Hari ini secara rasminya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismailmenjalankan tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apa yang menarik perhatian selain penampilan cukup sederhana, beliau juga begitu menjaga auratnya. Dilihat isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ini memakai sarung tangan dalam apa jua majlis bagi bersedia jika ada yang menghulurkan salam padanya.
Dalam status terbaru yang dimuatkan dalam instagramnya, Dr Wan Azizah telah secara rasmi bertugas pada hari pertama sebagai Timbalan Perdana Menteri di pejabatnya.
‘Orang nombor dua’ dalam negara ini juga kelihatan cukup tenang dan terserlah keceriaan di sebalik senyuman yang terukir di bibirnya. Malah wanita hebat ini juga kelihatan manis mengenakan kurung moden berbunga dan juga sarung tangan bagi menjaga auratnya.
Bukan hari ini sahaja beliau dilihat memakai sarung tangan berkenaan, tetapi sebelum itu pun ibu kepada enam cahaya mata ini sentiasa memakainya. Ini bagi memudahkan beliau menyambut huluran salam tangan bukan muhrim sebagai tanda hormat.
Caranya ini mendapat reaksi positif dari netizen yang memuji keperibadian Dr Wan Azizah dalam menjaga auratnya. Selain itu ramai juga turut mengucapkan tahniah atas perlantikan ini dan berharap beliau akan dapat menunaikan tanggungjawab diberi dengan sebaiknya.
@aznira Bagusnya TPM..pakai sarung tangan utk bersalam…terbaiklah..contoh pimpinan
putehsalmi Tangan bersarung.. Alhamdulillah..sejuk mata memandang
Ada juga yang menjadikan Dr Wan Azizah sebagai contoh dan sumber inspirasi dan diibaratkan seperti kebangkitan isteri Nabi, Saidatina Aisyah.
@eyeshahasiah Tahniah.. Alhamdulillah.. Semoga allah permudahkan segala urusan dato sri amin.. Kaulah impirasi wanita.. Hpy dan terasa kebangkitan isteri nabi syaiditina aisyah.. Luv
@haizan_mnasir???? Alhamdulillah satu contoh yang sangat baik..
IKLAN
@mr.syahad.d@emadamia perlu d jadikan idola pmimpin muslimah ..dan sikapnya sbg ibu yg brsopan santun dan lemah lembut…
@theebanselva_1003 Congratulations Madam Our Beloved TPM… great inspiration to All the women’s and all Malaysians as well…
@irisya_ann CONGRATULATIONS Dr. Semoga dipermudahkan segala urusan . .. Aamiin…
@noriza7408 Wanita yg berjiwa kental dan kuat semangat. Contoh wanita islam yg sangat kuat ugama walaupun suami tiada waktu dlm kesusahan. Moga Allah beri kekuatan pada nya.
Melihat pada penampilannya dari dulu hingga sekarang tidak jauh berbeza. Selesa menggayakan kurung sahaja yang dipadankan tudung empat segi polos dengan kelepet melekap di dahi. Hanya solekan nipis tetap menyerlahkan aura beliau kala berada di khalayak.
Seperkara yang menarik lagi, ada kalanya wanita yang hampir 20 tahun terpisah dengan suaminya ini turut membawa kipas hikmatnya ke mana-mana sahaja.
Dr Wan Azizah yang lahir pada 3 Disember 1952 di Singapura ini juga merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent St. Nichlas, Alor Setar sebelum meneruskan pengajiannya di Kolej Tunku Kurshiah.
Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannya di Dublin Ireland dan mendapat ijazah dalam bidang Obstetric dan Gynecology. Merupakan pelajar terbaik (Gold Medal) di Royal College of Surgeon pada tahun 1977.
Berkahwin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu berusia 23 tahun. Setelah hampir 39 tahun mendirikan rumahtangga, mereka dikurniakan enam cahayamata, lima wanita dan seorang lelaki. Anak sulungnya Nurul Izzah juga turut aktif terbabit dalam politik dan juga menang bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU baru-baru ini.
Baru-baru ini telah tular mengenai isu iaitu anak luar nikah tidak boleh bernikah. Pasti ramai yang terkejut dengan penyataan ini. Benarkah dakwaan ini seperti yang dicanang oleh seseorang di media sosial? Untuk mendapatkan kepastian, mari kita baca perkongsian Pencetus Ummah (PU) Azman di instagramnya @pu_azman.
Dengan penjelasan ini, diharap semua pembaca faham dan tidak mudah terpengaruh dengan fakta yang tidak benar. Yang berdosa hanyalah ibu bapanya yang melakukan zina. Ambillah iktibar daripada kisah ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pemakaian topeng muka dan glove (sarung tangan) menjadi seakan ‘kewajipan’ setiap kali ingin keluar rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Ia sebagai perlindungan untuk melindungi diri daripada jangkitan Covid-19.
Melalui perkongsian seorang jururawat di Facebooknya, wanita ini berkongsi tentang penggunaan glove (sarung tangan) yang salah terutama pekerja di pasar raya, stesen minyak dan sebagainya.
Cikda nk tegur sikit. Sikit je.
Sape ajor pakai 1 glove utk sepanjang hari? Cikda perati je. Cashier station minyak, cashier kt kedai. Xkesah kedai kecik ke market besar ke. Nak tegur ni. Korang tau tak cara rebakan virus covid ni adalah melalui droplets?? Mksd nye titisan. Kami pkai glove kt wad,1 glove skli pkai je.
Attend pt, dah attend remove dispose! Bukan guna utk 7/8/9jam wey🤦🏻♀️. Korang konon protect diri sndri. Salahkan org duk sebar virus! Yg korang ni xsedar ke korang pembawa virus jgk!!! Hish.. marah cikda ni.
Wey. Meh nak bg contoh biar korang paham lg. Contoh. Korang served utk 100 cust. Lps tu cust 1st korang tu rupa nya positif covid. Korg selamat sbb pkai glove, mask. Tp yg lekat kt glove tu?? Lg 99 org lg yg selepas tu ape jd?? So sape yg bawak virus tu kt diorang?
Klu korg nk sgt pkai glove, cust 1 td dtg, korang dispose glove lps guna. Then pkai balik utk next cust. Baru la betul!! Ni tak! Konon jaga dri… 🤦🏻♀️🤦🏻♀️🤦🏻♀️.. sedar covid bahaya tu bagus. Tapi ambik tau cara rebakkan die.
Tolong la. Korg antara org yg penting utk tangani kes covid jgk. Klu rase nak pkai glove, cikda cadang pkai la yg jenis disposable tu. Yg selalu cikda letak kt dapur buat gaul ape2 nk msk tu.
Lps pkai buang. Then pakai lg. Xde la mahal sgt.! Ni x!! Sampai kuning glove tu korg pkai! Frust weh.
Seringkali berdepan dengan masalah kesukaran untuk tidur (insomnia) meskipun badan merasa penat dan letih bukanlah masalah yanh harus dipandang enteng kerana ia bakal menjejaskan tahap kesihatan tubuh badan.
Ini kerana, sekiranya anda berdepan masalah sukar untuk tidur, sekaligus menjadikan fikiran tidak tenteram maka ketenangan diri serta waktu tidur akan terjejas.
Kesannya, badan akan menjadi lesu dan tidak bermaya kerana tidak mendapat tidur dan rehat yang mencukupi.
Amalkan Doa Seperti Saranan Rasulullah
Dalam Islam, setiap masalah yang kita hadapi pasti ada penawarnya. Sudah pasti penawarnya ada di dalam kitab Al-Quran yang sememangnya menjadi rujukan utama buat kita sebagai umat Islam.
Ada satu doa yang ingin Hijabista kongsikan khusus buat anda yang mengalami masalah sukar untuk tidur, seperti saranan Rasulullah S.A.W.
Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .
Sedikit penerangan mengenai doa mudah tidur ini, ia diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa:
bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda saw mengajarnya doa di atas.
Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (Insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi saw ini .
Jadi, bagi kamu yang seringkali mengalami masalah susah untuk tidur atau Insomnia, bacalah doa ini supaya diberi ketenangan di malam hari, mendapatkan tidur yang lena serta sentiasa berada dalam perlindungan Allah yang maha esa.
Terdahulu, ketika bertemu dalam majlis menandatangani kotrak bersama jenama Itali, Ayda mengakui anak-anak adalahlah salah satu punca rezeki, oleh itu dia dan suami amat bersyukur dan menitikberatkan tentang keselamatan anugerah kurniaan-Nya ini.