Selepas mengundi, anda pasti akan peroleh satu ‘calitan’ rasmi oleh pihak SPR iaitu mencelup jari dalam dakwat kekal sebagai penanda anda telah membuat undian. Pada awal warnanya terang, namun makin lama ia menjadi gelap seakan inai!
Kalau anda pengguna media sosial sudah tentu anda dapat lihat banyak yang telah mencuba untuk menghilangkan dakwat di jari. Rata-ratanya berjaya! Jadi macam mana pula anda di rumah? Nak hilangkan juga ke?
Simpan lama-lama makin kering pula jari, jom hilangkan!
Sumber dari Canva
Ramai yang tahu kegunaan dakwat ini untuk mengelakkan sebarang kejadian penipuan semasa proses undian berlaku. Pihak SPR cuba untuk menghalang mana-mana pihak yang membuat undian lebih dari sekali.
Kesan dakwat yang ada pada jari akan kekal dalam jangka masa yang lama oleh kerana sifatnya yang ‘kekal’ pada kulit. Pada kuku pula ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk meluntur.
Dikongsikan oleh laman portal hellodoktor, terdapat beberapa cara yang boleh anda ikuti untuk menghilangkan kesan dakwat ini. Jadi ikuti dengan lebih lanjut untuk mendapatkan semula warna kulit asal anda! Sis pun dah mula kering jari ini!
Ads
1. Gunakan peluntur dan buah lemon
Sumber dari Canva
Kaedah pertama ini hanya memerlukan dua bahan utama iaitu peluntur dan buah lemon. Terdapat juga beberapa bahan yang anda perlukan juga!
Bahan-bahan:
Cecair peluntur
Buah lemon
Krim pelembap
Air suam
Langkah-langkahnya:
Ads
Campurkan cecair peluntur dan air suam di dalam bekas. Pastikan kedua campuran itu di kacau sebati.
Selepas itu, rendamkan jari yang di celup dakwat kekal itu ke dalam larutan itu selama 30 saat.
Setelah itu, keluarkan jari dan gosok potongan buah lemon pada jari tersebut.
Anda boleh menggosok potongan lemon itu sambil membilas dengan air.
Gosok berkali-kali sehingga warna dakwat kelihatan pudar.
Setelah selesai, sapukan krim pelembap pada jari untuk elakkan kulit kering kesan asid daripada cecair peluntur dan buah lemon.
2. Peluntur dan losyen
Sumber dari Canva
Kaedahnya lebih kurang sama sahaja dengan kaedah pertama. Cumanya, ia mempunyai bahan-bahan yang berbeza.
Bahan-bahan:
Satu penutup cecair peluntur
Losyen badan
Kain atau tisu basah
Mangkuk kecil
Langkah-langkahnya:
Ads
Campurkan cecair peluntur ke dalam mangkuk dan rendamkan jari yang dicelup dakwat kekal itu.
Rendam selama 30 saat dan gosokkan sedikit dengan menggunakan kain atau tisu basah.
Setelah selesai, bilas dengan air paip dan sapukan losyen pelembap bagi mengelakkan kulit kering.
Bagi mereka yang punyai kulit sensitif, anda tidak disarankan untuk lakukan kaedah di atas. Kulit anda tidak sesaui kerana cecair peluntur ini boleh menghakis dan merosakkan lagi keadaan kulit anda!
Alhamdulillah penantian penyanyi nombor negara, Datuk Siti Nurhaliza selama 11 tahun untuk menimang cahaya mata berakhir. Beliau mengesahkan dirinya hamil 4 bulan dalam satu majlis kesyukuran di rumahnya Jumaat lalu. Terpancar kegembiraan dan kebahagiaan di wajah Siti yang selama ini memang menanti kehadiran seorang anak sebagai penyeri rumah tangga.
A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on
Berita kehamilan beliau memang ditunggu-tunggu peminatnya di seluruh negara. Walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan Siti tetap berusaha untuk hamil dan dua tahun lepas beliau telah mengalami keguguran.
Dan tahun ini Allah telah mengurniakan ‘anugerah agung’ pada Siti dan suami. Berita ini disampai kepada media dalam suasana cukup santai. Dalam majlis itu juga terserlah ‘baby bump’ Siti yang kelihatannya cukup comel. Wajah Siti juga berseri-seri tatkala mengumumkan perkembangan terkininya itu.
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Menurutnya, pelbagai usaha telah dilakukan dan salah satunya menggunakan kaedah IVF. Beliau menggunakan kaedah itu sebanyak 3 kali sebelum disahkan hamil.
Tidak dinafikan, soal anak cukup sensitif pada sesetengah orang terutama bagi yang sudah lama kahwin tetapi belum dikurniakan anak. Perasaan sedih akan cepat datang lebih-lebih lagi melihat teman-teman lain sudah ada anak. Walaupun rezeki itu datangnya pada Allah tetapi sebagai insan biasa kita akan berusaha untuk menimang cahaya mata.
Seperti juga pengalaman wanita ini, Eswati Azni Jaafar yang menanti hampir 8 tahun sebelum dikurniakan anak, Iman Rifqi yang kini berusia 8 tahun. Dia juga mencuba bukan satu tetapi 15 ikhtiar untuk hamil dan akhirnya penantikan itu telah berakhir apabila disahkan hamil.
Ikuti perkongsiannya yang ditulis dalam blognya modernmumthingy.com. semoga boleh dijadikan paduan buat pasangan yang sudah lama kahwin tetapi masih menanti kehadiran zuriat. Lama atau sekejap rezeki itu datangnya dari Allan dan kita hanya mampu berusaha dan terus berdoa.
Mana mana pasangan yang dah berkahwin tu opkos lah nak dapat anak kan! Kalau yang tak nak tu memang pelik, especially yang beragama islam. Anak tu lah penyambung zuriat kita. Tapi, tak semua orang bernasib baik. Ada orang bunting pelamin terus… rezeki.. namanya.
Aku? heheh.. 8 tahun baru dapat Iman rifqi ni. walaupun sebelum tu pernah mengandung luar rahim pada tahun ke 5. So entri aku ni.niat nak share pada sapa sapa yang masih berusaha nak dapatkan zuriat tu, ini lah antara ikhtiar dapatkan zuriat yang aku and husband lakukan sepanjang tahun 2002-2008.
15 ikhtiar dapatkan zuriat or mungkin lebih sebenarnya.. (tak ingat hahaha)
First and foremost, selepas 2 tahun dah kahwin tu. Korang jumpalah dengan Dr pakar sakit puan. Kadang dr. ni pun akan cakap pada kita “masih awal lagi, jangan risau.” Tetapi kita cuma takut, kalau ada penyakit lain yang akan menghalang kita dapat zuriat. So pls insist dr buat check up sebelum kita tambah stress nak dapat anak. Penyakit orang perempuan ni pelik2.. ada yg cyst, fibroid, endomiosis, pcos and lain lain lagi lah. korang google tau.. panjang kalau nak cerita.
For my case, rupanya aku ada masalah endometriosis dan juga retroverted uterus. Penyakit endometriosis tu pulak dah membentuk spider web dan menyempitkan salur faloppian. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut pasal endometriosis ni korang boleh baca dekat link yang letak kat bawah ni.
For record, 2 kali kena buat laporoscapy disebabkan serangan endometriosis. Aku jumpa 3 orang Dr. pakar sakit puan dari tahun 2002 -2008. Dr Idris dari hospital Pantai, Dr Hamid Arshad dan Dr Micheal Samy dari Gleaneagle.
Sometimes you need 2nd or 3rd opinion kan, tu yang jumpa banyak dr. dan mencari dr yang terbaik dah sesuai dengan kita. FUh… bab duit… hurmmmm… tak payah cerita lah. Macam macam ikhtiar kami buat. Segala supplement kita orang amik., selain dari aku, dr juga mengesyorkan asben aku sendiri ambik vitamen E dan spemen untuk meningkkatkan lagi kualiti sperma.
See.. bukan perempuan sahaja yang kena berusaha.. It takes 2 to tanggo.. eh.. kena tak peribahasa tu kat sini? heheh
Walaupun adik beradik aku cakap aku banyak duit sebab tak ada anak.. tapi derang tak nampak pula kos aku nak p berubat ni kan… huhuh
Selain usaha moden, kami juga pergi berurut. tapi asben and Wife yer.. bukan sorang sorang jer. So mana sahaja orang suggest p urut kami pergi kalau berkesempatan selagi tak bertentangan dengan agama kita. Ada juga tempat yang berulang kali kami pergi. Tapi kalau tanya balik tempat tempat aku p urut tu hahah.. memang tak ingat dah weh… no semua dah hilang. Pointnya kalau rasa dapat info tempat orang boleh p urut.. p lah ikhtiarkan juga.
Perubatan moden pun aku tetap buat, HSG ni rasanya dekat 3 kali kut buat. Agak sakit tapi sikit jer…urmm.. ada jugak yang sakit senak ya amat, sbb byk kali sangat buat sampai lupa.. tapi bergantung pada tahap sumbat orang kut hahaha… so since aku ni dah ada kes endometriosis yang menyebabkan spider web kat dalam tu, so fallopian pun mungkin menyempit. Maka dr pun suggest buat HSG ni sebelum buat IUI. Harapnya korang paham lah dalam bahasa Inggeris kat bawah nih. Takut salah translate medical term ni. But basically dye akan dimasukkan ke dalam rahim wanita sampalah ke fallopian tiub, untuk membuka ruang.
“The HSG test is a radiology procedure usually done in the radiology department of a hospital or outpatient radiology facility. Radiographic contrast (dye) is injected into the uterine cavity through the vagina and cervix.”
IUI ni pun rasanya lebih 4 kali kami buat. Sekali buat dekat RM800 kut. itu 10 tahun yang dulu. Sekarang tak pasti lah berapa yer. IUI ni dimana sperm laki di keluarkan dan dibersihkan, kemudian akan di injek kedalam rahim wanita dan sedekat mungkin dengan kawasan ovari yang mengeluarkan telur. Sebelum buat treatment ni kita kena amik pil subur terlebih dahulu. Supaya dapat meransang pengeluaran telur. heheh mmg banyak yang keluar. Setengah orang dapat anak kembar tau.
Selepas buat treatment ni, rasanya kena baring untuk beberapa jam untuk elakkan sperm laki keluar dari rahim wanita. Owh sebelum buat treatment ni, kalau jumpa dengan prof hamid arshad juga suruh suami ambil Vitamin E dan kalau tak silap speman juga.
Tahun 2005 yg aku concieve selepas balik mekah tu selepas buat IUI lah. Malangnya luar rahim huhuhu. Tapi aku teruskan Ikhtiar dapatkan zuriat
Selain dari berurut. aduh… beberapa usaha kami lalui, termasuklah melalui pemakanan. Makcik tersebut juga telah mengurut beberapa kali dan aku perlu minum air kunyit yang dia buat tu dengan memijak ibu jari yang sebelah. so kaki kanan pijak kaki kiri kut..
Asben pulak heheh kena makan telur ayam kampung mentah mentah … uwekkk… sib baik dia yang makan .. haha bukan aku.. confirm muntah ruah . Paling tak tahan, we all masa tu travel ke bali, tapi kena lah bawak telur ayam kampung yang dah dibaca doa tu. Org lain makan telur yag hotel bg, kami siap bawak telur dalm tupperware .. mau tak pelik.
Yang ni pula, kami kena cari nenas .. tapi bukan sebarang nenas.. lupa dah.. nama nenas ni. dan juga bawa gula batu bersama. Pakcik tu baca doa dan dia juga campurkan kedua ramuan ni dan akhirnya di blend dan hasilnya dalam bentuk jus.
So sebaik aku minum jus ni. Sewaktu period, keluar ketul ketul darah yang banyaaak sangat. tak tahu mari mana hahaha…. wallhualam. But positive side, mungkin di dalam rahim terdapat sisa sisa period yang tidak keluar habis. Seingat aku yang ini aku berubat di Manong Kuala kangsar
Pil mengkudu agak terkenal pada masa ini. Rasanya tahun 2002. Aku ingat sbb masa tu tinggal di rumah lama di keramat. Bila amalkan pil mengkudu ni seingat aku sampai demam dan badan sampai bergetar. Seterusnya terus buang air besar sehingga keluar air kehitaman sahaja. Sori agak “gross” hahahha…
tapi bagi aku , ini juga salah satu cara pembuangan toksik kut. sbb aku ni tak jaga makan … kuat makan makanan yang acidic.
Haa.. yang ni memang cuba jugak. Seksa betul nak pecahkan buah ni… dan sampai sekarang tak pasti betul ke tak cara yang we all lakukkan . Yang ni mungkin ramai yang tahu. Kalau pergi mekah tu, tu korang pesan pesan lah org beli kat sana.Nama pun buah zuriatkan.. so inilah antara Ikhtiar dapatkan zuriat yang aku buat
Haa.. yang ni interesting. aku jumpa satu buku yang sangat menarik. Rasanya buku tu aku beli dari amazon.com. alahai.. sayang pulak mana aku letak buku ni. tapi intipati buku ni, menceritakan teknik hypnotheraphy untuk membayangkan kita juga melalui fasa dari sperm masuk ke dalam rahim, persenyawaan, implantation dan terbentuknya janin
sehinggalah kita bayangkan kita bersalin dan menyusakan bayi tersebut. Bagi aku, ini macam psikologi orang bela anak angkat lah. hormon wanita ni haywire kadang kadang tu. So dia membentuk naluri keibuan dari dalam diri kita.
kalau google korang cari lah keyword seperti “Hypnotherapy for Fertility atau Hypnotheraphy to concieve”
Kebetulan kakak aku baru melahirkan anak. Sama kes jugak lambat dapat anak, rasanya selepas 12 tahun kawin, barulah dia dapat si balkhis nih. So aku siap amik cuti seminggu sebab nak jaga balkish ni, heheh to be frank mmg aku gelabah memula tu.. siyes gelabah. maknya pergi kerja macam biasa so tinggalah aku ni jaga budak nih.
Kenapa buat macam ni? Sebab aku takut aku ni kurang naluri keibuan. Aku nak bayangkan aku juga punya anak nnt. Hehehhe ni rasanya lepas baca buku hypnotheraphy tu lah… tak cukup rasa visualisation sahaja.. nak real experience jugakkan. Rasa lah camna dia lapar, dia nagis, dia berak. Rasanya masa tu balkis umur 6 bulan. kut… hurm dah besar dah dia skrg. BFF iman lagi.
Selain dari berjumpa dengan ustaz yang pelik2 (huuuhu..macam2 claim hebat, terbanglah duit weh).. huhuuh… kami pergi juga berubat di darul syifa di bangi tu. hurmm.. camna nak mula yer?. kemungkinan aku ni ada ganguan saka juga yang memang dia kat rahim tu… setiap kali berlaku persenyawaan, katanya benda tu akan makan. Masa muda muda dulu, hehhehe badan aku ni selalu macam ada gigitan atau lebam lebam…
So selain ambil air penawar, kami kena cari akar pokok kayu ara yang berjuntai tu. kemudian disimpulkan dan diletakkan di bawah katil. Itu semua ustaz kat darul syifa yang buat, sambil dia menyulam adalah bacaaan doa dia. Dan of course lah kami dibekalkan dengan doa doa syifa yang kena amalkan setiap kali lepas sembahyang.
Setiap kali balik melaka, kami akan p urut satu tempat chinese ni. Nama dia Peter. Pertama kali aku buat, haaaa… balik rumah terus muntah putih. bila kita cakap kita tengah berusaha untuk dapatkan anak tudiaaa..dia memang tekan dekat area tumit kita yakni bahagian rahim or production wanita. Memang badan jadi sedap. Korang p jelah mana mana tempat yang korang rasa selesa nak buat reflesologi ni. hehhe sampai sekarang aku still amalkan.
haaa.. ini pun aku try tau. Aku pergi 2 tempat secara serius. 1 di kelana jaya. 1 lagi dengan master tole di area KL. Acupunture yang kami buat ni juga dengan mengalirkan tenaga elektrik yang rendah . korang boleh refer dekat sini http://www.thetole.org/
harga .. heheh boleh tahan … tapi berbaloi… cubalah mana tahu serasi. Walaupun aku tak terus pregnant masa tu , tapi ilmu lain yang aku dapat. hurmm.. ramai budak autism yang buat treatment disitu dan kata nya kebanyakkan anak doktor. Kemungkinan terlebih folik asid. hehe bukan aku cakap.. dia yg cakap yer
Tahun 2005, we all decide p Umrah… nak rasa dekat nak berdoa dengan yang SATU tu di bumi barakah. segala tempat yang orang kata doa makbul tu kami pergi. Masa pergi umrah tu, sebenarnya aku belajar 1 benda yang paling penting. Hal dunia ni memang hilang masa tu. Hal opis lansung tak ingat. So kat sana tu lah belajar stress free. Kalau tak asyik stress pikir kerja jer. Stress ni mmg tak bagus korang. Badan akan jadi lemah, akan release kan radikal bebas. Betullah stress ni bawak penyakit.
Balik dari umrah aku mmg tak stress dah, pergi bulan 5 rasanya kalau tak silap dan bulan 9 pada tahun yang sama aku ngandung. tapi malangnya kandungan luar rahim . So terpaksa lah buang janin tersebut huhuhu .. sedey ya amat.. but……. positive sign yang aku ni boleh concieve.
We all tahu pasal Phang oo lang ni, dari opismate sebenarnya. Wife dia yang kerja di sirim cakap, ada opismate dia dia sirim tu dah 10 tahun tak dpt anak, dan.. berjaya selepas ambil herbs dari Phang oo lang ni. So, kami terus pergi dan berjumpa dengan dia sendiri. Funny thing, dia adalah orang India sejati tapi bercakap chinese, dan bila cakap bahasa melayu pun seperti orang cina yang melayu. Phang OO lang ni di kepala batas pulau pinang.
Again… husband and wife kenalah jumpa sama. So for my case, cyst lah puncanya dan banyak angin. Husband pulak disebakan selalu terkena migraine yang agak kuat menyebabkan badan selalu berangin dan agak acidic. siap kena check kencing dulu and lain lain jugak. mcm dr plak hehhe.
Alhamdulillah tak sampai abis 1 botol pada 2 jul 2008.. tarikh besday husband tu.. aku postive !
Nak dapat anak ni atau Ikhtiar dapatkan zuriat ni.. kena dua dua pihak sama sama berubat yer.. kalau ikut our experience memang lah ‘sakit’ dan ‘ sedih’ sangat waktu tu. Rasa macam dipinggirkan, rasa tak normal… rasa kita ni ALLAH tak sayang… tapi bila dah lalui semua ni.. yakinlah ALLAH tu maha mengetahui yang lebih baik untuk kita kan. On top of semua ikhtiar ni mmg kami x putus doa. Syukur sangat dapat asben yang sangat sabar.
Lupa nak cakap, ada beberapa supplement yang kami ambik macam Biodex lah, flaxseed, milk thistle, EPO, Vitex, neem, madu tak sah habaq lah.. macam macam. korang google jer herbs for fertility dan boleh dapatkan di farmasi.
Bersyukur sangat dapat anak walaupun sorang, umor pun dah 43 rasa macam takder harapan nak dapat lagi hahaha..
Harapnya perkongsian ni dapat membantu kawan kawan yang senasib, Jangan Give up okay. Dan teruskan berdoa! Jangan putus asa dalan Ikhtiar dapatkan zuriat.
Biarpun Sana Khan secara rasminya telah bersara dari dunia Bollywood, bekas aktres ini sentiasa menjadi tumpuan.
Sana Khan, yang telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lebih setahun, baru-baru ini Sana Khan dikurniakan anak kedua yang dilahirkan pada 5 Januari 2025.
Suami Sana Khan yang merupakan seorang ulama terkenal iaitu Mufti Anas Saiyad turut menyambut kelahiran anak kedua mereka dengan gembira.
Menerusi media sosial, Sana dan Mufti berkongsi berita gembira itu kepada para pengikut mereka.
Melalui laman Instagramnya, Sana Khan berkongsi video istimewa mengumumkan kelahiran anak keduanya itu.
Klip ‘comel’ itu menampilkan pelbagai elemen seperti belon, istana, payung terjun, pita dan pelbagai barangan hiasan lain dalam rona biru dan putih, serta bunyi latar belakang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Mendedahkan bahawa anak kecil mereka dilahirkan pada 5 Januari 2025, Sana Khan berkongsi berita itu dengan nota dalam video.
“Kami sangat gembira untuk berkongsi berita gembira kelahiran putera kecil kami! Abang Tariq Jamil, dengan penuh kegembiraan menyambut kelahiran adik lelakinya!” tulis Sana Khan.
Menggelar diri mereka sebagai ‘ibu bapa bangga’, tambah Sana dalam video itu.
“Berkatilah kami untuk membesarkannya dengan kebaikan dan kebenaran, dan jadikanlah dia salah seorang hamba-Mu yang beriman,” tambahnya.
Sementara itu, Sana Khan turut meluahkan rasa gembiranya dalam kapsyen foto tersebut.
Selepas muat naik itu, ramai rakan menitipkan ucapan tahniah kepada Sana Khan dan suami.
Untuk info, nama Sana Khan mula mendapat perhatian dan kemasyhuran setelah berjaya bergelar Naib Juara dalam rancangan Salman Khan iaitu Bigg Boss 6.
Bagaimanapun, pada tahun 2020 Sana Khan mengumumkan persaraannya daripada Bollywood dan industri hiburan.
Sana Khan berkahwin dengan ulama Mufti Anas Saiyad pada 21 November 2020. Mereka dikurniakan anak pertama, Saiyad Tariq Jamil pada 5 Julai 2023.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Anda boleh menggunakan krim, produk semula jadi dan perubahan gaya hidup dan diet untuk mengurus atau mencegah radang ekzema, terutama pada cuaca sejuk mahupun panas, sebelum menjadi semakin buruk.
Bahan semula jadi, seperti gel lidah buaya dan minyak kelapa, dapat melembapkan kulit kering dan pecah. Ia juga dapat melawan keradangan dan bakteria berbahaya untuk mengurangkan pembengkakan dan mencegah jangkitan.
Ubat semula jadi tidak dapat menyembuhkan ekzema, tetapi ia dapat membantu menangani gejala dan mencegah suar. Lihat ubat semula jadi yang terbaik untuk merawat ekzema.
Seseorang boleh menggunakan gel lidah buaya secara langsung di pasaran. Gel lidah buaya berasal dari daun tanaman lidah buaya. Ramai orang telah menggunakan gel lidah buaya selama berabad-abad untuk merawat pelbagai penyakit. Salah satu penggunaan yang biasa adalah untuk menenangkan ekzema.
Kajian melihat kesan lidah buaya terhadap kesihatan manusia. Para penyelidik melaporkan bahawa gel ini mempunyai jenis sifat berikut:
Kesan antibakteria dan antimikroba dapat mencegah jangkitan kulit yang lebih mungkin terjadi apabila seseorang mempunyai kulit kering dan merekah. Sifat penyembuhan luka aloe dapat menenangkan kulit yang merekah dan meningkatkan penyembuhan.
Cara untuk menggunakannya:
Beli gel lidah buaya di kedai kesihatan atau dalam talian, atau boleh beli tanaman lidah buaya dan menggunakan gel secara langsung dari daunnya. Pilih produk gel lidah buaya dengan sedikit bahan yang lain boleh mengandungi bahan pengawet, alkohol, wangian dan warna, semuanya boleh merengsakan kulit sensitif. Alkohol dan bahan pengeringan lain boleh menjadikan ekzema lebih teruk.
Mulakan dengan sebilangan kecil gel untuk memeriksa kepekaan kulit. Kadang kala lidah buaya boleh menyebabkan rasa terbakar atau menyengat. Secara amnya, ia selamat dan berkesan untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
Cuka sari apel adalah ubat yang popular untuk pelbagai keadaan, termasuk penyakit kulit. Persatuan Ekzema melaporkan bahawa cuka sari apel dapat membantu mengatasi keadaan ini. Namun, mereka mengesyorkan berhati-hati, kerana asid cuka dapat merosakkan tisu lembut.
Tidak ada penyelidikan yang mengesahkan bahawa cuka sari apel mengurangkan gejala ekzema, tetapi ada beberapa sebab mengapa ia dapat membantu:
Mengimbangi tahap keasidan kulit
Cuka sangat berasid. Kulit secara semula jadi berasid, tetapi individu yang mengalami ekzema mungkin mempunyai kulit yang kurang berasid daripada yang lain. Ini boleh melemahkan pertahanan kulit. Menggunakan cuka sari apel yang dicairkan dapat membantu menyeimbangkan tahap keasidan kulit, tetapi cuka boleh menyebabkan luka bakar jika tidak dicairkan.
Sebaliknya, banyak sabun, detergen dan pembersih bersifat alkali. Ia boleh mengganggu keasidan kulit yang dapat menyebabkan kulit mudah rosak. Ini mungkin menjelaskan mengapa mencuci dengan sabun tertentu boleh menyebabkan ekzema.
Memerangi bakteria
Kajian mendapati bahawa cuka sari apel dapat melawan bakteria. Menggunakan cuka sari apel pada kulit dapat membantu menjaga kulit yang patah daripada dijangkiti.
Cara untuk menggunakannya
Sentiasa cairkan cuka sari apel sebelum disapukan ke kulit. Cuka yang tidak dicairkan boleh menyebabkan luka bakar kimia atau kecederaan lain. Anda boleh menggunakan cuka dalam balutan basah atau mandian dan ia terdapat di kebanyakan drug store.
Untuk menggunakan cuka sari apel dalam balutan basah:
Untuk mencuba rendaman cuka sari apel:
Oatmeal koloid, juga dikenal sebagai Avena sativa, dibuat dari oat yang telah digiling dan direbus untuk mengekstrak sifat penyembuhan kulit. Satu kajian melaporkan bahawa losen oatmeal koloid mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang, yang mengakibatkan peningkatan:
Menurut hasil percubaan terkawal secara rawak, pelembap oatmeal koloid berfungsi lebih baik dengan kawalan.
Cara untuk menggunakannya:
Tambahkan oatmeal koloid serbuk ke dalam mandian air suam dan rendam. Pilih produk oatmeal koloid yang mempunyai oat sebagai satu-satunya bahan dan elakkan produk yang mengandungi wangian atau bahan tambahan. Anda boleh membeli oatmeal koloid tulen dari kedai kesihatan atau dalam talian.
Losen dan krim yang mengandungi oatmeal koloid juga boleh dibeli secara dalam talian.Oatmeal koloid umumnya selamat untuk semua peringkat usia, tetapi anda yang alah kepada oat harus menjauhinya. Individu yang alah kepada gluten harus berhati-hati, kerana gandum sering diproses dengan gandum.
Minyak kelapa mengandungi asid lemak sihat dapat menambahkan kelembapan pada kulit yang dapat membantu anda yang mengalami kulit kering dan ekzema. Juga, minyak kelapa dara dapat melindungi kulit dengan membantu memerangi keradangan dan dengan meningkatkan kesihatan penghalang kulit.
Percubaan klinikal secara rawak melihat kesan penggunaan minyak kelapa dara pada kulit pada kanak-kanak. Hasil yang Dipercayai menunjukkan bahawa penggunaan minyak kelapa selama 8 minggu memperbaiki gejala ekzema lebih baik daripada minyak mineral.
Cara untuk menggunakannya:
Sapukan minyak kelapa dara yang ditekan sejuk terus ke kulit selepas mandi dan hingga beberapa kali sehari. Gunakan sebelum tidur untuk menjaga kelembapan kulit semalaman.
Minyak kelapa ekstra dara biasanya padat pada suhu bilik, tetapi kehangatan tubuh seseorang menjadikannya cair. Anda yang alah kepada kelapa tidak boleh menggunakan minyak kelapa.
Madu adalah agen antibakteria dan anti-radang semula jadi dan telah menggunakannya untuk menyembuhkan luka selama berabad-abad. Kesimpulan tinjauan mengesahkan bahawa madu dapat membantu menyembuhkan luka dan meningkatkan fungsi sistem imun yang bermaksud ia dapat membantu tubuh melawan jangkitan.
Kajian lain menyatakan bahawa madu berguna untuk merawat pelbagai penyakit kulit, termasuk luka bakar dan luka biasa dan ia mempunyai kemampuan antibakteria. Diterapkan secara langsung ke ekzema, madu dapat membantu mencegah jangkitan sambil melembapkan kulit dan mempercepat penyembuhan.
Cara untuk menggunakannya:
Cuba sapukan sedikit madu di kawasan tersebut. Produk madu Manuka yang direka untuk rawatan luka dan aplikasi kulit juga terdapat di banyak kedai ubat dan dalam talian.
Pengilang memperoleh minyak pokok teh dari daun pokok Melaleuca alternifolia. Anda sering menggunakan minyak ini untuk mengatasi masalah kulit, termasuk ekzema. Kajian yang dipercayai mengenal pasti sifat anti-radang, antibakteria dan penyembuhan luka. Ia dapat membantu melegakan kekeringan kulit dan gatal-gatal dan membantu mencegah jangkitan.
Cara untuk menggunakannya:
Sentiasa cairkan minyak pati sebelum menggunakannya pada kulit. Cuba campurkan minyak pokok teh dengan minyak pembawa, seperti badam atau minyak zaitun kemudian gunakan larutannya. Beberapa produk termasuk minyak pokok teh dalam bentuk yang dicairkan.
Ekzema adalah keadaan keradangan, yang bermaksud bahawa ia menyebabkan kulit meradang, merah dan sakit. Makanan tertentu boleh menyebabkan atau mengurangkan keradangan di dalam badan dan membuat beberapa perubahan diet penting dapat membantu mengurangkan ekzema.
Contoh makanan anti-radang termasuk:
Makanan keradangan yang biasa termasuk susu, telur, kedelai dan gandum. Cuba hilangkan sebilangan dari diet dan simpan buku harian makanan untuk membantu mengenal pasti makanan mana yang mungkin bermasalah.
Mandi memberi kulit kelembapan penting. Mandi adalah bahagian penting dalam rawatan ekzema. Apabila seseorang mempunyai keadaan kulit seperti ekzema, kulit mereka memerlukan kelembapan tambahan kerana lapisan luarnya tidak berfungsi sebagaimana mestinya. Bagi sesetengah individu, mencuci dengan kerap boleh mengeringkan kulit dan membuat ekzema menjadi lebih teruk. Ini boleh berlaku apabila:
Elakkan mandi terlalu kerap. Sebilangan besar bayi dan kanak-kanak perlu mandi sekali atau dua kali seminggu.
Mandi orang dewasa:
Mandi air panas yang panjang dapat menghilangkan minyak dan kelembapan semula jadi dari kulit. Ambil pancuran yang lebih pendek dan biarkan air pada suhu yang suam.
Selepas mandi, lembapkan dalam masa 3 minit selepas keluar. Tepuk kulit dengan lembut menggunakan tuala dan sapukan pelembap berasaskan minyak sebelum kulit kering sepenuhnya. Ini dapat membantu menyekat air dari pancuran atau mandi sebelum menyejat. Setelah mencuci dan mengeringkan tangan, sapukan pelembap untuk membantu mencegah ekzema.
Duduk di sebelah perapian atau di dekat tungku mungkin terasa baik, tetapi ia boleh memburukkan lagi gejala ekzema. Udara yang panas dan kering dapat mengeringkan kulit dan memburukkan lagi kegatalan ekzema. Gunakan pelembap semasa cuaca sejuk yang kering dan elakkan terlalu dekat dengan pemanas dan perapian.
Pencuci pakaian boleh mengandungi bahan kimia keras yang memburukkan lagi ekzema. Kebanyakkan pencuci badan dan pembersih mengandungi bahan pencuci dan agen pembersih yang lain dapat mengeringkan kulit, terutama pada anda yang mengalami eksim.
Sabun bar juga boleh menjadi keras pada kulit kerana kealkaliannya. Cuba gunakan pembersih lembut, tanpa buih, tanpa wangian. Elakkan produk dengan zarah kasar untuk menggosok atau mengelupas, kerana ini boleh merengsakan kulit.
Ramai yang menghidap ekzema juga mendapati bahawa beralih kepada pencuci pakaian yang lebih lembut, wangi atau bebas warna dapat membantu memperbaiki gejala. Cubalah melembutkan pelembut kain, yang berlarutan pada pakaian dan sering mengandungi wangian dan bahan kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit.
Tidak ada penawar untuk ekzema, tetapi anda boleh mengatasi gejalanya dengan rawatan di rumah, termasuk gel dan minyak semula jadi, mandi ubat, dan perubahan diet. Sekiranya ekzema teruk atau tidak bertindak balas terhadap rawatan di rumah, mungkin ada baiknya berjumpa doktor. Lakukan segera sekiranya kanak-kanak atau bayi mengalami ruam baru.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di