Anak-anak istimewa yang terdiri dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ini selalunya dikurniakan akal fikiran yang kuat dan hati yang terang, meski diuji dengan ketidaksempurnaan.

Begitu juga dengan apa yang dihadapi oleh seorang gadis istimewa yang dikenali sebagai Sayidah Fatimah Nabihah, yang berusia 19 tahun apabila diuji dengan penyakit Autisme.

Pelajar Sekolah Tahfiz Sejak Usia 13 Tahun

Namun, ketidaksempurnaan yang dimiliki bukanlah halangan untuk dia berjaya sebagai umat Islam dan mempelajari bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan menghafaz sebanyak 23 juzuk daripada kitab suci Qalamullah itu.

Hijabista difahamkan bahawa, hijabi istimewa anak kelahiran negeri bawah bayu, Labuan Sabah ini merupakan penuntut di Sekolah Tahfiz berasrama di Madrasah Darul Hadis sejak usianya 13 tahun lagi.

SubhanaAllah bertapa besarnya keagungan Allah yang telah mengurniakan akal fikiran dan hati yang terang buat hijabi istimewa ini sehingga mampu menghafaz bait-bait ayat dalam kitab suci walaupun diuji serba kekurangan.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Fatimah apabila dia gagal menamatkan pengajian kerana seringkali mengalami ‘tantrum’ di asrama dimana dia melaksanakan pengajian Al-Quran, ekoran masalah Autisme yang dihadapinya.

IKLAN

Kakak Ambil Inisiatif, Jalankan Perniagaan Mudah, Bantu ‘Kognitif’ Fatimah

Cakna berkenaan permasalahan yang dihadapi adik istimewanya, kakak kepada Fatimah yang dikenali sebagai Sayidatul Syahirah atau dikenali sebagai Humaira berusia 32 tahun tidak patah semangat.

Justeru, Humaira mengambil satu inisiatif untuk memberikan sepenuh perhatian kepada adiknya itu dan melakukan perniagaan mudah, bertujuan untuk membantu perkembangan kognitif Fatimah agar dapat terus berkembang.

“Saya mencipta sistem perekodan jualan yang mudah, di mana ia dapat membantu adiknya untuk memasukkan data jualan dengan tepat dan mudah.

“Saya buatkan rekod jualan guna tick (/) untuk mudahkan pengiraan. Tick berwarna pula untuk bayaran tunai / tanpa tunai untum memudahkan Fatimah melakukan urusan merekod jualan,” ujar Humairah menerusi hantaran Facebook yang dibuat
dalam kumpulan Facebook, Autisme Malaysia baru-baru ini.\

IKLAN

Artikel berkaitan: Netizen Insaf Tengok OKU Sanggup Berguling Ke Masjid! – “Brader Ni Lah Yang Akan Lari Berdesup Di Titian Sirat Nanti.” 

Menurut Humaira lagi, selain merangsang perkembangan ‘kognitif’ Fatimah, aktiviti
Perniagaan mudah yang dicipta ini, dalam masa sama mampu memupuk sifat berdikari dalam diri Fatimah kelak.

Jadi Fatimah mampu menjaga dirinya sendiri jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku kepada Humaira.

“Dalam kedai kecil tersebut, semua makanan ringan dan aiskrim Malaysia akan dijual dengan harga serendah RM1.

IKLAN

“Melalui kaedah ini, sekurang-kurangnya Fatimah mampu menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk membantu kehidupannya,” kongsi Humaira.

Sekadar info, sejak dikeluarkan dari asrama. Fatimah kini tinggal bersama Humaira. Malah, Humaira kini bertindak membantu Fatimah untuk memulakan perniagaan mudah miliknya.

Sumber: Sinar Islam Plus

Artikel berkaitan: Penuhi Hasrat Hati Ke Tanah Suci, Lelaki OKU Tekad Jalan Kaki Ke Mekah!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI