Apabila menginjak usia dewasa, pasti minat para gadis terhadap barang kemas mula bercambah. Kilauannya yang bercahaya pasti memukau mata-mata yang memandangnya. Namun, tak ramai yang menitik beratkan soal penjagaannya hingga hilang serinya.
Jangan begitu sis! Kalau nak aksesori yang dipakai itu tahan lama, cuba kita ikuti tips yang diberikan oleh pakar pembuat barang kemas iaitu Muhammad Hazim Wathiq Muhammad Ridzuan ini. Pastinya barang kemas yang kita pakai itu akan kembali ‘lip-lap’ seperti baru dibeli.
Elakkan daripada semburan bahan kimia contohnya minyak wangi. Cecair asid juga perlu dielakkan. Itu kita kena jaga sebab itu kita perlu kerap mencuci barang kemas mengikut jenis materialnya.
Ads
Kalau nak beli cincin, pastikan..
Pastikan cincin itu betul-betul ngam dan fit dengan jari kita. Jari kita ada waktu kembang dan kucup dia. Jika nak tempah cincin, di awal pembuatan lagi kita sudah ambil ukuran saiz yang betul supaya dalam apa jua waktu dan cuaca, cincin itu tetap lekat dan terletak elok.
Cuaca juga mainkan peranan, biasanya waktu hujan atau sejuk jari kita akan mengecut. Lebih-lebih lagi waktu mandi di sungai. Itu lagilah mudah untuk jatuh dan hilang.
Tips supaya cincin tak mudah hilang.
Pastikan alihkannya ke jari di tangan kiri. Tak perlu letak merata. Letak sahaja di jari belah tangan kiri sewaktu hendak makan. Minda kita akan automatik bagitahu rasa tidak selesa nanti jadi kita akan tukarkannya ke posisi yang asal semula. Itu lebih baik daripada kita letak merata atau tambah teruk lagi boleh jatuh dalam lubang singki.
Simpan di tempat bertutup agar kilatannya tidak pudar. Pakai mengikut suasana yang betul. Jangan pakai ketika hendak berkhemah pula. Kita harus ikut kesesuaian tempat yang betul.
Jangan terdedah kepada angin, sentiasa cuci barang kemas. Guna sabun biasa pun boleh. Pastikan sentiasa lap barang kemas itu. Seeloknya gunakan kain khas untuk mengelapnya kerana ianya diperbuat daripada berlainan jenis batuan seperti emas, perak dan lain-lain lagi. Macam manusia, kalau sayang kita jagalah betul-betul!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyanyi Aina Abdul berjanji akan menjaga sensitiviti berpakaian ketika beraksi di konsert A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) Live at Istana Budaya yang berlangsung pada 25 dan 26 Jun ini.
Masih mengekalkan identiti dalam berfesyen, Aina mengambil kira semua saranan yang diberikan oleh orang ramai.
“Setiap malam konsert ANWAA 2.0, saya akan pakai busana berbeza. Saya bakal memperagakan 10 persalinan busana hasil ciptaan pereka fesyen tempatan sepertI Melinda Looi, Zaimi Zulkafli, Rizman Ruzaini, Tsyahmi, Wan & Mary, Behati, Khuntumn dan Masyadi Mansoor.
“Saya tetap mengekalkan identiti Aina Abdul iaitu berani bereksperimen dalam berfesyen, tetapi saya mengambil kira saranan orang ramai dan akan menjaga sensitiviti agar tidak terkait isu panas.
“Baju yang saya gayakan mempunyai maksud tersendiri dan ada juga bersifat ekstravaganza seperti yang selalu saya pakai. Tunggu dan lihat hasilnya nanti, saya memang tak sabar,” kata Aina.
ANWAA 2.0 menjadi medan Aina menonjolkan bakat sendiri dan sebagai salah satu tanda terima kasih Aina kepada semua peminat yang selama ini tidak pernah berhenti menyokong. Bersyukur segala persiapan berjalan lancar, Aina memohon agar perjalanan konsert dipermudahkan.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Konsert ini menjadi tanda usaha gigih saya dan team Aina Abdul Entertainment untuk memberikan sesuatu untuk peminat.
“Kalau boleh pada malam konsert, saya nak penonton sama-sama menghayati apa yang saya cuba sampaikan, sama-sama menangis, sama-sama ketawa, sama-sama menyanyi.
“Saya nak semua puas menyaksikan ANWAA 2.0 dan saya memohon doa semua peminat agar perjalan konsert selama dua malam dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya lagi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jika sebut nama Nurul Hidayah binti Mohd Amin, pasti ramai tidak kenal namun jika disebut nama Ardell Aryana, mesti ramai yang familiar dengan nama itu bukan ? Dia yang sudah berhijab sentiasa tampil cute dan sopan walaupun hanya berpenampilan simple. Jom kita lihat gayanya !
Kalau dah namanya model, kat mana sahaja boleh beraksi tanpa gentar dengan bakat yang dianugerahkan. Itulah kebolehan yang ada berhijab yang kecil molek ini, Mira Filzah.
Dia yang sebelum terjun ke dunia lakonan adalah seorang model sambilan dan wajahnya sering menghiasi dada majalah.
Dek kerana pengalamannya itu, Mira Filzah baru-baru ini mendapat peluang untuk beraksi sebagai model ‘catwalk’ di pentas antarabangsa sempena Minggu Fesyen New York September lalu di kota metropolitan itu.
Nampaknya, kelebihan pernah beraksi sebagai model, membolehkan Mira dipilih oleh pereka Eja Sharil untuk menggayakan baju rekaannya.
Cukup memukau sekali gaya Mira yang begitu ‘outstanding’ dengan penampilan ala bak Tun Teja di pentas berkenaan ditambah dengan kejelitaan wajahnya yang begitu menyerlah.
Bukan itu sahaja, busana pengantin rekaan Eja Shahril ini juga turut dipuji netizen kerana mengutamakan ciri-ciri Islamik dalam setiap rekaannya.
Ternyata pemilihan Mira sebagai model untuk pereka ini begitu tepat kerana rata-rata tetamu juga turut terpukau dengan lenggok Mira yang persis model antarabangsa terkenal.
Menurut perekanya Eja Shahril, pemilihan Mira adalah kerana sikapnya yang berani, lembut dan cantik seperti Tun Teja.
Dia mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan dress yang diperbuat dari fabrik Eksklusive Jaguat rona lilac dan cream.
“Setelah diperaga, ramai pihak yang berminat untuk memiliki dress berkenaan, tetapi kami tidak menjualnya. Cuma ada ambil order dan buat tempahan lain,” ujar Eja ketika dihubungi.
Menurutnya juga, dress ciptaannya ini diinspirasikan dari Tun Teja yang terkenal dengan keberanian dan kecantikannya. Eja kemudian menterjemahkan dua sifat Tun Teja ini pada sehelai dress yang cukup anggun dan mempesona.
“Bagi pasaran di New York, saya memang menjurus kepada ‘back to basic’ dalam konsep Islamik. Tidak terlalu sarat dengan mesej keagamaan kerana tidak mahu mereka lihat apa yang dibawa tidak boleh diaplikasi oleh mereka.
“Dress rona pastel ini diperbuat daripada material Eksklusif Jaguat dengan hanya taburan sedikit swarovski untuk memperindah rekaan.
“Orang sana tidak gemarkan lace dan penampilan terlalu sarat,” tambahnya lagi yang turut diberi peluang untuk bekerjasama dengan sebuah restoran di sana membekalkan persalinan kurung dan kurung Nyonya untuk semua krew.
Selain baju digayakan Mira, Eja Shahril yang sebelum ini pernah mencetus kontroversi mencipta hijab tudung saji juga turut memperagakan busana pengantin lain yang juga tidak kurang menariknya.