
Mendengar bacaan selawat ke atas Nabi yang dialunkan dalam rentak perlahan sememangnya boleh membuatkan hati kita tersentuh. Malah hingga boleh menitiskan air mata mengenang perjuangan Rasulullah menegakkan syiar Islam. Kalau kita sebagai Muslim juga boleh tersentuh begitu juga jika bukan Muslim. Seperti yang terjadi pada Agnes Monica yang begitu tersentuh hatinya setelah mendengar seorang gadis mengalunkan nyanyian merdu mengagungkan Allah SWT dan Rasulullah SAW ini.

Kejadian ini berlaku ketika gadis ini dikenali nama Sharla menjalani audition dalam pertandingan The Voice Kids Indonesia musim kedua. Pertandingan ini mencari bakat baru di kalangan kanak-kanak dan remaja. Setelah dia menyanyikan sebuah lagu, Agnes Monica bertanya apa lagi lagu yang dia suka.

Sharla ini kemudiannya menjawab ‘Qasidah’ dan Agnes kemudiannya menyuruh dia terus menyanyi di depannya dan juga dua juri lain.

Sharla pun mengalunkannya.
“Raqqat ‘ainaya shawqan, wa li Taibata tharafat ‘ishqan
Fa’ataytu ila habibi, fahda’ ya qalbu wa rifqan
Salli ‘ala Muhammad.
Assalamu alayka ya Ya Rasool Allah
Assalamu alayka ya habibi Ya Nabiyya Allah.”

Sebaik selesai, Agnes Monica begitu terpukau dan berkali-kali memuji mengatakan nyanyiannya bagus sambil melihat ke arah juri lain.
“Uuuuuh bagus sekali, stabil” lontar Agnes.

Ternyata kelunakan suara lunak telah menyentuh hati Agnes Monica hingga membuatkan dia hampir memangis mendengar suara Sharla mengalunkan bacaan selawat itu. Video ini telah mendapat tontonan di youtube hampir 3 juta dan komen positif dari netizen.
Tonton Video Penuhnya:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Aman Graseka Perlu Bantuan Pakar Untuk Rawat Mata

Terpaksa menangguhkan acara ‘jejak tanah’, anak kepada pelakon Aman Graseka dalam keadaan yang kurang sihat. Baru sahaja berusia dua tahun dia dimasukkan ke hospital akibat demam sehinggakan sawan.
Anak lelakinya itu, Aishyraf Mikail Shah, mulai menunjukkan kurang sihat sejak lima hari yang lalu. Majlis yang sepatutnya di lakukan pada bulan ini terpaksa di tunda ke bulan Disember depan.
Semoga dipermudahkan segala urusan…
Menurut laporan dari Harian Metro, anak kepada Aman Graseka mula demam sehinggakan dia sawan. Kini matanya pula di jangkiti virus dan kelihatan bengkak.
“Sekarang matanya pula ada jangkitan virus, baru jadi sejak lima hari lepas. Kami terpaksa tangguhkan acara ‘jejak tanah’ ini dan mungkin dibuat pada awal Disember nanti,
“Anak saya perlu berpantang tidak boleh kena pasir selagi majlis ini tidak diadakan. Dalam acara itu, dia akan diletakkan di atas pasir dan berjalan atas bunga. Keadaan matanya sekarang masuk hari keenam, air pecah dan nampak darah,” katanya.
Dia kini yang menetap di kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah memaklumkan anaknya itu telah dibawa berjumpa bersama pakar bagi mengenal pasti virus di matanya itu.
“Saya perlukan bantuan nasihat pakar mata untuk anak saya. Malah, saya amat menghargainya jika ada. Sewaktu demam Aishyraf Mikail dimasukkan ke sebuah hospital dan menerima rawatan selama tujuh hari sebelum dibenarkan keluar,
“Saya cuma tak bawa jumpa pakar mata lagi. Lepas kami sambut ulang tahun kelahirannya, dia masuk hospital sebab demam. Selepas itu kena sakit mata pula dan kerap gosok mata,
“Saya sekarang baru lagi bekerja hantar parcel. Mana tahu kalau-kalau jangkitan kuman bermula dari situ pun boleh jadi juga,” ujarnya lagi.
Aman juga akui dia sukar untuk mendapat panggilan berlakon oleh kerana menetapkan syarat tidak mahu bersentuhan dengan muhrim dalam lakonannya. Katanya, kali terakhir dia berlakon adalah pada Julai lalu.
“Begitu juga dalam bab bekerja dengan jurusolek artis perempuan dan kru perempuan. Itu yang agak susah orang nak panggil berlakon,
“Kali terakhir saya berlakon pula pada Julai lalu filem Hantu Kum Kum untuk Astro First dan penggambaran di Perlis,
“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi saya dah tetapkan syarat ini. Saya tahu kesannya tapi saya percaya rezek datang dari Allah.
“Tawaran itu ada, tapi syarat saya buat produksi berat nak terima walaupun untuk beri watak bapa. Apapun jangan kita mengeluh dan salahkan sesiapa. Rezeki Tuhan dah tetapkan. Kita usaha sahaja,” katanya.
Namun, Aman pecaya syarat yang dia tetapkan ini akan memberikan sedikit kesan kepada kariernya. Tetapi dia tetap percaya bahawa rezeki akan datang selagi dia berusaha untuk mencarinya.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bekas PENGACARA Popular Ini Memang Tak ‘SEKEPALA’ Dengan Isteri Tapi Dah 12 Tahun Kekal BAHAGIA. INI Rahsianya!

Kata orang untuk berkahwin atau mencari imam kena piih yang serasi. Barulah rumahtangga aman damai dan bahagia hingga ke jannah. Tetapi soal jodoh dan rezeki seta maut adalah di tangan Tuhan. Siapa kita nak menolak takdir Tuhan jika ditemukan jodoh dengan mereka yang kontra sikapnya. Seperti perkongsian pengacara Aidid Marcello yang memberitahu bahawa dia dan isterinya tidak begitu berbeza pendapat. Namun sudah 12 tahun berkahwin, pasangan ini tetap kelihatan bahagia dan romantik.
Baginya sepanjang tempoh itu sudah bermacam-macam pengalaman pahit manis diharungi bersama mereka berdua. Isterinya itu telah melakukan pelbagai pengorbanan dan dia menganggap wanita ini sebagai permata hatinya. Dia turut berharap hubungan yang dibina akan kekal diberkati duniawi akhirat.
A post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on
Menurut Aidid, dia dan isterinya yang juga bekas pengacara Majalah Tiga, Norzie Pak Wan Chek cukup berbeza karaktor masing-masing. Tetapi hingga kini rumahtangga yang dibina sudah memasuki tahun ke 12 dan mereka turut dikurniakan 4 orang cahayamata.
Aidid menulis posting dilaman instagramnya dan mendapat respon baik dari followernya. Ternyata Aidid mendedahkan sikapnya agak berbeza dengan isterinya itu.
Siapa kata CINTA perlukan persamaan? Meh aku cerita apa bezanya kitorang selain dia pompuan dan aku jantan… Dia suka CNN
Aku suka Raja Lawak
Dia suka dengar news podcast
Aku dengar radio melayu
Dia layan country music
Aku layan newboys
Dia suka ikan keli masak sambal
Aku suka spaghetti
Dia suka bebel
Aku suka buat dia bebel
Dia suka sushi
Aku buat2 suka sushi
Dia suka suka shopping
Aku suka garu kepala
Bagi aku… yang paling penting antara aku dan dia;
Aku faham dia
Dia faham aku
So, korang macamana? Cube share sikit?
Untuk pengetahuan, setelah 15 tahun dalam bidang pengacaraan bersama stesyen TV3, Aidid mengambil keputusan untuk berhenti dan membuka syarikat produksi sendiri, Mindquest Productions. Walaupun sibuk, tetapi bapa muda ini tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah kepada 4 cahayamata.
A post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on
Jika ditinjau di laman instagramnya, Aidid dilihat seorang yang cukup aktif bersukan. Malah dia turut memperuntukan masa mengajak anak-anak ke gim untuk melakukan aktiviti bersama.
Bagi Aidid, anak-anak dan isterinya adalah harta dan keindahan dunia yang Tuhan kurniakan kepadanya. Merekalah jadi penmen kala sunyi dan juga tempat jadu luahan hati jika ada masalah. Dan ingatannya kepada ibu bapa di luar sana agar jagalah harta Allah ini sebaik mungkin.
A post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on
KREDIT FOTO: INSTAGRAM AIDID MARCELLO
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
36 Produk Penjagaan Kulit Dari DRUGSTORE Yang Memang Berfungsi Mengikut Kelebihan Kulit Hijabi

Isi Kandungan
ToggleApabila berada dalam farmasi mungkin anda akan mencari hampir 100 pilihan produk dengan menatap dan membelek bahan yang sesuai pada kulit. Pada masa kini, terdapat pilihan produk untuk setiap jenis kulit, tekstur, dan rona. Tetapi bagaimana untuk tahu yang sesuai? Ia boleh jadi satu pencarian yang berbaloi apabila apa yang dicari sangatlah berfungsi untuk kecantikan kulit. Untuk mengetahui apa produk kecantikan di farmasi, Hijabista senaraikan barangan yang juga mendapat kelulusan doktor dan juga dijual pada harga berpatutan.
Pembersih Wajah

1. Avène Extremely Gentle Cleanser Lotion: Bahan utama dalam pembersih ini ialah air musim bunga termal, yang boleh dibeli secara berasingan. Berfungsi seperti losyen berkrim, jadi ia amat sesuai untuk kulit kering.
2. Simple Cleansing Micellar Water: Penjagaan Kulit Mudah adalah satu jenama yang disarankan oleh panel kecantikan, terutamanya dalam kategori pembersihan. Micellar mengeluarkan cecair yang ringan ini berfungsi untuk menghilangkan kotoran dan minyak tanpa mengeringkan kulit.
3. Neutrogena Oil-Free Cleansing Wipes: Dermatologi Michele Green, M.D. memberitahu tisu basah ini adalah kegemarannya dan turut berfungsi untuk menghilangkan maskara.
4. No7 Quick Thinking 4-in-1 Wipes: Penyelesaian pembersihan hypo-allergenic, on-the-go ini sempurna untuk jenis kulit sensitif.
5. Klorane Floral Water Makeup Remover: “Bahan utama untuk membersihkan solekan ini adalah dari bunga jagung, yang menenangkan, melembutkan dan sifat anti-radang,” kata ahli dermatologi Joel Schlessinger, MD. “Produk ini juga bebas daripada parabens, alkohol, dan wangi , menjadikannya cukup lembut walaupun kulit yang paling sensitif.
Anti penuaan

1. Neutrogena Rapid Wrinkle Repair Serum : Produk anti-penuaan ini sangat popular. “Bukan sahaja ia mengandungi retinol bahan anti penuaan, tetapi ia juga mengandungi dimethicone, yang boleh memberikan kesan pelega segera kepada kulit,” kata Anthony Youn, M.D., pakar bedah plastik.
2. La Roche-Posay Redermic [R] Anti-Aging Concentrate Intensive:
Dr Schlessinger mengesyorkan produk ini untuk pemula anti penuan. “Rawatan ini mengandungi 0.1 peratus retinol tulen untuk menggalakkan perolehan sel dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan,” katanya. “Anda boleh menggunakan rawatan retinol ini di mana-mana di muka, termasuk di sekeliling mata dan bibir dan di dahi
3. La Roche-Posay Active C: Sebagai tambahan kepada retinol, vitamin C adalah komponen penting untuk anti penuan. Turut disarakan penggunaan serum ini pada waktu pagi di bawah pelindung matahari.
4. RoC Retinol Correxion Eye Cream: Jangan lupa penjagaan di bahagian bawah mata. Boleh juga digunakan sebagai anti penuaan.
5. Avène Retrinal 0.1 Intensive Cream: Dermatologi Heidi Waldorf, M.D mengesyorkan garis anti penuaan Avene bagi mereka yang ingin mengelak penuan tanpa kerengsaan atau kemerahan.
Kulit sensitif

1. Vanicream Moisturizing Skin Cream: “Semua produk Vanicream direka untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif,” kata Schlessinger. Vanicream adalah bebas haruman, bebas lanolin, bebas gluten, bebas formaldehida dan bebas paraben
2. La Roche-Posay Toleriane Fluide: Dermatologi mengakui ia sebagai produk terbaik untuk kulit yang sensitif, garis Toleriane ini muncul berkali-kali. Formula alergi diuji untuk memastikan keserasian dengan kulit sensitif.
3. Purpose Gentle Cleansing Wash: Pembersih ini sangat sesuai untuk kulit yang sensitif dan mereka yang menjalani rejimen penjelasan jerawat. “Secara amnya jika seseorang menggunakan beberapa produk jerawat, saya mencadangkan untuk membersihkan muka dengan lembut dari kebiasaan supaya kulit tidak kering terlalu kering,” kata Sejal Shah, M.D., seorang ahli dermatologi.
4. Albolene Moisturizing Cleanser: Jika segala-galanya seolah-olah merengsakan kulit anda, Waldorf mengesyorkan menggunakan pembersih berkrim ini dengan kain atau tisu lembut.
5. Avène TriXera Selectiose Emollient Cream: Krim ini tidak terlalu tebal seperti beberapa ekzema dan losyen kulit kering, dan Waldorf mengatakan ia selamat untuk bayi juga.
Badan

1. Dove Sensitive Skin Bar: Dove adalah salah satu produk yang paling popular di lorong produk kecantikan di farmasi. Malah ahli dermatologi menggunakannya! “Sekiranya saya tidak mempunyai Cuci Badan Dove kecil dengan saya di sebuah hotel, saya menggunakan perapi untuk mencuci,” kata Waldorf. “Sabun dan pembersih tetap kering.
2. CeraVe Hydrating Body Wash: Sama seperti pembersih ini adalah baik untuk kulit kering di muka, cuci lembut adalah sesuai untuk badan juga.
3. Aquaphor Healing Ointment: Gunakan Aquaphor untuk tempat yang sangat kering dalam rutin penjagaan kulit biasa, dan dia juga mengesyorkan salap tebal untuk pesakitnya sebagai krim ruam lampin.
4. Eucerin Smoothing Repair Dry Skin Lotion: Jenama ini adalah pilihan popular di kalangan panel kecantikan untuk kulit kering dan sensitif.
5. Vaseline Petroleum Jelly: “Saya menggunakan Vaseline untuk kulit kering lebih kering di muka dan badan saya, untuk menghapuskan solek atau bulu mata palsu dalam secubit, untuk menjaga kaki saya lembut dan licin, di bibir saya, dan pada luka atau ruang yang melecet,” kata Waldorf.
Pencuci Jerawat

1. La Roche-Posay Effaclar Medicated Gel Cleanser: Pembersih gel ini berbuih sehingga membilas minyak dan kotoran, tetapi tidak akan meninggalkan kulit anda terasa tegang.
2. Benzac Acne Eliminating Cleanser: Pembersih berkrim ini mempunyai dos benzoyl peroksida untuk membantu mengimbangi jenis kulit berminyak dan rawan jerawat.
3. PanOxyl 10% Acne Foaming Wash: Anda boleh menggunakan pencuci benzoyl peroksida yang kuat di muka dan badan anda untuk menghilangkan jerawat.
4. Aveeno Clear Complexion Wash: Jika anda mencari pembersih jerawat tegar , pilihlah untuk formula lembut ini.
Pelembap Jerawat

1. Vichy Normaderm Daily Anti-Acne Hydrating Lotion: “Ini adalah pelembap bebas minyak yang baik untuk jenis kulit biasa, gabungan, dan berminyak,” kata Schlessinger. “Sebagai manfaat tambahan, asid glikol dan LHA perlahan-lahan mengelupas untuk meminimumkan penampilan cecair, liang besar, dan bersinar.
2. Yes to Tomatoes Daily Balancing Moisturizer: Pakar mencadangkan pelembap ini untuk mereka yang mempunyai kulit jerawat yang rawan.
3. Avène Cleanance Expert: Walaupun kebanyakan rawatan jerawat boleh rasa pengeringan, krim ini juga menghidratkan dan berkesan.
Rawatan Spot Jerawat

1. Neutrogena On The Spot Acne Treatment: Pakar mengatakan gel ini hebat untuk tempat jerawat yang degil. Dan beberapa ahli dermatologi yang lain juga bersetuju.
2. Clean & Clear Advantage Mark Eraser Treatment: Penyelesaian dapat membantu membersihkan hiperpigmentasi, parut parut, dan bintik-bintik coklat.
3. Bye Bye Blemish Drying Lotion: Perlu menghilangkan zit cepat? Beralih kepada rawatan cepat ini yang akan mengurangkan sekelip mata anda semalaman.
4. Burt’s Bees Natural Acne Solutions Spot Treatment: Pakar akui bahawa rawatan bekas jerawat boleh meninggalkan kulit yang kering dan gatal. Dia mengesyorkan produk ini untuk penyelesaian yang lebih lembut yang masih berfungsi.
Pelindung matahari

1. La Roche-Posay Anthelios 60 Ultra Light Sunscreen Fluid: Youn mengesyorkan garis Anthelios ini kerana ia sangat ringan tetapi masih memberikan perlindungan hebat dari sinaran berbahaya matahari.
2. Olay Regenerist Regenerating Lotion SPF 50: Jika anda sedang mencari pelembap harian yang tidak akan meninggalkan tompokan putih, cuba pilihan ini yang berpatutan.
3. CeraVe AM SPF 30: Ia penting untuk melindungi kulit sensitif dengan pelindung matahari. Formula ini adalah campuran pelindung fizikal dan kimia yang tidak akan mengganggu kulit.
4. Cetaphil Dermacontrol Moisturizer SPF 30: Untuk rawan jerawat, pakar dermatologi kami mencadangkan pelembap harian bebas minyak ini.
5. Aveeno Positif Radiant SPF 15: Pelembap ini mempunyai bahan semula jadi seperti soya yang membantu menguruskan bintik coklat dan nada kulit yang tidak sekata.
SUMBER: SELF
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI