Setiap insan mempunyai keperitan sendiri yang mereka alami, adakalanya dilihat dengan jelas mahupun tidak, kita boleh rasai kerana sifat kemanusiaan.
Masih tular sehingga ke hari ini, pautan video yang dimuat naik oleh seorang pelajar lelaki menunjukkan rakannya yang masih memakai kasut lusuh ke sekolah. Tapi apa yang membuatkan orang ramai tertarik adalah pemberian kasut baru dari rakan-rakannya kepada pelajar lelaki tersebut.
Harta Dikongsi Bersama Walaupun Hanya Sepasang Kasut
Menerusi video dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @rfirzl_, dia menunjukkan rakannya yang masih memakai kasut lusuh ke sekolah.
Dia bersama rakan-rakannya membuat satu kutipan duit untuk membeli sepasang kasut baru buat rakannya tersebut. Target yang mereka ingin dapatkan adalah sebanyak 217,000 rupiah bersamaan RM63 di Malaysia.
Ads
Pada saat akhir video, lihat jelas kegembiraan pelajar lelaki tersebut mendapat pemberian kasut dari rakan-rakannya. Tersenyum riang bersama sorakan riang oleh kawan-kawannya di sekeliling melihat reaksi pelajar tersebut.
Video itu telah meraih sebanyak 13.4 juta tontonan di TikTok. Ramai juga komen-komen memuji kebaikan pelajar-pelajar itu membantu rakannya sehingga mereka dijadikan sebagai contoh sahabat sejati buat zaman sekarang.
Ads
“Ibu bapa yang pandai mendidik serta guru-guru & kawan-kawan yang baik. Terima kasih jadi orang yang baik. Salam daripada Malaysia,
“Dia senang kita juga senang,
Ads
“Semoga anak-anak semua bersahabat sampai syurga.” tulis wargamaya di ruangan komen.
Israk dan Mikraj adalah peristiwa luar biasa yang dialami oleh Rasulullah SAW. Ia berlaku dalam waktu singkat iaitu pada sebahagian malam sahaja. Peristiwa Israk Dan Mikraj merupakan antara peristiwa yang mengangkat ‘status’ dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW berbanding nabi lain.
Walaupun ulama berbeza pendapat mengenai tarikh sebenar bila berlakunya peristiwa berkenaan, paling penting umat Islam wajib percaya ia benar-benar berlaku. Namun tidak dapat dinafikan ada yang mengatakan kisah Israk Dan Mikraj ini tidak benar. Berikut pencerahan tentang isu ini.
SOALAN:
Saya ada terdengar dari seorang hamba Allah yang sebut bahawa kisah israk mikraj ni sebenarnya palsu. Dia kata kisah ini palsu sebab menzahirkan kelemahan Nabi SAW. Dia kata bayangkan kenapa Nabi SAW nak kena ikut kata Nabi Musa sampai dikurangkan jumlah solat dari 50 menjadi 5. Jalankan sahajalah apa yang diperintahkan. Tidak seperti Nabi Ibrahim yang apabila diperintahkan untuk sembelih anaknya, dia dan anaknya terus lakukan tanpa banyak mempersoalkan dan minta pengurangan daripada Allah. Ini yang dia kata. Dia sebut lagi selama ini ustaz-ustaz dan ulama-ulama salah bila cerita pasal Israk Mikraj. Mohon pencerahan.
JAWAPAN:
Perkara-perkara ghaib seperti syurga, neraka, hari akhirat dan sebagainya mestilah pengkhabarannya melalui Al-Quran ataupun hadis-hadis Nabi SAW yang sahih. Ianya tidak boleh dihikayatkan atau disebutkan tanpa disandarkan kepada dua sumber tersebut. Apa-apa cerita atau pengkhabaran tentang perkara yang ghaib yang tidak ada sandarannya sama ada di dalam Al-Quran atau hadis maka ianya dianggap sebagai pengkhabaran yang palsu dan tidak berasas.
Di antara peristiwa yang sering terjadi perdebatan adalah peristiwa Isra’ dan Mikraj. Pada asasnya, peristiwa Isra’ dan Mi’raj diceritakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Peristiwa ini bukan sahaja berlaku dengan roh Nabi SAW semata-mata seperti mana yang didakwa oleh sebahagian pihak, namun ia juga berlaku pada roh dan jasad.
Maksudnya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Isra’ : 1)
Imam Al-Tabari menyebut di dalam tafsirnya menyebut tentang pandangan-pandangan bagaimana sifat Israk dan Mi’raj Nabi SAW. Ada yang menyebut bahawa israk dan mikraj Nabi SAW berlaku dengan roh dan jasad. Ada juga yang berpandangan bahawa peristiwa Israk dan Mi’raj berlaku hanya dengan roh.
Imam Al-Tabari memilih pandangan bahawa Israk dan Mi’raj berlaku dengan jasad dan roh Nabi SAW. Beliau berkata, sesungguhnya Allah SWT memperjalankan hambanya iaitu Nabi Muhammad SAW daripada Masjidil Haram menuju ke Masjidil Aqsa seperti mana yang telah diberitahu oleh Allah dan apa yang zahir yang telah disebutkan oleh Nabi SAW.
Allah SWT memperjalankan Nabi dengan menyediakan Buraq dan solat di mana tempat para Nabi dan Rasul terdahulu solat. Baginda SAW juga melihat beberapa tanda-tanda kebesaran. Oleh kerana itu, tidak benar jika ada yang mengatakan bahawa perjalanan Israk dan Mi’raj hanya berlaku degan roh. Bahkan yang benar perjalanan tersebut berlaku dengan roh dan juga jasad.
Jika perjalanan tersebut hanya berlaku dengan roh sahaja sudah pasti ianya tidak akan menjadi dalil akan kenabian dan kerasulan Nabi SAW. Bahkan tidak mungkin menjadi hujah bagi risalah yang dibawa oleh Baginda. (Rujuk Jami’ Al-Bayan Fi Ta’wil Ayi Al-Quran, 4/446).
Sheikh Tohir Bin ‘Asyur menyebut bahawa perjalanan Israk dan Mi’raj adalah merupakan peristiwa yang mencarik adat (satu mukjizat) yang mana perjalanannya dari awal sehinggalah akhir hanya memakan masa sebahagian malam. (Rujuk Tahrir Al-Ma’na Al-Sadid Wa Tanwir Al-‘Aql Al-Jadid Fi Tafsir Al-Quran Al-Majid, 14/10).
Bahkan peristiwa ini adalah merupakan satu ujian kepada orang yang mengaku beriman kepada Nabi SAW. Sama ada mereka betul-betul beriman ataupun tidak. Ini dinyatakan oleh Allah SWT :
Maksudnya : “Dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau.” Surah Al-Isra’ : 60
Sheikh Amin Al-Syanqiti menyebut bahawa Allah menjadikan apa yang diperlihatkan kepada Nabi SAW daripada perkara dan peristiwa yang pelik dan ajaib pada malam Israk dan Mi’raj adalah sebagai satu ujian kepada orang ramai. Ini kerana ada di antara yang tidak langsung mempercayai apa yang dikhabarkan oleh Nabi SAW.
Ada yang mengatakan bahawa ianya tidak mungkin berlaku. Mereka mengatakan juga bagaiman mungkin Baginda solat di Baitul Maqdis dan pergi ke tujuh tingkatan langit serta melihat keseluruhannya pada satu malam sahaja kemudian pada waktu pagi berada di Mekah. Inilah satu ujian kepada mereka yang ragu-ragu. (Rujuk Adwa’ Al-Bayan Fi Idhah Al-Quran Bi Al-Quran, 3/236).
Tambahan pula, kisah peristiwa Israk dan Mi’raj adalah kisah yang mutawatir yang tidak boleh disangkal lagi. Sheikh Amin Al-Syanqiti menyebut peristiwa berkenaan Israk dan Mi’raj adalah kisah yang mutawatir.(Rujuk Adwa’ A-Bayan Fi Idhah Al-Quran Bi Al-Quran,3/101).
Ini bermakna sesiapa yang menyangkal peristiwa ini dia termasuk di dalam orang yang kufur. Bahkan Allah SWT menyangkal orang yang menafikan peristiwa ini. Firman Allah SWT:
أَفَتُمَـٰرُونَهُۥ عَلَىٰ مَا يَرَىٰ
Maksudnya: “Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?” (Surah Al-Najm : 12)
Justeru itu, peristiwa Israk dan Mi’raj bukannya cerita dongeng semata,jauh sekali jika mengatakan ia peristiwa yang palsu dan direka-reka. Ianya disebutkan dan diisyaratkan di dalam Al-Quran. Tinggal lagi bagi kita adalah mengetahui kisah-kisah yang sahih tentang apa yang berlaku di sepanjang peristiwa Israk dan Mi’raj.
Kisah Israk dan Mi’raj Nabi SAW juga diceritakan di dalam hadis yang panjang. Ianya diriwayatkan dalam beberapa kitab hadis yang muktabar. Di antaranya Sahih Al-Bukhari daripada Anas Bin Malik (3887) ,Musnad Imam Ahmad (12504) daripada Anas Bin Malik dan Dalail Al-Nubuwwah oleh Imam Al-Baihaqi(2/384). Dan ada juga terdapat di dalam beberapa sumber sukunder (المصدر الفرعي) yang merujuk juga kepada sumber-sumber tersebut.
Di antara peristiwa penting yang berlaku di dalam Israk dan Mi’raj ialah perintah solat secara khusus. Kisah ini diceritakan di dalam hadis sahih berkenaan Israk Mi’raj yang panjang. Kata Anas Bin Malik bahawa ketika Nabi SAW menceritakan tentang peristiwa isra’ dan mi’raj, Baginda menyebut juga :
Maksudnya: “Kemudian diwajibkan ke atas aku 50 kali solat setiap waktu. Maka aku kembali dan melepasi Musa. Maka Nabi Musa bertanya apa yang telah diperintahkan terhadap engkau?. Nabi SAW menjawab : Aku diperintahkan dengan 50 kali solat pada setiap hari. Kata Nabi Musa : Sesungguhnya umat engkau tidak akan mampu untuk melakukan 50 kali solat pada setiap hari. Aku telah cuba pada orang sebelum engkau dan aku telah cuba dengan semaksimum mungkin pada Bani Israil. Kembalilah semula pada Allah dan minta keringanan daripada-Nya untuk umatmu. Kata Nabi SAW: Maka aku kembali lalu Allah kurangkan sepuluh daripada jumlah yang diberikan.
Nabi SAW menyebut: Lalu aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda sebut perkara yang sama. Lalu aku kembali kepada Allah dan Dia mengurangkan sepuluh lagi. Lalu aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda menyebutkan lagi perkara yang sama. Lalu aku kembali lagi kepada Allah dan Dia mengurangkan lagi sepuluh. Aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda menyebutkan perkara yang sama. Lalu aku kembali semula kepada Allah dan aku diperintahkan dengan 10 kali solat setiap hari. Aku kembali lagi dan Nabi Musa menyebut perkara yang sama. Aku kembali menemui Allah dan aku diperintahkan dengan solat 5 kali pada setiap hari. Maka aku kembali kepada Nabi Musa. Nabi Musa berkata : Wahai Muhammad, engkau diperintahkan dengan apa?
Kata Nabi SAW: Aku diperintahkan dengan solat 5 kali setiap hari. Nabi Musa berkata: Sesungguhnya umat engkau tidak akan mampu untuk melakukan 5 kali solat setiap hari. Aku telah cuba pada orang sebelum engkau dan aku telah cuba untuk melakukannya pada Bani Israil semaksimum mungkin. Kembalilah kepada Allah dan mintalah keringanan daripada-Nya untuk umatmu. Nabi SAW bersabda : Aku telah minta sehingga aku menjadi malu untuk meminta kurang akan tetapi aku redha dan aku berserah. Apabila aku berlalu ada suara yang menyeru : Aku telah jalankan kewajipanku dan Aku telah kurangkan bebanan hamba-Ku.” Riwayat Al-Bukhari (3887)
Potongan daripada hadis yang panjang ini menjelaskan bagaimana perintah solat 5 waktu sehari semalam diwajibkan. Pada zahirnya kisah ini seakan-akan menampakkan kelemahan Nabi SAW kerana tidak menjalankan terus apa yang telah diperintahkan. Di tambah pula Baginda terus merujuk kepada Nabi Musa.Tidak seperti Nabi Ibrahim dan anaknya yang tidak banyak mempersoalkan apatahlagi meminta pengurangan daripada perintah yang telah ditetapkan seperti mana dakwaan sesetengah pihak lalu menjadikan alasan ini untuk memalsukan kisah berkenaan Israk dan Mi’raj.
Namun begitu, dakwaan yang dilakukan oleh sebahagian pihak tersebut adalah satu dakwaan yang mengarut. Pada hakikatnya, dilakukan oleh Nabi SAW menzahirkan sifat rahmat dan belas kasihan Nabi SAW kerana tidak mahu melihat umat Baginda terbeban. Bahkan Baginda SAW merujuk kepada Nabi Musa adalah kerana disebabkan perintah solat juga turun secara khusus kepada Bani Israil.
Perkara ini disebutkan oleh Al-Qurtubi sepertimana yang dinukilkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani. Al-Qurtubi menyebut:
“Di antara hikmah mengapa Nabi SAW merujuk kepada Nabi Musa adalah berkemungkinan umat Nabi Musa juga ditaklifkan dengan perintah solat yang mana ianya tidak diperintahkan kepada umat sebelumnya. Yang mana perintah tersebut dilihat berat untuk dilakukan oleh umat Nabi Musa. Oleh kerana itu, Nabi Musa memberikan pandangan atas dasar belas kasihan terhadap umat Nabi Muhammad SAW. Isyarat ini boleh dilihat melalui kata Nabi Musa ‘ aku telah cuba untuk umatku’. (Rujuk Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, 7/202).
Maka ini jelas menunjukkan bahawa bukannya Nabi SAW tidak mahu melaksanakan terus perintah Allah. Tambahan pula, kesemua para Nabi dan Rasul adalah orang yang pertama sekali melaksanakan apa juga perintah Allah SWT. Akan tetapi isyarat daripada apa yang dilakukan Nabi adalah satu rahmat dan mengambil kira kemampuan umatnya untuk menjalankan apa yang telah diwajibkan oleh Allah SWT.
Jika umat Nabi Musa pun tidak mampu untuk menggalas kewajipan tersebut apatah lagi umat Nabi SAW. Perkara ini sudah semestinya akan membawa kepada kecuaian bahkan lebih teruk daripada itu meninggalkan terus perintah solat. Oleh kerana itu, Nabi SAW mengambil kira apa yang telah diperkatakan oleh Nabi Musa sebagai satu cara supaya umatnya dapat terus melaksanakan solat dan taat akan perintah Allah.
Dari satu sudut yang lain, tidakkah ini menunjukkan hikmah daripada Allah bahawa pengurangan solat sehingga menjadi 5 waktu menjadikan agama ini mudah untuk diamalkan. Ini bertepatan dengan apa yang telah Allah SWT jelaskan di dalam Al-Quran :
Maksudnya: “Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.” (Surah Al-Baqarah : 185)
Inilah di antara hikmah yang Allah SWT ingin tonjolkan iaitu menjadikan agama ini mudah untuk diamalkan dan tidak memberatkan. Bahkan menonjolkan sifat agama ini yang sentiasa menyenangkan bukan menyusahkan. Bayangkan jika solat 50 waktu dilaksanakan, sudah pasti akan mewujudkan perasaan yang berat di kalangan umat Islam dan menyebabkan adanya kecuaian terhadap perintah-perintah lain khususnya mengimarahkan bumi.
Pengurangan sehingga menjadi 5 kali solat setiap hari menjadikan umat Islam lebih produktif dan tidak ada alasan lagi untuk tidak melaksanakan perintah solat.
Kesimpulannya, dakwaan mengatakan bahawa kisah Israk dan Mi’raj palsu adalah disebabkan kisah tersebut menonjolkan kelemahan Nabi SAW adalah satu dakwaan yang mengarut dan tersasar dari hakikat sebenar. Ia adalah kisah yang mutawatir yang tidak boleh diingkari.
Kisah isra’ dan mi’raj khususnya berkenaan pengurangan daripada 50 kali solat kepada 5 kali solat setiap hari menzahirkan kehendak Allah SWT agar agama ini khususnya solat yang menjadi tiang agama mudah untuk diamalkan bukannya menyusahkan sehingga dicuaikan.
Semoga Allah menjauhkan kita daripada syubhat dan keraguan terhadap perkara yang telah thabit di dalam agama. Wallahu’alam.
Bagi mereka yang mempunyai kereta generasi baru pasti sudah terbiasa dengan adanya “Push start button” untuk menghidupkan enjin kereta anda. Ia dikenali sebagai kecanggihan teknologi yang digunakan zaman kini. Ianya mudah akan tetapi ramai yang ambil mudah tentang push start button ini sampai boleh jadi rosak! Wanita pun wajib ya!
Bagi mereka yang mempunyai kereta baharu, kereta yang diimport daripada luar pasti sudah biasa dengan push start button ini. Sistem ini makin banyak digunakan kerana ia sangat memudahkan individu yang memakai kenderaan kerana anda tidak perlu lagi mencucuk batang kunci untuk menghidupkan enjin.
Apa yang perlu dilakukan adalah anda hanya menekan sahaja butang “push start button” itu sehingga enjin menyala. Kuncinya? Campak sahaja di dalam bag anda atau di dalam poket seluar. Mudahkan! Wanita juga perlu mengambil berat tentang ini kerana ianya penting untuk anda mengetahui ilmu kenderaan ini.
Sememangnya, ia sangat mudah buat pemandu atau pemilik kenderaan kerana ciri-ciri kecanggihan dan kemewahan tersebut. Jadi, apa yang menjadi masalah untuk teknologi baharu ini? Sudah semestinya, penjagaan yang baik butang ini untuk tidak rosak. Kebanyakan orang di luar sana suka tidak mengambil kira akan penjagaan yang betul untuk mengelakkan kerosakan.
Untuk pengetahuan anda, jika kereta tersebut mempunyai ‘push start button’, apa yang perlu dilakukan adalah pemandu perlu memijak pedal brek dan menekan ‘push start button’ sebaik sahaja masuk dalam kenderaan. Sebenarnya cara sedemikian mampu merosakkan enjin anda dalam jangka masa panjang!
Terdapat tiga langkah yang boleh diikuti jika anda mempunyai kenderaan yang menggunakan “push start button” untuk menghidupkan enjin iaitu:
Apa yang perlu anda buat adalah, tekan sekali sahaja “push start button” tanpa memijak pedal brek. Ini membolehkan panel elektronik sahaja yang akan menyala dahulu.
Seterusnya, anda perlu menekan butang “stop/start” buat kali yang kedua untuk menghidupkan panel instrumen meter kereta anda. Ini akan membuatkan kotak meter menyala sedia untuk dihidupkan secara keseluruhan! Jadi anda boleh cuba cara ini dengan mudah.
Biasakan untuk biarkan lima ke tujuh saat kemudian baru anda boleh menekan pedal brek dan tekan butang “stop/start” sekali untuk menghidupkan enjin kereta pula.
Untuk pengetahuan anda, ketiga-tiga langkah ini adalah bertujuan untuk membuatkan kotak komputer kereta anda mengawal semua sistem dalam kereta dan sempat untuk menghantar semua signal ke dalam bahagian komponen serta sensor yang penting seluruh kereta tanpa dalam keadaan terkejut! Alang-alang kereta pun dah berteknologi baharu kan, jadi jagalah dengan baik supaya tak cepat rosak. InsyaAllah okay! Selamat mencuba.
Sumber: Mstar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bau mulut atau dalam bahasa medik halitosis, memang musuh utama dalam pergaulan. Siapa saja boleh menjauhi anda jika mulut punya aroma yang tidak menyenangkan. Sukar untuk anda mulakan perbualan dengan orang lain. Malu bukan!
Walaupun solekan anda setebal mana, bau mulut tidak dapat menipu penampilan anda. Usah kecil hati jika ramai yang tidak mendekati anda. 8 cara mudah ini, boleh hilangkan bau mulut tanpa makan ubat. Lepas ni bolehlah buka mulut selebar-lebarnya!
Anda perlu anda sediakan hanya satu atau dua sudu makan cuka epal dan segelas air. Tuang dan campurkan cuka dalam segelas air. Gunakan untuk kumur selama di 3-5 minit di pagi dan sebelum tidur. Bilas mulut anda dengan berkumur air biasa.
Sediakan sudu teh activated charcoal atau serbuk arang aktif dan berus gigi. Sapukan serbuk arang ke sikat dan mulailah berus gigi. Kumur-kumur sampai serbuknya hilang. Gunakan dua sampai tiga kali seminggu sampai bau mulut hilang. Anda boleh membeli activated charcoal ini di online. Lebih mudah apabila anda menggunakan ubat gigi yang ada campuran activated charcoal .
Mengunyah gula-gula getah memang boleh menyegarkan nafas selama yang anda mahu tetapi pastikan gula-gula getah itu bebas gula. Pilihlah yang rasanya mint supaya nafas semakin segar. Selain menghilangkan bau mulut, gula-gula getah dapat menjaga air liur yang sihat di mulut dan tekak.
Sesudu makan minyak kelapa sudah cukup untuk berkumur selama 5-10 minit dan ludahkan. Seterusnya, gunakan air panas untuk membilas sisa-sisa minyak yang tertinggal di mulut.
Epsom salt adalah salah satu penyelesai untuk anda yang mempunyai nafas berbau. Jika sudah, ambil satu sudu teh Epsom salt dan campurkan dengan segelas air hangat. Jadikan untuk cairan berkumur. Untuk pemakaian awal, gunakan setiap hari. Selanjutnya, boleh dipakai sesekali jika diperlukan.
Campurkan satu gelas air dan dua sampai tiga titiss eucalyptus oil atau minyak kayu putih. Kumur-kumur dengan campuran keduanya dan buang. Kumur lagi dengan air biasa. Ulangi cara ini sekali sehari sampai bau mulut anda hilang.
Kunyah satu sudu teh biji adas dan kemudian telan. Anda hanya perlu melakukannya saat diperlukan sahaja, tidak perlu setiap hari.
Parut halia, kemudian campur parutan halia dan air sehingga dapat jus halia. Jus halia ini dicampurkan dengan air hangat, siap sedia untuk berkumur. Lakukan setelah makan, sekali sehari dalam beberapa hari.
Bagi kebanyakan warga Malaysia, makanan merupakan satu aspek yang penting dalam kehidupan kita, yakni, perkongsian hidangan dengan rakan dan keluarga adalah budaya kami. Makanan kegemaran seperti durian dan hidangan sarat bawang putih rasanya enak, tetapi ia juga mempunyai bau yang kuat. Lebih teruk lagi, jika kita makan di luar, bau yang tidak menyenangkan akan kekal terperangkap dalam topeng muka kita selepas makan, yang menjadi sangat tidak selesa.
Pakar menasihatkan untuk mengekalkan mulut yang bersih dan sihat, adalah penting untuk mengamalkan rutin penjagaan mulut yang lengkap. Berus, flos dan berkumur dengan pengkumur mulut sebagai langkah terakhir membantu mencapai kawasan yang kebiasaannya terlepas dengan memberus. Listerine® memberi perlindungan 24 jam** terhadap kuman yang menyebabkan masalah plak dan gusi, supaya anda tidak perlu lagi risau tentang nafas berbau, terutamanya selepas mengambil makanan dengan rasa yang kuat seperti durian.
Apa yang anda perlu lakukan adalah kumur mulut anda dengan Listerine® selama 30 saat selepas memberus pagi dan malam atau selepas makan untuk membersihkan sehingga 99.9% kuman*** dalam rongga mulut.
Oleh itu, Listerine® sentiasa berinovasi untuk menyampaikan lebih banyak penyelesaian untuk pelbagai keperluan penjagaan mulut, seperti campuran perisa baharu yang berilhamkan botani Pomelo & Passion Fruit atau Aloe & Cucumber, untuk pengguna yang lebih suka rasa segar seperti buah-buahan dan membantu menjadikan hidup lebih segar dengan cara yang lebih mudah untuk semua orang, seperti Cool Mint Pocketmist baharu. Menariknya lagi peluang menikmati durian dengan percuma, anda hanya perlu sertai peraduan “Swish & Win” dengan Listerine® X Watsons!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.