Tiada insan yang sempurna di dunia ini, begitu juga saudari Nik Suriyati yang merupakan orang kurang upaya (OKU). Tidak mempunyai tangan dan kaki seperti orang lain tetapi itu tidak memberi halangan buat Nik untuk meneruskan kehidupan mencari rezeki dan menjadi tukang jahit yang berjaya!
Pasti sukar buat diri Nik yang merupakan seorang OKU yang ingin mencari sumber pendapatan buat dirinya. Malah, Nik dilahirkan dengan tidak mempunyai kaki dan tangan tetapi dia tidak pernah berputus asa. Nik kini berumur 38 tahun dan perjalanan kisah hidupnya bermula seawal 14 tahun.
Oleh kerana impian ingin menjadi tukang jahit, Nik memberanikan dirinya pada umur 14 tahun untuk memasuki bengkel jahitan anjuran (KEMAS) iaitu Jabatan Kemajuan Masyarakat di kawasan rumahnya. Menurut Nik, cikgu yang mengajar disitu juga merasakan was-was untuk menerimanya sebagai pelajar tetapi berkat usaha, Nik dapat mengikuti kelas itu.
“Guru tersebut memberi saya peluang untuk mengikuti kelas jahitan selepas melihat kesungguhan saya ingin menyertai kelas jahitan itu,” kata Nik kepada pemberita di Felda Chiku 5, Kelantan.
Berkat dari usaha dan kesabaran Nik, dia dapat menggunakan mesin jahit dengan baik dalam masa sebulan sahaja. Ternyata, itulah bukanlah penghalang buat dirinya itu. Kerana itu, jahitan pertama Nik merupakan baju sekolahnya sendiri. Segala barang jahitan tersebut disediakan oleh pihak bengkel jahitan KEMAS.
Artikel Berkaitan: Isteri ‘Ride’ Motosikal Atas Highway, Suami OKU ‘Follow’ Dari Belakang, Sweetnya Pasangan Ni
Kini dengan kejayaannya Nik sangat berbangga dan tersenyum lebar kerana dia sudah bergelar sebagai tukang jahit sepenuh masa yang beroperasi dirumahnya. Dia juga menerima banyak tempahan lebih lebih lagi sewaktu musim perayaan. Nik juga ada memberikan kata semangat kepada golongan sepertinya di luar sana agar teruskan perjuangan walaupun dalam keadaan OKU.
“Kita perlu kekal tabah dalam menjalani hidup dan jangan mudah berputus asa kerana di sebalik kekurangan pasti ada kelebihan yang tersembunyi,” katanya.
Artikel Berkaitan: Biarpun Tak Dapat Melihat, Pasangan OKU Bangga Rai Kejayaan Anak Di Hari Konvokesyen
Nik juga telah menarik perhatian orang ramai dan juga kerajaan Kelantan dan telah dianugerahkan sebagai tokoh usahawan OKU, sempena hari OKU Muqarrabun 2022 pada April lalu. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki buat Nik Suryati!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=Q-LzKLaT4Wg&list=PLwTVJflD5bmE1XTPKBdcOYPwqHbRS0QJe&index=9
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI