Seperti juga dunia fesyen terutama dalam pembikinan pakaian yang mengetengahkan pelbagai tema, hijab juga turut mengalami evolusinya yang tersendiri. Selain selendang dan juga tudung bawal, apa yang dapat diperhatikan trend tudung terkini, penggemar lebih suka menggayakan tudung empat segi dari fabrik satin.
Dengan pelbagai corak sama ada floral, abstrak, geometri atau lukisan tangan, sememangnya tudung jenis ini paling hit masa kini. Sangat sesuai digayakan dengan baju polos tanpa corak yang mampu menyerlah seri penampilan seseorang.
Namun begitu, bukan mudah sebenarnya tudung fabrik satin ini mahu terletak elok di atas kepala. Kalau tidak kena gaya memakainya, tudung boleh jadi senget dan akan membuatkan mood kita jadi tak tentu arah. Maklumlah sebagai wanita berhijab, penampilan yang sangat dititikberatkan adalah pemakaian tudung selain riasan diri.
Hijabista berkongsi trik mudah dari Penata Gaya Hijab Popular, Didiyana Ehsan yang memberi tip berguna bagi memastikan tudung satin yang dipakai terletak cantik dan tak senget di kepala.
Menurut Didi, kunci utama bagi pemakaian tudung satin seperti ini adalah perlu tahu kedudukan untuk meletak jarum peniti yang sesuai.
Letak di bahagian tertentu supaya hijab terletak cantik di atas mahkotamu. Jadi selepas ini, hijab satin digayakan tidak bergerak hingga boleh menganggu konsentrasi dirimu sepanjang beraya di rumah saudara mara atau kenalan. Selain Neelofa selebriti lain yang gemar menggayakan hijab dari fabrik satin adalah Sherry Ibrahim, Mira Filzah, Vivy Yusof dan juga Bella Dally.
Memakai hijab itu adalah wajib bagi setiap wanita. Bagi yang sudah lama memakainya tidak ada masalah untuk gayakan mengikut stail digemari. Tetapi bagi yang baru berjinak-jinak bertudung agak sukar memilih gaya bersesuaian, lagi-lagi bila tiba musim perayaan.
Pastinya kita mahu bergaya lain dari kebiasaan. Sesuai dengan busana indah yang tersarung di badan. Jangan tak tahu hanya dengan sehelai hijab, kita boleh menggayakannya mengikut beberapa stail tertetu.
Ayuh kita lihat gaya mudah dan ringkas idea influencer popular, Hanna Faresha dengan pilihan hijab dari Butik Najjah yang sangat mudah diikuti sempena raya nanti.
Pastinya gaya yang diberikan ini membuatkan penampilan anda lebih memukau dan sangat ‘on point’ sempena lebaran ini.
Tidak mudah memilih seluar jeans yang sesuai dengan bentuk badan wanita yang mempunyai pelbagai saiz. Jika berbadan kecil, memang tidak jadi masalah.
Tetapi sebaliknya jika hijabi mempunyai pinggul yang berisi. Memang agak sukar memilih seluar yang berpadanan.
JIka tersalah pilih akan menyebabkan si pemakai serba tak kena pada padangan orang lain. Lebih sakit hati jika seluar itu dibeli dengan harga yang mahal. Tentu tidak berbaloi rasanya menyimpan duit untuk membeli jean yang disukai, tetapi hasilnya mengecewakan.
Di sini admin nak kongsi sedikit panduan yang mungkin boleh membantu anda, wahai hijabi memilih seluar jeans yang tepat.
Tetapi perlu diingatkan jangan sesekali memilih yang ketat ataupun koyak. Pilih yang selesa dan berpadanan dengan gaya anda.
Pertama sekali, anda perlu tahu ukuran anda. Cara yang paling mudah untuk mengetahui ukuran adalah dengan mengambil salah satu jeans atau lain-lain seluar yang anda rasakan paling sesuai anda guna setiap hari.
Antara kriteria yang lebih terperinci untuk mengukur saiz jeans terutama bagi yang membeli secara atas talian ialah :
Letak jeans anda di atas permukaan yang rata dan tarik pinggang seluar tersebut antara kiri dan kanan, jangan tarik terlalu kuat biarkan ia dalam keadaan biasa tidak berkedut dan tidak regang terlalu kuat.
Ambil pita pengukur dan ukur dari kiri ke kanan pinggang seluar, dapatkan ukuran dan didarab dengan 2. Sebagai contoh anda ukur dari kiri ke kanan pinggang seluar 15inci, jadi ukuran sebenar ialah 30inci.
Ukuran ini tidak berapa penting kerana ukuran dari pinggang ke kaki adalah lebih penting kerana ia merupakan panjang jeans keseluruhan.
Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.
Ukuran diambil dari sebelah kiri bawah cawat ke kanan. Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.
Ukuran diambil dari aras lutut. Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.
Diukur di bahagian hadapan jeans dari hujung atas pinggang ke bawah cawat.
Diukur di bahagian belakang jeans dari hujung atas pinggang ke bawah cawat.
Berat denim adalah satu aspek penting yang menentukan kualiti dan ketahanan. Oleh itu, lebih tinggi berat denim (17 oz. dan ke atas) secara tradisinya lebih mahal. Terdapat juga perbezaan harga yang besar antara jeans buatan tangan dan yang dibuat di kilang pengeluaran besar.
Harga jeans antara RM300 sehingga mencecah harga ribuan ringgit dimana harga jeans dipengaruhi oleh antaranya berat jeans, buatan, teknik pembuatan, kualiti jeans tersebut.
Sanforized jeans merupakan jeans yang telah melalui proses rawatan dimana tahap pengecutan jeans yang minimum apabila ia sekali basuh (one-washed). Sanforized jeans akan mengecut antara 1% – 5% atau antara 0.5 inci-1 inci sahaja.
Manakala Unsanforized jeans yang tidak melalui proses seperti Sanforized jeans dimana jeans tersebut akan mengecut antara 7%-10% atau 1.5 inci-3 inci setelah dibasuh (one-washed).
Kebanyakan saiz pinggang sebenar jeans tidak sama seperti yang dinyatakan di tag. Sebagai contoh, jika pada tag tertera 30, maka saiz sebenar jeans 30.5 inci @ 31 inci.
Terdapat banyak jenis cutting jeans antaranya REGULAR, SLIM, TIGHT, SKINNY, TAPERED, LOOSE.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tiga empat tahun dulu, wanita yang berhijab hanya menggunakan anak tudung atau popular dengan panggil ‘serkop’ untuk membungkus rambut sebelum mengenakan hijab. Kini penggunaan anak tudung atau dipanggil inner neck diperluas ciptaannya hingga tidak menampakkan leher.
Kini inner neck menjadi item wajib dimiliki oleh hijabi. Penggunaan inner neck boleh digayakan dengan pelbagai jenis shawl. Tambahan pula, shawl yang dijual dipasaran agak jarang, jadi inner neck berfungsi sebagai pelindung leher supaya tidak jarang atau telus ke dalam.
Namun begitu, pemakaian inner neck perlulah bersesuaian dengan bentuk wajah dan gaya tudung. Ini kerana tidak semua inner neck sesuai dengan wajah anda.
Inner neck jenis hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk wajah yang bujur dan berbentuk hati. Bagi anda yang mempunyai bentuk wajah yang bulat, anda dinasihatkan untuk tidak menggayakan inner neck jenis ini. Hal ini adalah kerana, wajah anda akan bertambah bulat. Padanan inner neck ini bersesuaian dengan gaya ‘loose shawl’
Pasti ramai yang tahu tentang jenis inner ini. Inner jenis awning ini mempunyai muncung yang keras dan tidak melekap. Kebanyakkan inner jenis ini sesuai dipakai oleh wanita yang mempunyai bentuk wajah yang bujur. Golongan berusia juga gemar memakai inner jenis ini kerana ia kelihatan lebih kemas. Pilih inner neck yang mempunyai potongan awning yang sedikit panjang kerana ia boleh menyembunyikan pipi anda yang tembam. Gaytudung ala penyanyi No 1 Malaysia Siti Nurhaliza sesuai dengan inner ini kerana wajah beliau lebih tirus.
Inner neck jenis silang ini sesuai dipakai oleh semua bentuk wajah terutama bagi mereka yang mempunyai bentuk wajah yang bulat. Inner neck silang akan memberikan ilusi silang di bahagian dahi, ini dapat membantu menutupi wajah bulat dan menampakkan wajah anda seakan-akan bujur. Tambahan pula potongan inner neck ini panjang sehingga menutupi pipi. Sesiapa yang gemar dengan gaya tudung Elfira ini sesuai dipadankan dengan inner neck ini.
Bagi sesiapa yang ingin tampil lain dari yang lain, anda sangat sesuai menggayakan inner neck jenis ini. Kelebihan inner neck jenis ini ialah ia dapat menyembunyikan dahi yang luas disamping menampakkan bentuk wajah yang sedikit bujur. Jika anda memiliki saiz kepala yang sedikit besar, inner neck jenis adalah tidak sesuai untuk anda. Inner neck ini juga nampak impak yang berbeza kerana padanan dengan kain lace.
Inner neck jenis ini juga sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja. Jahitan di bahagian dagu boleh menutupi lebihan lemak di bawah dagu. Jadi, usah risau tentang dagu yang berlipat. Penggayaan ikatan tudung dileher sesuai dengan inner neck ini kerana lebihan kain dileher tidak akan kelihatan.
• Pastikan anda kenali bentuk wajah anda. Jangan terlalu mengikut trend hingga anak tudung yang dipakai tidak sesuai dikepala anda.
• Pilih fabrik yang sesuai seperti cotton kerana ia mampu menyerap peluh dengan baik. Jika lycra, pilih jenis yang bermutu kerana jika tersalah pilih anda akan rasa tidak selesa terutama di bahagian tulang pipi.
• Jangan pilih terlalu ketat, ini kerana boleh membuatkan anda rasa sakit dan tidak selesa.Pilih warna yang sesuai dengan selendang.
• Jika selendang anda fabriknya licin, pakai anak tudung dari jenis cotton kerana ia mampu ‘menjinakkan’ selendang yang licin.
• Selendang yang jarang harus dipakai bersama inner neck yang mampu melindungi leher anda daripada kelihatan. Dalam bergaya aurat sebagai muslimah juga perlu dijaga.
• Untuk tambahan aksesori seperti kerongsang atau pin, pastikan selendang yang digayakan motifnya tidak sarat.
• Anak tudung ala turban mampu memberi ilusi bujur buat wajah anda.
• Bagi anak tudung yang bercorak, tidak semua orang sesuai. Seelok-eloknya banyakkan anak tudung polos dalam koleksi anda.
• Bagi yang gemarkan keceriaan,pelbagai anak tudung yang disertakan dengan pelbagai aksesori juga dapat membangkitkan gaya yang menarik.Apa yang penting,pastikan pemakaiannya bersesuaian dengan anda,majlis dan situasi.
SUMBER: http://muslimahstylistaa.blogspot.my
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.