Jodoh antara perkara ketentuanNya yang kita tak jangka akan datang dan perginya dalam kehidupan kita. Namun Allah maha pengasih lagi penyanyang pasti ada petanda dan petunjuk yang Si Dia itu bakal imam kita. Antara sedar dengan tidak sahaja.
Apa yang menariknya video perkongsian hijabi yang menggelarkan dirinya @bondaumirahtaib lebih 100K like di Tiktok, 5 petanda dia bakal imamku menerangkan satu persatu tanda-tanda ini yang mingkin hijabi sendiri tidak perasan. Ramai wanita ragu-ragu tentang jodoh dan ada juga yang takut selepas kahwin menyesal.
Ads
Masyallah perkongsian yang menarik ini pasti membuka mata wanita yang belum berjodoh lebih perihatian dengan bakal imam yang akan hadir dalam hidup. Apabila ada 5 tanda-tanda ini jangan lepaskan peluang takut-takut dikebas orang.
Ads
Lelaki yang bersungguh dan tidak berputus asa
Bukan dari yang terbaik tapi saling melengkapi satu sama lain
Sentiasa ada jalan mudah ke arah pernikahan
Lelaki dan anda mempunyai impian dan cita-cita yang sama
Jangan suka-suka batalkan qada puasa Ramadan tanpa uzur kerana hukumnya berdosa. Puasa di bulan Ramadan merupakan salah satu kewajipan utama dalam Islam dan menjadi rukun yang tidak boleh dipandang ringan oleh setiap Muslim yang cukup syarat.
Ibadah puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, sebaliknya ia adalah latihan rohani yang membentuk disiplin, keikhlasan serta ketakwaan kepada Allah SWT. Justeru, setiap puasa Ramadan yang ditinggalkan sama ada kerana uzur atau sengaja, wajib diganti melalui puasa qada.
Allah SWT berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
(Surah al-Baqarah: 183)
Ayat ini menegaskan bahawa puasa Ramadan adalah perintah wajib yang bertujuan mendidik jiwa agar lebih bertakwa. Bahkan, Nabi Muhammad SAW turut menyenaraikan puasa Ramadan sebagai salah satu daripada lima rukun Islam, sebagaimana hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Qada puasa Ramadan bermaksud menggantikan hari-hari puasa wajib yang ditinggalkan sepanjang bulan Ramadan. Bagi wanita Muslimah, antara sebab yang dibenarkan syarak untuk meninggalkan puasa ialah haid, nifas, sakit, musafir, mengandung atau menyusukan anak.
Namun, setiap puasa yang ditinggalkan ini tetap menjadi hutang ibadah yang wajib dilunaskan pada hari lain.
“Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.”
(Surah al-Baqarah: 184)
Masih ramai yang keliru dan menyangka qada puasa Ramadan sama seperti puasa sunat. Hakikatnya, qada puasa Ramadan adalah puasa wajib dan tidak boleh dibatalkan dengan sengaja tanpa keuzuran yang diiktiraf syarak.
Hukum membatalkan qada puasa Ramadan tanpa uzur seperti haid, musafir atau sakit adalah berdosa. Ini berbeza dengan puasa sunat yang dibenarkan untuk dibatalkan tanpa menanggung dosa.
Hal ini berdasarkan hadis Ummu Hani’ RA, apabila Rasulullah SAW menjelaskan bahawa membatalkan puasa tidak mendatangkan dosa sekiranya ia adalah puasa sunat, bukan puasa wajib seperti qada puasa Ramadan.
Para ulama turut membincangkan perkara ini secara jelas. Kitab Kifayah al-Akhyar menyatakan bahawa seseorang yang telah memulakan ibadah wajib, termasuk qada puasa Ramadan, tidak boleh membatalkannya kerana ia adalah kewajipan yang mesti disempurnakan.
Begitu juga pandangan Ibnu Qudamah dalam kitab al-Mughni yang menegaskan bahawa sesiapa yang telah masuk ke dalam ibadah wajib, sama ada qada puasa Ramadan, nazar atau puasa kaffarah, maka tidak harus baginya untuk keluar daripadanya tanpa uzur syarie.
Menangguhkan qada puasa Ramadan atau membatalkannya sesuka hati boleh mencerminkan sikap sambil lewa terhadap perintah Allah SWT. Sebagai Muslimah yang mengutamakan keseimbangan iman dan kehidupan, kita perlu lebih peka dan bertanggungjawab dalam menyempurnakan hutang ibadah.
Qada puasa Ramadan bukan sekadar mengganti hari yang tertinggal, tetapi ia adalah lambang ketaatan, keikhlasan dan komitmen kita terhadap rukun Islam.
Jangan batalkan qada puasa Ramadan tanpa uzur kerana hukumnya berdosa. Ibadah ini adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dan kesungguhan. Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kekuatan, kesabaran dan keikhlasan dalam menyempurnakan setiap ibadah yang menjadi tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya.
Selain bekas juara Dewi Remaja Haneesya Hanee yang ditarik balik gelaran berkenaan dan dikenakan tindakan oleh pemilik jenamanya, dua orang lagi bekas dewi juga turut menerima nasib sama. Salah seorang darinya adalah Ernisha atau nama sebenarnya Erni Nurshahira Khairul Zaman, 23 tahun yang merupakan salah seorang peserta berhijab.
Menyedari tindakan dilakukan memalukan dirinya serta jenama Dewi Remaja itu sendiri, telah diadakan sidang media khas bertujuan untuk memberitahu hal sebenar. Ernisha dalam sidang media itu mengakui dirinya bersalah dan memohon maaf serta mahu dirinya diberi peluang kedua.
“Di sini saya ingin memohon maaf kerana saya akui perbuatan melanggar kontrak itu adalah kesalahan saya. Saya berharap dengan pengakuan ini, isu ini tidak akan dipanjangkan.
“Kami pun tidak mahu fikirkan mengenai apa-apa pertuduhan yang saya muat naik sebelum ini. Past is past, saya hanya ingin fikir secara positif. Mungkin ada hikmah kejadian ini berlaku,” kata Ernisha.
Dalam pada itu ketika dihubungi sebelum ini, Ernisha mengakui berdepan saat sukar apabila kontroversi membabitkan dirinya itu, sementelah dia adalah peserta berhijab. Namun itu bukanlah dijadikan alasan untuk Ernisha membuka hijabnya.
“Saya akui sebelum ini saya memang on and off berhijab. Malah iman jadi goyang kerana walaupun saya berhijab tetap kena kecam hingga saya tertanya-tanya betul ke keputusan saya untuk berhijab sebelum ini.
“Namun buat masa ini (lepas kejadian) saya mahu muhasabah diri dulu, minta petunjuk dari Tuhan dan biar Dia yang tentukan jalan apa patut saya pilih. Doakan saya terus kekal berhijab dan dapat memperbaiki segala kesilapan dilakukan,” ujarnya yang mengakui apa dilakukan sebelum ini adalah kesilapan besar.
Menurutnya dia memang salah pergi dan bergaul dengan orang yang tidak sepatutnya. Malah turut menyesal dengan perbuatan dilakukannya itu.
Akibatnya dia mendapat pembalasan dari Allah apabila aibnya disebarkan supaya dia akan kembali ke pangkal jalan yang betul.
Walau bagaimanapun saat berdepan kontroversi ini Ernisha turut bersyukur kerana keluarganya cukup memahami dan memberi sokongan padu.
“Mula-mula keluarga memang terkejut, malah terkilan dengan sikap saya memandangkan saya adalah anak sulung mereka. Mereka Tak sangka sikap saya jadi begini tetapi akhirnya keluarga boleh terima saya seadanya.
“Keluarga maafkan perbuatan saya dan minta saya perbaiki diri, berdoa dan banyakkan bersabar. Kekuatan saya untuk menghadapi semua kontroversi adalah sokongan keluarga dan kawan-kawan yang tidak putus-putus bagi semangat.
“Malah ada antaranya yang saya tak kenal, mereka ini secara personal mesej dan jumpa serta beri kata-kata motivasi supaya saya berubah dan bertaubat,” akui Ernisha yang turut terkejut dengan sokongan yang diterimanya ini.
Malah menurutnya ada antara insan yang tidak dikenali turut memberi sokongan dan berikan nasihat supaya saya berubah.
“Mereka ini (insan tidak dikenali) yang dulunya juga jahil, tetapi kini sudah berubah memakai tudung litup datang bagi nasihat. Golongan ini faham jiwa dan darah muda yang mahu mencuba benda baru.
“Mereka ini faham situasi ini dan beri nasihat. Ini kerana mereka juga pernah lalui benda yang sama. Tetapi kini mereka sudah berubah dan jadi insan yang lebih baik.
“Kedatangan mereka diterima dengan hati terbuka dan niat mereka untuk melihat saya berubah cukup dihargai,” tambahnya yang turut belajar sesuatu dari kesilapannya.
Walaupun begitu, Ernisha tidak akan mengalah dan putus asa untuk terus berada dalam industri hiburan ini. Namun buat masa ini dia akan melalui tempoh bertenang.
“Saya akan kembali semula nanti. Tetapi dalam tempoh itu saya akan isikan diri ini dengan pelbagai ilmu seperti bidang lakonan, pengacaraan atau nyanyian sebelum mula bertapak kembali.
“Doakan saya agar terus kuat menghadapi segala dugaan ini. Satu pengajaran yang saya dapat dari insiden ini adalah jangan terlalu mudah mempercayai orang lain walaupun sahabat baik kita sendiri.
“Orang yang paling rapat itulah yang tahu baik buruknya diri kita sebenar. Insya-Allah saya akan ingat apa yang terjadi dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama,” akhirinya.
Faizni Fazreen Fazera binti Faizul, 20 dan Erni Nurshahira binti Khairul Zaman, 23 tampil untuk berjumpa dengan pihak Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah Remaja bagi kes yang melibatkan mereka.
Atas kesalahan melanggar kontrak yang telah mereka baca dan persetujui sebelum menyertai pencarian Dewi Remaja 2018/2019, gelaran finalis Dewi Remaja milik mereka terpaksa ditarik balik.
Di dalam kontrak tersebut, telah termaktub di bawah satu seksyen ‘Standard Terms and Conditions’ yang melarang para peserta daripada berkelakuan kurang sopan, tidak senonoh atau melakukan apa jua perbuatan dan membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti dan reputasi penganjur dan pemilik jenama iaitu Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan yang reputasi para peserta sendiri. – REMAJA
Pelakon jelita yang juga usahawan berjaya dan pengasas kepada produk kecantikan di bawah jenama Wawa Kosmetik, Nur Hawa Zainal Abidin atau lebih mesra disapa sebagai Wawa Zainal merupakan figura yang jarang menceritakan hal melibatkan keluarganya kepada khalayak.
Namun, baru-baru ini tindakan Wawa memuat naik video di laman Tik Tok miliknya ketika menghadiahkan sebuah rumah yang telah dihias mewah kepada kedua ibu bapanya telah menyebabkan keduanya berlinang air mata.
Malah, wargamaya yang menyaksikan momen-momen bersejarah itu turut merasa sebak dan bahagia melihat usaha Wawa yang mencuba membahagiakan kedua orang tua.
Menerusi hantaran video yang dikongsikan Wawa di laman Tik Tok miliknya itu, memaparkan kedua orang tua Wawa yang terkejut sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam sebuah rumah yang telah di hias mewah.
Namun, yang paling menarik perhatian adalah apabila kedua ibu bapanya menitiskan air mata gembira dan riak wajah bahagia, menerima hadiah pemberian anak perempuan mereka itu.
Malah, ayah Wawa turut mengambil kesempatan mendoakan kesejahteraan dan kemurahan rezeki buat anakya itu kerana telah membuat mereka gembira.
Sebelum ini menerusi Instagram miliknya Wawa ada memaklumkan bahawa dia sudah lama memujuk ibunya agar tinggal bersama di ibu kota Kuala Lumpur.
“Akhirnya mak bapak setuju duduk Semenanjung. Ni la hadiah kecil dari kami buat mamak dan bapak,” tulis Wawa ringkas pada kapsysn hantaran berkenaan.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran itu, rata-rata wargamaya turut menitiskan air mata sebak, sejurus melihat video yang dikongsikan Wawa Zainal itu, sehingga hantaran itu kini meraih lebih 1 juta tontonan.
“Sebaknya😭, bestnya dapat bahagiakan mak ayah macam ni. Semoga suatu hari nanti saya ada rezeki bahagiakan parents macam ni jugak amin🤲🏻
“Dulu dia kahwin macam-macam dugaan dia 😌 sampai lah production tu tak bagi dia berlakon lagi. Sekarang rezeki dia Ya Allah
“Jodoh yg tepat dan sekufu dpt membahagiakan kedua² keluarga. Berkat rezeki dpt dirasai smpi ke orang tua. Alhamdulillah,” tulis netizen.
Sekadar info, umum sedia maklum, permulaan hidup pasangan pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel untuk terlibat dalam dunia perniagaan penuh cabaran dan onak duri.
Namun kini satu persatu kejayaan berjaya ditempa pasangan sama cantik, sama padan ini hingga menjadi inspirasi kepada orang ramai.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.