Apabila berhijab mencari gaya tudung yang sesuai bukanlah mudah, ada sahaja mata yang suka mengkritik dan menghakimi. Ada yang mengatakan tudung singkatlah, tudung tidak mengikut syariat dan sebagainya. Namun jangan jadikan kata-kata ini sebagai satu halangan untuk terus istiqamah.
Setiap orang ada fasa dalam menutup aurat dan setiap hari adalah peluang untuk kita membaiki apa yang kurang. Memilih gaya hijab dan fesyen personaliti popular, Elfira Loy, Hijabista cukup suka dengan stail tudung labuh yang digayakan oleh usahawan, hos dan pelakon ini.
Dia bijak memadukan stail dengan lilitan tudung labuh yang menutup aurat dengan sempurna. Jom kita intai 10 gayanya.
.
.
.
Ads
Sejak berhijab Elfira memilih gaya busana yang longgar, menggayakan busana yang longgar menjadikan aurat ditutup dengan sempurna kerana tidak mengikut bentuk tubuh.
.
.
Busana bercorak penuh dibalas dengan tudung polos. Memang memberikan gaya menarik.
Elfira juga tidak gentar bermain dengan warna untuk menyerlahkan penampilan. Selain itu dia juga pandai memadankan tudung bercorak sebagai tumpuan gaya yang dipadankan bersama busana polos tanpa corak.
Ads
Jika diperhatikan, gaya hijab Elfira tidak begitu susah, apa yang penting dia memastikan bahagian dada tertutup dan jika tudung yang digayakan tidk berbidang besar dia memadankkanya dengan kardigan mahupun pemakaian busana yang longgar.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza antara figura yang seringkali menjadi perhatian lensa kamera tidak kira dimana beliau berada. Terutamanya di acara karpet merah, beliau seringkali hadir dengan rekaan busana yang mewah, sopan dan semestinya menawan.
Namun, kita tolak ketepi tentang gaya glamour penyanyi terbaik ini. Kita fokuskan pula tentang gaya OOTD beliau yang dimuatnaik di laman Instagramnya. Jujurnya, Dato’ Sri tidak kekok untuk bergaya saat menangkap gambar OOTD, malah keseluruhan gayanya sangat kasual, manis dan semestinya sopan! Team Hijabista berminat untuk berkongsi kepada kamu semua tentang pilihan terbaik gaya kasual OOTD penyanyi kesayangan negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza!
Tampak ayu dan manis dalam padanan rona warna putih dan hijau ‘pastel’, Dato Sri bijak dalam mengenakan hiasan aksesori yang tidak lari ronanya dengan keseluruhan gaya. Lebih segar dan bersih! Padanan ‘handbag’ menjadi pelengkap kepada keseluruhan gaya Dato Sri untuk OOTD ini. Percaya atau tidak, gaya solekannya yang tidak terlalu ‘heavy’ dan tidak bersungguh juga menjadikan figura ini lebih muda dari usia! Jadi kamu tidak harus risau untuk mengenakan rona putih dalam gaya kamu! Semestinya warna putih ini sesuai dipadankan dengan apa-apa warna, tidak kira terang ataupun kuat, jika kena gayanya pasti menjadikan keseluruhan gaya ‘work from home’ kamu sempurna persis Dato’ Sri ini! Tetapi ingat, usah gayakan aksesori yang lebih dari dua warna ya! Jika tidak, gaya kamu akan tampak sedikit pelik! Kekalkan konsep ‘less is more’ dalam gaya fesyen kamu.
Alahai, sopan sungguh gaya OOTD Dato’ Sri! Ringkas dan mudah. Bagi kamu yang inginkan gaya yang senang untuk digayakan, sarungkan sahaja ‘cardigan’ potongan panjang untuk menaikkan aura personaliti kamu! Jika dilihat dari gaya OOTD ini, Dato’ Sri bijak dalam mengenakan padanan rona warna yang tidak terlalu menonjol. Gabungan warna nude dan juga keperangan menyerlahkan lagi nilai eksklusif dalam gaya fesyen ini. Biarpun nampak kasual dan bersahaja, namun istilah ‘bersiap’ itu masih boleh dilihat dari atas hingga ke bawah. Tambahan pula Dato’ Sri bijak dalam mengenakan hijab yang bercorak, maka gaya OOTD ini tidak bosan malah ia secukup rasa!
Persis anak muda! Warna hitam menaikkan lagi nilai mahal dalam stail Dato’ Sri walaupun ia hanya sekadar OOTD biasa. Ganya cukup mudah, hanya sarungkan ‘cardigan’ potongan pendek bersama-sama dengan helaian dalam berona terang seperti warna hijau yang disarungkan oleh Dato’ Sri ini. Ringkas, bukan? Jika kamu tiada ‘cardigan’ jenis ini, sarungkan sahaja kemeja bersaiz ‘oversized’ untuk dijadikan sebagai outerwear. Untuk gaya ini, solekan yang sedikit tebal menjadi kunci utama dalam menaikkan seri keseluruhan gaya.
Padanan rona biru dan hitam ini sememangnya mudah untuk kamu miliki. Seperti gaya kasual Dato’ Sri ini, kamu hanya perlu padankan jaket atau ‘blazer’ potongan pendek bersama-sama dengan ‘blouse’ panjang untuk menghidupkan gaya fesyen yang sopan. Sudah pasti dua pilihan warna ini sudah tersedia ada dalam ‘wardrobe’ kamu kan? Jadi, tidak perlu buntu untuk fikir gaya yang ingin disarungkan untuk stail ‘work from home’ kamu. Sehelai jaket ataupun ‘blazer’ mampu untuk menaikkan gaya formal seseorang! Kamu semestinya sudah bersedia untuk menghadiri ‘meeting’ secara online!
Selesa dan bersahaja. Jika sebelum ini, rekaan ‘cardigan’ labuh ini dipadankan dengan warna nude, apa kata kita padankan pula dengan warna hitam? Seperti warna putih, warna hitam juga ialah warna asas yang sesuai dipadankan dengan apa-apa warna sekalipun. Untuk OOTD ini, Dato’ Sri tampak anggun dan mewah dalam gaya kasualnya. Hanya diserikan dengan pilihan akseseori ‘handbag’ serta corak hijab yang sesuai, pastinya menjadikan keseluruhan penampilan kamu ‘perfect’! Jadi apa tunggu lagi? Ayuh kemaskan ‘wardrobe’ kamu dan gayakan fesyen persis Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Selamat mencuba!
Kalau sebelum ini namanya hanya di kenali dalam kalangan pengikutnya di media sosial sebagai seorang model Muslimah. Malah wajah ayunya sering ditagih pemilik butik Muslimah untuk memperaga busana mereka. Beri apa sahaja baju atau hijab padanya, pasti hasil yang diberikan tidak mengecewakan.
Kini nama Sharifah Husna Syed Mustafa bukan sahaja popular dan dikenali di media sosial, tetapi juga dalam dunia seni. Biarpun berstatus ibu kepada dua cahayamata, namun tidak membataskan minatnya meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.
Pembabitannya sebagai pelakon mula disedari ramai sejak berlakon dalam drama pertamanya Cinta Tiada Ganti. Malah bakatnya terus dicungkil apabila berlakon dari satu drama ke satu drama lain.
Ditambah pula dengan anugerah seraut wajah manisnya yang cantik berhijab menjadi faktor utama menjadikan selebriti kecil molek ini kian popular.
Jika diintai di laman Instagramnya juga, gaya Husna dalam setiap foto di muat turun memang sangat cantik dan bijak bergaya. Selain itu, dia juga rajin membuat tutorial hijab untuk berkongsi dengan followernya.
Ayuh kita lihat 10 gaya pelakon berhijab yang popular dental drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu, Husna Mustafa yang sangat anggun dan sedap mata memandang.
Siapa yang tidak suka menyarung helaian denim di atas tubuh badan? Selesa, ranggi dan ‘cool’ menjadi pilihan ramai dalam menggayakan rekaan denim. Tidak kira rekaan sebagai kemeja, celana mahupun jaket, fabrik denim mampu untuk menaikkan gaya fesyen kamu.
Jenama-jenama mampu milik seperti H&M, Cotton-On, MONKI, ZARA dan Uniqlo sentiasa menghasilkan rekaan denim mengikut trend semasa. Daripada rekaan jenis ‘wide legs pants’ sehinggalah kepada ‘jumpsuit’, semuanya memberikan variasi dalam koleksi stail fesyen kamu.
Kali ini, team Hijabista kongsikan beberapa trik fesyen yang dapat kamu cuba saat menyarung helaian denim pilihan kamu!
Jika kamu inginkan gaya fesyen yang santai, ringkas dan mudah, trik ini merupakan pilihan terbaik yang harus kamu cuba. Pilih rekaan ‘jeans’ yang berpotongan ‘slim fit’ atau ‘skinny’ untuk memberi impak gaya sofistikasi. Malah, bagi kamu yang bersaiz sedikit besar, potongan ini mampu memberikan gaya yang lebih ‘slim’ dan tinggi. Padankan dengan kemeja putih dan masukkan ke dalam celana untuk tampak lebih kemas dan bergaya. Trik ini sesuai untuk kamu yang dambakan gaya ‘less is more’ dalam berfesyen.
2. Aura ‘Lady Boss’!
Siapa kata helaian celana denim tidak bisa menghasilkan gaya yang formal dan mahal persis aristokrat? Kamu harus bijak mengenakan bahagian atas bersama dengan celana potongan ‘straight cut’. Padanan yang sesuai ialah ‘blazer’ jenis ‘oversized’ untuk menaikkan volum dalam stail kamu bagi mengelakkan imej yang bosan dalam penataan gaya. Bukan sahaja tampak profesional, malah kamu seperti wanita yang berkerjaya yang bersedia dengan jadual kerja yang sibuk! Untuk hasil yang menarik, cuba dengan jenis fabrik denim yang kelihatan lusuh untuk sedikit impak ranggi dalam gaya formal ini!
3. Gaya ‘Sporty’
Ketepikan dahulu pakaian sukan kamu seperti ‘windbreaker’ ataupun ‘tracksuit’! Kali ini, raikan semangat wanita ‘sporty’ dengan padanan jaket denim bersama-sama dengan celana denim! Ha pasti ini sesuatu yang baru untuk kamu, bukan? Usah risau! Inilah gaya terkini yang menjadi pilihan ramai. Triknya, pilih potongan jaket denim yang ‘oversized’ untuk menaikkan lagu aura ‘sporty’ dan ‘tomboy’ dalam stail kamu. Pilih juga rekaan celanan ‘jeans’ yang lusuh dan untuk kesan yang menarik, sarungkan dengan fabrik yang koyak dan ranggi! Seumpama bintang rock masa kini!
4. Denim Muslimah!
Kita masih berbicara tentang undang-undang dalam menutuo aurat bagi kaum hawa. Usah risau, trik ini bukan untuk menjadikan kamu seksi yang kelihatan auratmu! Malah, trik yang keempat ini mengajar kamu untuk menyeimbangkan nilai muslimah dalam berfesyen. Kali ini kita raikan konsep fesyen dengan ‘outerwear’ seperti ‘cardigan’ labuh. Untuk tidak nampak terlalu berlebihan, pastikan ‘jeans’ yang dipakai ialah potongan ‘slim cut’ atau ‘skinny’. Triknya, usah padankan ‘outerwear’ ini dengan celana jenis ‘wide leg pants’ kerana ia akan menampakkan kamu besar dan stail kamu berserabut! Raikan sisi tubuh badan kamu dengan rentak ‘flowy’ helaian luar ini bersama dengan pilihan celana ‘jeans’ yang tepat!
5. Gadis Metropolitan!
Ketepikan dahulu gaya formal. Ingin bersiap dalam hanya 5 minit, tetapi masih mahu nampak ‘cool’ dan bergaya? Sarungkan ‘jumper’ bersama dengan celana denim jenis ‘wide leg pants’ untuk memberikan gaya kasual yang menarik dan ringkas! Serba moden dan ‘trendy’. Tambahan pula, ia lebih selesa dan tidak terlalu beria jika ingin keluar bersama rakan-rakan di tengah kota metropolitan!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tester lipstick boleh tercemar dengan bakteria dan virus seperti HSV-1. Ketahui risiko sebenar, fakta saintifik serta cara lebih selamat mencuba lipstick sebelum membeli.