Bukan mudah untuk menerima kehadiran orang baru dalam setelah sekian lama hidup seorang. Maklumlah orang yang dikenali berstatus selebriti dan dalam masa sama perlu menjaga hati semua pihak terutama anak-anak. Namun dengan restu anak-anak jugalah akhirnya, Rapidah Abd Ghani menerima kehadiran Datuk Jalaluddin Hassan sebagai suaminya. Pesan anak-anak, solatnya akan menjadi lebih berganda pahalanya jika berjemaah bersama suami.
A post shared by Hiburan@Sinar (@hiburan.sinar) on
Pada awalnya dia tidak menyangka bertemu jodoh dengan pelakon berkenaan. Walaupun mengambil masa lama untuk menerima lamaran itu, tetapi dia terbuka hati melihat sikap Jalaluddin yang disifatkan sebagai seorang yang bertanggungjawab dan penyayang kepada anak-anak dan cucu-cucunya.
“Anak-anak saya pun semua bersetuju saya berkahwin kerana kata mereka solat saya tidak banyak pahala berbanding solat bersama suami lebih banyak ganjaran,” katanya yang bersyukur kerana segalanya kini telah selesai dan segala urusan dipermudahkan.
Ads
Perkahwinan mereka mendapat restu anak-anak.
Pasangan ini selamat selamat diijabkabulkan di Masjid Bandar Tun Hussein Onn hanya dengan sekali lafaz. Kedua-dua mempelai kelihatan tampil cukup berseri dengan busana warna putih sedondon.
Setelah hampir setahun kehilangan isteri tercinta, pelakon tersohor, Datuk Jalaluddin Hassan kembali menemui cinta barunya, setelah pertama kali bertemu wanita yang merupakan ibu tunggal dan mempunyai empat anak itu ketika sambutan Aidilfitri yang lalu.
Terpikat dengan cara Rapidah melayan tetamu ketika sambutan Aidilfitri lalu.
Ketika itu dia menghadiri rumah terbuka temannya, seorang pengarah dan aktivis teater, Lokman Ghani. Melihat cara Rapidah melayan tetamu juga pergerakannnya mengingatkan dia kepada arwah isterinya.
“Daripada pertemuan itu, kami sempat bergambar bersama dan saya turut memberikan dia nombor telefon kerana ingin dia menghantar gambar yang diambil kepada saya. Selepas itu barulah kami mula berkenalan dan Alhamdulillah dipertemukan jodoh,” ujar Jalaluddin kepada Mstar.
Semoga bahagia hingga ke jannah.
Lebih bermakna perkahwinan ini kerana hubungan mereka turut direstui oleh anak-anak Jalaluddin yang mahukan dia gembira dan rasa bahagia.
Bagaimanapun pasangan ini juga turut diduga dengan halangan apabila ibu Rapidah tidak dapat menerima kehadiran Jalaluddin kerana berstatus artis pada mulanya.
Namun setelah diyakinkan oleh Loman Ghani, barulah ibunya dapat menerima kehadiran Jalaluddin dan menerima dengan hati terbuka.
Jika tiada halangan, pasangan ini akan mengerjakan umrah Febuari tahun depan.
Admin ucapkan selamat pengantin baru dan doakan pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.
Ucapan hari lahir daripada pelakon, Puteri Sarah Liyana buat anak sulungnya, Syaikhul Islam menyentuh hati ramai netizen yang membacanya.
Bakal menginjak usia lima tahun, pelakon jelita itu berharap anaknya yang tercinta itu dapat menjaga dan tidak melupakannya apabila sudah dewasa nanti.
Rata-rata pengikut laman Instagramnya tersentuh hati dengan ucapan tersebut dek kerana faham dengan situasi yang melanda Sarah pada saat ini.
Ramai yang menitipkan doa buat pelakon kelahiran London, England ini agar dia terus kuat dan tabah meneruskan kehidupan bersama insan-insan tersayang.
“Sabar dan terus berdoa. Pasti kemenangan di pihak puan. Semoga jodoh kekal bahagia hingga ke syurga. Amin.
“Be strong Sarah. Allah always with you.
“Sungguh setiap ujian yang berat, Allah turunkan buat hamba-hambaNya yang kuat dan hebat!” komen warganet di akaun Instagramnya.
Baru-baru ini, Sarah telah memberi amaran secara terbuka kepada anak pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar yang didakwa masih menggangu rumah tangganya bersama Syamsul Yusof selama empat tahun.
Sebagai rekod, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rumah yang cantik, teratur dan bersih memang menjadi idaman semua. Lagi-lagi apabila tak perlu mengeluarkan bajet yang besar pun mengemas rumah. Hanya dengan modal serendah dua ringgit dan sedikit kreativiti, kita boleh mendapatkan semua itu.
Mendapat lebih 15 ribu shares, seorang pengguna facebook iaitu Hani Mynis telah berkongsikan caranya untuk menjadikan dapur yang kemas dan sistematik dengan menggunakan barang RM2 sahaja.
Hani gunakan bakul utk “pecahkan” satu ruang yg besar (seperti laci) kepada bahagian yang lebih kecil. Kiranya wujudkan laci dalam laci gitu Supaya barang-barang dalam laci lebih tersusun dan berada di”rumahnya”. Wajib label!
Hani gunakan bakul utk simpan baking tools dan botol2 air.
Lepas baca tip ini, terus sis dapat banyak idea untuk mengemas rumah. Memang sangat membantu. Tak sabar-sabar nak mengemas bila cuti nanti.
Bukan sahaja minda, aktiviti jangka panjang juga memenatkan badan. Untuk memastikan minda anda sentiasa segar dan bentuk badan anda pada keesokan harinya, kami mengesyorkan agar anda mendapat rehat yang cukup.
Walau bagaimanapun, kadangkala perasaan ingin menonton filem dan siri kegemaran anda, membaca buku atau bermain gajet biasanya berlarutan sehingga tengah malam. Tapi tahukah anda tabiat buruk ini boleh membuatkan waktu tidur anda menjadi kucar-kacir.
Ia mungkin terdengar remeh, tetapi makan malam awal juga menyumbang kepada jadual tidur anda. Lebih awal anda memulakan makan malam, lebih banyak masa badan anda perlu memproses makanan yang masuk supaya tidur anda tidak terganggu.
Jadi cubalah membiasakan diri makan malam dua atau tiga jam sebelum waktu tidur.
2.Hindari Tidur Siang Terlalu Lama
Tidur siang adalah pilihan yang sering dipilih oleh ramai orang apabila mereka berasa letih di tengah-tengah aktiviti yang sibuk. Tidur siang bukan sahaja menyegarkan fikiran anda, malah dapat memulihkan tenaga anda untuk meneruskan aktiviti.
Walau bagaimanapun, ternyata tidur siang yang panjang boleh menyukarkan untuk tidur pada waktu malam. Jadi cuma luangkan masa 30 minit untuk merehatkan minda dan badan sepanjang hari.
Menentukan masa untuk bangun dan tidur juga boleh membantu membetulkan masa tidur yang tidak teratur, anda tahu, Bela.
Dengan berpegang pada waktu bangun dan tidur biasa anda, jam dalaman badan anda akan menjejaki masa bangun dan tidur baharu, dan lama-kelamaan anda akan bangun dan tertidur dengan lebih mudah.
Untuk mendapatkan tidur yang lena, anda boleh mengamalkan pelbagai teknik relaksasi, daripada regangan, meditasi, jurnal hingga yoga.
Anda juga boleh mencuba minum teh chamomile sebelum tidur. Dengan menggunakan teknik relaksasi yang berbeza ini, badan secara semula jadi berehat, membolehkan anda tidur dengan tenang.
Anda kemudian boleh melaraskan pencahayaan di dalam bilik tidur anda. Daripada membiarkan lampu menyala, anda boleh meredupkannya beberapa minit sebelum tidur.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.