Sempena Nuzul Quran yang lalu, Yatt Hamzah bersama barisan rakan artis yang lain telah menyempurnakan ‘Al-Kahfi Challenge’ bersama-sama.
Antara sahabatnya yang turut serta termasuklah Heliza Helmi, Anita Baharom, Lufya, Nazeera Sardi, Zulin, Noor Khiriah, Rafidah Ibrahim, Farrah Adeeba, Farah Asyikin, Hazwani Helmi dan Akma Abdullah.
Sebenarnya, anda juga boleh turut melakukannya bersama rakan-rakan anda. Ajaklah mereka untuk melakukannya bersama. InsyaAllah, pahala yang berganda pasti menjadi milik bersama.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nama Ameera Khan bukan lagi asing dalam kalangan Malaysia terutamanya dalam industri fesyen tempatan. Wajahnya sentiasa menjadi muka hadapan jenama-jenama mewah yang menghiasi pusat membeli-belah mewah. Namun, netizen acapkali bersuara menyoalkan tentang pemakaian hijabnya yang kelihatan masih tidak tutup sempurna.
Datin Noor Kartini, ibu kepada Ameera Khan juga kepada selebriti popular Neelofa berkongsi perspektif saat di soal tentang pemakaian hijab anaknya itu. Menurut Kartini, dia sedar dan turut akui tentang gaya hijab anaknya itu, namun kongisnya, Ameera sedang dalam proses untuk memakai hijab dengan sempurna.
Kongsinya lagi, Ameera sedang dalam melatih dirinya untuk mengenakan pemakaian hijab dengan sempurna. Ameera belum lagi berhijab secara penuh dan ada kalanya dia menggayakan topi atau ‘headband’. Sungguh sebagai seorang ibu, Kartini sentiasa bersikap positif dan mendoakan yang terbaik untuk anaknya itu.
Bagi saya, jika kita mendoakan yang baik-baik, pasti perkara yang baik-baik akan kita dapat nanti.
Ditanya soal menjaga serta membentuk sahsiah disiplin anak-anaknya, Kartini menzahirkan rasa syukur kerana biarpun memiliki bilangan anak yang ramai iaitu sembilan orang, namun sehingga hari ini, tiada seorang pun yang terjumpa di pusat hiburan, minum minuman keras, mabuk dan hisap rokok.
Kami sebenarnya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Malah Ameera juga senang meluangkan masa bersama adik-beradiknya.
Namun, disebabkan dia dikenali ramai, mungkin hal-hal sebegini akan menjadi bualan ramai sehingga menjadi sebuah isu.
Sekadar perkongsian, terdahulu, cetus satu isu tentang Ameera memakai aksesori kepala sambil rambutnya mengurai. Perkongsiannya di laman sosial itu menimbukan pelbagai reaksi ramai dan ada yang mengatakan bahawa dia seringkali “on-off” memakai hijab.
Team Hijabista juga turut mendoakan agar Allah SWT permudahkan segala urusan Ameera dalam prosesnya untuk memakai hijab secara penuh. InsyAllah Amin Ya Rabb!
Umum sedia maklum bahawa dua pelakon popular, Aprena Manrose dan Nelydia Senrose mempunyai pertalian darah dan kedua-duanya adalah sepupu.
Malah, penampilan kedua aktres jelita yang kini tampil manis dan sopan dalam imej berhijab membuatkan mereka sentiasa menjadi perhatian ramai.
Perkara itu dapat disaksikan, menerusi satu muat naik video di laman Tik Tok oleh akaun @miss_teera
Hantaran video berkenaan memaparkan pasangan sepupu itu sedang meluangkan masa bersama di sebuah kedai makan, sebelum Nelydia Senrose dan Aprena Manrose mula buat hal sehingga berjaya membuatkan netizen terhibur dengan gelagat kedua-duanya ketika bertemu.
Sedang asyik makan, Nelydia Senrose secara spontan telah menyuap sepupunya, Aprena yang berada disebelah. Gelagat mereka yang terakam oleh lensa kamera itu begitu mencuit hati wargamaya.
Mana tidaknya, adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu sempat buat hal dengan Aprena Manrose dengan membuat pelbagai gelagat dan mimik muka lucu, sehingga rata-ratavwarganet menyifatkan bahawa mereka adalah pasangan sepupu yang kelakar.
Apabila bertemu pasti ada sahaja perkara atau kelakuan lucu yang dicetuskan oleh mereka untuk mengamatkan suasana.
Meninjau ruangan komen pada hantaran video tersebut, Hijabista mendapati para peminat kedua-dua selebriti itu telah membanjiri ruangan komen dengan memuji kecomelan kedua-dua pelakon berkenaan.
Malah, rakaman video itu kink telah juga ditonton sermai 298.1k sejak ianya dimuat naik di laman Tik Tok semalam.
Kelmarin, dunia digemparkan dengan berita menyayat hati apabila sekurang-kurangya seramai 10 individu dilaporkan menemui ajal ketika sedang bersujud dalam satu tragedi ngeri melibatkan sebuah masjid di Nigeria.
Selain itu, kejadian sama melibatkan Masjid Pusat Zaria, Kaduna, itu dikenalpasti turut mengakibatkan seramai 30 jemaah lain mengalami kecederaan ekoran dihempap runtuhan masjid berkenaan dan telah dikejarkan ke hospital di Zaria untuk menerima rawatan susulan.
Hijabista difahamkan menurut seorang saksi, Mallam Shehu Nagari yang juga metupakan antara jemaah yang terselamat mendedahkan bahawa, kejadian itu berlaku mereka sedang melakukan sujud ketika menunaikan solat Asar.
Jelasnya lagi, sebahagian besar daripada binaan masjid itu runtuh secara tiba-tiba dan menimpa mereka yang sedang berada dalam ruangan solat itu.
“Kami hanya mendengar bunyi yang kuat dan melihat sebahagian masjid runtuh menimpa beberapa jemaah yang sedang solat.
“Tetapi, sukar bagi kami untuk melihat dengan jelas. Kerana keseluruhan persekitaran ruang solat masjid dipenuhi debu, sebaik sahaja insiden itu berlaku”, ujarnya.
Bagaimanapun, punca bagaimana insiden itu berlaku tidak dijelaskan dengan nyata. Justeru, Hijabista mendoakan agar mereka yang telah kembali ke rahmatullah agar rohnya dicucuri rahmat dan semoga dipermudahkan segala urusan mereka yang sedang menerima rawatan susulan.
Malah, ikhtibar yang dapat kita pelajari dari insiden ini adalah ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk dan tidak mengira waktu.
Kita sebagai hambanya perlu redha dan bersedia dengan setiap ketentuan. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang sesuatu dalam kehidupan, namun Allah itu sebaik-baik perancang.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.