Pelakon drama Anak Pontianak, Zarina Anjoulie yang mesra disapa sebagai Anju telah selamat bersanding dengan cinta hatinya itu Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas pada hari Sabtu yang lalu. Manis berhijab, Zarina dan suami memilih busana berwarna merah jambu di hari persandingan mereka.
Berkongsi foto hari bahagia bersama pengikut laman Instagramnya, persandingan yang difahamkan diadakan di rumah mentua Zarina itu menjadi tumpuan ramai dek kerana kemeriahan majlis mereka. Ramai juga yang tumpang gembira melihat wajah Zarina yang semakin berseri-seri selepas mendirikan rumah tangga ini.
Kami mendoakan agar perkahwinan Anju dan Yas ini berkekalan hingga ke Jannah. Moga mereka dapat melayari alam rumah tangga dengan penuh bahagia, sakinah, mawaddah dan rahmah. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selalu kita dengar salah satu cara alami untuk kuruskan berat badan adalah dengan minum air yang banyak. Tetapi pandangan doktor mengenai perkara ini agak berbeza. Dr Khairul Yoi yang menjadi viral baru-baru ini menjelaskan mitos mengenai minum air yang banyak. Susulan daripada mereka yang menjual apa jenis ubat kurus, syarat kena minum air banyak
Menurutnya, jika minum air berlebih pun boleh merosakkan buah pinggang. Sebenarnya bukan makan suplemen itu yang menguruskan berat badan, tetapi pengambilan air itu sendiri.
Malah katanya memang kita digalakkan minum air yang secukupnya. Kesannya akan menyebabkan kulit jadi bersih dan badan juga sihat. Jadi jika ada orang menjual apa jua ubat untuk kuruskan badan, dia menasihati agar jadi manusia yang bijak. Berfikir dahulu sebelum membelinya.
Mitos tentang minum air banyak2
Bani gemok (baca : kaki supplement) ni otak sepesen je. Asal telan ubat kurus, supplement, jamu, apa2 pun dia suruh minum air banyak2. Pernah dengar tentang placebo effect?
Sini aku nak citer. Kau telan la supplement apa pun, kenapa diorang suruh minum banyak air? Mudah, sebab yang bertindak bagi kulit korang cantik tu bukan supplement. Tapi air tu. Kalau korang tak telan supplement pon dan cuma minum air kosong 8 gelas setiap hari, kulit korang dah boleh bersih. Badan pon sihat. Itu fungsi dia kabor suruh korang minum air banyak2. Korang je mangkuk hayun pergi percaya cakap agen2 merepek ni. Yang betulnya setiap hari kau telan supplement ke tak ke memang kena mnum air 2-3 liter atau 8 gelas sehari.
Kedua, katanya kalau tak telan air banyak bila makan ubat kurus nnt boleh mampus . Sebenarnya telan air banyak pon boleh mampus. Macam kau siram pokok, kuantiti yang sebaiknya akan bg pokok hidup. Tapi apa jadi kalau terlebih air? Pokok mati jugak. Sama macam kidney. Kalau terlebih air, kidney akan bloated. Jam buah pinggang woi nak menapis. Jadilah manusia yang bijak. Lain kali kalau dia kabor suruh minum air banyak2 kononnya nak cairkan darah pekat ke apa ke, kau jentik je dahi dia.
Pagi ini kita dikejutkan dengan kematian bekas pengacara terkenal, Datuk Mahadzir Lokman di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah. Kehilangan yang mengejutkan ramai ini memang meninggalkan kesan mendalam dan cukup besar dalam industri penyiaran. Ramai rakan-rakan beliau mengucapkan takziah dan masih terperanjat dengan kehilangannya itu. Salah seorang yang turut menitipkan kata-kata adalah teman lamanya yang juga bekas rakan penyiaran ketika sama-sama berkhidmat di TV3, Ras Adiba Radzi.
Menurut Ras Adiba tulisannya dalam instagram memberitahu dia membesar dengan pengacara ini sejak tahun 1986 ketika sama-sama bekerja di bilik berita di TV3.
Ketika itu Ras Adiba bekerja di bahagian koordinator wardrobe yang bertanggungjawab menyiapkan persalinan untuk tali leher, sapu tangan, baju tshirt dan juga jaket.
Sepanjang menguruskan keperluan pakaian beliau, Mahadzir Lokman dilihat cukup teliti dengan apa yang akan dipakainya dan akan memberi pandangan beliau jika apa yang dipakai tidak begitu sesuai.
Selepas tiga bulan di bahagian berkenaan, Ras Adiba akhirnya memulakan kerjayanya sebagai pemberita dan menjadi salah seorang pembaca berita di samping Mahadzir Lokman. Dan tentunya ia bukanlah satu tugas yang mudah.
Menurut Ras Adiba, pada mulanya dia rasa gementar setiap kali baca berita di samping arwah. Beliau sering menegur cara penyampaian termasuk sebutan, ungkapan dan juga setiap penyelidikan yang dilakukan.
Walaupun agak tegas dalam soal itu tetapi impaknya cukup besar pada pengacara yang kini menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Ras Adiba begitu berterima kasih kepada Mahadzir Lokman yang tidak lokek berkongsi tip sepanjang pembabitannya sebagai penyampai berita.
Dia turut menyampaikan rasa terima kasih atas segala kebaikan, kegembiraan dan ada kalanya sedikit gurauan kasar dan cukup tegas sepanjang ‘sesi latihan’ dan itu semua menjadikan hubungan mereka cukup rapat. Bukan sahaja sebagai kawan tetapi juga seorang abang.
Malah bagi Ras Adiba yang sudah berada dalam dunia penyiaran lebih tiga dekad ini turut memuji bahawa Mahadzir Lokman digambarkan seorang personaliti yang unik dan tiada siapa dapat menggantikan beliau.
Nyata kehilangannya kini bukan sahaja dirasai oleh negara, malah bidang pengacaraan juga turut kehilangan permata bersinar yang cukup hebat dalam kelasnya tetsendiri.
Diakhir postingnya, Ras Adiba turut meluahkan bahawa personaliti popular ini nanti pasti akan dirindui selepas ini.
Menurut Berita Harian Online, Mahadzir memulakan kerjaya di TV3 pada 1984 sebagai penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris pertama stesen televisyen itu.
Beliau pernah diberi tanggungjawab menjadi perantara pertama rancangan Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini (MHI) dan Melodi terbitan stesen televisyen (TV) berkenaan.
Kebolehan Mahadzir bertutur dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis menyaksikan beliau sering diundang sebagai pengacara pelbagai acara bertaraf antarabangsa.
Mahadzir dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 atas usaha beliau mempromosi bahasa dan budaya Perancis.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM RAS ADIBA RADZI & MAHADZIR LOKMAN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tahun ini jenama fesyen terkenal tanah air, LEEYANARAHMAN menampilkan koleksi eksklusifnya sempena lebaran 2025 dengan cara tersendiri. Dengan kapasiti besar, LEEYANARAHMAN memilih Stadium Merdeka sebagai ‘gelanggang’ pertunjukan fesyen bagi koleksi istimewanya itu.
Lebih menarik lagi, buat pertama kalinya LEEYANARAHMAN memilih radio nombor satu di Malaysia, ERA sebagai rakan kolaborasi bagi mempersembahkan pertunjukan fesyen eksklusif Lebaran ERA x LEEYANARAHMAN di Stadium Merdeka.
Pertunjukan fesyen ini mempamerkan koleksi pakaian lelaki, wanita serta tudung eksklusif sempena Aidilfitri 2025.
Dengan pilihan warna lembut dan pastel, koleksi ini menyerlahkan gaya elegan yang sesuai untuk semua golongan.
Pengurus Jenama ERA, Azah Sahrin, menzahirkan keterujaannya atas kolaborasi ini.
“Kami amat berbesar hati kerana LEEYANARAHMAN memilih ERA untuk melancarkan koleksi pakaian terbaharunya. Kerjasama ini luar biasa kerana LEEYANARAHMAN memiliki peminat setia yang sentiasa menyokong produk Bumiputera.
“Kami juga berbangga dapat mengetengahkan barisan penyampai ERA seperti Azad Jasmin, Fazziq, Syazwan, dan Safee Sali untuk memperagakan koleksi ini di runway. Ini merupakan simbol sokongan penuh kami terhadap industri fesyen tempatan.”
Jenama LEEYANARAHMAN yang diasaskan pada 2012 terus menjadi pilihan ramai menerusi inovasi dalam fesyen dan harga mampu milik. Ratusan koleksinya boleh didapati melalui laman sesawang rasmi serta butik utama di Bangi, Selangor.
“Umum mengetahui, koleksi LEEYANARAHMAN sentiasa menepati cita rasa pelbagai lapisan masyarakat. ERA amat teruja untuk memperluaskan kerjasama ini di masa hadapan demi memperkasakan hubungan dagang antara kedua-dua pihak,” tambah Azah Sahrin.
Pertunjukan fesyen ini diserikan dengan persembahan memukau daripada DOLLA, Ismail Izzani dan DJ Mia.
Untuk info, LEEYANARAHMAN diasaskan oleh pasangan suami isteri, Nur Liyana Abdul Rahman dan Muhamad Hafiz Abdul Hamid.
Memiliki sebuah empayar perniagaan pada usia yang masih muda bukan menjadi satu halangan kepada mereka untuk terus menempa kejayaan.
Kerja keras Nur Liyana yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata ini cetus inspirasi. 12 tahun bina empayar LEEYANARAHMAN, bisnes mereka turut berkembang menghasilkan pelbagai produk lain. Antaranya busana lelaki dan produk kosmetik.
Moga segala perancangan Nur Liyana dan Hafiz dipermudahkan serta mampu menyuntik inspirasi kepada golongan muda untuk melakar kejayaan sama kelak.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.