Kehilangan orang yang disayangi memang menyakitkan. Apatah lagi saat baru menyulam kasih, insan yang dicintai pergi menghadap Illahi. Begitulah yang terjadi kepada pasangan ini.

Pada 6 November yang lalu, sepasang suami isteri dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Perling, Johor. Lebih meruntun hati apabila suaminya iaitu Muhd Harith Iqbal tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia, manakala sang isteri yang dikenali sebagai May hanya mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan, pasangan itu baru bernikah pada 13 Ogos lalu dan mereka sepatutnya melangsungkan majlis persandingan pada 27 November akan datang. Segala persiapan perkahwinan pun sudah dilakukan. Namun siapa sangka, Allah SWT lebih menyayangi suaminya itu. 

Menangis teresak-esak

Menerusi video yang dimuat naik di media sosialnya, si isteri terlihat lemah longlai dan tidak dapat menahan sebak melihat jenazah si suami. Dapat dilihat juga, si isteri setia menunggu jenazah suami di hadapan Jabatan Forensik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mayy (@_.mayysycho)

Yang paling menyayat hati adalah ketika di penghujung video, May dilihat berbaring dan tidur di sisi suaminya yang sudah dikafankan di masjid sementara menunggu urusan pengebumian.

Artikel berkaitan: Rindu Insan ‘Tersayang’ Yang Sudah Meninggal? Ini Doa Amalkan Selepas Solat

IKLAN

Saksi kemalangan menceritakan detik sedih yang disaksikan

Usai daripada hantaran tersebut, seorang wanita telah memuat naik satu video berkongsi tentang detik sedih ketika May cuba memanggil suaminya yang terbaring. Wanita tersebut(saksi) akui sedih apabila teringat kembali kemalangan nahas yang berlaku di hadapan matanya sendiri. Ketika itu, Allahyarham berada dalam keadaan nazak sementara si isteri sangat terkejut sambil menggoncangkan badan si suami.

@ayusoyyy Salam takziah pada adek yg baru kehilangan suami dia malam minggu haritu , exident di jalan nak ke bandar dari putri habour. Apa apa pun hargai pasangan masing masing dan jadikan iktibar 😌 #fypシ゚viral #exident #hargaipasanganmuselagimasihada #sygpasangan #fypdongggggggg #fyp ♬ bunyi asal – Ayusoyyy

“Ayu tengok budak tu dah terbatuk-batuk, nazak sangat dah. Dan Ayu dapat tahu dia baru 3 bulan berkahwin. Luluh gila hati, depan mata Ayu, isteri dia kejut dan goncang badan suami, ‘B bangun B, bangun’” ujarnya.

Netizen turut bersimpati

Kisah pasangan ini telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati dan sedih dengan apa yang dilalui wanita ini. Netizen turut mendoakan agar wanita terbabit tabah dan kuat meneruskan kehidupan akan datang.

“Allahu…semoga awak kuat la dik. Redha ye Allah lebih Sayang suami mu dik. doa byk2 semoga Allah tingkat kan lagi derajat mu.. Percaya pada Qada & qadar.Sabar Itu ilmu tingkat yg paling tinggi.U are strong.Salam takziah”

IKLAN

“Dugaan Allah yg amat susah utk Kita hadapi…tp semua ini telah tertulis buat Kita semua..Ya Allah kau bagilah kekuatan buat isteri arwah…”

“Allahuakbar dengar si isteri nangis auto air mata ni mengalir. Salam takziah dik. Semoga adik terus kuat dan tabah untuk menerima segala ketentuan.”

“Salam takziah May.. Semoga terus kuat dan tabah dengan ujian yang berat”

“Sebabtu orang kata hargai la pasangan. Sebab kita taktahu bila moment kita akan kehilangan, semua berlaku sekelip mata sahaja kalau Allah nak ambik. Al-fatihah buat arwah suami akak semoga terus kuat juga menjalani hari-hari tanpa suami di sisi…”

IKLAN

Artikel berkaitan:Wanita Ini Sempat Beberapa Jam Bahagia Bergelar Isteri Sebelum Dijemput Illahi, Akibat Hidap Kanser Tahap 3 

Sumber info dan gambar: Oh Bulan, Instagram _.mayysycho dan Tiktok Ayusoyyy

MasyaAllah, betapa kita tidak tahu bila maut itu akan menjemput. Semuanya adalah urusan Allah SWT. Team Hijabista turut mengucapkan takziah, dan mendoakan agar wanita ini diberi kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI