Bila sebut aloe vera pasti ramai yang ingat gel aloe vera atau minuman yang mengandunginya. Tetapi sebenarnya ramai juga yang menanam aloe vera di rumah bukan sekadar menjadi perhiasan, malah, menjadi ‘peti kecemasan’ sedia ada!

Tidak di sangkal pokok tumbuhan aloe vera ini telah menjadi satu tumbuhan yang popular dalam kalangan masyarakat tempatan. Ia juga menjadi satu bahan perubatan alternatif tradisional di rumah.

Aloe vera bukan sekadar pokok ajaib

Bukan Sahaja Menjadi Minuman Yang Sedap, Aloe Vera Dapat Merawat Sembelit

Ramai yang menggunakan gel aloe vera sebagai bahan ubatan untuk merawat kulit dan rambut yang bermasalah. Aloe vera juga di gembar-gemburkan tentangkebaikannya yang mampu merawat luka pada kulit anda.

Menurut hellodoktor, aloe vera juga di kenali sebagai Aloe barbadensis miller yang merupakan sejenis gel yang wujud dalam daun pokok lidah buaya. Ia telah menjadi pilihan sebagai bahan perubatan kesihatan dan kecantikan semula jadi dari zaman dahulu kala lagi.

Aloe vera terkandung kira-kira 16- bahan utama yang dapat membekalkan sehingga 300 ke 400 komponen yang penting di mana ia berupaya memberikan manfaat kepada kesihatan anda! Ini adalah anatar kandungan yang penting gel lidah buaya buat anda, seperti:

  • Vitamin A, C, E, B1, B2, B6, dan B12
  • Enzim (amylase, bradykinase, aliiase, alkaline phosphatase, peroxidase, catalase, cellulose, lipase, carboxypetidase)
  • Hormon (gibberellins, auxins)
  • Monosaccharide & Polysaccharides (aldopentose, cellulose, galactose, arabinose, galacturonic acid, glucose, mannose, xylose)

Artikel berkaitan: Rawat Kulit Rosak Dengan Esen Pokok Darah Naga, Barulah Kulit Wajah Kembali Glowing

Jadi apa kebaikan tumbuhan yang menjadi kegilaan masyarakat tempatan dengan gel lidah buaya ini? Selain dari membantu masalah kesihatan kulit dan rambut, apa manfaatnya lagi? Ini adalah salah satunya:

1. Dapat mengurangkan plak gigi

Bukan Sahaja Menjadi Minuman Yang Sedap, Aloe Vera Dapat Merawat Sembelit

Cara untuk mengurangkan risiko masalah penyusutan gusi adalah dengan menghakis plak gigi. Terdapat kajian terhadap 300 individu, jsu aloe vera memberikan manfaat sama seperti chlorhexidine. Ia mampu membunuh bakteria penyebab plak seperti Streptococcus mutans dan juga Candida albicans.

2. Dapat menyembuh ulser mulut

Bukan Sahaja Menjadi Minuman Yang Sedap, Aloe Vera Dapat Merawat Sembelit

Ulser mulut adalah satu penyakit yang sangat menjengkelkan kerana ia menghalang kita untuk menikmati makanan. Juga di kenali sebagai mata ikan yang terdapat di dalam mulut, bibir, atau gusi adalah sangat menyakitkan. Namun begitu, meski pun ia dapat membantu untuk menyembuh ulser, tetapi ia tidak mampu memberikan keberkesanan seperti ubat ulser corticosteroids.

3. Melegakan kondisi sembelit

Bukan Sahaja Menjadi Minuman Yang Sedap, Aloe Vera Dapat Merawat Sembelit

Kandungan lateks yang berada dalam aloe vera dapat membantu melegakan masalah sembelit. Ini mampu memberikan kesan yang di namakan sebagai aloin atau barbaloin yang dapat melegakan sembelit. Tetapi, ia tidak mampu merawat masalh perut yang lain dan tiada kajian yang dapat mengsahihkannya.

Bukan menjadi pokok tumbuhan yang sering di tanaman di kebun, tetapi ia berfungsi sebagai satu bahan ‘perubatan’ yang sedia ada terus dari kebun. Nampaklah masyarakat kita ini sangat peka dalam penyediaan apa-apa masalah, semuanya ada solusi secara terus!

Sumber info dan gambar: Hellodoktor dan canva

Artikel berkaitan: Serlahkan Sisi Kreatif, Hiasi Ruang Yang Sesuai Dengan Citarasa Anda. Pokok Terapi Kecantikan!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI