Artis-artis tanah air dikhabarkan telah berkumpul dalam satu majlis ilmu gilang gemilang ‘Grand Maulid’ anjuran Pertubuhan Kasih Neelofa, bagi tujuan meraikan sambutan Maulidur Rasul 1444 hijrah lalu.

Kebanyakan para selebriti yang hadir, dilihat manis mengenakan tudung litup sambil menggayakan busana menutup aurat dan patuh syariah.

Malah, ada diantara mereka tampil mengenakan niqab, sekaligus mengundang pujian dan respon positif dari netizen yang teruja menyaksikan perkembangan baik artis kesayangan mereka.

Bagus Selebriti Muda Sekarang, Cakna Dalami Ilmu Agama

Berniqab Dan Berhijab Hadiri ‘Grand Maulid’, Gaya Artis Tanah Air Ini Curi Perhatian Netizen

Sumber Gambar: Instagram Wawa Zainal

Netizen dilihat meluahkan rasa syukur, gembira dan teruja apabila melihat selebriti ‘Favourite’ mereka kini mula menjadi Role-Model yang baik serta memberi manfaat kepada diri sendiri dan generasi akan datang, khususnya para peminat.

Menerusi hantaran di laman Instagram masing-masing, para selebriti mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih kepada pempengaruh media sosial, hajah Neelofa kerana mengundang mereka bersama-sama memperolehi keberkatan pada majlis tersebut.

IKLAN

Sapa Kata Artis Berudung Dan Berniqab Tak Boleh Bergaya? Cantik2 semua, sejuk mata memandang

Berniqab Dan Berhijab Hadiri ‘Grand Maulid’, Gaya Artis Tanah Air Ini Curi Perhatian Netizen

Sumber Gambar: Instagram Bella Astilah & Puteri Sarah Liyana

Meninjau keruangan komen, Hijabista mendapati hantaran para selebriti berkenaan telah mendapat respon yang amat baik dan sangat positif dari peminat masing-masing.

Artikel berkaitan: “Seronok Tengok Ramai Yang Berhijrah…”- Peminat Teruja Tengok Artis Berkumpul Dalam Majlis Ilmu!

IKLAN

“MashaAllah cantik-cantik semuanya.. Sejuk mata memandang, siapa kata artis bertudung dan berniqab tak boleh cantik-cantik? Ini Buktinya..”

“Alhamdulillah seronok tengok sama-sama cari keberkatan mengejar saham akhirat.. Inspirasi untuk orang lain positif dan sama-sama rasa nak mendalami ilmu agama.”

“Subhanallah. Seronok dan sejuknya tengok. Cantiknya bidadari syurga.”

Untuk rekod, antara barisan selebriti yang dilihat hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan seperti Bella Astillah, Zulin Aziz, Puteri Sarah Liyana, Kaka Azraf, Sherry Ibrahim, Wawa Zainal dan ramai lagi.

IKLAN

Majlis maulidur rasul berkenaan diisi dengan pengisian ilmu akhirat seperti berselawat secara berjemaah sambil mendengar ceramah daripada Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid yang diundang bagi memberikan sedikit tazkirah kepada mereka yang hadir.

Alhamdulillah.. Hijabista doakan semoga para selebriti kita kekal istiqomah menganjurkan dan menghadiri majlis-majlis ilmu seperti ini lagi di masa akan datang.

Artikel berkaitan: Sahabat Sampai Syurga, Yatt Hamzah Adakan Al-Kahfi Challenge Bersama Rakan Artis

Sumber Gambar: Instagram Bella Astilah, Puteri Sarah Liyana, Zulin Aziz, Wawa Zainal

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI