Berzikir merupakan salah satu cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Bukan hanya menambah pahala, malah boleh membuka pelbagai pintu rezeki untuk kita hambaNya yang tidak punya apa-apa ini.
Buat mereka yang masih bertatih untuk mengamalkan zikir, tidak mengapa kerana masih belum terlambat untuk mengamalkannya. Kita hanya menjadi insan yang rugi jika kita tahu manfaatnya namun masih buat tak tahu.
Ads
Amalkanlah zikir ini dalam kehidupan seharian.
Ads
1. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah
2. La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin
3. Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil’ Adziim
4. Surah Al Ikhlas
5. Surah Al Waqiah
6. Banyakkan Selawat Nabi
7. Beristighfar
Ads
Sama-samalah kita beramal dan memperbanyakkan amalan. InsyaAllah…
Perkahwinan bukan mudah, ibarat kita melayarkan bot apabila angin ke kiri maka ke kiri lah ia. Namun apabila kemudinya pandai mengemudikan layar, insyallah segalanya akan selamat dan rumahtangga pun bahagia. Bagi semangat dan kerap berdoa kunci rumah tangga bahagia. Lelaki ini kongsi tip kerja rumah tanggungjawab suami.
Memang janggal bunyinya kunci rumahtangga lelaki ini bahagia dengan membuat kerja rumah. Jom min nak kongsi pengalaman Iffat Salleh yang berkongsi dalam laman twitternya @iffatsalleh.
Kerja rumah sudah menjadi kebiasan baginya, tak salah orang lelaki pun boleh pikul tanggungjawab si isteri.
Kebiasaan ini sebenarnya bukan dari mula berkahwin tetapi dari zaman bujang lagi.
Rasa bersalah kalau semua kerja berat dilepaskan pada isteri dan hati ni mudah tersentuh apabila mendengar keluhan si isteri.
Niat sebenar buat semua ini, untuk mengajar kedua anak lelakinya lebih bertanggungjawab.
Sentiasa bersyukur keluarga kecilnya tidak lah mewah tapi cukup membahagiakan.
Sikap isteri yang suka menangguhkan kerja, buat dia tidak puashati terkadang ada juga rasa perasaan nak marah, tetapi dia akan menyesal kemudiannya.
Selalunya dia tidak komplen apa yang isterinya lakukan, tetapi dia lagi gemarkan selit sindiran disebalik gurauan supaya tiada petengkaran.
Apabila terlalu sibuk dengan kerja, dia juga seperti manusia biasa secara tak sengaja mengabaikan perhatian anak. Pengajarannya jangan cuba ulangi kalau tak mahu isteri tarik muka.
Jadual harian orang bujang ni semunya akan berubah selepas berkahwin.
Perkahwinan berganjak ke tahun kelima, anak pun bertambah. Ekonomi tak berapa baik jadi pelbagai masalah timbul.
Tetapi alhamdulilah setelah 5 tahun perkahwinan ni, kami dapat kawal emosi, cara urus rumahtangga dan cara uruskan anak. Pada yang masih bujang yang nak mendirikan rumahtangga jangan lupa timba ilmu parenting ya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Isu penceraian bukanlah perkara asing dalam kehidupan masyarakat kita. Setiap hari pasti ada sahaja kes penceraian yang difailkan yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Namun jika dilihat dari aspek yang meluas, penceraian bukanlah berlaku disebabkan oleh sebelah pihak sahaja. Sama ada si isteri ataupun si suami, masing-masing menggalas tanggungjawab perihal terjadinya isu penceraian.
Tetapi, majoriti masyarakat lebih menunding jari ke pihak lelaki apabila berlakunya penceraian dalam sebuah hubungan itu. Untuk mengulas lanjut berkaitan isu ini, peguam syariah dari Abdul Rahman Azubir & Co, Ahmad Hazieq Rozhali berkata, punca utama penceraian berlaku dek pemikiran kaum lelaki yang seringkali menganggap ‘kuasa ada pada mereka’.
“Apabila suami mempunyai tanggapan bahawa mereka berkuasa dalam rumah tangga, ia menyebabkan ego mereka semakin tinggi,” katanya.
Tambah beliau, faktor-faktor lain seperti tidak memahami asas tanggungjawab, tidak mendalami ilmu agama, tidak berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan pasangan dan kerap membuat perbandingan juga antara punca berlakunya penceraian.
“Namun, terdapat kes penceraian yang disebabkan oleh pengabaian, contohnya apabila pasangan terlalu sibuk bekerja dan tidak memberi perhatian secukupnya. Ini akan menyebabkan suami kesunyian dan mempengaruhi mindanya untuk bercerai.
“Jangan sesekali mengabaikan pasangan masing-masing meskipun terlalu sibuk bekerja. Pasangan yang selalu diabaikan ini cenderung untuk mengalami masalah mental seperti depresi,” katanya.
KEPUTUSAN MAHKAMAH MENGIKUT KES BERDASARKAN AL-QURAN
Menurut Ahmad Hazieq, setiap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah adalah berpandukan ayat-ayat dari surah Ar-Rum Ayat 21 dan Surah An-Nisa’ Ayat 3 dan 128.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan- Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
– Surah Ar-Rum, ayat 21.
Jelas Hazieq lagi, setiap masalah ataupun aduan yang dibuat oleh anak guam, akan dinilai sama ada masih terdapat ‘Mawadah wa Rahmah’ di dalam rumah tangga.
Seksyen 47 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH- WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984Dalam situasi penceraian, terdapat permohonan cerai dan saman yang telah diserahkan kepada satu pihak lagi. Mahkamah akan mengeluarkan saman itu dan hendaklah mengarahkan pihak yang satu lagi itu hadir di hadapan Mahkamah untuk membolehkan Mahkamah menyiasat sama ada pihak yang satu lagi itu bersetuju atau tidak terhadap perceraian tersebut.
Seksyen 99 AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH- WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998 Majlis Sulh di Mahkamah Syariah.
“Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
– Surah An-Nisa’ Ayat 128.
Peruntukan undang-undang menjadikan majlis sulh sebagai satu proses penyelesaian kes di mahkamah Syariah. Hasil daripada majlis sulh adalah dengan merekodkan kepada mahkamah penghaki- man persetujuan.
Seksyen 23 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH- WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 – Permohonan Poligami di Mahkamah Syariah.
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kawinilah wanita- wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kah- winilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian, itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”
– Surah An-Nisa’ Ayat 3.
Seksyen 23 adalah selari dengan konsep KEADILAN yang telah digariskan di dalam Surah An Nisa’. Permohonan poligami di bawah seksyen 23 meliputi kuasa Mahkamah dalam menentukan bahawa seorang suami adalah berkemampuan dalam berlaku adil di dalam perkahwinan poligaminya.
Faktor-faktor yang diambil kira oleh Mahkamah adalah termasuk kesihatan suami, kemampuan dan tanggungan semasa suami, malah Mahkamah akan memanggil isteri atau isteri-isteri semasa dalam menentukan bahawa terdapat bantahan atau tidak ke atas permohonan suami tersebut.
Contoh kes penceraian berpunca dari kaum lelaki yang dikendali oleh Ahmad Hazieq:
1. Suami ketagihan pornografi dan sering mengambil gambar dan video ketika sedang melakukan hubungan kelamin bersama isteri, malah aktif berkongsi bahan tersebut di aplikasi Whatsapp. Akhirnya, isteri mengetahui bahawa suami berkongsi gambar atau video sulit mereka ke dalam kumpulan Whatsapp tersebut dan meminta cerai fasakh.
2. Pasangan bercerai kerana kesempitan hidup. Suami hanya bekerja sebagai tukang sapu sampah di hotel dan isteri tidak bekerja. Mereka mempunyai 5 orang anak. Penceraian adalah atas persetujuan bersama.
3. Pasangan yang sudah berusia ingin bercerai. Suami berumur 65 tahun dan isteri berumur 62 tahun. Suami mengadu tidak tahan mendengarbebelan isteri dan “mahu mati dengan aman”. Proses cerai masih belum dimulakan di mahkamah.
4. Suami ketagihan pornografi dan menjadikan isteri hanya tempat pemuas nafsu. Selalu melakukan kekasaran ketika melakukan hubungan kelamin. Lebih pelik apabila suami sering menyelitkan duit pada alat sulit isteri dan melayan isteri seperi perempuan murahan.
5. Isteri mengadu suami kerap bergaduh dengan sahabat lelakinya pada waktu malam. Suatu hari, isteri memeriksa aplikasi Whatsapp suami. Rupanya suami bergaduh dengan sahabatnya kerana masing-masing tidak mahu beralah untuk menghantar gambar bogel mereka. Suami tidak mengaku ‘gay’ dan tidak mahu menceraikan isteri. Kes akan dibawa untuk cerai secara fasakh.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dalam diri kita, pasti ada sifat dan keinginan untuk berubah ke arah kebaikan. Walaupun bukan perubahan yang besar, namun sebagai manusia, perubahan itu yang menentukan pengakhiran diri kita nanti.
Gadis Trivago, begitulah panggilan popular yang seringkali menjadi ‘trademark’ utama selebriti ini. Dahlia Shazwan, seorang personaliti televisyen dan iklan, pengacara juga penerbit berkongsi rasa yang tersirat, di sebalik penghijrahan imejnya yang kini berhijab.
PERMULAAN HIJRAH DAHLIA
Setiap perubahan bermula dengan sebuah persoalan. Persoalan yang menyelubungi diri Dahlia ketika itu ialah dia merasakan seolah-olah ada satu perkara yang kurang dan seakan-akan dia mempunyai hutang dengan Allah S.W.T. Perasaan ini timbul apabila dirinya pulang dari melakukan ibadah umrah.
“Selepas pulang dari umrah pada tahun 2020 bersama-sama dengan ibu dan kakak, saya merasakan seperti saya mempunyai tanggungjawab yang belum lagi dilunaskan. Seperti hutang yang belum diselesaikan.
Rupa-rupanya, ia berkaitan dengan imej saya. Hati mula tidak tenang memikirkan tentang rasa gundah yang timbul di sudut hati, membelenggu fikiran untuk mencari solusi yang tepat. Perancangan awalnya, saya ingin memakai hijab pada bulan Ramadan tahun itu.
Namun, perancangan Allah lebih baik. Seminggu selepas saya pulang dari tanah suci, saya terus mengenakan hijab, pelengkap gaya saya sebagai seorang muslimah,” ulasnya lanjut.
Tambah Dahlia, dari detik itulah bermulanya proses penghijrahannya memakai hijab hingga ke hari ini.
CARA DAHLIA PERBAIKI DIRI?
Selepas pulang dari umrah pada tahun 2020 bersama-sama dengan ibu dan kakak, saya merasakan seperti saya mempunyai tanggungjawab yang belum lagi dilunaskan. Seperti hutang yang belum diselesaikan
Biarpun kini sudah berhijab, namun Dahlia seringkali merasakan bahawa dirinya masih banyak kekurangan. Masih bertatih dalam mengumpul ilmu akhirat, Dahlia banyak belajar dan sentiasa berusaha untuk menutupi kekurangan diri dengan ilmu yang diperolehinya setiap hari.
“Saya dahagakan ilmu. Oleh itu, saya mencarinya setiap hari di mana-mana sumber yang boleh dipercayai. Saya akan mendengar ceramah ataupun khutbah di Youtube, untuk menyempurnakan diri saya sebagai seorang wanita Islam.
Saya percaya apabila dada semakin penuh dengan ilmu, kita akan menjadi lebih sensitif dengan perkara-perkara yang tidak elok,” tambahnya lagi.
Dahlia juga turut menyatakan bahawa dirinya kini lebih fokus kepada kemajuan diri daripada menantikan sebuah keputusan dalam mengejar erti kesempurnaan dalam proses penghijrahannya.
“Jika dahulu saya lebih teruja untuk menantikan sesuatu keputusan. Namun, hari ini, saya percaya bahawa Allah S.W.T tidak melihat kepada hasil, tetapi proses perubahan yang kita lakukan itu.
Niat yang kita tanamkan dalam hati itu ialah kunci keberkatan dari-Nya. Ada kalanya, kita terleka dan tergelincir. Namun, jangan mudah mengalah. Bangun dan lakukan semula perubahan yang ingin kita lakukan.”
PERUBAHAN DIRI DAHLIA
Berbicara mengenai perubahan dalam dirinya selepas berhijrah, Dahlia menyatakan bahawa dirinya lebih sensitif dan mudah peka dengan perasaan orang lain.
“Kita kadang-kala terlupa, sedang kita asyik mengejar membina hubungan baik dengan Allah S.W.T, tetapi kita lupa untuk memperbaiki hubungan sesama manusia. Malah, ia adalah perkara yang sangat penting dan dituntut di dalam Islam,” ujar Dahlia.
NASIHAT
Kita kadang-kala terlupa, sedang kita asyik mengejar membina hubungan baik dengan Allah S.W.T, tetapi kita lupa untuk memperbaiki hubungan sesama manusia
“Usah tunggu untuk berubah, usah juga tunggu untuk mendapat seru, petunjuk mahupun hidayah. Jika anda sudah mula berfikir dan terjentik hati untuk mendapat hidayah, maka itulah seruannya. Maknanya Allah masih sayang pada kita. Jadi, buatlah perkara yang disukai Allah, dan bukan melakukan perkara yang dimurkai oleh-Nya,” kongsi Dahlia menutupi ruang bicara No Turning Back.