Sebagai wanita penjagaan kuku sangat penting sebab ia merupakan salah satu penjagaan kebersihan diri. Takkan nak biarkan kuku panjang, hitam, kotor dan penuh daki tu. Tahukah anda, amalan kepit kuku ini adalah keperluan dan bukannya atas dasar kemahuan!

Mungkin ada antara kita tidak suka akan kuku panjang kerana rasa rimas dan susah untuk menjaga dan mengekalkan kuku panjang. Akan tetapi ramai juga yang ketip kuku sampai terlalu pendek yang menyebab nampaknya daging di bawah kuku. Selain itu, ada antara kita tidak tahu bahawa punca infeksi bakteria juga boleh terjadi jika ketip kuku terlampau pendek.

Apa penyebab kita memotong kuku?

Penjagaan kebersihan serta kesihatan sangat penting buat diri sendiri. Dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Ini termasuklah dengan kuku kaki dan tangan yang jarang kita ambil bahagian. Untuk pengetahuan, kuku merupakan bahagian yang paling penting kerana ia banyak digunakan untuk menyentuh sesuatu barang dan memegang barang.

Artikel Berkaitan: Sedih Lihat Kuku Tak Lawa & Kusam, Ini Tip Mudah Bagi Jadikannya Cantik Lagi Berkilat!

Kuku yang panjang, kotor dan hitam akan merosakkan penampilan anda dan membuatkan orang sekeliling memikirkan anda jenis yang tidak menjaga kebersihan. Selain itu, kuku kotor juga akan menjejaskan kualiti makanan yang digunakan secara langsung oleh tangan anda! Geli bukan?

Kuku kotor, panjang dan hitam juga akan menyebabkan kuman senang berada di kawasan tangan anda. Selain itu, kuku yang dibiarkan terlalu panjang selalu dikaitkan dengan infeksi kulat kuku. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk kepit kuku. Erti kata lain juga, potong kuku merupakan tuntutan dalam agama juga!

Jangan kepit kuku terlalu pendek

IKLAN

Ada individu yang suka dan kerap memotong kuku sehingga terlalu pendek yang boleh menampakkan daging di bawah kuku. Ia merupakan tabiat yang tidak bagus kerana ia akan membuatkan kuku tampak pucat dan susah untuk menggaru badan juga. Ada lagi bahaya yang lebih besar. Antaranya adalah:

1. Rasa sakit

Tabiat memotong kuku terlalu pendek akan menyebabkan lapisan daging merah yang berada di bawah kuku mudah terlihat. Jadi, ia akan membuatkan hujung jari anda rasa sangat sakit, pedih dan membuatkan anda rasa tidak selesa. Hyponychium merupakan nama daging merah tersebut.

Jika anda ketip kuku terlampau pendek akan menyebabkan saraf pada lapisan kuku menjadi sangat sensitif. Jika ia tersembunyi bawah kuku anda tidak akan rasa sakit tetapi jika ia terkeluar akan menyebabkan rasa sakit itu.

Selain itu, tindakan yang boleh anda lakukan adalah membalut atau menutup lapisan kuku anda dengan menggunakan plaster agar ia tidak terdedah kepada segala bentuk kontak punca kesakitan.

IKLAN

2. Infeksi bakteria

Bagi individu yang mempunyai tabiat kepit kuku sentiasa pendek ini boleh jadi punca infeksi bakteria. Ia dikenali sebagai paronychia dan sangat berbahaya pada anda. ia akan menyebabkan ketidakselesaan pada jari anda, jangkitan ini akan mengakibatkan kuku cepat terkena infeksi dan terus meradang dan membengkak yang menyebabkan rasa sakit yang teruk.

Bagi merawat masalah ini adalah dengan menggunakan ubat antibiotik. Ia juga akan menjadi melarat oleh kerana mengambil tindakan yang lambat. Selain itu, ia suka dipulih apabila anda mempunyai masalah lemah sistem imun.

Artikel Berkaitan: Tak Perlu Ke Spa Untuk Kuku Cantik, Bersih & Berkilat! Hanya Lakukan 10 Tip Mudah & Murah Ini Sahaja!

3. Kondisi kuku cagu

IKLAN

Pasti anda pernah mendengar tentang cagu kan. Kondisi cagu ini kerap berlaku dan dikenali sebagai cengkam kuku juga. Cagu ini berpunca apabila kuku mula tumbuh ke dalam dan menyebabkan ia menekan daging di bawah kuku anda.

Cagu boleh terjadi disebabkan banyak risiko seperti anda potong kuku terlalu pendek, tidak menjaga kebersihatan kuku, trauma, kecederaan atau keadaan kesihatan.

Untuk cagu ini ada beberapa cara untuk melegakannya. Anda juga boleh cuba cara berikut:

  • Tutup dengan kain balut
  • Rendam dalam air hangat
  • Makan ubat tahan sakit jika sakit
  • Sapu ubat krim antibiotik yang disyorkan oleh doktor.
  • Pakai kasut dan stokin yang sesuai dengan kaki

Konklusinya, jangan sesekali biarkan kuku anda terlampau panjang atau terlalu pendek kerana kedua-duanya mempunyai kesan sampingan tersendiri. Untuk mengelakkan kuku anda tidak sakit atau terkena infeksi, kepitlah dengan berhati-hati. Pastikan untuk memotong kuku tidak terlalu pendek. Biarkan ada sedikit jarak antara sisa kuku putih dan kuku merah jambu agar dapat mengelakkan berlaku masalah berkaitan.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=i5O7NvDrIVU&list=PLwTVJflD5bmE1XTPKBdcOYPwqHbRS0QJe&index=17

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI