Mengalami masalah saraf pada kedua-dua kakinya sejak lahir bukan menjadi penghalang buat Nadiatul Nabilah Mazli menamatkan pengajiannya di GIATMARA Kuantan, Pahang.

Hidup ini bukan seperti kisah Cinderella yang penuh dengan keajaiban yang menawan tetapi perlukan usaha dan sikap tidak pernah berputus asa untuk mencapai impian”-Nadiatul Nabilah Mazli.

Kisah hijabi ini wajar dijadikan inspirasi buat ramai. Meskipun fisiknya tidak sempurna, gadis ini tidak patah semangat untuk meneruskan pelajaran dalam bidang Graphic Design & Advertising di GIATMARA Kuantan. Bahkan, sebelum ini, Nadiatul sudahpun memiliki Diploma Pengurusan Perniagaan dari Kolej Antarabangsa Perniagaan dan Pengurusan di Cheras, Kuala Lumpur.

May be an image of ‎19 people, people sitting, people standing, headscarf and ‎text that says "‎HAN IBNU KHALDUN LEJ KEMAH TINGGI MARA (KKTM) SEPTEMBER GIATMARA 2022 PAHAN ه BUKAN KISAH CINDERELLA‎"‎‎
Facebook GIATMARA Pagoh

Nadiatul Nabilah akui bersyukur perjalanannya di GIATMARA berjalan lancar walaupun tergolong sebagai graduan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Walaupun saya memerlukan tongkat dan kerusi roda untuk bergerak, namun ALLAH tetap memberikan saya kejayaan dalam pengajian. Alhamdulillah” ujar gadis ini melalui Sinar Bestari.

Artikel berkaitan: OKU Bukan Halangan Untuk Berjaya, Kisah Hijabi Ini Cetus Inspirasi

IKLAN

Selain itu, anak kelahiran Kuantan ini mengatakan bahawa GIATMARA banyak membantunya terutama dalam melengkapkan ilmu kemahiran dalam reka bentuk grafik. Dia berasa seronok sepanjang pengajiannya. Nadiatul juga sempat menyatakan bahawa pusat latihan kemahiran tersebut berjaya membentuk peribadi mulia dan melahirkan pelatih berkemahiran yang mampu menonjol dalam bidang masing-masing.

Bukan daripada keluarga yang senang

May be an image of 2 people, headscarf and indoor
Nadiatul (kiri) bersama Ibunya

Nadiatul memanjatkan rasa syukur apabila diterima untuk belajar di GIATMARA kerana dia bukanlah datang daripada keluarga yang senang.

“Alhamdulillah, di GIATMARA ini, saya hanya perlu membayar RM200 sahaja sepanjang pengajian sehinggalah tamat praktikal. Malah, GIATMARA juga memberikan elaun khas sebanyak RM200 sepanjang belajar di sini.

“Dengan elaun ini, dapatlah menampung sedikit sebanyak perbelanjaan peralatan pengajian, minyak motor, makan dan minum serta banyak lagi,” jelas anak sulung daripada tujuh adik beradik ini.

IKLAN

Pernah di ‘reject’ majikan kerana tidak sempurna

Gadis ini juga sempat berkongsi bahawa pelbagai permohonan pekerjaan telah diisi sebelum ini, namun keputusan yang diterima sangat mengecewakan. Rata-rata majikan tidak menerimanya bekerja atas sebab kecacatan yang dimiliki.

“Kata mereka, adakah saya mampu bekerja dengan baik dan dapat bergerak ke sana sini terutamanya jika perlu naik dan turun tangga,”

“Saya sedar diri tidak sempurna, namun adakah disebabkan itu saya tidak boleh bekerja ‘makan gaji’ seperti orang lain?” luahnya lagi.

Singkat diulas, Nadiatul Nabilah menyatakan bahawa tiada siapa pun di dunia ini yang mahu dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna. Namun sebagai manusia, dia menerima segala ketentuan daripada Allah SWT dan yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

IKLAN

Artikel berkaitan: Tiada Tangan Dan Kaki Bukan Penghalang Untuk Nik Berjaya Menjadi Tukang Jahit.

Kini, gadis tersebut telah berjaya membuka perniagaan sendiri iaitu Syarikat Anne Nadia Creative Solution. Syarikatnya juga menawarkan perkhidmatan reka bentuk latar pentas, sepanduk, resume, tag nama, penanda arah, kad kahwin dan sebagainya untuk keperluan masyarakat. Nadiatul Nabilah juga sempat menitipkan pesanan kepada golongan OKU agar terus berusaha dan tidak berputus asa dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Sumber info dan gambar: Sinar Bestari, Facebook GIATMARA Pagoh dan Anne Nadia

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI