Ramai wanita kini memilih untuk memakai kanta lekap berbanding cermin mata kerana ia mudah dan tampak lebih cantik. Buat hijabi, tentunya tudung akan lebih mudah untuk dibentuk jika tidak memakai cermin mata.
Tetapi, memakai kanta lekap ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Sekiranya ia tidak dijaga dengan baik, mata anda akan mudah terkena jangkitan. Sekiranya anda tetap mahu menggunakan kanta lekap, sebaiknya beli di kedai-kedai optik kerana ia lebih meyakinkan. Elakkan daripada membeli secara online atau membeli kanta lekap tanpa kelulusan.
Inilah yang terjadi kepada seorang gadis bernama Nik Nur Adibah Athirah yang mengalami luka besar pada kornea matanya akibat membeli kanta lekap di kedai biasa. Menurut perkongsiannya di Facebook, dia hanya memakai kanta lekap tersebut dalam dua hingga tiga jam tetapi tiba-tiba rasa sakit dan mata menjadi kabur selepas dia membuang kanta lekap tersebut.
Pada awalnya, dia ingatkan ia hanya perkara biasa dan akan sembuh selepas tidur. Tetapi tidak dan bertambah teruk hingga mata jadi berair. Dia kemudian pergi ke hospital dan doktor mengesahkan kedua-dua belah matanya mempunyai kesan luka.
Ikuti perkongsiannya dan diharapkan ia menjadi iktibar kepada hijabi di luar sana.
Sebelum ni baca kisah orang , kali ni terkena kat diri sendiri. Awal 2018 yg agak menyedihkan.
29/12/17
Pakai lens, dalam 2 – 3 jam lepas tu tiba-tiba rasa sakit, tapi tak dapat nak buang lagi sebab ada kat luar. Sampai rumah lebih kurang pukul 8, buang lens tu dan mata dah jadi kabur. Mula-mula tu ingat biasa, mungkin lepas tidur nanti jadi okey balik.
IKLAN
30/12/2017
Nak pergi kerja mata mata kabur lagi, pakai cermin mata pun kabur lagi. Lebih kurang tengahari, mata sebelah kanan, rasa tak selesa dan sakit, macam ada benda asing masuk dalam mata. Check tengok dan basuh dgn air. Tapi takde apa-apa.
Mata sakit lagi dan jadi berair. Mata sebelah kanan tak dapat nak bukak macam biasa, boleh bukak sikit dan akan berair sakit balik. Petang tu call ma, datang amik kat tempat kerja sebab tak dapat nak balik sendiri, mata kabur + sakit tak dapat nak bukak.
Malam tu, mata jadi lagi sakit kena banyak tutup mata. Azabnya rasa sampai nangis sebab sakit dan tak dapat nak tengok apa-apa . Mata tak boleh kena cahaya atau benda yang silau macam skrin handphone & TV. Titis eyemo pun tak jadi
31/12/2017
Pergi klinik , masukkan ubat dalam mata dan nampak ada kesan garisan tercalar. Pastu buat vision test. Banyak huruf yang tak nampak, penglihatan dah kabur. Masa ni memang tak boleh kena cahaya langsung, jalan sambil tutup mata dan pimpin tangan ma. Tak dapat nak tengok apa-apa. Boleh buka mata kejap-kejap jadi sakit dan berair. Kalau kena cahaya, mata jadi sakit hingga ke kepala.
IKLAN
Doktor di klinik buat surat dan suruh refer ke bahagian kecemasan di hospital. Pergi ke bahagian kecemasan, Doktor check dan nak pergi ke bahagian pakar tapi masa tu dah lewat Doktor pakar dah takde. Dan doktor di bahagian kecemasan mintak refer saya ke Doktor di wad Oftamotologi.
Doktor kat situ check dan titiskan ubat. Nampak ada kesan luka di kornea mata. Luka kat mata kanan dan kiri. Tapi yang bahagian kanan lagi besar luka. Doktor bagi ubat titis dan krim untuk letak kat dalam mata. Dan esok kena datang lagi jumpa doktor mata.
1/1/2018
Mata sebelah kiri pun rasa sakit jugak . Dua-dua mata tak dapat nak bukak lagi. Mata pedih, kabur, berair dan tak boleh kena cahaya lagi. Kat rumah semua lampu dalam rumah saya tutup. Pergi hospital, jalan pun tutup mata lagi. Nasib ada ma tolong pimpin. *terima kasih ma*
IKLAN
Doktor check mata, luka sebelah kanan dah makin kecil tapi tak pulih sepenuhnya lagi. Doktor pesan lepas titis buat kena tutup dulu mata. Tak boleh banyak pergerakan mata sebab tisu-tisu akan tumbuh yang baru. Masa makan pun makan sambil pejam mata. Masa jalan pernah sampai terlanggar pintu.
2/1/2018
Mata masih lagi kabur dah boleh buka sikit-sikit. Sakit dah kurang sikit tapi mata tak boleh kena cahaya lagi.
3/1/2018
Mata dah makin ok , dah boleh kena cahaya tapi masih kabur sikit.
4/1/2018
Ada appointment jumpa doktor. Untuk check mata dan bahagian saraf. Alhamdulillah semua ok. Cuma mata masih merah, doktor cakap nanti kesan merah akan hilang.
Doktor pesan kalau boleh jangan pakai contact lens, sebab cara jaganya susah & mata mudah terkena jangkitan kalau silap pakai.
Jangan pakai contact lens yang sembarangan tanpa kelulusan. Kalau nak pakai jugak beli di kedai optimetrist dan dengan penjagaan yang betul tapi sebaiknya pakai cermin mata berbanding contact lens.
Dah ramai yang kena mcm ni. Boleh mengakibatkan terkena ulser mata dan berkudis dalam mata .
Sebelum ni saya dah pernah pakai contact lens, tapi tak selalu pakai. Pernah pakai yg beli di optimetrist dan di kedai-kedai biasa . Dan kali ni tak bernasib baik, beli di contact lens di kedai biasa dan terkena macam ni.
Kalau nak pakai contact lens untuk saja-saja, lebih baik jangan kalau rasa sayangkan mata. Sakit bila hilang nikmat penglihatan.
Pesanan utk diri sendiri dan orang lain.
Walaupun pengalaman hijabi ini telah lama berlalu, hijabista mahu semua hijabi diluar ambil iktibar supaya tidak membeli contact lens di kedai yang sebarangan patah lagi di atas talian. Semak kesahihan jenama di pasaran dan rujuk pada pakar apabila terjadi perubahan ketara pada mata anda.
Musim buah durian telah tiba. Di tepi-tepi jalan pun ramai peniaga sudah mula menjual durian.
Bagi si penggemar durian, inilah masanya untuk menjamu selera tekak. Kesempatan ini bukan datang selalu apatahlagi durian berbuah mengikut musim.
Makan durian memanglah sedap. Tak sedar hampir berbiji-biji durian habis dimakan. Tak salah menjamu selera namun ada perkara yang anda perlu perhatikan sebelum anda makan buah durian.
Berikut fakta yang dikongsikan oleh Dr Suri Roowi Moga bermanfaat.
APA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MAKAN DURIAN?
1. Durian kaya bahan asid amino tryptophan – Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).
2. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur. Bahan organosulfur (bahan bau) bersifat antikanser, antioksidan, antimikrob dan melindungi jantung.
3. Jika kita makan 100 g durian, kandungan kalorinya adalah 147 berbanding nasi – 151
4. Pesakit kencing manis tidak boleh makan durian secara berlebihan. Ada kajian menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis. Namun, peratus penurunan gula darah oleh kulit durian lebih rendah berbanding glibenklamid (‘ubat’ hospital)
5. Ada kajian menunjukkan makan isi durian pada kadar tinggi boleh tingkatkan kadar denyutan jantung. Justeru makan ikut kadarnya.
6. Durian kaya potassium. Kandungan potassium dalam isi durian adalah 426 mg dalam 100g isi durian. Justeru untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang, dinasihatkan jangan ambil berlebihan
7. Elak makan durian bersama paracetamol. Ini kerana dikhuatiri boleh sebabkan kesan toksik. Ujian ke atas tikus mendapati kombinasi durian dan paracetamol boleh menyebabkan suhu badan turun mendadak dan ia mungkin mendatangkan kesan toksik.
8. Durian juga tidak boleh diambil bersama-sama alkohol. Kes klinikal menunjukkan seorang wanita di India mati selepas mengambil durian bersama minuman beralkohol. Kombinasi alkohol dan durian boleh menyebabkan kembung perut. Memandangkan tapai juga mengandungi alkohol walaupun pada kadar yang rendah, pengambilan buah durian bersama tapai sebaiknya dielakkan.
Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul
Selalunya, apabila usia sudah menginjak senja sekitar 60 tahun, setiap individu akan merasakan perubahan ketara dari segi kudrat dan tenaga. Setiap pergerakkan mulai menjadi perlahan, badan menjadi cepat lesu, letih dan lemah terutamanya ketika melakukan aktiviti-aktiviti berat.
Namun, perkara sebaliknya dialami seorang warga emas berketurunan cina yang masih bertenaga dan gigih memandu dalam jangkamasa lama sebagai pemandu e-hailing meskipun usianya kini sudah menjangkau 71 tahun.
Bawa E-hailing Di Usia 71 Tahun, Surah Yasin Amalan ‘Uncle’ Cina Kekal Bertenaga!
Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok berkenaan sebuah hantaran yang dimuatnaik oleh pengguna menerusi akaun @rosenikay yang terkejut mendengar penjelasan pemandu e-hailing yang dinaikinya mengamalkan surah Yasin untuk kekal bertenaga mengemudi kenderaan meski berbangsa cina.
“Allahuakbar. Alkisah petang tadi (semalam), saya ambil Grab (guna perkhidmatan) dari Batu Belah ke Aeon Bukit Tinggi. Pemnadu berbangsa Cina berusia 71 tahun, masih sihat,” ujarnya.
Konsisten Berdoa Dan Baca 17 Ayat Pertama Surah Yasin Setiap Hari!
Malah, menurut @rosenikay nuraninya begitu tersentuh dan terusik di saat mendengar penjelasan warga emas berkenaan yang mengamalkan doa pada setiap hari dan bacaan 17 ayat pertama Surah Yasin.
Menurutnya lagi, warga emas itu mendapat pendedahan tentang kebaikan dan fadhilat surah Yasin menerusi pergaulan bersama rakan-rakan berbangsa Melayu ketika bekerja di UMW Toyota dahulu.
“Bila saya tanya apa rahsianya. Apek tu jawab,”Hari-hari saya doa dan baca 17 pertama ayat dari surah Yassin. Siap baca dua kalimah syahadah.
“Ini semua hasil pergaulannya degan rakan-rakan Melayu sewaktu bekerja di UMW Toyota suatu ketika dahulu. Meleleh air mata saya mendengarnya,” jelasnya lagi.
Selain itu @Rosenikay berkata, pak cik tersebut juga mampu membaca dan mengalunkan beberapa ayat surah tersebut dengan lancar dalam bentuk nyanyian.
Warganet Doakan Kesejahteraan & Peroleh Hidayah Dari Allah
Hijabista sempat melihat beberapa komen serta respon yang ditinggalkan warga maya pada hantaran berkenaan. Kebanyakkanya meninggalkan komen positif serta memuji kehebatan uncle itu kerana berupaya membaca dengan lancar
Malah, ramai juga yang mendoakan kesejahteraan uncle berkenaan dan berharap agar beliau dikurniakan ‘hidayah’ oleh Allah SWT untuk memeluk agama Islam.
Biasanya kita melihat penampilan selebriti ini cukup menarik dan lain dari yang lain jika menghadiri majlis seperti anugerah yang menghargai bakat mereka. Sudah tentu mereka ini akan bergaya sakan memenuhi tema yang ditetapkan. Sebagai seorang selebriti penampilan mereka ini tetap stailo, walaupun ketika mengerjakan ibadah umrah di tanah suci. Antara yang bijak bergaya adalah Rozita Che Wan, Fazura dan Elfira Loy yang memang tetap kelihatan cantik biarpun sedang mengerjakan ibadah umrah.
Sempena Jumaat nan barakah ini, jom kita intai OOTD selebriti yang tampil cantik biarpun dalam jubah atau niqab.
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.