Sebagai manusia, kita sentiasa diberikan ujian oleh Allah SWT. Ujian merupakan tanda Allah SWT sayangkan hambaNya. Ada yang diuji dengan kegagalan, kesusahan mahupun penyakit. 

Bila diuji dengan penyakit, pasti ada segelintir individu yang hilang harapan dan beranggapan bahawa mereka sudah tidak ada hala tuju melainkan berserah dengan segala ketentuan. Namun, ada juga yang berusaha sehabis baik melawan penyakit dan tetap menjalani hidup seperti biasa; seperti video yang tular di Tiktok baru-baru ini, dimana seorang wanita sanggup menerima seorang pesakit kanser sebagai suaminya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok Siti Marha, dia dilihat tersenyum ketika bersanding dengan pasangannya hanya terlantar di atas pelamin pada majlis perkahwinan mereka di Iman Iris Grand Hall, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Suami penghidap kanser Leiomyosarcoma

Difahamkan, suaminya menghidap penyakit kanser barah otot (Leiomyosarcoma) tahap empat. Sejak September lalu, suaminya tidak dapat dapat berjalan disebabkan kanser yang merebak ke tulang belakang.

Suaminya, Mohd Hashmi, 36, bahkan tidak mampu untuk bergerak menggunakan wheelchair kerana kaki yang bengkak dan tidak boleh bengkok. Disebabkan itu lah, mereka terpaksa menempah ambulans untuk memudahkan pergerakan di hari perkahwinannya.

@marhashmi121122 #marhashmiwedding ♬ Kisah Ku Inginkan – Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Judika

“Memandangkan suami terlantar sejak September tahun lalu dan kerap keluar masuk pusat perubatan, maka kami buat persediaan ala kadar saja, malah tidak bertunang sebaliknya hanya mendahulukan yang wajib.

“Ikutkan, kami nak buat majlis sederhana saja dan akad nikah di pejabat kadi, tetapi jadi meriah pula dengan akad nikah serta persandingan diadakan pada hari yang sama.

“Saya beryukur kerana semuanya berjalan lancar walaupun saya perlu menemani suami menaiki ambulans untuk ke dewan majlis.” ujar Siti Marha melalui Harian Metro. 

IKLAN

Momen awal perkenalan

Sumber gambar dari Tiktok Siti Marha

Membuka kisah bibit-bibit awal perkenalan mereka, Siti Marha yang juga jururawat berkata, dia berkenalan dengan suaminya sejak sembilan tahun lalu ketika Mohd Hashmi dimasukkan ke pusat perubatan tempatnya bertugas untuk mendapatkan rawatan akibat terbabit dalam kemalangan.

“Suami sebenarnya adalah pesakit lama saya kerana mengenalinya ketika dia dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan pada 2013.

“Selepas dia (Mohd Hashmi) keluar wad, kami tidak berhubung langsung dan tak sangka akan bertemu semula di pusat perubatan sama selepas lapan tahun, malah kami masih kenal satu sama lain.

“Pada awalnya, saya tiada perasaan terhadapnya kerana niat awal ketika bertemu adalah untuk merawat, rawatan fisioterapi serta membuat dressing (cuci luka) namun lama-kelamaan timbul pula rasa sayang terhadapnya,” katanya.

Ketika dipersoalkan mengapa dia menerima suaminya itu meskipun serba kekurangan, Siti Marha berkata dia merupakan kekuatan suaminya ketika menghadapi detik-detik paling sukar dalam hidupnya.

IKLAN

“Semangat suami kuat walaupun ada ketikanya dia down dan baginya, saya hadir dalam ketika dia berada di titik terendah dalam hidupnya.”

“Jadi, selagi diberikan kudrat dan kekuatan, saya akan berusaha menjaga suami dengan sebaiknya dan memberinya keselesaan” ujarya lagi.

Artikel berkaitan: Kahwini Lelaki Muslim, Usia Perkahwinan Anak Bill Gates Cecah Setahun 

Netizen turut mendoakan

Usai video yang tular di Tiktok itu, rata-rata netizen mengucapkan selamat pengantin baru dan mendoakan agar rumah tangganya bahagia serta suaminya cepat sembuh. Video tersebut kini telah mendapat lebih 37.5K kesukaan.

“Assalamullaikum..apa2 banyak2 brsabar semua ini ujian dri Allah. Allah sayang kita sebab itu kita terima ujian darinya…”

IKLAN

“Semoga bahagia abg n kakak,amat2 terharu saya tengok.”

“Selamat pengantin baru Adik dan suami.semoga Jodoh dan kebahagian kekal hingga jannah. Syaafaqalkah semoga suami adik cepat sembuh Aamiin”

“Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan awak sekeluarga 🤲 Aamin”

Artikel berkaitan: Merancakkan Ekonomi Industri Perkahwinan, Hijabi Perlu Tahu Rancang Majlis Sesuai Dengan Kemampuan Diri

MasyaAllah, besar sungguh hati wanita ini. Hijabista turut mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal sampai akhir hayat dan semoga diberikan kekuatan dan kesembuhan.

Sumber info dan gambar: Harian Metro dan TikTok Siti Marha

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI