Setelah sekian lama, wayang Hijabista kini kembali lagi. Membawakan filem bergenre aksi, filem Nobody mengisahkan tentang Hutch Mansell lakonan Bob Odenkirk yang merupakan seorang suami dan bapa yang sering dipandang rendah kehidupannya.
Ketika rumahnya dimasuki pencuri pada suatu malam, Hutch tidak mempertahankan keluarga dengan harapan dapat mengelakkan keganasan yang lebih besar terjadi. Perkara itu membuatkan anaknya, Blake serta isterinya, Becca kecewa dengan tindakan yang dilakukannya.
Ads
Namun, kejadian itu semakin lama semakin menjentik api kemarahan dalam dirinya dan telah mendorongnya ke arah kekejaman yang tidak dijangka. Dalam situasi yang mendesak, Hutch mesti menyelematkan keluarganya daripada musuh berbahaya dan menjaga maruah dirinya agar tidak dipandang hina lagi.
Ads
Ads
Diarahkan oleh Ilya Naishuller, filem ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Connie Nielsen, RZA, Aleksey Serebryakov dan Christopher Lloyd.
Bakal ditayangkan di seluruh negara pada 13 Mei ini, anda boleh menjadi penonton terawal dengan memenangi tiket ke tayangan perdananya pada 4 Mei ini dengan hanya menjawab soalan mudah di bawah ini. Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kurang lebih satu minggu lagi seluruh umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut ketibaan bulan yang mulia iaitu Ramadan Al-Mubarak, tidak terkecuali muslimin dan muslimat di Malaysia.
Bila masuk bulan puasa ni, macam biasa satu perkara yang sering menjadi kerunsingan adalah menentukan tempat untuk berbuka puasa samada secara berseorangan, bersama pasangan, rakan-rakan mahupun keluarga tercinta.
Ini kerana, ketika iftar inilah masa yang terbaik untuk mengeratkan ukhwah sesama manusia sambil menikmati pelbagai juadah yang menarik untuk santapan nafsu setelah seharian menjalani ibadah puasa.
Menariknya, bagi Ramadan kali ini Pavillion Bukit Jalil dengan kolaborasi bersama rangkaian restoran makanan dan minuman di sana, bakal menawarkan pelbagai juadah serta promosi Iftar sepanjang bulan Ramadan nanti!
Terdapat pelbagai juadah berbuka puasa yang boleh didapati di Pavilion Bukit Jalil ini, dari hidangan berat seperti nasi dan lauk pauk, hinggalah kepada pelbagai pencuci mulut yang pastinya memenuhi citarasa Hijabi sekalian.
Antara restoran yang turut sama mengadakan promosi Iftar pada Ramadan nanti adalah Restoran Grandmama’s – Flavours of Malaysia, D’Laksa, Two Cents Hot Wings, Go Coconuts, Perfect Ice dan banyak lagi.
Selain itu, sekiranya Hijabi kehabisan barang dapur untuk menyediakan juadah sahur, sis boleh membeli belah barangan keperluan di The Food Merchant iaitu sebuah pasaraya yang menawarkan barangan kering dan basah dengan kualiti yang premium.
Barangan runcit, di The Food Merchant semuanya segar-segar belaka dan terjamin memberikan khasiat yang menyeluruh untuk anda dan keluarga menjalani ibadah puasa kelak.
Dah tau, port mana nak lepak untuk berbuka puasa nanti kan? Pastikan Pavilion Bukit Jalil ada dalam wishlist hijabi untuk dikunjungi pada Ramadan nanti!
Dalam perkembangan pesat masa kini menyaksikan kos sara hidup juga semakin tinggi. Justeru, kita memang amat digalakkan untuk berjimat cermat. Dan kalau boleh mulakan langkah menabung dari sekarang. Maklumlah dengan duit menabung ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan mendesak ataupun pergi bercuti bersama yang tersayang. Seperti perkongsian wanita ini yang berjaya mengumpul wang sebanyak RM1,000 ribu hanya dalam masa 3 bulan. Rupa-rupanya ini cara yang dilakukan.
Menurut Puan Nurul Farhanah Mohd Zolkapli dia dan suami mengumpul not RM5 dalam masa 3 bulan berkenaan dan akhirnya dapat melancung ke Maldives April lalu.
Pantang ada duit RM5 akan dimasukkan dalam balang dan ada kalanya dia berjaya mengumpul sehingga RM60 sebulan. Paling penting syaratnya adalah perlu berdisiplin.
Jom kita kongsi caranya yang boleh berjaya mengumpul duit dalam masa singkat.
Dulu kite penah ckap kannn nanti kite share camne kite simpan duit untuk travel .. RM 5 ni laaa yang kite simpan buat tambah2 duit untuk Travel .. yang betol2 saving lain laaa ehhh
kite & acid memang akan ketepi kan kalau dapat duit RM5 .. pitam gak laaa kalau sehari kekadang smpai RM 60 dapat duit tukar tapi bile dah terbiase .. senang jee korang dapat kumpul ..
biase nye kite korek tabung ni setiap 3 bulan and masokkan dalam ASB & TABUNG HAJI .. dapat gak laa dalam RM 1k untuk 3 bulan .. Jangan sesekali usik tabung tu tau selain dari duit RM 5 ..
kiteorang kumpul duit syiling malaysia & syiling singapore .. dermawan untuk duit syiling and RM 5 biase nyaa dari @acidtools .. kite tukang simpan and pakai je .. kalau duit kite banyak habis kat makan ajooo
Ibu bapa adalah antara figura yang paling risau sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada anak-anak mereka. Malah, bukti cinta dan kasihnya kedua orang tua, ada diantara ibu bapa sanggup mahu menggantikan kesakitan yang dihidapi sang anak sekiranya diizinkan Allah.
Begitu juga dengan pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ayah ini, Adi Saifullizam Abdul Sani yang sanggup ‘berkhemah’ di dalam kenderaan hanya kerana mahu sentiasa ‘dekat’ dengan si anak yang kini terlantar di hospital kerana diuji menghidapi tumor otak.
Baru-baru ini sebuah portal infortainment, memaklunkan tentang kisah pengorbanan Adi, 40 tahun yang sanggup bermalam dan tidur di dalam kereta di tempat parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak, bagi memudahkan urusan isterinya yang memantau keadaan anak bongsunya mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu.
Tular di media sosial beberapa keping foto menunjukkan kereta Proton Satria yang dipasang khemah pada bahagian belakang kenderaan itu yang setia menanti di tempat parkir Hospital.
“Anak bongsu saya, Muhammad Afeef Mikhail, 8, sedang mendapat rawatan di hospital, setelah doktor mengesahkan dia menghidap tumor otak.
Bagaimanapun, Adi berkata setelah anaknya itu menjalani pembedahan untuk tujuan pengambilan sampel sel pada Sabtu lalu, keadannya semakin stabil. Tetapi masih perlu dirawat dan dipantau di HRPB ditemani isterinya.
“Alhamdulillah, setakat petang tadi anak saya dalam keadaan stabil. Kami sedang menunggu sama ada anak akan menjalanikemoterapi, radioterapi atau pembedahan susulan,” katanya.
Mengulas lanjut berhubung tindakkanya itu, ini respon yang diberikan oleh Adi.
“Saya ambil keputusan untuk bermalam dalam kereta di ruang parkir hospital kerana mahu sentiasa dekat dengan anak dan isteri serta standby pada bila-bila masa.
“Nak tinggal di homestay, pun perlu banyak kos. Masa hari pertama saya datang ke hospital cuma ada RM250 di tangan.
“Jadi, saya perlu berjimat. Lebih mengutamakan makan dan minum. Apa yang lebih penting, saya sentiasa dekat dengan anak,” ujar bapa kepada tiga anak itu.
Ini demikian kerana, menurut Adi, buat masa ini dia masih belum dimaklumkan oleh Doktor apakah langkah susulan yang bakal diambil terhadap kondisi kesihatan anaknya. Justeru, jumlah kos sebenar rawatan juga masih belum dapat diputuskan lagi.
Sekadar info, adi yang membanting tulang empat kerat sebagai operator kilang dan isterinya yang tidak bekerja mengakui perlu berjimat dengan mencatu kewangan sedia ada.
Jelasnya lagi, buat masa ini dia mengambil cuti tanpa gaji khusus untuk memantau perkembangan kesihatan anaknya, serta memudahkan urusan isterinya kerana jarak rumahnya yang berada di Trolak agak jauh jika ingin berulang ke hospital.
Sehubungan itu, Adi menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas keprihatinan rakyat Malaysia yang banyak membantu dia dan keluarga untuk keluar dari kemelut kewangan itu.
“Syukur Alhamdulillah juga hari ini ada seorang hamba Allah yang sudi membantu saya membiayai tempat menginap di bilik di sebuah rumah inap berdekatan dengan hospital.
“Sangat dekat, saya berjalan kaki antara 300 dan 500 meter ke hospital bertemu anak dan isteri,” katanya sambil menambah dua lagi anaknya dijaga oleh keluarga terdekat buat sementara waktu.
Hijabista mendoakan agar adik Muhammad Afeef Mikhail diberikan kesembuhan segera, serta tiada kesakitan selepasnya dan semoga segala urusan ayahnya, Adi Saifullizam Abdul Sani sekeluarga dipermudahkan oleh Allah SWT.