Berdoa adalah salah satu cara yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Berdoa juga merupakan salah satu cara seseorang memohon atau meminta sesuatu kepada Allah. Agar keinginan kita dimakbulkan oleh Allah SWT, terlebih dahulu kita perhatikan adab berdoa atau tata cara berdoa yang sepatutnya.
BERIKUT PANDUAN TATA CARA BERDOA:
1. Angkat tangan ke paras dada.
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan.
3.“Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب . Titik ba terletak di hati kita.
Ads
4. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruh hijaiah di dalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
Ads
5. Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri, tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar/bersandar.
Ads
6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama Allah ar-razaq dan disusuli juga dengan berselawat kepada Nabi SAW.
7. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yang dapat difahami kerana Allah Maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambaNYA.
8. Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sejak dari usia kecil kerana In sha Allah ia akan dapat membentuk peribadi yang baik dalam kehidupan.
Sumber: JAKIM Cawangan Sabah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penjagaan daerah intim sering diabaikan sehingga menyebabkan ia berbau. Seharusnya ia perlu dijaga dengan rapi untuk mengelakkan daripada sebarang jangkitan bakteria. Malah, anda juga akan berasa tidak selesa sekiranya ia berbau.
Ayuh sayangi bahagian intim anda dengan 5 tip ini.
Seluar yang ketat selalunya akan meningkatkan kelembapan pada daerah intim anda dan akan membiakkan infeksi dan bakteria.
BACA ARTIKEL INI:
2. Memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas
Mungkin nampak remeh tetapi ia sebenarnya memberi impak yang besar. Sebaiknya pilih seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas dan hindari daripada memakai seluar dalam berbahan lycra dan polyester kerana ia akan membuatkan Miss V menjadi terlalu lembap. Bahan-bahan tersebut tidak dapat menyerap peluh dengan baik.
Anda harus mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran seperti bayam, kangkung serta buah-buahan yang mengandungi vitamin C yang dapat meningkatkan imun pada Miss V.
Sekiranya anda sedang datang bulan, gantikan tuala wanita setiap 3 hingga 4 jam sekali. Kurangkan penggunaan pantyliner sekiranya anda tidak datang bulan kerana pantyliner dapat meningkatkan kelembapan pada daerah intim anda.
Bersihkan Miss V menggunakan air yang mengalir dan basuh dari depan ke belakang. Jangan gunakan tisu basah untuk membersihkan Miss V anda kerana ia akan menyebabkan Miss V bertambah lembap dan mudah dijangkiti bakteria.
Penyanyi bersuara vokal, Aina Abdul sememangnya tidak asing lagi dengan kecaman dan kritikkan apabila sering tampil berani menggayakan busana-busana yang ‘tak tercapai dek akal’ di setiap persembahannya!
Kelmarin penyanyi berusia 29 tahun itu, sekali lagi berjaya memukau wargamaya dengan penampilannya yang luar biasa ketika melakukan persembahan di sebuah konsert.
Perkara itu mula disedari netizen, apabila Aina memutnaik beberapa keping foto menerusi satu hantaran di laman Instagram milinya baru-baru ini.
Ternyata setiap penampilan Aina yang terpapar di dalam foto berkenaan berjaya memukau peminat dan rakan selebriti, Aina yang tampil dengan busana cukup mempersona berjaya menarik perhatian ramai.
Malah, kini Aina tular sekali lagi secara positif sehingga menjadi sorotan ramai di media sosial.
Penampilan Aina Abdul telah menjadi ‘buah mulut’ peminat dan warganet apabila dia dilihat begitu polos dalam outfit kedua sewaktu menyanyi bersama Khai Bahar.
Aina yang menggayakan busana serba putih begitu anggun dan terserlah kecantikanya!
Justeru, hantaran berkenaan telah dihujani dengan pelbagai komen positif dan optimis dari netizen dan juga para peminat Aina Abdul.
Malah, rata-rata bersetuju bahawa Aina kini semakin bijak dalam menatarias gaya serta pandai memilih busana yang menyerlahkan lagi kecantikannya.
Antara komen yang ditinggalkan wargamaya adalah seperti berikut.
“Cantik sgt la makeup Aina! Outfit semua cantik2❤️.”
“She yang ni cantik sangat 🤍😍! Heheh but yang semalam memang nampak macam pizza 🤣 like u say! Apapun I love your performance at the concert “A Night To Remember.” 💙
“Baju paling cantikkk!!!!🔥🔥🔥 Mcm titisan hujan yeaa tapi lawaa lurve tau 😍.”
“Syantikkkkk queen A ❤️❤️❤️😍😍😍 white dress with water drop 🔥🔥.”
Sekadar info, sebelum ini outfit yang digayakan Aina Abdul sering mendapat kritikan hebat dari wargamaya kerana dilihat tidak begitu bersesuaian dengan penyanyi itu.
Terbaharu Aina pernah menerima kritikan kerana mengenakan busana yang dilihat seperti sedang membawa ‘plastik sampah’ ketika menyanyi.
Bagaimanapun kali ini, penampilan Aina berbeza dan mendapat perhatian, malah pemilihan busana kali ini dikatakan antara busana paling cantik yang pernah diperagakan pelontar lagu Sumpah itu.
Adakalanya kita rasa seperti okay sahaja untuk mengambil wuduk selepas mandi dalam keadaan berkemban atau ketika bogel. Rasa hairan dan musykil jika sah wuduk yang kita ambil itu.
Hari ini sis kita akan ketahui mengenai hukum wuduk sekiranya kita tidak menutup aurat, sah ataupun tidak.
Imam Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwuduk.”
Secara ringkasnya wuduk ialah perbuatan mengalirkan air pada anggota-anggota badan yang tertentu. Mengikut segi syara’ pula, ia bermaksud membersihkan sesuatu bahagian tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu seperti membasuh muka, kedua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya dengan membasuh kedua belah kaki dangan syarat-syarat serta rukun yang tertentu.
Firman Allah swt bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali…” (surah Al-Ma’idah, ayat 6)
Melalui pautan rasmi Pejabat Mufti Wilayah pernah membincangkan mengenai perkara ini. Sebenarnya, tiada tuntutan yang menyuruh untuk menutup aurat ketika mengambil wuduk malah tidak ada juga dinyatakan sebagai satu perkara wajib atau sunat untuk dilakukan.
Tetapi merujuk kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah (muka surat120), aspek mandi ada dinyatakan menutup aurat adalah satu perkara sunat.
Berlainan pula apabila menyentuh soal mengambil wuduk atau mandi tanpa berpakaian di tempat awam, maka hukumnya jelas wajib untuk menutup aurat.
Maksudnya: Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, aurat kita manakah yang harus kita tutup dan manakah yang boleh kita nampakkan?” Nabi menjawab: “Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba wanitamu.” Saya bertanya: “Jika lelaki bersama lelaki?” Nabi menjawab: “Jika engkau mampu agar auratmu tidak dilihat oleh sesiapa maka (usahakan) jangan sampai ada orang yang boleh melihatnya.” Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, jika berada dalam keadaan sendirian?” Nabi menjawab: “Allah lebih berhak baginya untuk malu terhadapNya daripada (malu) terhadap manusia”.
Hadis riwayat al-Tirmidzi (no. 2769)
Menurut mazhab Syafie, menjadi wajib kepada seseorang muslim untuk menutup aurat walaupun bersendirian dan ditempat tertutup. Pandangan ini disokong oleh ulama’ dari kalangan Hanafi dan Hanbali. Mahupun begitu, dari kalangan Ulama’ mazhab Maliki mereka menyatakan sunat untuk menutup aurat apabila berada ditempat tertutup dan bersendirian (rujuk kitab Mausuah Fiqhiyah Quwaitiyah, 24/176).
Manakala, dibenarkan untuk tidak menutup aurat dengan syarat jika seseorang itu berniat untuk mandi atau menyejukkan badan ketika bersendirian (rujuk kitab Mughni Muhtaj, m/s 185).
Konklusinya:
Walaupun tidak perlu memakai pakaian sekalipun ketika wuduk itu sah, sis jangan lakukanya di tempat terbuka atau boleh dilihat oleh orang lain. Tetapi sebagai seorang muslim, adalah lebih baik dan bagus jika dapat menutup aurat demi menjaga maruah dan tidak mendedahkan aib diri sendiri di hadapan orang lain.
Bahaya pin tudung tidak boleh dipandang ringan. Ketahui risiko tertelan atau tersedut pin, simptom yang perlu diberi perhatian serta langkah pencegahan untuk mengelakkan komplikasi serius.