Hari ini, penggunaan serum sudah menjadi sebuah kewajipan dalam masyarakat kita. Jika kita lihat di mana-mana farmasi, pelbagai rangkaian produk serum dijual dari pelbagai jenama dan juga fungsi.

Serum amat disarankan bagi mereka yang mengalami masalah muka breakout atau mengalami masalah jerawat yang serius. Serum juga berfungsi untuk memperbaiki muka yang rosak akibat jerawat yang melampau. 

Sumber gambar: Women’s Health

Ia juga berupaya merawat kesan iritasi dan jangkitan punca merebaknya jerawat. Antara bahan mujarab terkandung dalam serum rawatan jerawat ialah ekstrak botani seperti daun teh hijau dan timun. Selain itu terdapat juga unsur AHA (alpha-hydroxy acid), BHA (beta-hydroxy acid), asid sitrik dan zink.

Kali ini, team Hijabista ingin kongsikan kepada kamu cara pemakaian serum yang betul. Ha! Ini penting tau kerana jik serum tidak dipakai dengan cara yang betul, maka ia tidak mendatangkan hasil yang baik kepada wajah kamu. Jom amalkan langkah-langkah ini!

Sumber gambar: Into The Gloss

1. Bersihkan muka

Sebelum memakai serum pada wajah, muka haruslah dalam keadaan yang bersih dari sebarang solekan supaya khasiat serum dapat meresap jauh ke dalam kulit muka.

IKLAN

2. Keringkan kulit muka

Kemudian, pastikan kamu mengeringkan muka dengan tuala bersih. Tekapkan sahaja tuala ke muka untuk tidak memstikan kulit menjadi kering. Biarkan muka dalam keadaan yang sedikit lembap supaya serum dapat berfungsi dengan baik dan meresap jauh ke dalam kulit.

Muka yang lembap memudahkan facial serum dapat diserap lebih sempurna daripada keadaan muka yang terlalu kering.

IKLAN
Sumber gambar: Okka Beauty

3. Gunakan serum secukupnya

Kuantiti serum haruslah cukup ketika kamu menyapunya pada permukaan kulit. Bukan hanya sekadar titiskan ke tapak tangan dan kemudian sapu ke muka, tetapi kamu juga perlu terus menitiskan facial serum ke seluruh kawasan muka, terutamanya di bahagian dahi, pipi, dagu dan leher. 

4. Urutan yang lembut

IKLAN

Cara urutan juga memainkan peranan penting. Kamu haruslah menyapu rata keseluruh muka dan mengurut secara lembut. Teknik urutan perlulah secara membulat dan menaik. Bila kamu mengurut secara menaik, ia membantu penyerapan serum lebih berkesan kerana liang-liang pori yang tertutup oleh bulu roma di muka akan terselak dan sekaligus memudahkan penyerapan facial serum terus masuk ke dalam liang-liang pori.

5. Tepukkan telapak tangan ke muka

Cara terakhir ini pasti kamu seringkali lihat di mana-mana iklan di kaca televisyen atau di laman sosial. Teknik tepuk telapak tangan ke muka ini untuk melonggarkan otot-otot di wajah dan memudahkan serum untuk berfungsi dengan baik. Caranya, gosokkan tapak tangan supaya rasa hangat & kemudian barulah tepuk ke muka. Uolls boleh fokuskan di bahagian dahi dan pipi. Ia bertujuan untuk mengalirkan suhu panas ke muka supaya serum dapat diserap dengan baik.

 

Sumber gambar: Harper’s Bazaar
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI