Biasanya kita melihat penampilan selebriti ini cukup menarik dan lain dari yang lain jika menghadiri majlis seperti anugerah yang menghargai bakat mereka. Sudah tentu mereka ini akan bergaya sakan memenuhi tema yang ditetapkan. Sebagai seorang selebriti penampilan mereka ini tetap stailo, walaupun ketika mengerjakan ibadah umrah di tanah suci. Antara yang bijak bergaya adalah Rozita Che Wan, Fazura dan Elfira Loy yang memang tetap kelihatan cantik biarpun sedang mengerjakan ibadah umrah.
Sempena Jumaat nan barakah ini, jom kita intai OOTD selebriti yang tampil cantik biarpun dalam jubah atau niqab.
Siapa tidak kenal dengan aktor kacak, Aidil Aziz yang pernah membintangi filem Evolusi KL Drift 2 yang juga suami kepada pelakon jelita, Fasha Sandha.
Terbaharu menerusi hantarn di laman Instagram miliknya, Aidil berkongsikan persiapan mereka untuk berangkat ke tanah suci buat kali pertama sebagai pasangan suami dan isteri, bagi mengerjakan ibadah umrah.
Menurut Aidil, meskipun sudah berpeluang banyak kali menjejakkan kaki ke tanah suci, namun ibadah umrah kali ini adalah yang paling istimewa bagi dirinya, kerana ditemani oleh ‘bidadari syurganya’ di akhirat kelak.
“Saya sudah beberapa kali menunaikan umrah, namun kali ini lebih istimewa kerana saya membawa isteri bersama-sama. Apatah lagi, pengalaman ini sesuatu yang baru buatnya.
“Sukar diungkap perasaan bakal menunaikan umrah bersama-sama isteri. Fasha usah disangkal lagi, memang teruja sejak awal lagi dan kami bersyukur semuanya dipermudahkan.
“Orang kata apabila menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah bersama, ada saja yang menawarkan diri untuk menjaga anak kami. Apatah lagi, ahli keluarga terdekat pula tu,” katanya.
Mengulas lanjut berhubung perancangan mereka ke tanah suci Mekah ini, Aidil menjelaskan bahawa ini bukanlah perancagan yang dilakukan secara tiba-tiba, malah ia adalah perlaksanaan niat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 tempohari.
“Memang niat dah lama namun inilah masa yang terbaik memandangkan Aisya pun sudah besar. Ini semua perancangan Allah SWT.
“Doakan semuanya dipermudahkan dan segala yang dirancang berjalan dengan lancar,” ujarnya lagi.
Selain itu, Aidil memaklumkan dia dan isteri, akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada hari ini, dan memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan mereka sepanjang melaksanakan ibadah berkenaan.
Sekadar info, pasangan Aidil dan Fasha diijabqabulkan pada tanggal 30 Mac 2019, hasil perkongsian hidup selama lima tahun itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, bernama Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.
Aidil juga mempunyai dua anak tiri iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8 hasil perkahwinan Fasha yang terdahulu.
Namanya terkenal di kalangan Muslimah di seluruh dunia, Hanna Tajima seorang Muslim yang mempunyai darah campuran British-Jepun ini terkenal dengan kerjasamanya dengan jenama pakaian kasual Jepun UNIQLO.
Terbaru, di media sosial berikutan pendedahan yang mengejutkan ramai peminatnya menjadi trending. Ikon hijabista ini membuat kenyataan yang dimuatnaik Hana di Instagram baru-baru ini, akui merasa tekanan untuk bertudung seperti mana dirasai oleh beberapa model seangkatannya. Ini kerana tidak mudah untuk menggayakan hijab sedemikian apatah lagi berada di sebuah negara yang mempunyai stigma terhadap wanita yang bertudung.
Memperlihatkan dirinya dengan beberapa gaya hijab yang ttidak lagi menutup keseluruhan rambut selain menunjukkan telinga dan lehernya yang merupakan aurat bagi kaum wanita. Itu adalah penampilan baharunya. Hana turut menyatakan pemakaian hijab bukan sebagai kayu pengukur untuk menentukan keperibadian seseorang orang namun dalam masa yang sama tidak menolak wanita muslim yang memakai tudung akan lebih mendapat tumpuan.
Pernah suatu ketika, apabiala nama Hana Tajima disebut-sebut dikalangan hijabi bukan kerana paras rupanya tetapi gaya hijab yang cukup trendy dan mmudah diikuti. Malah hijabi yang gemar berfesyen menjadikan Hana sebagai ikon Hijabista. Pasti ramai yang bakal merindui gaya hijab Hanna Tajima. Jom hijbista imbas kembali 10 gaya yang menjadi kegilaan hijabi:
Walau apapun penerimaan ramai dari segenap dunia, Hanna Tajima tetap terima dengan positif. Pihak hijabista sendiri berdoa suatu hari Hanna Tajima perolehi hidayahNya dan teruskan kehidupan seperti biasa. Insyallah! We love you Hanna!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sempena sambutan Tahun Baharu Lunar 2023, BONIA dengan bangganya mendedahkan koleksi kapsul sedia untuk dipakai pertamanya untuk Tahun Arnab dengan kerjasama artis Malaysia, Lisa Wong, yang terkenal dengan lukisan dakwatnya yang rumit dan berwarna-warni, dalaman yang dibayangkan.
Pertama kali ditemui oleh Pengarah Kreatif Pemasaran jenama itu, Datin Sri Linda Chen, yang kagum dengan bakat Lisa dalam melukis bunga dan haiwan yang cantik, koleksi BONIA x LISA WONG diinspirasikan oleh salah satu karya seni Lisa yang menakjubkan dan menggambarkan romantisme dan keanggunan yang bergema dengan BONIA’s DNA.
Koleksi ini menampilkan potongan sedia untuk dipakai, termasuk Cheongsam, set terkoordinasi atas dan bawah, serta kemeja-t edisi khas dengan cetakan eksklusif La Luna yang direka khas untuk koleksi ini. Rangkaian beg yang dipilih dan susunan barangan kulit kecil dan kasut dalam ton terang.
BONIA juga telah mengeluarkan paket angpao edisi terhad yang diinspirasikan daripada koleksi itu, yang akan tersedia kepada pelanggan di seluruh kedai dengan pembelian minimum RM500 (selagi stok masih ada). Koleksi BONIA x LISA WONG kini boleh didapati di butik BONIA terpilih dan dalam talian.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.