Ramai orang yang suka untuk meluahkan pendapat tambahan lagi platform media sosial yang bebas untuk melontarkan kata-kata. Kadangkala, pendapat yang diberikan agak kurang wajar dan negatif yang membolehkan seseorang itu terkesan.
Berkaitan dengan isu ini, penyanyi Fieya Julia, 23, berasa sedih apabila komen yang diberikan oleh warganet mengenai perubahan bentuk tubuhnya yang kelihatan berisi.
Fieya Julia atau nama sebenar Nur Syafiyah Sejali, pernah menuduhnya mengambil “sesuatu bahan terlarang” oleh kerana tubuhnya terlalu kurus.
Abaikan apa yang orang cakap, jadi diri sendiri sahaja
Penyanyi itu membalas komen-komen negatif yang sering diperkatakan kepadanya melalui ruang komen posting instagram miliknya.
Ads
Menurut temubual Fieya bersama MStar Online , komen-komen yang diajukan kepadanya sama sekali hanya tangggapan mereka terhadapnya.
“Bila masa pula saya kahwin? Sedih la macam ini. Stress sebab ramai betul cakap sudah berkahwin. Buat sedih je sedangkan bayang untuk berkahwin pun belum nampak.”
“Saya dulu kurus pun orang kecam. Kata saya sakit dan tak cukup makan selain ambil ‘barang’. Semua tuduhan tak masuk akal. Kemudian saya cuba nak berisi supaya tak kecam.”
Ads
“Sekarang pun masalah juga. Biarkanlah… kita buat macam mana pun pasti ada orang tak suka. Lebih baik jadi diri sendiri dan abaikan apa orang nak cakap,” katanya lagi.
Tiada lagi gambar tidak berhijab
Fieya turut meminta mana-mana pihak tidak lagi menggunakan gambarnya yang tidak berhijab dalam apa-apa perkongsian kerana dia telah membuat keputusan untuk berhijab sejak Ogos tahun lalu.
“Mohon kepada sesiapa yang repostcover saya atau nak buat playlist jangan gunakan gambar saya tidak bertudung.”
“Banyak lagi gambar lebih baik awak boleh guna. Kalau tak cukup dalam Instagram, saya boleh berikan sendiri,’ ujarnya lagi melalui temubual itu.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu single “Perasaanku” itu sudah mula berhijab sejak Ogos tahun lalu dan telah dapat banyak pujian atas penghijrahannya.
Tidak dinafikan gaya hidup masa ini yang semakin mengejar kemajuan menyebabkan kita sentiasa berada dalam keadaan ‘stress’. Masalah ini bukan sahaja disebabkan urusan kerja di pejabat, tetapi juga perihal anak-anak dan suami. Malah beban kewangan atau alami masalah kesesakan jalan juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami ‘stress’ hingga mengakibat depresi atau kemurungan. Perkongsian wanita ini yang pernah berdepan masalah ini tetapi sempat pulih sebelum keadaan menjadi semakin teruk. Bukan setahun dua tetapi bertahun-tahun Nazia Suhaimi berdepan masalah ini dan akhirnya berjaya melawan masalah kemurungan ini.
Beberapa tahun saya hidup menahan emosi yang bercelaru, tak boleh tidur malam, bila tidur mimpi menakutkan. Takut nak tidur. Bila tertidur, mimpi tadi sambung semula!
Bila waktu siang, tak cukup rehat. Dengar anak menangis, menjerit, melalak, melolong. Rasa nak tampar-tampar je si anak. Bingit! Kalau kurang sabar, sikit lagi nak dera si anak!
Bila turun lif, rasa macam akan mati terhempas.
Bila bawa kereta, rasa macam bila-bila masa akan mati kemalangan.
Bila bawa anak ke kedai, bila-bila masa rasa anak akan diculik.
Bila dah mula fikir macam-macam, dada berdenyut kencang, nafas berombak, dahi berpeluh dingin, tangan menggeletar.
Ya Allah apa dah jadi dengan aku ni.
Tak tahan. Badan penat tapi nak rehat pun tak boleh.
Sampai satu tahap rasa nak berhentikan semuanya tapi macam mana nak berhenti?
Dah ambil wuduk, dah solat, dah doa, dah minta ampun suami, dah maafkan semua orang.
Sudahlah rasa diri tak guna, tak dihargai, takut. Sekarang rasa risau melampau mula makan diri.
Aku nak mati! Aku cuma nak stop! Tak tahan! Jerit hati.
Tapi tak boleh mati, Allah tak terima orang mati bunuh diri.
Dalam menghadapi situasi ini dia masih mengingati Allah.
Saya doa banyak-banyak, Ya Allah tunjukkan aku jalan apa yang paling baik buat akhiratku.
Saya berkahwin dengan jodoh yang sangat baik. Pada awalnya suami saya pun pening dengan “mental” saya tapi beliau sangat sangat sangat sabar.
Sepanjang rasa sengsara, 7 tahun lamanya. Satu pagi saya bangun, saya nekad untuk sihat. Saya sangat penat dengan diri sendiri. Penat rasa nak mati. Penat rasa beban. Penat rasa “mental”.
Dan saya bangun dan fight semua ketakutan. Saya terima kegagalan saya. Saya terima kelemahan saya.
Dan saya belajar untuk bersyukur.
Orang tanya saya macam mana nak sihat? Pecahkan tembok ketakutan, kegagalan, rasa malu, rasa rendah diri. Sabar. Satu-satu tembok akan pecah dan kita akan berani keluar dari “gua” kita.
Hari ini saya mampu bercakap secara terbuka tentang sakit mental yang saya alami.
Hari ini saya mampu tersenyum dengan ikhlas tanpa perlu dipaksa.
Hari ini saya bangga menjadi seorang surirumah dan ibu kepada anak-anak saya.
Hari ini saya mampu terima kegagalan saya dan saya akan kembali sambung belajar.
Hari ini saya ada matlamat hidup setiap hari. Kenapa saya mesti hidup pada hari ini.
Hari ini, sama ada keadaan baik atau buruk. Saya tetap hargai apa yang terjadi.
Hari ini saya belajar untuk bersyukur bagi setiap detik.
Macam mana pula dengan hari anda?
Saya bergegas ke klinik kesihatan berdekatan. Bila masuk bilik jumpa doktor. Doktor tanya ya awak sakit apa? Masa tu saya dah tak ambil pusing seorang lagi doktor dan pesakitnya.
“Saya rasa nak mati”
Pada masa ini saya cerita semua yang saya alami. Doktor lebih banyak diam sambil-sambil menaip di komputer.
Tak lama kemudian, keluar salinan surat untuk dirujuk ke hospital.
Saya kemudian ke hospital. Serah surat bahagian psikiatri. Tak lama kemudian doktor pakar panggil masuk.
Awak seorang? Ya pada masa ini suami saya ada komitmen kerja. Saya bawa anak-anak. Doktor tanya kenapa dan saya ulang cerita macam di klinik tadi tapi kali ini air mata saya menitik lebat.
Tak ada malu lagi. Saya mahu sihat.
Doktor dengar dengan baik apa yang saya katakan. Sangat melegakan bila doktor kata “ini adalah satu penyakit dan bukan salah awak”
Sepatutnya saya perlu ditahan wad, disebabkan anak kedua saya masih menyusu badan jadi doktor nasihatkan saya berehat dirumah saja.
Saya diberi ubat yang agak kuat buat 2 minggu pertama. Lebih banyak tidur. Kerja rumah semua ke laut. Mujur suami saya balik tengah hari belikan makanan.
2 minggu kemudian saya kembali berjumpa doktor. Kali ini rasa nak mati, risau sudah mula berkurang sedikit.
Sebulan kemudian, rasa nak mati itu sudah tiada. Risau, down masih ada tapi tidak seteruk bulan-bulan sebelumnya.
Kemudian jarak appoiment bersama pakar berkurang dari 3 bulan dan sekarang 5 bulan untuk temujanji seterusnya.
Ianya tidaklah teruk sangat seperti yang digambarkan oleh stigma masyarakat yang kononnya bila jumpa pakar sakit jiwa, kita ini GILA. Bahkan sewaktu saya menunggu giliran untuk berjumpa doktor, ada juga pesakit lain yang berpakaian kemas siap bertie lagi.
Untuk mula dapatkan rawatan, anda sendiri perlu BERANI untuk berterus-terang dengan doktor.
Sebelum ini, memang saya sudah dapatkan rawatan tapi KESILAPAN saya, saya berhenti makan ubat dan jumpa doktor SERTA-MERTA kerana pada masa itu saya rasa saya macam orang GILA.
Kesannya, bila default (berhenti dapatkan rawatan) kesan sakit akan jadi lebih teruk dan untuk sembuh, perlu ambil ubat untuk masa yang lebih panjang.
Saya sendiri dijelaskan oleh doktor, untuk turunkan dos ubat bagi rawatan saya, mungkin mengambil masa lebih kurang 2 tahun.
Pengambilan ubat memang akan ada kesan pada hati, pada masa yang sama doktor nasihatkan saya untuk jaga pemakanan dan bersenam
1. Saya amalkan istighfar sepanjang masa. Kebergantungan pada Allah kena kuat.
2. Saya cuba aroma terapi dengan Young Living essential oil (EO). Ada masa, walaupun sudah makan ubat tapi saya masih sukar untuk tidur. Jadi saya calitkan saja sedikit EO di bantal.
3. Saya mula kurangkan makan benda yang manis, fast food, cikedis dll
4. Petang-petang riadah dengan anak-anak (lebih kurang bersenam)
5. Mula wujudkan hobi sebagai terapi (sebelum ni hobi pun tak ada sebab terlalu sibuk risau macam-macam)
6. Bergaul dengan orang. Satu tahap saya pernah rasa terlalu takut nak berjumpa dengan orang. Jiran datang ketuk pintu, saya lari masuk bilik. Pada awal pengalaman ambil job wedding photography, saya kena panic attack sebab macam terkejut ramai sangat orang, muzik kuat. Rasa nak pitam, nak muntah, mata pun dah naik juling, semua ada.
Job-job seterusnya pun saya masih kena panic attack tapi jangan risau, ianya akan berkurang.
7. Akhir sekali, paling penting, UNFOLLOW semua yang bawa perkara negatif. Kita nak positif kena buang semua perkara yang tak baik. Kalau perlu unfriend, left group, delete account, buat saja. Bukan nak putus silaturahim pun. Jangan sampai dekat luar pun tak tegur.
8. Muka mesti mau senyum.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cantik itu satu subjektif bagi anda yang bernama wanita. Tiada penghujungnya untuk kita menemui definisi sebenar istilah cantik. Cantik yang nampak hanya di mata manusia yang menilai paras dan rupa sehingga lupa sebenarnya cantik bukan pada luaran sahaja.
Semua yang Allah jadikan itu indah dan ada kelebihan tersendiri. Cantik boleh diaplikasikan kepada benda hidup atau mati. Lantas bagaimana mencantikkan hati? Mudah sahaja langkahnya sama seperti anda untuk mencatikkan wajah. Namun pastikan anda mengenali apa yang dikatakan cantik itu?
Persepsi tentang cantik adalah berbeza bagi setiap orang. Kita tidak menafikan kecantikan fizikal menjadi tarikan awal kepada seseorang. Namun, kita tahu tiada perkara yang kekal abadi. Untuk sentiasa manis dan sihat kita memerlukan waktu tidur yang cukup, minum air masak bersesuaian ikut keperluan badan kita, makan makanan seimbang, tidak merokok, elakkan tekanan dan cari masa berehat untuk diri sendiri.
Cantik hati dinilai melalui hati ke hati. Cantik rohaniah adalah dengan menjaga ibadah, akidah, akhlak, hawa nafsu dan menjadi seorang yang menjaga waktu (solat mahupun dengan orang lain). Selain itu perbanyakkan ilmu dan perbaiki diri untuk kelihatan lebih yakin dan disenangi.
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat: ayat 13)
Kita perlu bersifat malu untuk berkata sesuatu yang boleh menyakiti hati orang lain. Apabila seseorang menjaga tutur katanya secara tidak langsung dia menjaga hubungan baiknya dengan orang lain. Bahkan, dirinya akan dihormati kerana kesantunannnya. “Yang dibawa dalam ini (hati), akan kekal ke akhir zaman, namun apa yang ada di luar ini (jasad), sampai ajal akan dikebumikan.” – Ustazah Norhafizah Musa.
Pemuda syurga – Pernah diceritakan dahulu ada seorang hamba Allah yang menjadi penghuni syurga adalah kerana hatinya yang sangat baik; mudah memaafkan, bersangka baik dan tidak menyakiti hati orang lain sedangkan amalannya begitu sederhana.
Julaibib – Kisah seorang pemuda yang mempunyai kekurangan dari segi rupa namun kerana mempunyai keimanan dan keikhlasan yang sangat tinggi, beliau sangat terkenal dalam kalangan penduduk langit dan begitu dihormati oleh Rasulullah SAW.
Islam sendiri adalah agama yang sukakan keindahan dan kecantikan, jadi mencantikkan diri bukanlah dilarang. Malahan kecantikan merupakan fitrah manusia.
Namun untuk cantik, syariat perlu dijaga. Ikut garis syariat dan panduan yang telah ditetapkan dalam islam. Elakkan pembaziran dan perlu menjaga aurat misalnya. “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (Surah at-Tin: ayat 4)
Amalkan selalu doa ini:-
“Ya Allah, kayakan diriku dengan ilmu, dan hiaskan diriku dengan sifat lemah lembut, dan muliakan diriku dengan takwa dan cantikkan diriku dengan kesihatan.”
Keadaan hati dan iman menentukan kecantikan dalaman seseorang. Setiap orang ada kelebihan dan kecantikan tersendiri. Jangan asyik berfikiran negatif dan terlalu merendah diri, namun jangan pula merendah-rendahkan orang lain.
Lakukan yang terbaik untuk diri kita mengikut kemampuan. Jaga baik-baik hubungan kita dengan Allah dan semua ciptaan-Nya.
Kita semua sama, yang membezakan kita adalah taqwa. Sentiasalah merasa syukur dan menyayangi diri kita ini.
Di akhirnya, Tuhan juga akan menilai semuanya.
Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata: Nabi SAW telah bersabda, ”Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa bentuk dan harta kalian, akan tetapi Dia melihat pada hati dan amal kalian.” (Hadith riwayat Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mempunyai kulit yang sihat memang jadi dambaan setiap wanita. Dan salah satu nutrisi yang diperlukan untuk memastikan kulit sentiasa sihat adalah dengan makan vitamin C. Selain mengambil pemakanan yang ada vitamin C semulajadi seperti buah oren, atau strawberi, kita juga boleh ambil pil yang banyak dijual di pasaran.
Perkongsian wanita ini Ika Mat Bakhir di laman sosial facebook yang membuktikan keberkesanan makan vitamin C yang diambil setiap hari. Dia turut senaraikan 15 kebaikan vitamin C yang mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat.
Selain membuat kulit makin cantik, pengambilan vitamin C juga boleh mengelak masalah jerawat, susah kena demam dan kulit juga tidak akan menjadi kusam.
VITAMIN C : BENDA WAJIB AKU MAKAN SETIAP HARI
haaaaa..ni sis cakap wajib tapi untuk sis laa wajib sebab sis dh rasaaa berkesan nyaa vitamin c ni haa..bende kecik molekkk jeee tapi berkesan tahap hyper..selaen petua2 sis yang sememangnya jadi amalan harian sis turut amalkan pemakanan sehat..chewahhhh..tak ler tipuu jeee..aku makan baham belaka kalah rimau..haahahhaha..
sis makan VITAMIN C setiap hari 1000MG okay..WAJIB SIS MAKAN..tak makan sehari rasa terus eyhh hodohnya aku..padahal memang tak lawa mana pon..manis nyaa adaaaaa..choiii kau carut sis hodoh,hodoh lagi kau..haha..ni sis share kebaikan vit c yg jadi pada sis :
1.kulit muka makin lama makin helokkk merecikkkkkkk
2.pori2 dulu besar bak lobang hidong zabedah kini kecik moliukk
3.jerawat makin takdok smp tahap tumbuh seketoi jeeeee
7.gusi takde darah2 kalau gosok gigi..kalau tak dulu mesti macam puntianak harum sundal petang senja time gosok gigi
8.langsung takde stretch mark kat perot licin sajoo sepanjang preggy
9.kulit anak cantekkkk bersih (kalau makpak nye memang genetik hitam2 si tampuk manggis jangan lah berangan anak jadi putih2 melati merah2 jelita pulakkkk)
10.masalah kulit kering takde maybe sebab makan vit c sis minum air paling kurang 3liter okayyyy
11.kuku jd kilat2 je tak senang patah padahal sis spesies gigit kuku
12.kulit hilang kusam dan rasa anjal jeee
13.anak lahir susah nak kene parut (ruam susu kene jap je dua hari ilang,kene gigit nyamuk xde tinggal parut)
14.tumit pecah dah xde
15.luka cepat baik (ni haaa memang cepat tak kesah luka apa,luka bersalin cepat baek parut takde mcm xpenah beranak jee jadi..hehhehehe.)
so sesapa yg pm sis tanya sis pakai vitamin c apa,sis makan apa sahajaaaa brand janji tepek kat situ 1000MG.sis dulu hodoh jeee entah macam mana naseb baek pulak aku boleh berlaki,,hahahaha..korang yang duk review make up sana sini tuuu bujang sampai ke tuaa jee..hahahhahhah..
tp bukanlah semata2 amal vitc,sis cuba jugak amal petua2 sis untuk kulit sehat…kay bawah ni sis share tepek gambar vitamin c yang sis guna..explaination kat gambarr naaa..slot meniaga untuk PENJUAL VIT C boleh laa tepek komen yeee nak jual vit c korang yeee..VITAMIN C JEEE..Ubat kuat ubat gout ubat senak peranakan adalah diharamkan..ameklah koran tepek komen yee niaga elok2..nak bagi sis gift review produk korang pon okayyyy sajoo..huhuhh
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui amalan Hari Asyura yang dikongsikan Ustaz Wadi Annuar termasuk berpuasa, berzikir, beristighfar, meluaskan nafkah dan menghidupkan malam dengan ibadah.