Umum mengetahui Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan hari ini. Dan insan paling gembira menerima berita ini pastinya seluruh ahli keluarga yang selama ini menanti detik bersejarah. Anak sulung beliau YB Nurul Izzah dalam status dimuat turut memberitahu kedatangan Ramadan esok menjadi lebih bermakna dengan pembebasan ayahnya itu setelah sekian lama dipisahkan oleh ketidak adilan undang-undang.

Namun dengan kuasa Allah SWT, mereka akhirnya dapat berkumpul bersama satu keluarga sempena kehadiran bulan penuh mulia ini.

Sebaik dimuat turut, netizen turut membanjiri ruangan komen dan memberi kata-kata semangat kepadanya. Masing-masing mengucapkan syukur dengan pembebasan berkenaan pada bulan Ramadan penuh bermakna.

@ku_rizal90 Alhamdullillah….syukur ke Hadrat Ilahi…..Ramadhan yg bermakna…

@crib143 alhamdulillah @n_izzah.. fasting together

@zura.deknor Segak. الحمدلله Ramadhan bermakna bagi Yb sekeluarga. 

@schalshijab_by_nurul Smg Ramadhan kali ini lebih bermakna buat keluarga DSAI dan 

@n_izzahnuratirza Alhamdulillah..mesti bahagia sangat2 akhirnya dsai dpt bersama2 isteri dan anak2 tercinta semula.menjelang ramadhan n hari raya yg bakal menjelma selepasnya..Allahu sesungguhnya Dialah yg paling mengetahui setiap sesuatu..

Tidak kurang juga yang muji penampilan DSAI masih kelihatan segak, handsome dan sihat pada hari pertama pembebasannya.

@hillaryjohnley bersyukurlah,DSAI nampak segak dan sihat…welcome home

@arin_sahari Makin hendsome….our dsai is back…

@__honey90 alhamdullilah segak dato

@mariyasaurus segakkkkkk

@magaletchumy Looking good!!!!

@papa_ammzar Segak dato

Ternyata kisah pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja trending dalam negara, malah seluruh dunia turut menanti detik penuh bersejarah ini.

Ikuti kronologi sepanjang proses berlangsung:

8.30 pagi – Pengamal media sudah mula memenuhi pekarangan di hadapan wad Hospital Rehabilitasi Cheras bagi membuat liputan pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka tengahari ini.

9.10 pagi – Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil tiba di Hospital Rehabilitasi Cheras. Beliau mengesahkan tiada penangguhan bagi proses pengampunan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

9.30 pagi – Kehadiran pengamal media semakin ramai. Difahamkan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Istana Negara dari Hospital Rehabilitasi Cheras.

10 pagi – Kawalan keselamatan di Hospital Rehabilitasi Cheras dipertingkatkan.

10:13 pagi – Anggota keselamatan berkawal di pekarangan Hospital Rehabilitasi Cheras.

10:20 pagi – Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus pulang ke rumah selepas proses pembebasan selesai.

10.25 pagi – Petugas media mula membanjiri jalan Pintu 2 Istana Negara bagi membuat liputan mengenai mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja berhubung pembebasan Anwar.  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka tiba di Istana Negara jam 10.30 pagi.

10:13 pagi – Anggota keselamatan berkawal di pekarangan Hospital Rehabilitasi Cheras.

10:25 pagi – Anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha tiba di Hospital Rehabilitasi.

10:30 pagi – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba di Hospital Rehabilitasi Cheras

10:58 pagi – Anggota Jabatan Penjara mengemas alatan keselamatan sementara menanti proses pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim di pekarangan Hospital Rehabilitasi.

11.57 pagi –Akhirnya setelah  5 tahun dibebaskan secara rasminya pagi tadi. Sebelum itu beliau pernah dipenjarakan selama 15 tahun atas kesalahan salah laku.

SUMBER: SINAR HARIAN

Tinggalkan Komen