Kalau anda pergi ke kedai RM2 atau apa-apa kedai jamu, pasti anda akan jumpa sabun betik yang berwarna oren itu. Ramai yang telah cuba dan ia cukup menjadi bualan hangat ketika ini, jadi betul ke keberkesanannya?

Artikel bekaitan: Dr. Hamid Arshat Kongsi Tip Jaga Pemakanan Lepas Jalani Pembedahan Dermoid Cyst. Hijabi Wajib Tahu!

Sabun Betik Merawat Cela Pada Kulit Wajah?

Sumber dari Canva

Terdapat kajian yang dikeluarkan oleh Universiti Perubatan Cina Nanjing, ia menunjukkan bahawa sabun betik ini dapat merawat cela pada kulit wajah dan juga parut. Dikatakaan ia boleh menghilangkan keratin yang rosak di mana ia boleh terbentuk di lapisan kulit dan membentuk menjadi benjolan kecil.

Betik juga kaya dengan vitamin A yang mampu mengawal pertumbuhan dan merawat jerawat pada muka. Krim retinol juga diperbuat dari vitamin A topikal yang banyak digunakan untuk mengubati serta mencegah masalah jerawat.

IKLAN

Sabun Betik Boleh Mencerahkan Kulit!

Sumber dari Canva

Betik menjadi bahan yang agak popular dalam mengatasi masalah melasma. Kandungan seperti enzim, beta-karoten, vitamin, dan fitokimia adalah antara yang membantu dalam mencerahkan ton kulit menjadi sekata.

Terbukti secara klinikal dimana kandungan yang kaya dalam betik dapat membantu juga melarutkan segala protein yang tidak aktif. Lalu, ia bukan sahaja memberi efek cerah malah melembutkan juga permukaan kulit.

Sebagai panduan ringkas, sabun betik ini juga memberikan banyak manfaat seperti:

IKLAN
  • Bahan skrub muka semulajadi
  • Melegakan kesakitan dari gigitan serangga
  • Membersihkan kotoran pada muka
  • Mengurangkan pertumbuhan jerawat
  • Mencerahkan kulit

Artikel berkaitan: Pakar Saran Perlu Memulakan Hari Anda Dengan Air Betik, Dalam Keadaan Perut Kosong. Lain Macam Hasilnya!

Namun, tidak semua yang sesuai untuk menggunakan sabun betik ini kerana ia mengandungi susu getah. Jadi anda perlu berhati-hati terutama sekali mereka yang mempunyai kulit sensitif atau masalah kulit seperti ekzema.

IKLAN

Sumber: HaloDoc

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI