Ada macam-macam cara yang digunakan seseorang Muslim itu untuk mendidik. Tidak kiralah mendidik anak-anak ataupun teman-teman. Menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim untuk saling ingat mengingati kepada orang lain agar kebaikan yang dibuat berterusan hingga ke syurga.

Bagi kita orang biasa, apa yang kita sampaikan hanya sekadar untuk ingatan keluarga terdekat, tetapi jika mereka yang berstatus ustaz atau selebriti pasti ilmu yang disampaikan menusuk ke jiwa dan disebarkan ke seluruh dunia. Lebih-lebih lagi dengan kecanggihan teknologi yang umpama di hujung jari. Sekali post di laman sosial seperti facebook, instagram atau youtube, akan menarik perhatian netizen yang sering menjadikan medium ini sebagai wadah terbaik mendapat ilmu.

Biasa kita dengar perkongsian ilmu yang disampaikan oleh pendakwah seperti Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus, Imam Muda Asyraff, Ustaz Don atau pun motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah dengan pendekatan mereka yang sedikit berbeza. Lain ceritanya di kalangan selebriti yang turut melakukan kebaikan kepada follower mereka dengan memuat turun status mereka yang bersifat untuk mendidik atau perkongsian ilmu di laman instagram masing-masing.

#Irma Hasmie

Antara selebriti yang rajin memuat turut posting menyebarkan ilmu kebaikan terutama berkaitan soal mendidik anak-anak. Baru-baru ini dia memuat turut posting bagaimana  7 rahsia mendidik anak-anak perkongsian Ustaz Farid, Salah satu rahsianya adalah dengan meninggalkan telefon atau matikan telefon ketika bersama dengan anak-anak. Perkongsian ini mendapat hampir 6 ribu like yang turut mendapat reaksi positif atas perkongsian berguna ini.

#Diana Amir

Lain pula perkongsian dari Diana Amir yang memberi ingatan daripada segi pemakaian. Dalam satu posting Diana, dia bertanya apakah trend sekarang menampakkan inner baju. Walaupun bimbang statusnya disalah anggap dan menyinggung orang lain, Diana hanya mengingatkan apa yang tak elok ditinggalkan dan yang baik akan diikuti. Netizen turut memberikan komen bahawa teguran Diana ini bagus, baik dan secara lembut. Ada juga yang memberi ucapan tahniah kepadanya kerana berani menegur.

#Mizz Nina

Artis yang begitu drastik penghijrahannya ini memang membuatkan admin kagum. Setelah beberapa tahun berhijrah, Mizz Nina tetap istiqomah dengan perjuangannya. Jika di tinjau dalam laman IG beliau, Mizz Nina sering memuat naik petikan hadis Nabi yang memberi ingatan kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad dan makhluk Allah. Perkongsian ingatannya bahawa perjalanan ke syurga itu tidak mudah dan kita perlu berpegang teguh dengan apa yang telah diwajibkan ke atas kita. Misalnya salah satu adalah dengan mengerjakan solat.

#Natasha Hudson

Siapa sangka penghijrahan yang dilakukan oleh bekas model dan pelakon popular ini hingga kini beliau memilih untuk berniqab. Sebaik mendekatkan diri dengan Tuhan, Natasha juga banyak mendidik diri dan orang lain melalui laman IGnya. Dia sering berkongsi ilmu yang diperolehi daripada pembacaan buku. Misalnya dalam satu post, Natasha berkongsi maksud Ibadah itu dalam konteks Islam. Dalam salah seorang netizen yang tertarik bertanya apakah judul buku yang sedang dibaca Natasha.

Actions are intentions.

A post shared by Natasha Hudson (@natashahudsonofficial) on

#Oki Setiana Dewi

Digelar ustazah oleh sesetengah netizen, Oki juga mempunyai cara tersendiri untuk berdakwah. Sering dipanggil untuk memberikan perkongsian ilmunya, Oki sering memuat turut posting yang bertujuan untuk menyebarkan dakwah yang baik. Salah satu adalah perkongsian memuat naik video mengenai kelebihan hafiz yang menghafal al-quran. Perkongsian ni mendapat 181,259 like dari followernya.

#Fynn Jamal

Personaliti ini sememangnya agak berbeza dengan orang lain. Bukan sahaja kerana penampilannya, tetapi keberanian menegakkan sesuatu pendapat yang dirasakan betul dan baik untuk dikongsi bersama. Selain memuatkan momen bahagia anaknya Arjuna, Fynn juga sering memuat petikan daripada Al-Quran untuk dijadikan peringatan kepada dirinya juga orang lain. Misalnya baru-baru ini dia memberi ingatan mengenai azab untuk 3 golongan. Dalam posting yang sedikit sinis, Fynn mempersoalkan kita yang sudah berada di zaman di mana segala cerita telah menjadi mata wang. Seperti biasa, pasti ada netizen yang akan menyokong ingatan yang diberikan Fynn Jamal.

buktinya di an-noor ayat 11-16. semakkan terjemahannya utk lebih jelas. tapi secara mudahnya: . 3 golongan ini— adalah kita sehari2. . dan lebih ngeri; kita dah lama lali. . kita sudah berada di zaman di mana cerita dan kisah orang telah menjadi sejenis matawang. kita malahnya membeli persahabatan dengan menjual cerita orang. bila berkumpul ramai2– kalau tak ada story– kita rasa tak ada contribution. ya الله, apa kita dah jadi? . hari2 kita takkan lengkap tanpa klik forum dan blog2 gossip. lunch hour kita tak sempurna tanpa berulamkan kronologi kisah kawan ofis kita. astaghfirullah. . aku pernah baca: gossip dies at a wise man’s ear. . orang2 bijaksana akan selalu pilih untuk tidak ambil tahu. orang2 beriman akan minta saksi– kerana itu dalam islam kita amat2 mementingkan siapa rawi. . betul. zaman ini mana nak tau mana benar mana bohong? betul. kalau semua orang bercakap perkara yang sama– takkanlah ia bohong. betul. tak logik nak kata bohong kalau semua clue makes sense bagai sebuah puzzle yang siap lengkap. . tapi soalannya: are we even there when it happened? where it happened? adakah kita 100 peratus yakin kita yakin dengan apa yang kita ceritakan? berani bersaksi dengan الله untuknya? berbaloi dihisab untuknya? yakin akan ke syurga kerananya? . sure? . kita kena selamatkan diri kita. insyaAllah lebih mudah menahan diri dari menjadi pemula cerita. tapi aduhai. payahnya utk menjauhi dari jadi pendengar dan pemercaya. . ustaz syaari dlm kelas tadabbur an-noor memberi contoh: ahmad dtg pada kita lalu kata “ahmad buntingkan anak anak orang”. kalau reaksi pertama kita adalah “boleh agak” atau “mungkin kot”— habis dah kita. kita dengar. kita percaya. . so macammana? baca doa yang الله dah kirim lama ni untuk kita. . subhaanaka haaza buhtaanun ‘aziim! . PAKSA diri bersangkabaik. macammana toyol pun budak ahmad tu— PAKSA diri cakap “hish. takbeik. takkanlah”. . susah? baca quran, cuci toilet, masak kat dapur, pergi jauh2. jgn join masa org transfer data gosip, fitnah dan gaduh. . jangan masuk campur. cakap sampai telinga kita dengar supaya otak kita faham: “entahlah. wallahu a’lam.” . biasakan dlm hati itu: tak nak amik tau benda takde kena-mengena dgn aku.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

#Abby Abadi

Seronok melihat kebahagiaan Abby Abadi bersama keluarga yang baru-baru ini menyambut ulang tahun perkahwinan bersama. Abby juga mempunyai cara tersendiri dalam menyebarkan dakwahnya di laman sosial yang dikongsi 444K followernya. Abby rajin memuat turut perkongsian quote dengan paparan layout yang sangat menarik. Antaranya Abby ada mengajak netizen menunaikan solat Dhuha dan menerangkan kelebihan daripada solat itu. Kadang-kadang Abby juga berkongsi ilmu yang menarik sebelun netizen masuk tidur.

⛅️😍 . Salam DHUHA . HATI MUDAH BERBOLAK BALIK Hati amat mudah berubah dan berbolak-balik. Hari ini kita taat kepada Allah. Tidak mustahil esok kita engkar kepadaNya jika kita tidak menjaga hati kita. Rasulullah s.a.w. bersabda; . إِنَّمَا سُمِّيَ الْقَلْبُ مِنْ تَقَلُّبِهِ إِنَّمَا مَثَلُ الْقَلْبِ مِثْلُ رِيْشَةٍ بِالْفَلاَةِ تَعَلَّقَتْ فِي أَصْلِ شَجَرَةٍ يُقَلِّبُهَا الرِّيْحُ ظَهْرًا لِبَطْنٍ “Sesungguhnya dinamakan (hati) dengan al-qalb kerana mudahnya ia berbolak-balik. Hati dapat diumpamakan seperti sebatang bulu (ayam/burung) di tengah padang yang tersangkut di pokok, lalu dibolak-balikkan oleh angin ke atas dan ke bawah”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Abu Musa r.a.) . Oleh itu, hati mesti ditanamkan di dalamnya sifat Istiqamah. Istiqamah hati bermaksud keazamannya untuk terus kekal di atas jalan Allah iaitu jalan al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w., tanpa berpaling darinya kepada kekufuran, dosa atau maksiat. Diriwayatkan dari Sufyan Ibn ‘Abdullah r.a. menceritakan; . ‘Aku telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.; Ya Rasulullah! Nyatakan untukku di dalam Islam ini satu ungkapan yang mana aku tidak akan bertanya lagi tentangnya dari orang lain selain engkau’ . Jawab Rasulullah s.a.w.; قُلْ آمَنْتُ باللَّهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ ‘Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu istiqamah’.(Hadis riwayat Imam Ahmad, an-Nasai, Muslim, at-Tirmizi dan Ibnu Majah) . Selain menanamkan sifat istiqamah, kita juga perlu senantiasa memohon dari Allah agar Ia meneguhkan hati kita di atas jalanNya. Nabi berdoa; اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ، صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَىَ طَاعَتِكَ “Ya Allah! Tuhan yang berkuasa memalingkan hati-hati. Palingkanlah hati-hati kami (dari kekufuran, dosa dan maksiat agar ia berada di atas) ketaatan kepadaMu”. (Riwayat Imam Muslim dari ‘Amru bin al-‘As r.a.) . Nabi juga pernah berdoa; يا مُقَلِّبَ القُلُوبِ وَالأَبْصَارِ ثَبِّتْ قُلُوبَنا على دِينِكَ “Wahai Tuhan yang berkuasa mengubah hati-hati dan pandangan-pandangan, teguhkanlah hati kami di atas agamaMu”. (Riwayat Imam Ibnu as-Sunni dari Ummu Salamah r.a.) . Semoga beroleh manfaat Wallahua’alam 😘 . Jom Solat Dhuha. I 💚 Allah I 💚 Rasulullah

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

#Heliza Helmi

Seangkatan dengan Irma Hasmie dan Diana Amir, Heliza Helmi juga turut memperjuangkan Islam dalam cara tersendiri. Heliza cukup aktif menyokong apa jua penindasan yang cuba dilakukan ke atas umat Islam, misalnya yang berlaku di Palestin dan Syria. Wanita muda ini cukup lantang bersuara dan Heliza turut menggunakan medium media sosial untuk berkongsi ilmu dengan followernya yang berjumlah 1.2M. Beliau sering mengingatkan manusia tentang kehidupan, dugaan yang perlu dilalui dan juga amalan doa yang baik.

Aamiin Ya Rabb 🙏🏻

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi) on

#Prof Dr Muhaya

Insan yang satu ini memang cukup istimewa. Bukan sahaja bijak dalam ilmu perubatan mata, tetapi juga seorang yang pandai memberikan perkongsian motivasi. Suaranya yang lembut dengan pandangan mata yang redup membuatkan siapa yang mendengar perkongsiannya cukup menusuk ke dalam jiwa. Prof Muhaya rajin berkongsi live video yang diambil ketika mahu ke masjid, berada di rumah atau ketika di pejabat. Perkongsian motivasi daripada pakar mata ini sering mendapat like tertinggi daripada follower di IG yang kini berjumlah 267K.

Siapa nak tahu formula untuk bahagia ? Mari dengar apa kata Prof Muhaya. #jomaudit

A post shared by Muhaya Mohamad (@profmuhaya) on

SUMBER: INSTAGRAM SELEBRITI

 

 

Tinggalkan Komen