Kongsi gambar terkini buat ramai orang terkejut dengan seri wajah Jihan Muse yang sedang sarat mengandung. Hos dan pelawak yang cukup terkenal itu telah berkongsi dengan orang ramai mengenai keadaannya di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Namun, Jihan juga ‘repost’ ucapan dari beberapa orang yang telah mengucapkan tahniah kepadanya yang menunjukkan dia telah selamat bersalin anak keduanya bersama pasangan, Ungku Hariz. Kegembiraan menimang cahaya mata baru dalam keluarga Jihan dan Ungku Hariz dapat di rasai oleh semua.

Ramai yang terkejut melihat keadaan Jihan Muse

Apabila Jihan Muse, atau nama sebenarnya Nuur Jihan binti Musa, 39, berkongsi di laman instagram miliknya mengenai keadaanya sekarang membuatkan ramai peminatnya terkejut. Pelawak dan hos terkenal itu menunjukkan bahawa dia berada di hospital kerana bakal bersalin anak kedua pada bila-bila masa ketika itu.

Menurutnya, ketika itu dia sudah berada di hospital bagi menantikan detik-detik gentir kerana tidak lama lagi bakal menyambut kelahiran anak mereka yang kedua. Kandungannya juga telah mencecah usia sembilan bulan.

“Assalammualaikum, kita sudah check in. Tunggu doktor datang. Beginilah keadaan, genap sembilan bulan 10 hari,” kata Jihan melalui Insta Stories pada Isnin lepas.

Hos dan pelakon itu juga telah membuat satu perkongsian sebelum ini memaklumkan dia sudah pun melakukan pemeriksaan terakhir kandungannya ketika 2 September yang lalu. Dia menyatakan perasaannya yang agak mendebarkan untuk menantikan kelahiran anaknya yang kedua itu.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse)

“Kejap macam nak keluar, sekejap macam tak nak. Ini kali dia main tarik tali dengan monda. Doakan ya.” katanya.

Artikel berkaitan: Disahkan Hamil Anak Kedua Ketika Positif Covid-19, Jihan Dijangka Bersalin September Depan!

IKLAN

Jihan sudah timang anak kedua

Di ruangan Instagram miliknya, Jihan repost beberapa posting story daripada kenalannya yang menunjukkan bahawa dia sudah selamat melahirkan anak yang kedua. Keadaan ini menjadi tanda misteri adakah betul berita tersebut.

Perkongsian dari Instgram Story Avisena, mereka menunjukkan keadaan Jihan yang sedang menantikan saat-saat untuk melahirkan anak bersama sang suami di sisinya. Jelas terlihat di wajah Ungku Hariz kegembiraan untuk menimang cahaya mata yang kedua.

IKLAN

Malah, Jihan juga turut repost posting melalui kenalannya yang menunjukkan tanda-tanda dia sudah pun selamat melahirkan cahaya mata yang kedua. Dua posting tersebut telah di buat oleh adik angkatnya, Syaheera Rahman, dan juga pemilik akaun @bidan_feeishak.

Melalui posting story Syaheera Rahman, isteri kepada Fad Bocey, itu menyatakan bahawa anak sulung Jihan dan Ungku Hariz, Ungku Arsalan, bakal mendapat peneman baru selepas ini. Kami dari team Hijabista ingin mengucapkan dan mendoakan yang terbaik kepada Jihan dan Suami, semoga Allah swt akan memudahkan segala urusan kedua pasangan ini.

Artikel berkaitan: “Naik Miang Tu Allah Aii…” – Mua Bellaz Alami Alahan Bila Makin Dekat Nak Bersalin

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI