Dalam keadaan penularan wabak Covid-19 dan kini kita dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan maka adalah lebih baik jika kita hanya berada di rumah dan tidak ke mana-mana. Namun jika perlu ke klinik atas alasan masalah kesihatan seperti demam, batuk dan sebagainya, ini yang perlu anda lakukan jika anda perlu ke klinik.

Baca perkongsia Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Sebagai seorang doktor yang bertugas di klinik, saya mohon agar kalian semua mempertimbangkan perkara berikut jika hendak ke klinik:

1. Tak usah bawa orang yang tak sakit ke klinik. Hanya orang sakit dan seorang pengiringnya(jika perlu) sepatutnya hadir ke klinik. Temujanji antenatal, vaksin, ubat dan rawatan susulan boleh teruskan.

2. Jika tak sakit, sekadar teringin nak minta MC, eloklah batalkan niat ke klinik. Silap hari, anda bukan balik bawa MC, tetapi SARS-CoV-2. Tak berbaloi langsung ambil risiko begini.

IKLAN

3. Jika ada gejala, sila pakai topeng penutup muka (mulut dan hidung) dan duduk jauh (jarak 1 meter) dari pesakit lain ketika di ruangan menunggu. Kurangkan menyentuh persekitaran.

IKLAN

4. Jika ada sejarah berkunjung ke negara China, Jepun, Korea, Taiwan atau Hong Kong, serta ada pertemuan rapat dengan individu positif COVID-19, maka disarankan terus ke hospital.

5. Tak perlu bersalaman dengan doktor. Tak usah suruh anak salam (dan cium tangan) doktor. Kurangkan berbual kosong. Fokus pada beritahu masalah kesihatan.

IKLAN

6. Keluar sahaja dari klinik, terus pulang rumah. Tak usah singgah di mana-mana tempat awam dahulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, sila mandi dan salin pakaian yang bersih.

Di masa-masa seperti ini, perlu lebih awas dan berhati-hati. Semoga dikurniakan kesihatan berpanjangan.

Nota: jika ada appointment(temujanji) di klinik, perlu telefon klinik untuk bincang tentang perubahan temujanji jika perlu. Jangan main ponteng temunjanji pula.

Sumber kredit: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI