Sejak penyanyi Elyana mengumumkan dirinya penghidap kanser limfoma tahap 4, maka carian di laman web begitu tinggi bagi mengetahui apa sebenarnya kanser ini. Sebelum ini kanser limfoma seakan tidak begitu biasa di pendengaran kita. Kebiasaannya kita hanya mendengar kanser paru-paru, servik ataupun payudara. Malah jika dilihat bentuk fizikal penderita sakit ini seperti tidak dapat menyangka peserta Gegar Vaganza 4 ini rupanya sedang berjuang melawan penyakit merbahaya itu.
Dalam satu carian di laman sosial, admin terbaca satu posting dari pengguna dengan nama Qaseh Afieqa. Dia memberitahu dirinya juga ada kaitan dengan penyakit limfoma ini tetapi tidak tahu tahap berapa. Membaca tulisannya seakan dapat meneka dia seorang yang cukup positif dan ceria orangnya.
Qaseh Afieqa mendedahkan sudah beberapa kali dia ke hospital kerajaan dan pihak sana memberitahu keadannya masih belum di tahap bahaya. Malah masih boleh melengahkan untuk proses pembedahan. Apabila doktor memberitahu keadaannya masih tidak bahaya, dia mampu menarik nafas lega.
BENJOLAN MAKIN BESAR
Cuma dia perasan benjolan itu semakin besar dan kesihatannya juga menjadi merudum. Dan keadaan ini hanya disedari oleh mereka yang terdekat dengan dirinya sahaja. Dia merasakan dirinya cukup letih bagaikan bekerja 24/7 tanpa henti. Bukan itu sahaja, wanita ini turut mengalami pening hingga mahu termuntah dan ia sudah seperti perkara biasa.
Malah lebih teruk lagi dia mengalami keadaan jalan terhuyung-hayang hinggakan dia yang menjalani rawatan di sebuah klinik mengatakan dirinya mengandung. Mana mungkin dia hamil sedangkan dirinya masih belum berkahwin lagi. Selain itu dadanya juga turut sakit, mengalami semput dan alergik hinggakan doktor turut suspek dia menghidap asma.
Justeru dia diberikan pam untuk mereka yang menghidap asma dan ternyata sedikit sebanyak dapat membantunya memulihkan pernafasan. Cuma masalah kahak yang dialami masih belum selesai. Sebelum ini menurutnya dia memang memakai purdah hampir setahun, tetapi atas masalah kesihatan dia tidak lagi mengenakannya.
LIMFOMA MEMUDHARATKAN
Qaseh Afieqa turut menceritakan pengalamannya yang berulang alik hampir sejam ke tempat kerja menyebabkan dia lebih suffer. Namun demi mencari pengalaman dan menghargai pengajian yang diperolehi menyebabkan dia terpaksa reda melalui detik itu.
Diakhir catatatnya, dia berkata limfoma ini ada banyak jenis dan ia boleh memudharatkan. Malah ramai yang tersedar bahaya penyakit ini setelah dicuit dengan Tuhan apabila Elyana mendedahkan sakit yang dialaminya itu. Wanita ini turut mendoakan agar penyanyi itu sembuh dan kuat melawan penyakitnya. Dalam pada itu, dia turut meminta netizen mendoakan dirinya juga untuk kesembuhan.
Dia yang selama ini berulang alik ke hospital tetapi ia masih sama dan berputus asa. Malah katanya bengkak itu semakin besar. Seperti Elyana, dia juga mahu mencuba rawatan secara tradisional. Wanita ini percaya tiada penyakit tanpa ubat dan percaya doa dan berharap pada Allah SWT yang boleh menyembuhkan kerana sakititu sebenarnya adalah penghapus dosa.
Rupa-rupanya teman-teman wanita ini juga baru dapat tahu penyakit yang dideritanya ini. masing-masing memberi semangat agar dia terus kekal positf.
Qaseh Afieqa turut berkongsi maklumat mengenai KANSER LIMFOMA:
Separuh daripada kejadian kanser darah adalah kanser limfoma atau kanser limfa. Limfa adalah sistem berangkai yang terdiri daripada nod limfa di leher, bawah ketiak, celah peha, dada dan perut, sistem limfa bertindak mengeluarkan cecair berlebihan dari badan dan juga membina sistem imun badan.
Sel darah putih yang abnormal (sel kanser) akan membelah dan berkumpul dalam nod limfa, lama kelamaan kumpulan sel kanser ini akan menganggu sistem pertahanan tubuh.
Bagaimana Kanser Limfoma Terbentuk
Kanser limfoma bermula daripada sel darah putih yang dipanggil lymphocytes. Lymphocytes adalah faktor penting kepada sistem pertahanan badan.
Ia bergerak dan mengalir dalam jaringan sistem limfa yang tersendiri dari satu bahagian nod limfa ke nod yang lain. Lymphocytes mampu bergerak ke dalam sistem peredaran darah dan tisu sel badan untuk bertindak balas dengan serangan bakteria dan virus.
Kanser limfoma (lymphoma) terbentuk apabila sel Lymphocytes membiak dan membahagi dalam kadar yang tidak terkawal sehingga membesar dan membentuk tumor.
Tumor ini akan membesar dan menjejaskan tisu dan organ badan yang masih sihat.
Golongan Yang Berisiko Mengidap Kanser Limfoma
Warga tua Lelaki Mengahadapi masalah auto-imun Pengidap HIV/AIDS Banyak memakan daging merah dan lemak Selalu terdedah kepada bahan kimia
Tanda-Tanda Kanser Limfoma
Nod limfa membengkak pada bawah ketiak, leher, atau celah paha. Demam Badan menjadi lemah dan keletihan Hilang berat badan Sentiasa berpeluh Sukar benafas dan sering sakit dada Gatal gatal pada kulit Ruam kulit
Bagaimana Kanser Limfoma Dirawat?
Doktor akan mengambil sedikit sampel dari dalam nod limfa yang membengkak untuk diuji.
Ujian lain yang akan dilakukan adalah ujian darah, biopsi sum sum tulang, dan juga CT scan atau PER scan. Ini bagi menentukan tahap kanser yang dialami.
Jenis rawatan akan dilakukan oleh doktor dengan mengambil kira faktor usia, tahap kesihatan, tahap kanser dan jenis kanser.
Antara rawatan yang bakal dilakukan untuk penyakit ini adalah:-
Kimoterapi Kimoerapi dan radioterapi ke kawasan sakit Terapi biologi – contohnya suntikan antibodi terus ke kawasan sakit. Rawatan Stem Cell Adakah Kanser Limfoma Boleh Dielakan?
Oleh sebab punca utama kanser limfoma tidak dapat dikenalpasti puncanya, maka tiada cara yang jelas yang boleh disarankan.
Walaubagaimanapun, pencegahan adalah cara terbaik daripada merawat. Amalkan gaya hidup yang sihat dan jauhi sebarang perkara yang boleh menyumbang ke arah terjadinya kanser.
Jika ada didapati mempunyai tanda tanda berulang seperti yang disenaraikan sebelum ini, lakukan pemeriksaan segera dan jangan bertangguh.
Berhijab sebenarnya tidak menghalang seseorang itu melakukan sesuatu aktiviti yang bermanfaat asalkan tahu batas dan etika bertudung. Bagi peseta nyanyian kumpuan NAMA yang dianggotai empat orang gadis berhijab tidak menyangka akan mara ke Final dalam rancangan Asia’s Got Talent.
Empat orang gadis dari alumni Universiti Malaya mempamerkan bakat sangat menakjubkan apabila menyampaikan lagu Sax dari penyanyi Fleur East untuk memikat juri dan meletakkan mereka sebagai peserta final.
Jika sebelum ini, di peringkat audition salah seorang juri tidak menggemari kumpulan NAMA ini yang dikatakan mutu persembahan nyanyian biasa sahaja.
Tetapi untuk saingan di semi final minggu lalu, kumpulan dianggotai empat gadis berhijab ini sangat memukau. Malah berjaya memikat hati juri untuk terus memilih mereka ke pentas final.
“(Kumpulan) ini saya fikir penting untuk dunia melihat…empat gadis moden yang juga orang Islam,” kata David Foster, seorang daripada tiga juri program itu, dalam satu temu bual dengan Bernama dan dua media Singapura di sini.
Foster, pemuzik dan penerbit dari Kanada, kagum dengan konsep dibawa NAMA yang mana walaupun mereka berhijab tetapi ia tidak menghalang mereka untuk membuat persembahan menghiburkan di atas pentas.
Empat sekawan iaitu Nur Fazrina Mohd Ani, 28, Noor Syamimi Makhetar, 24, Norfazira Malik, 24, dan Nur Farahida Dolhadi, 24, merupakan satu daripada tiga persembahan yang terpilih menerusi Pilihan Juri sekali gus menolak undian dalam talian untuk menempah tiket ke final.
Jarang kita dapat lihat aksi menimbang bola dilakukan oleh seorang gadis kan? Apatah lagi jika gadis itu berhijab dan berjubah sewaktu melakukan aksi tersebut. Namun, baru-baru ini telah tular kehebatan aksi seorang gadis menimbang bola di media sosial.
Yang lebih menariknya, permainan yang biasanya dimonopoli oleh kaum lelaki itu dilakukan olehnya sewaktu berjubah! Itulah uniknya Qhouirunnisa’ Endang Wahyudi, 18.
Mesra dipanggil Nisa, dia berkata video yang dimuat naiknya itu bukan untuk mendapatkan perhatian atau menambah ‘follower’ laman sosial tetapi kerana minatnya yang begitu mendalam terhadap aktiviti itu.
Menurutnya, sebelum ini dia sudah biasa menimbang bola namun aktivitinya itu semakin menjadi-jadi apabila berlangsungnya Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia baru-baru ini.
Katanya kepada Bernama, wanita berhijab bukan penghalang untuk menceburi mana-mana bidang sukan atau dalam free style football tetapi yang menjadi penghalang adalah diri sendiri sama ada mahu ataupun tidak.
Walaupun pada awal ayahnya tidak membenarkan untuk menceburkan diri dalam dunia bola sepak, namun apabila melihat kegigihannya berlatih, ayah dan ibunya mula memberikan sokongan dan dorongan yang padu kepadanya.
Anak sulung daripada tiga beradik ini menjadikan pemain dari Perancis, Lisa Zimouche sebagai sumber inspirasi kepadanya bagi melihat corak permainan dalam sukan itu.
Penuntut jurusan Asasi dalam Bahasa Arab dan Sains Islamik di Universiti Al-Madinah, Shah Alam berkata, beliau meminati dunia bola sepak ketika menemani adik lelakinya bermain futsal dua tahun yang lalu.
Mengenai harapannya dalam sukan ini, dia berkata walaupun Malaysia masih belum layak ke Piala Dunia, namun Malaysia masih boleh berbangga kerana memiliki seorang remaja perempuan yang mampu menggegar dunia menerusi bakatnya dalam menimbang bola.
Dia juga berharap golongan wanita yang berhijab kini sentiasa berani menyahut cabaran dan tidak gentar mempelajari apa sahaja sukan yang sering dimonopoli oleh kaum lelaki.
Nabi Muhammad SAW adalah insan istimewa yang menjadi suri teladan bagi umat Islam. Dia berdakwah tentang kebaikan dan cuba mewujudkan keamanan di dunia. Sebagai nabi terakhir bergelar Rasullullah, Nabi Muhammad SAW berupaya menyebarkan ajaran-ajaran kebaikan untuk menciptakan benih perdamaian di dunia.
Umat Islam sering mengikuti tabiat, tutur kata, dan tingkah laku yang baik Nabi Muhammad SAW. Salah satunya termasuklah makan makanan yang didapati sihat dan bagus untuk tubuh badan.
Nabi Muhammad SAW sangat menyukai lima makanan ini! Berikut ialah beberapa idea untuk hidangan yang anda boleh buat yang mungkin anda mungkin suka.
Barli
Nabi Muhammad menggemari barli kerana ia merupakan sejenis tumbuhan bijirin yang penuh dengan manfaat kesihatan manusia. Ini termaktub dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
“At-talbina (makanan dari tepung barli) memberi ketenangan pada hati yang berduka dan membuatnya aktif serta mengurangi beberapa kesedihannya.”
Barli adalah sejenis bijirin yang serupa dengan gandum. Ia boleh dimakan sebagai roti atau sebagai minuman malt atau pemekat sup. Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasallam) menyukai penyediaan barli dalam bentuk sup hangat dan roti barli bersama dengan tharid.
2. Kurma
Beberapa hadis mengatakan bahawa makan kurma adalah cara yang baik untuk meningkatkan kesihatan anda. Nabi Muhammad SAW juga makan kurma setiap hari kerana ia merupakan sumber yang kaya dengan khasiat.
Satu kurma padat dengan banyak nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh anda setiap hari, seperti serat, Vitamin B-6, glukosa, mineral dan karbohidrat penting.
3. Buah Tin
Orang Islam percaya bahawa buah tin adalah buah yang istimewa kerana ia disebut dalam al-Quran. Mereka dikatakan sebagai penawar kepada sejuta penyakit yang berbeza.
Buah tin telah dikaji dan didapati membantu dalam rawatan pelbagai penyakit.
4. Anggur
Rasulullah melihat bahawa adalah penting bagi orang ramai untuk menjalani kehidupan yang baik, dan dia mengajar mereka bahawa makan anggur setiap hari adalah cara yang baik untuk melakukannya. Anggur adalah sumber yang kaya dengan nutrien, dan Rasulah berpendapat bahawa setiap orang harus mendapatnya.
“Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.”
Anggur baik untuk kesihatan anda kerana ia boleh membantu melancarkan peredaran darah dan menyihatkan buah pinggang anda. Mereka juga baik untuk sistem penghadaman anda.
5. Madu
Rasulullah SAW selalu minum segelas air bersama madu pada waktu pagi. Madu adalah cecair manis yang dihasilkan oleh lebah secara semulajadi. Madu adalah sejenis pemanis yang dibuat tanpa sebarang bahan kimia. Ia sering digunakan untuk menyembuhkan penyakit, seperti cirit-birit, selsema, dan batuk.
Nabi Muhammad SAW sangat menyukai lima makanan ini, dan ia terkenal kerana baik untuk tubuh anda. Jika anda ingin meningkatkan kesihatan anda, anda boleh cuba memasukkan beberapa makanan ini ke dalam diet biasa anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...