab biasa, ini adalah gabungan minyak, keradangan dan bakteria.
Anda yang mempunyai jerawat agar tidak mengurangkan mikronutrien daripada mengikuti diet untuk kulit berminyak. Dapatkan banyak vitamin C melalui berry dan buah-buahan. Zink dapat membantu jerawat dan anda dapat menemukannya dalam kerang dan protein haiwan tanpa lemak seperti ayam. Anda juga boleh mendapatkan sumber zink berasaskan tumbuhan dalam makanan, seperti bijirin yang diperkaya dan biji labu.
Jangan lupa meminimumkan atau memotong susu, serta makanan bergula atau berlemak. Makanan ini telah ditemukan menyebabkan keradangan pada kulit dan menyebabkan lonjakan hormon yang mengatur produksi sebum. Peningkatan jumlah sebum yang dihasilkan dapat berkorelasi dengan penyumbatan kelenjar sebum dan perkembangan jerawat.
Probiotik, seperti yang terdapat dalam yogurt Yunani, boleh membantu jerawat. Anda dicadangkan agar berbincang dengan doktor atau pakar diet sebelum menyahkan makanan yang juga mempunyai manfaat pemakanan, seperti tenusu, kerana tubuh setiap orang berbeza.
Ahli dermatologi menekankan bahawa penyamakan bukan cara yang selamat untuk mendapatkan kulit yang bersinar secara semula jadi, kerana ia adalah bentuk kerosakan akibat cahaya matahari. Tetapi menambahkan makanan tertentu ke dalam diet anda dapat membantu anda mencapai penampilan yang dilapisi sinar matahari sepanjang tahun.
Makanan dengan lycopene merangkumi banyak buah dan sayur merah atau merah jambu, seperti:
Koko adalah sumber antioksidan semula jadi, makan coklat gelap tambahan (atau lebih dari 75 peratus). Jika tidak, anda mendapat lebih banyak gula daripada koko.
Perkara pertama adalah mustahak, perlu diingat bahawa, tidak kira apa yang anda makan, kulit semua orang akan bertambah tua akhirnya. Kedutan berlaku, dan tidak mengapa.
Cari makanan yang kaya dengan kolagen dapat membantu memperlambat prosesnya sedikit. Kolagen adalah protein yang terdapat secara semula jadi di dalam tubuh kita. Ini adalah gam yang menyatukan badan anda, tetapi anda mula kehilangan kolagen itu seawal usia 20-an.
Anda boleh mengisi kolagen dengan makanan kaya protein, seperti:
Vitamin C yang terdapat dalam blueberry dan buah sitrus dapat membantu tubuh menyerap kolagen. Mengehadkan makanan masin, seperti kentang goreng dan kerepek, kerana ia boleh menyahhidrat.
Apabila kulit matang menjadi kering, garis-garis halus dan kedutan mungkin kelihatan lebih jelas. Beberapa makanan dapat mengeluarkan kelembapan dari kulit, menyebabkannya menjadi kering dan memperburuk penampilan garis-garis halus dan kerutan.
Tetapi salah satu perkara terburuk yang anda lakukan adalah tidak cukup makan. Kulit memerlukan protein dan lemak untuk tetap gemuk serta otot sokongan. Walaupun diet anda bukanlah penyembuh semua untuk masalah kulit, pakar mengatakan bahawa ini adalah bahagian yang tidak terpisahkan dari pendekatan holistik untuk penjagaan kulit.
Makanan terbaik untuk kulit anda bergantung pada jenis kulit anda. Setelah mengetahui jenis kulit anda, anda boleh memilih makanan yang menunjukkan ciri terbaik anda dan mengurangkan masalah yang anda hadapi.
Berbincang dengan doktor anda sebelum mengehadkan atau membuang sesuatu dari diet anda. Secara amnya, untuk kesihatan kulit yang optimum, lebih baik makan makanan goreng dan bergula secara sederhana dan hadkan pengambilan alkohol.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.