Lebih kurang dua minggu lagi, Syawal bakal menjelang tiba. Pastinya ramai diantara kita yang teruja dan tak sabar mahu meraikan syawal tahun ini dan melakukan pelbagai persiapan.

Selain persiapan juadah makanan, dan pakaian. Bagi kaum hawa, perhiasan seperti barang kemas juga tidak dilupakan. Pastinya ramai dikalangan hijabi yang mahu meraikan hari Raya dengan memakai perhiasan seperti rantai, gelang dan cincin emas di Aidilfitri nanti kan?

Runsing Memikirkan Barang Kemas Kusam Dan Pudar Menjelang Aidilfitri?

Apa runsing memikirkan perhiasan emas dah mula kusam, pudar warnanya dan hilang seri? Alamak! Tak syok lah nak raya macam ni kan. Jangan risau sis, ada cara paling mudah untuk kembalikan ‘seri’ barang kemas anda tu dengan sekelip mata je! Cara melalukanya pun teramat mudah.

Di sini Hijabista kongsikan ‘Rahsia’ dari seorang pekerja yang pernah berkhidmat di kedai emas selama 13 tahun!

Apa yang anda perlukan adalah satu bahan yang berada di rumah sahaja, dan poof! Biarkan magis berlaku, kerana barang kemas anda pastinya kembali berkilau seperti baharu!

Teknik mudah mencuci barang kemas ini dikongsikan oleh Bunga Yanie menerusi hantaran Facebook miliknya. Menurutnya kaedah mencuci barang kemas secara DIY ini amat mudah.

IKLAN

Lebih menarik lagi, ianya dapat menjimatkan masa, tenaga serta kos kerana sudah tentu mahal jika anda perlu mencuci barang kemas di kedai, berbanding menyucinya sendiri di rumah.

“Sis bongkar pengalaman 13 tahun kerja kedai emas. Lepas ni tak perlu susah-susah pergi kedai emas cuci kena caj.

“Cara betul cuci emas 750, 916, 999. Jangan risau emas korang tak akan lebur. Emas Korea jangan sesekali tiru ya. Tak payah bazir duit hantar cuci di kedai emas sebab inilah cara mereka cuci emas,” kongsinya di Facebook.

Haa.. mesti dah tak sabar nak tahu apakah bahan ‘rahsia’ yang mampu mengembalikan seri barang kemas tu seperti sediakala, macam baru beli di kedai kan? Ini cara-caranya.

Bahan-bahan

1. Pencuci Pinggan Jenama Joy atau Glo
2. Air Paip
3. Periuk
4. Berus Gigi

IKLAN

Langkah-Langkahnya

1. Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah, sediakan cecair pencuci pinggan jenama Joy atau Glo dan tuangkan ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya untuk tenggelamkan barang-barang kemas tersebut.

2. Langkah kedua, masukkan barang kemas yang ingin dicuci ke dalam air sabun tadi dan letakkan periuk di atas dapur gas kemudian buka api.

Artikel berkaitan: Nak Barang Kemas Kekal Berkilat Seperti Baru? Ikuti Tip Yang Dikongsi Tauke Emas Ini

3. Seterusnya, kacau barang kemas dalam rendaman air sabun tadi sehingga air mendidih dan kemudian akan kelihatan kotoran-kotoran yang melekat pada barang kemas menjadi terapung. Kemudian, boleh tutup api dan tapis barang kemas tersebut.

IKLAN

4. Langkah keempat, masukkan barang kemas yang telah di tapis tadi ke dalam besen berisi air bersih dan mulakan proses menyental barang kemas menggunakan berus gigi agar segala kotoran dapat dikeluarkan dengan jayanya. Apabila selesai bilas barang kemas hingga bersih.

5. Langkah kelima, bileh keringkan barang kemas itu dengan menggunakan kain atau pengering rambut. Siap! Dan anda boleh lihat betapa berkilaunya barang kemas anda untuk dipakai semula pada hari Raya nanti

Mudah betul kan. Tak perlu lagi membazir masa dan wang mengupah kedai untuk membersihkan barang kemas anda. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Bunga Yanie

Artikel berkaitan: Bersinar Macam Baru Beli, Ini Cara Nak Cuci Barang Kemas Lama Jadi ‘Merelit’

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI