Siapa sangka dalam diam rupanya Dr Nur Amalina Che Bakri sudah pun selamat melahirkan cahaya mata sulungnya bersama suami di Londo minggu lalu. Sungguh cepat masa berlalu apabila di ikutkan perkongsiannya di Instagram.

Ramai juga yang terkejut dengan perkongsiannya itu pada hari lalu berikutan masa yang berbeza dari waktu Malaysia. Nama yang di beri juga cukup cantik dan manis di dengari.

Tahniah buat Dr Amalina Bakri dan Alex!

Langit London menjadi saksi kelahiran cahaya mata Dr Amalina Che Bakri bersama suaminya, Alexander Charles. Beliau mengejutkan lagi apabila mereka sudah hampir seminggu menimang anak sulung perempuannya itu di St. Thomas’ Hospital.

Dr Amalina juga berkongsi bersama pengikutnya di laman sosial media miliknya tentang berita yang gembira ini. Bahkan, dia juga tidak segan untuk mendedahkan nama bayi perempuannya itu beserta beberapa keping fotonya bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Dr Amalina juga menitipkan rasa syukurnya di ruang kapsyen posting di Instagram miliknya itu. Kehadiran cahaya mata sulungnya itu membuatkan lagi momen yang bahagia buatnya serta suami dalam kehidupan perkahwinan mereka.

IKLAN

“Kami ingin memperkenalkan kepada puteri tercinta kami, Arabella Mia, yang telah selamat lahir pada minggu lepas di St. Thomas’ Hospital,

“Kami hargai setiap momen bersama si kecil. Tidak sabar rasanya untuk lihat apa yang bakal akan datang pada masa akan datang. Alhamdulillah, Lots of love, – Amalina & Alex” tulisnya sebagai penghargaan dan tanda syukur dengan nikmat yang di kurniakan.

Artikel berkaitan: Sudah Timang Cahaya Mata Kedua, Tahniah Buat Jihan Muse dan Suami

IKLAN

Ketibaan cahaya matanya itu membuatkan ramai yang terkejut apabila baru sahaja melihat beliau tengah sarat mengandung. Kini perkongsian beliau yang penuh dengan maklumat cahaya mata sulungnya itu sudah menjawab segala tanda tanya yang terbangkit.

Meninjau di ruangan komen pulak melihat ramai rakan-rakannya serta selebriti yang teruja dengan berita ini. Tidak melepaskan peluang, mereka juga menitipkan ucapan tahniah serta buat Dr Amalina dan keluarga.

Sumber dari Instagram Dr Amalina Bakri

Rata-rata yang menukilkan komen di bawah posting beliau adalah seperti Datuk Nicol Ann David, Daphne Iking, Vivy Yusof, Mira Filzah dan lain-lain lagi yang mengucapkan tahniah buat kedua pasangan itu. Siapa sangka berdiam diri seketika telah membuahkan hasil yang tidak di jangka.

IKLAN

Sumber info: Instagram Dr Amalina Che Bakri

Artikel Berkaitan: Mas Idayu Kongsi Gambar ‘Bahagia’ Bersama Suami, Bukti Rumah Tangga Kekal Utuh

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI