Pasti ramai yang terpesona melihat solekan ringkas yang dikenakan pelakon kecil molek Elfira Loy di majlis pertunangannya. Walaupun tanpa melukis kening, solekan di bahagian mata tetap menyerlah kejelitaan Elfira.
Pelakon ini juga memang sedia maklum agak particular bab menjaga keningnya. Masih teringat sesi fotografi dengannya sudah diingatkan pada jurusolek agar jangan buat apa-apa pada keningnya. Biarkan ia semula jadi dibentuk begitu tanpa membuang atau mencukur supaya kelihatan nipis.
Bagi yang tidak mempunyai bulu kening pula pastinya akan berasa sedikit malu dan kelihatan sedikit tidak menarik. Walaupun kening boleh dilukis menggunakan pensil kening, tetapi ada beberapa cara semulajadi yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kening tebal.
Ini adalah cara paling mudah untuk melebatkan kening anda:
Minyak Kelapa – Untuk mendapatkan kening penuh berani dan tebal, anda boleh menggunakan minyak kelapa. Ini membantu mempercepatkan proses pertumbuhan dan menggalakan pertumbuhan bulu kening yang tebal. Caranya dengan menyapu terus ke kening dan biarkan semalaman.
Ads
Sapu pada kening dan biar semalaman.
Vaseline – Vaseline atau jeli petroleum berkesan untuk membuat kening anda tebal. Sapukan bahagian kecil di kening anda 3 hingga 4 kali sehari dan anda boleh lihat hasil yang positif dalam tempoh 3 bulan.
Urut – Mengurut kening adalah cara yang baik untuk meningkatkan pertumbuhan kening. Mengurut di kawasan sekitar kening anda dengan minyak zaitun selama 5 minit setiap hari.
Ads
Rajin-rajinlah urut kening.
Vitamin B & D – Ini penting kerana ia memberi kesan kepada organ dalaman dan penampilan fizikal anda. Makan makanan yang kaya dengan vitamin B & D untuk meningkatkan pertumbuhan rambut. Ia akan membantu menguatkan bulu mata dan kening, malah dapat menentang kesan bahaya produk berasaskan kimia seperti maskara dan celak.
Minum Air – Air adalah baik untuk kesihatan anda secara keseluruhan. Ia membantu membuanh semua bahan toksik daripada tubub anda melalui air kencing. Mula minum sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari. Ini akan meningkatkan sistem badan dan meningkatkan pertumbuhan bulu kening.
Ads
Minum air untuk meningkatkan pertumbuhan kening.
ELAKKAN: Losyen dan over-plucking. Apabila anda menyapu krim atau losyen di wajah, kalau boleh elakkan dari terkena di kening. Hal ini kerana bahan kimia pada losyen/krim boleh merosakkan folikel bulu kening dan menghentikan pertumbuhan.
Bagi yang berhijab, pemilihan tudung yang tepat dan bersesuaian dengan gaya pasti menjadi satu penanda aras dalam menentukan stail yang menarik. Tidak kiralah jika tudung tersebut hadir dalam nada polos mahupun bercorak, fabrik, kelebaran dan warna memainkan peranan.
Tapi tahukah hijabi, pemilihan motif pada tudung juga melambangkan personaliti seseorang itu. Jika anda sukakan Hijab bermotif bunga Mawar anda merupakan seorang yang eksklusif seperti bunga kegemaran anda yang harum semerbak, cantik untuk dipandang, tetapi boleh terluka jika disentuh.
Terbaharu, jenama tudung terkini Roos Scarves telah hadir dengan konsep corak cetakan mawar untuk keseluruhan rekaan yang dipersembahkan. Mengambil insprasi dari ribuan jenis bunga Mawar seluruh dunia, setiap rekaan memiliki nilai estetika yang tersendiri.
Menurut pengasas bersama jenama ini, Encik Safiudin menjelaskan nama Roos yang digunakan bermaksud Bunga mawar dalam bahasa Dutch.
Hadir dengan tagline ‘The Bloom of Beauty’, ungkapan tersebut menggambarkan semangat yang dibawa saat menghasilkan setiap rekaan tudung yang dikeluarkan oleh jenama ini!
“Kami sudah menjalankan kajian kebolehpasaran hijab selama setahun bermula Mac tahun lalu. Dari situ kami yakin walaupun pelbagai jenama hijab sudah membanjiri pasaran negara. Roos Scarves masih ada tempat di hati wanita yang bertudung,” ujarnya.
Sekadar info, apa yang enarik mengenai proses pembuatan tudung ini, setiap corak yang dihasilkan bukanlah direka secara digital semata-mata. Sebaliknya corak tersebut terlebih dahulu dilukis terlebih dahulu sebelum diolah dan dicetak pada helaian tudung.
Wanita dan beg tangan memang sukar untuk dipisahkan. Malah tidak lengkap penampilan seseorang itu tanpa adanya beg tangan yang jadi peneman setia setiap wanita.
Namun begitu setiap beg tangan itu tidak kira kecil atau besar ada pantang lantang tersendiri. Menurut selebriti popular yang sentiasa bergaya ‘on point’ Rozita Che Wan berkongsi tip pantang larang yang tak boleh dibuat pada beg tangan kita.
Posting ini dimuat turun adalah rentetan dari perkongsian terdahulu iaitu tip bagaimana mahu memilih beg tangan bersesuaian bagi seseorang wanita itu.
Menurut Che Ta juga tip yang diberikan ini ini nampak tidak begitu penting tetapi sebenarnya menjadi panduan kepada wanita di luar sana berdasarkan pengalamannya yang memang sinonim bergaya dengan beg.
PANTANG LARANG YG “HARAM” DIBUAT KEPADA HANDBAG KITA!
1. HARAM SIMPAN HANDBAG DALAM PLASTIK!
Beg sampah.. Beg plastic jenama Nobita ke, yg dpt dari supermarket tu ke.. NO NO NO… NO WAY! Tau x sbb apa? Sbb, beg plastik akan memerangkap lembapan.. Ini blh mengakibatkan kulat! Takkan nk pakai handbag yg berkulat kan? Eeww..
2. JGN SESEKALI MELETAKKAN HANDBAG DI BWH LANTAI…
Ini bukan isu merendahkan martabat handbag uolls.. Tp ini isu kebersihan! Lantai tu, kita blom tau lg apa jenis kuman/bakteria yg ada.. Mungkin bakteria plg berbahaya sdg bergolek-golek keriangan kt situ.. Takut2 nnt, ia melekat pada handbag uolls.. Seterusnya mampu menjangkiti uolls sekeluarga!
Hati kalau x diisi dgn iman pasti rapuh.. Sama juga handbag..Jgn sesekali simpan dlm keadaan handbag kosong.. Letakkan suratkhabar, atau bahan2 asal yg ada dlm handbag masa uolls baru beli.. Ini bg mengekalkan handbag pada bentuk asal dan kekal nmpk seperti baru!
4. ELAKKAN HANDBAG TERKENA MATAHARI UTK TEMPOH LAMA
Kulit handbag kita bkn mcm kulit kita.. Mereka x perlukan Vitamin C! Kalau dibiarkan terdedah pada matahari/cahaya secara terus menerus, mampu memudarkan warna handbag.. Rugi sgt nnt.. Dah pudar, malu lah nk tunjuk kat orang.. Kan? Huhuhu…
Uolls kena kenal jenis handbag uolls ok! Kena tahu.. Leather ke.. Pvc ke.. PU ke.. Kena ambil tahu.. Very important.. Sebabnya.. Setiap jenis material ni, memerlukan penjagaan yg berbeza.. Tak boleh dilayan sama semuanya.. Ada yg memerlukan extra care.. Ada yg perlu dicuci.. Ada juga yg jenis manja.. Ada juga yg jenis x perlukan perhatian sgt.. Jadi JANGAN layan semuanya sama.. Ok?
6. PEGANG HANDBAG DGN TANGAN KOTOR
Mmg betul.. Ni handbag uolls.. Nk pegang mcm mana pun.. Terpulang pada uolls.. Tp my advice.. Pegang dgn tangan bersih.. Sbb, kita mesti taknak bakteria berkumpul di handbag kita, btl tak? Nanti bakteria2 tu berjumpa, berkawan, lepas tu bergabung, blh menghasilkan satu kumpulan bakteria yg ganas! Kalau ada anak kecil, baby tu main gigit2 pula handbag kita, ahh sudah! .
Org perempuan, handbag beli banyak2.. Lepas tu terbiar jer.. Uolls kena simpan dalam kain pelindung.. Biasanya dpt sekali masa beli handbag.. Pastikan bertutup (Jgn tutup dgn plastic).. Ini utk mengelakkan handbag tu dari berhabuk dan debu bermastautin di luar dan dalam handbag kita… Dan juga utk elakkan dari dicakar kucing!
Harini, i nk share dgn uolls tips2 plg penting, bila nk membeli handbag.. Tips ni i ambil dari pengalaman sndiri tau..
1. MAJLIS Uolls semua kna tahu, bag ni nk guna utk majlis apa, atau nk bawa ke mana.. Bkn apa, takut x sesuai.. Kalau ke wedding, majlis harijadi atau keluar brjalan-jalan, pilih yg sedikit elegan dan brkulit lebih lembut.. Warna2 yg sesuai spt hitam, hijau, warna nude atau yg sesuai mengikut tema and baju uolls…
2. WARNA Hitam, nude dan coklat adalah warna plg ‘universal’ dan plg sng match dgn byk baju.. Tp kalau nak kelainan, blh pilih warna spt hijau, pink atau warna2 terang.. I sendiri, suka warna2 yg simple.. Kdg2 je guna warna meriah2 ni.. Hehe...
3. BENTUK BADAN Yg ni sgt penting.. Handbag cantik tp klau x kena dgn bentuk bdn, x jadi jgak! Kalau 6 kaki ke bwh, disarankan gna handbag yg x trlalu besar.. Takut nnt nmpk mcm bwk peti ice pulak.. Hehe.. Besar sedikit tak mengap, tp jgn ‘oversize’! Yg tinggi pulak, jgn guna handbag yg trlalu kecil tau..
4. HARGA Penting ikut kemampuan.. Mmg lah, best kan kalau blh pakai LV, Chanel, Bottega dan semua brand2 ganas tu.. Tp, byk jugak brand yg baru dan kurang terkenal, tetapi ada kualiti yg sgt baik.. .
5. KUALITI Yg mahal, tak semestinya bagus.. Yg bagus, tak semestinya mahal.. Kan? Jadi penting utk uolls pilih kualiti.. Tgk cara jahitan, tgk material yg digunakan.. Yg penting, baca review dan testimoni berkenaan jenama/model handbag tersebut…
6. DESIGN HANDBAG Inilah faktor plg utama sebenarnya.. Sbb benda pertama yg kita nmpk adalah, design bag itu sendiri.. Betul tak? So sgt penting uolls pilih design yg trendy, modern dan evergreen.. Supaya blh guna utk tempoh yg lama, dan tak nmpk ketinggalan.. .
Oleh kerana pelindung matahari harus digunakan setiap hari, ya setiap hari. Mengapa tidak menggabungkan langkah dengan menggunakan pelindung matahari bersama pelembap?
Rumusan penghidratan memberi anda manfaat perlindungan dari sinar matahari tanpa kesan putih melepak. Selain itu, ia menjadikannya lebih mudah untuk digunakan malah tidak ada lagi alasan untuk lupa memakai pelindung matahari. Cari bahan pelembap seperti asid hyaluronik, ceramides, atau niacinamide yang memberikan kulit anda minuman tanpa membiarkannya berminyak.
Dan jika anda masih mempunyai kulit saya tidak terbakar, itu bukan alasan untuk melangkau SPF setiap hari. Tidak kira apa jenis kulit anda, sinaran UV dari sinar matahari dan sumber lain boleh menyebabkan kerosakan berbahaya pada kulit. Pelindung matahari bukan sekadar melindungi kulit anda dari selaran matahari, ini juga mengurangkan risiko anda mengembangkan barah kulit yang berbahaya. SPF juga baik kerana mencegah keriput, kendur dan bintik-bintik usia juga.
Untuk mendapatkan semua faedah SPF ini, anda harus memastikan bahawa anda memakainya dengan betul. Ingat, anda memerlukan sekurang-kurangnya setitik pelindung matahari atau pelembap SPF untuk menutup wajah anda setiap pagi.
NOTA: Klik pada pautan nama produk untuk pembelian terus secara atas talian.
Clarins Skrin UV krim yang melindungi daripada pencemaran yang dihadapi dalam kehidupan seharian.Krim gel yang ringan dan mudah diserap memberi wajah kilauan serta merta.Dikuasakan dengan ekstrak daun mangga organik, ia meningkatkan pertahanan kulit sebanyak 64%,.menghidrat dan merawat kulit, hasil dari 74% bahan penjagaan kulit. Tambahan krim pelembap wajah ini mempunyai SPF 50, anda hanya perlu bawa satu krim ini sahaja ke mana anda berada. Mudah bukan!
Pelembap ringan dan bebas minyak ini menyatu dengan cepat sehingga anda akan lupa jika anda menggunakannya. “Anda harus melindungi kulit anda dari sinar matahari tidak kira apa warna kulit anda” kata Rihna di laman Fenty “Jika anda mengalami perubahan warna, anda boleh mendapatkannya dari cahaya matahari. Saya rasa ramai individu dengan warna kulit yang lebih gelap berfikir kerana mereka tidak terbakar sehingga mereka tidak memerlukan SPF tetapi kita masih boleh mendapat kerosakan akibat sinar matahari.”
Pelindung matahari berwarna, fizikal yang memberikan perlindungan UVA / UVB spektrum luas yang kuat untuk kulit wajah yang lebih muda dan bercahaya. Pelindung matahari semula jadi ini mengandungi 20% zink oksida yang hebat. Anda juga akan mendapat perlindungan antioksidan berkat ekstrak alga dan bunga matahari.
Sama ada anda mempunyai kulit berminyak atau anda lebih suka konsistensi yang lebih ringan, losyen ini akan menjadi kegemaran. Ia meresap ke dalam kulit dengan cepat dan pada dasarnya tidak berat setelah digunakan. Anda mungkin lupa anda memakainya, menjadikannya sesuai untuk ssetiap lapisan walaupun bersolek. Selain itu, ia bukan komedogenik individu yang mudah berjerawat tidak perlu risau.
Sekiranya anda terdedah berminyak pada T-Zone, pelindung matahari yang menghidrat ini sesuai untuk anda. Ceramides dan niacinamide menyuburkan kulit anda tanpa membuatnya terasa berminyak dan bahan SPF mineral (ia mengandungi titanium dioksida dan zink oksida membuat anda selamat dari sinar matahari.
Adakah kulit anda mudah kelihatan berminyak hanya dengan menyapukan pelindung matahari? Yang ini terbaik untuk anda. Formula gel yang jernih menyerap dengan cepat dan menyatu tanpa meninggalkan warna putih malah menjadikan kulit lembut.
Benci perasaan pelindung matahari yang tebal dan berminyak? Temui sebaliknya. Pelindung matahari gel ini menghidrat, terima kasih kepada asid hyaluronik, gliserin, dan vitamin E. Gabungan ramuan pelindung matahari kimia yang terbukti walaupun tidak terasa pada kulit anda.
Ancaman tiga kali ini membetulkan kemerahan, melembapkan, dan melindungi kulit anda dari kerosakan UV. Centella asiatica ramuan asli Asia adalah ramuan wira yang berfungsi melindungi kulit daripada tekanan persekitaran yang boleh menyebabkan kulit yang jengkel dan meradang. Walaupun krim berwarna hijau, cepat berubah menjadi warna neutral untuk menyatu dengan warna kulit anda untuk warna yang lebih sekata.
Pernahkah anda merasa pelindung matahari meninggalkan kulit anda seperti minyak yang berkilat? Temui SPF BFF baru anda. Ia bukan sahaja melindungi kulit anda dari sinaran UVA (penyebabkan penuaan) dan UVB (menyebabkan kulit terbakar), ia juga mendakwa untuk mengurangkan liang pori sebanyak 54 peratus dan menjadikan kulit anda matte sehingga 10 jam.
Kombinasi ramuan pelindung sinar matahari kimia (avobenzone, homosalate, dan octisalate) dalam krim berkhasiat ini memberikan keselamatan kulit anda dari sinaran UVA dan UVB. Ini juga mengandungi serium, mineral yang melindungi dari biru skrin komputer, televisyen,dan telefon anda. Jadi, anda dilindungi dua kali.
Jenis kulit yang lebih berminyak, memenuhi krim muka SPF pelembap yang tidak akan membuat anda kelihatan seperti greaseball. Ia mempunyai tekstur cambuk yang menyerap dalam beberapa saat dan meninggalkan kemasan halus yang lembut dan kelihatan hebat di bawah solek.
Sekiranya anda mula melihat hiperpigmentasi di wajah, maka perlu meningkatkan SPF anda. Stat dengan produk pencerah seperti L’Oréal’s, losyen pelindung matahari ini mengandungi SPF 30 untuk menghentikan pembentukan bintik-bintik gelap baru. Gabungan asid glikolik, vitamin C dan retinol untuk merawat perubahan warna yang ada.
Penting untuk mengetahui jenis pelindung matahari yang harus dipilih. Semasa memilih pelindung matahari, anda perlu memikirkan faktor pelindung matahari (SPF), ramuan, dan adakah anda memerlukan pelindung matahari khusus untuk kulit atau aktiviti anda. Harus ingat faktor-faktor seperti keselamatan dan potensi keracunan, alergi terhadap mana-mana bahan dan sama ada pelindung matahari yang anda pilih boleh mengganggu keseimbangan kulit anda.
Gunakan pelindung matahari yang SPF 15 atau lebih tinggi setiap hari. Ketika masuk dan keluar dari sinar matahari setiap hari, misalnya pergi dan keluar dari tempat kerja, kulit anda terdedah kepada banyak sinar ultraviolet (UV). Menggunakan pelindung matahari dengan SPF sekurang-kurangnya 15 setiap hari akan membantu melindungi anda dari jenis pendedahan harian yang cepat ini.
NOTA: SPF 15 dapat membantu dengan sedikit pendedahan harian kepada cahaya matahari. Namun, ia tidak sesuai untuk anda menghabiskan masa di luar rumah.
Beli pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih tinggi untuk aktiviti yang panjang di luar rumah. Sekiranya anda merancang untuk menghabiskan masa di luar rumah, seperti pergi ke pantai atau beriadah, penting untuk memberi kulit anda lebih banyak perlindungan. Pilih pelindung matahari yang mempunyai SPF antara 30 dan 70.
NOTA: Pelindung matahari dengan SPF 30 akan menyekat 97% sinar UV-B matahari.
Berhati-hati dengan membeli pelindung matahari yang mendakwa mempunyai SPF yang sangat tinggi. Pelindung matahari dengan SPF lebih tinggi daripada 70 pada umumnya hanya sedikit lebih baik daripada SPF 50-70. Memilih pelindung matahari dengan SPF 80 atau 90 mungkin menyebabkan anda mengeluarkan wang tambahan untuk produk yang sebenarnya tidak lebih baik.
NOTA: Apabila bilangan SPF meningkat melebihi 50, jumlah yang mereka lindungi hanya meningkat sedikit. Sebagai contoh, SPF 50 menyekat 98% sinar UV-B, sementara SPF 100 menyekat 99% sinar UV-B. Cuaca di Malaysia memadai SPF30.
Pilih pelindung matahari spektrum luas. Pelindung matahari spektrum luas melindungi dari sinar UV-A dan UV-B, yang merupakan pelbagai jenis sinar ultraviolet yang boleh merosakkan kulit. Pelindung matahari yang mempunyai spektrum luas harus dinyatakan dengan jelas pada label.
NOTA: Bahan-bahan dalam pelindung matahari yang melindungi dari sinar UV-A dan UV-B adalah berbeza. Agar pelindung matahari dapat melindungi dari keduanya, ia harus menjadi gabungan beberapa bahan pelindung.
SUMBER GAMBAR: PEXEL
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di