Bukan di London ataupun New York tetapi Bukit Bintang, itu sejarah yang tercipta pada Selasa lalu apabila jenama fesyen terkenal negara Rizman Ruzaini membuat kejutan melalui perarakan fesyen di lokasi tumpuan pelancong itu.
Mengumpulkan 50 jelitawan yang terdiri daripada model, ratu cantik serta bintang media sosial. Apa yang cukup mencuri tumpuan bagaimana kesemua mereka ini mengenakan pakaian Rizman Ruzaini yang terkenal melalui rekaan elegan dan eksklusif.
Menurut Rizman walaupun perarakan fesyen ini perkara biasa di bandar-bandar besar dunia, namun ini adalah kali pertama Kuala Lumpur menyaksikan acara yang cukup berprestij ini.
“Ini juga sebagai cara untuk kami menghargai mereka yang selama ini bersama jenama Rizman Ruzaini sejak 17 tahun lalu. Wajah-wajah inilah yang memperagakan Rizman Ruzaini daripada kami bukan sesiapa dan kini menjadi antara jenama utama di negara ini.
“Jika dilihat ini juga kali pertama perarakan fesyen seperti ini berlaku di Malaysia. Menjadi harapan kami untuk melihat Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai antara bandar fesyen suatu hari nanti, sama seperti Milan dan Paris,”katanya.
Sementara itu, menuju ke sasaran jualan 10 Juta ringgit untuk tahun ini, Rizman Ruzaini juga turut memperkenalkan produk aksesori fesyen terbaharu Basic Tote Beg. Jelas Rizman melihat sambutan yang diterima bag ini tahun lalu, membuatkan mereka yakin untuk tampil dengan lima warna berbeza untuk tahun ini.
Malah lebih mengejutkan apabila beg yang baru dilancarkan ini kehabisan stok untuk beberapa warna selepas beberapa jam dijual melalui rizmanruzaini.my.
“Melihat sambutan yang diterima tahun lepas memang kami yakin untuk keluarkan beg ini dengan kuantiti yang lebih banyak kali ini. Cuma tidak sangka ada beberapa warna yang sudah habis di jual antaranya warna hitam.
“Mengekalkan kualiti yang sama, menjadi fokus kami untuk memastikan setiap produk di bawah jenama ini mampu dimiliki semua gologan. Sebab itu ada yang terkejut bila harga beg tote basic ini hanya RM149,”katanya.
Sementara itu menurut Rizman walaupun ada beberapa warna yang sudah habis dijual, namun pihaknya akan berusaha untuk menambah stok beg melalui warna pilihan sedikit masa lagi.
Jelasnya melalui perancangan perniagaan yang dibuat pihaknya menjadi harapan agar semua produk Rizman Ruzaini dapat dinikmati semua golongan dengan harga mampu milik.
Sementara itu melihat kemampuan perniagaan berasaskan fesyen ini yang semakin bergerak maju di negara ini, tambahnya pihaknya juga dalam perancangan untuk memperkenalkan kedai utama berbentuk fizikal untuk memudahkan pelanggan dan pengguna produk ini melawat jenama ini secara terus.
“Memang ada dalam perancangan kami untuk membuka kedai utama tidak lama lagi. Mungkin dua tahun lalu kita lebih suka membeli secara atas talian tetapi dalam tempoh sekarang ramai yang lebih senang untuk melihat dan merasa sendiri material setiap produk yang dijual.
“Jadi saya sudah berbincang dengan pasukan saya untuk membukan sebuah kedai utama tidak lama lagi. Di mana lokasinya kami akan umumkan sedikit masa lagi,”jelasnya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Pasangan selebriti terkenal iaitu Fazura dan Fattah Amin telah merakamkan semula lagu ‘Seloka Hari Raya’ bersama-sama sebagai hadiah buat para peminat yang tidak jemu-jemu menyokong mereka.
Menariknya, klip musik video lagu tersebut turut dihasilkan dan telah dimuat naik di laman YouTube pada 16 Mei yang lalu.
Video tersebut menarik perhatian ramai kerana wajah mereka berdua termasuk ahli keluarga mereka telah dianimasikan.
Ramai peminat yang terhibur melihat video tersebut terutama apabila melihat ‘baby bump’ dalam video tersebut.
Walaupun tidak dapat terlibat dalam penggambaran video tersebut disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun hasilnya tetap memuaskan hati!
Jika orang lain berlumba-lumba menjaga kecantikan kulit wajah dan tubuh badan menggunakan teknologi moden, tetapi bagi pelakon jelita Diana Rafar lebih senang menggunakan cara tradisional yang diajar oleh arwah ibunya, Allahyarhamah Rasimah Abd Rahman sejak turun temurun.
Diana memberitahu dia memang begitu menjaga kecantikan dan kesihatan dalamannya sejak zaman remaja lagi. Ini adalah untuk mengekalkan kecergasan dan sentiasa kekal cantik walaupun usia sudah semakin bertambah.
Menurut Diana dia mengamalkan petua turun temurun ini sejak usianya 13 tahun lalu. Semuanya dipelajari dari arwah ibunya, yang memang kaya dengan amalan petua tradisional.
“Sejak usia 13 tahun lalu Diana sudah amalkan makan jamu. Bahan rempah ratus pula saya jadikan untuk lulur. Selain itu Diana turut amalkan mandian ais dan juga terapi daun-daun herba untuk dijadikan mandian.
“Salah satu petua yang Diana selalu amalkan kalau badan rasa sangat lemah atau berdepan tekanan serta emosi Diana akan amalkan mandian ais.
“Mandian ais ini dicampur dengan garam serta bahan herba terpilih secara tradisional untuk dibuat mandi ataupun sapu di muka untuk menaikkan aura serta meningkatkan kecergasan kulit,” katanya yang mengamalkan cara ini sebulan sekali, ketika ditemui baru-baru ini.
Selain itu Diana turut berkongsi petua kecantikan lain yang diamalkan terutama setelah habis pantang adalah dengan mandi air herba terpilih.
“Selalunya bila habis tempoh berpantang, arwah mak selalunya akan minta Diana mandian air rebusan herba terpilih seperti serai wangi, sireh, daun limau, serai, daun limau purut, halia yang dicampurkan semuanya dan dimasak sampai mendidih. Kemudian mandi ketika airnya masih suam sebanyak tiga kali sehari.
“Manfaat air rebusan ini berupaya untuk meningkatkan semangat, mencantikkan kulit, melancarkan perjalanan darah, mengembalikan kecergasan serta dapat juga menurunkan berat badan.
“Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadikan wajah jadi flawless dan juga menaikkan energi bila kita dalam keadaan lesu,” tambahnya yang memberitahu petua kecantikan dan kesihatan dalam ini telah diamalkan sejak turun temurun oleh nenek moyangnya.
Kecantikan Diana Rafar turut diakui oleh followernya di media sosial. Masing-masing memuji dirinya yang sentiasa kelihatan cantik dan sihat.
mashithaha Wa’alaikumussalam…cantik nya Moga bahagia hingga ke Jannah
Kemunculan penyani wanita ini di pentas Gegar Vaganza 4 baru-baru ini memang sangat mengagumkan. Malah pembabitannya semula di pentas seni suara sememangnya dinanti para peminat.
Liza Hanim, 44 tahun yang dianugerahkan mempunyai suara lantang dan bakat semula jadi ini ternyata cukup memukau setiap kali membuat persembahan di pentas.
Bukan sahaja dia semakin jelita tetapi tubuhnya juga semakin langsing walaupun sudah mempunyai empat cahayamata. Apa agaknya rahsia lansing penyanyi berlesung pipit ini.
Semakin Jelita, Liza Hanim Kenang Perit Jerih Singkir 20kg Lemak!
Suatu ketika dulu penyanyi ini mengalami pertambahan berat badan mendadak selepas melahirkan anak keduanya menyebabkan bentuk fizikal asal sudah lari sepenuhnya. Namun kejayaanya kehilangan 20 kilogram membuatkan ramai yang ingin mengetahui rahsianya.
Menyedari ramai yang mengalami masalah ini, nyata Liza tidak lokek berkongsi dengan peminatnya rahsia dia menguruskan badan sehingga mendapat bentuk badan ideal.
Apatah lagi langsing tanpa pengambilan suplemen ataupun pil. Dalam satu temubual, Liza memberitahu dia sedar dirinya semakin berisi (selepas lahirkan anak) apabila ketika itu dia dan suaminya Mohamed Shahrin Shamsuddin pergi ke pantai Port Dickson.
Ketika berjalan di atas pantai, Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, mengalami kesukaran untuk berjalan dan waktu itu barulah dia menyedari badan sudah terlalu berat dan sangat merimaskan.
Dari situlah barulah Liza mengambil kira pengambilan makanan. Selalunya dia akan kira setiap kalori bagi setiap makanan agar tidak terlebih makan.
Kongsi Tip Turunkan Berat Badan Secara Semulajadi Tanpa Suplemen
Selain itu Liza Hanim juga kerap bersenam dengan melakukan larian setiap hari di atas treadmill. Dia mengambil masa selama 9 bulan untuk mendapatkan kembali bentuk badan. Menurutnya bukan mudah untuk menguruskan badan tetapi seronok melihat hasilnya kini.
Setelah kurus, dia berasa lebih yakin dan tujuan untuk kelihatan langsing bukan semata-mata mahu menunjuk pada orang tetapi ia juga menjamin kesihatan diri juga.
Menyentuh perkembangan terbaru setelah mendapat tempat kedua dalam GV4 tidak menolak untuk kembali ke dunia lakonan jika adanya permintaan.
Walau bagaimanapun dia kena lihat dulu tawaran memandangkan tugasnya sebagai isteri serta ibu dan kalau boleh lokasi tiak keluar dari Lembah Klang. Selain itu, Liza juga dalam persiapan untuk mengeluarkan lagu baru Februari ini.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...