Perkongsian pelakon Zara Zya dengan gambar dirinya bertudung mengundang persoalan ramai. Ramai yang tertanya-tanya mungkinkah pelakon cantik manis berusia 35 tahun ini sudah berhijab.
Spekulasi bertambah kuat apabila Zara berkongsi video mengenakan tudung ketika berada di sebuah pusat membeli belah.
Manakala di ruangan komen pula, kebanyakan pengikutnya di media sosial mengucapkan tahniah di atas perubahan yang menggembirakan itu. Dalam masa yang sama juga, ramai yang mendoakan agar Zara terus istiqomah.
Comelnya melihat pelakon dan penyanyi Lufya yang baru-baru ini muat turut foto dia dengan anaknya yang berusia 5 bulan dipakaikan hijab. Walaupun teruk dikecam netizen, tetap niat Lufya adalah untuk menjadikan anaknya itu Hafizah apabila besar nanti.
Menurut Lufya tujuannya memakaikan anaknya hijak sejak kecil lagi supaya nanti tidak kekok untuk sarung tudung lebih labuh dari yang dia sendiri pakai.
Malah niatnya untuk menjadikan anaknya Hafizah bila besar nanti sangat bagus dan baginya tidak salah untuk dia mendedahkan perkara yang baik-baik pada anaknya Haura.
Katanya lagi, bukan lama anaknya itu berhijab, sebaliknya tidak kurang dari 30 minit dan bukannya dipakaikan di bawah terik matahari.
Niat Lufya ini disambut baik followernya yang rata-rata bersetuju dengan tindakan bekas peserta Akademi Fantasia ini memberi pendedahan awal kepada anaknya itu.
@annhanani Pendedahan yg bagus..melentur buluh, biarlah dari rebung..bukan dah jadi buluh, bru nk lentur..masa tu dah terlewat. Abaikan suara negatif tu @lufyalaana..cukup Allah tahu niat kita.. Semoga istiqomah dan beroleh kebaikan disisi Allah dan seisi dunia.. semoga @laanahaura menjadi anak yg solehah untuk ibu ayah, hafizah dan srikandi untuk agama & dunia dan semoga@lufyalaana dan keluarga senantiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.. Aminn Allahumma Aminn
@nur_amali_na Abaikan kritikan orang. Anak bff amal pn pakai tudung dari baby. Alhamdulillah mmg berbaloi usaha bff amal. So abaikan kata org. Kita yang nak didik anak kita.
@leya_rayyana89 Sy ajar Anak dara sy,seawal 8bulan pakai tudung…alhamdulillah..skrg da 3 thn..nk keluar kalo x pakai tdung,dia x nk kluar..
@luya_store Nak jaga anak perempuan bukan mudah akhir zaman sekarang. Saya pon mase aak 8-9 bulan nk ajar pakai tudung, tp mase tu dia reject. Tp alhamdulillah, Allah mudahkan niat kite tu bila saya order je tudung untuk dia, umur 1 tahun dia pakai tak buang2. Saya tunggu dia buang sendiri je tudung tu. Kadang kalo saya buang tudung dia pakai tu, dia mengamuk sebab nak pakai lagi. Sekarang 2 tahun dah, keluar rumah memang pakai tudung. Baju pun ajar yang tutup2 je All the best sis @lufyalaana in Sha Allah same2 anak kita jadi Hafizah.. Aaminn ya Allah ya Mujib
@shera_zhara Bt baik salah..bt jahat salah..ajar ank mcm itu xkena.. Bt mcm ini kat anak pom ada salah. Sebelom nk kritik cara seseorang didik anak dia, lihat dri kita balik lah sejauh mna kita didik ank2 kita.. Adakah sebagus mungkin..dia cma ajar perkara2 yg baik utk anak dia.. InshaAllah bila bsr nanti dia dh terbiasa dgn pkai hijab.. Lgpom dia ad cara tersendiri utk asuh dan didik ank2 dia.. Mog kita pom dpt didik ank kita nanti sebaik mungkin.. IN SHAA ALLAH
@nilla5469 Saya setuju ia amatlah digalakkn. Bila anak kecil sdh dibiasakn atau didedahkn dgn cara didikan islami nti anak akan membesar dgn baik. Saya jg lakukan pd ank kecil sy ktk umurnya brape bln hgga dia nurseri dgn memakaikan nya tudung. Cute kan! Bermain tetap dgn riang dn tdk sdktpn minta dbuka tudungnya walau panas dlm berkejaran dgn sepupu lelaki dn prmpn. Bila sdh baligh maka blh kita mulai terangkan kwajipan utk seorg Muslimah menutup auratnya. Dan dgn ini insyaAllah sampai bila pun anak itu dewasa kelak, tetap akan pertahankan apa yg ia lakukan dri umur kecil. (Dlm menjaga auratnya)
@sulaimashikin Allahu, ajar anak utk patuhi syariat Islam dari kecil pun satu amal pahala juga akk. Anak anak dari kecil lah kene ajar taat perintah Allah supaya besar nnti buat dengan ikhlas, bukan paksa rela. Saya setuju sangat dgn tindakan akak. Nnti bila saya ada anak perempuan pun saya nak ajar dia pakai tudung awal2
Setiap umat Islam pastinya mahu menghabiskan kehidupan di dunia dengan husnul khotimah iaitu pengakhiran yang baik serta diredhai oleh Allah S.W.T.
Oleh kerana itu, kita disarankan untuk membaca doa supaya Allah S.W.T memberikan kesempatan kepada kita untuk mengakhiri perjalanan hidup kita dengan sebuah kebaikan, bukan kebinasaan. Antara doa pendek yang boleh diamalkan ialah:
“Allahummaj’al Khoiro ‘Umrii Aakhirohu, Wa Khoiro ‘Amalii Khowaatimahu, Wa Khoiro Ayyaamii yauma Alqooka Fiihi.”
Ertinya :
“Ya Allah, jadikanlah sebaik-baiknya umurku adalah umur yang terakhirnya, sebaik-baiknya amalku adalah amal-amal penutupannya dan sebaik-baiknya hariku adalah hari saat aku menghadap-Mu.”
Doa ini tidak hanya memohon kematian yang baik sahaja, namun maknanya jauh lebih mendalam. Amal ibadah yang akan menjadi penentu baik dan buruknya hidup kita adalah amalan penutup yang akan menemani perjalanan kita di akhirat kelak. Seberapa banyak pun amalan baik yang kita lakukan dalam hidup, namun jika akhirnya kita mati dalam keadaan bermaksiat, maka yang tercatat adalah keburukan.
Sebaliknya, meskipun kita hidup dalam bergelimang dosa dan kesalahan, namun jika di akhir hayat kita mampu bertaubat, maka InsyaAllah kebaikan akan menjadi penutup kehidupan kita.
Selain itu juga, kita boleh amalkan doa ini dalam kehidupan harian kita:
“Allaahummaj’al Khoiro Umrii wa Amalii Khowaa Timahu wa Khoiro Ayyaamii Yauma Liqooika”.
Ertinya :
“Ya Allah, jadikanlah sebaik-baiknya umurku hingga ajal (menjemput) diriku, dan jadikanlah sebaik-baiknya perbuatanku hingga kesudahannya, dan sebaik-baiknya masaku hingga berjumpa dengan-Mu.”
Sesungguhnya, semasa kita sihat bernafas ini, jadikanlah ia sebagai amalan tambahan untuk kita mengumpul pahala supaya boleh dijakan bekalan di akhirat kelak. Semoga semua yang membaca artikel ini diberi pengakhiran ayng baik, Husnul Khotimah oleh Allah S.W.T. InsyaAllah! Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dugaan apabila ingin berubah ke arah kebaikan itu memang mencabar. Seperti pelakon jelita Aishah Azman, banyak cabaran yang datang dalam karier lakonannya sejak dia mengambil keputusan untuk berhijab tahun lalu.
Ujar Aishah, dia pernah ditanya oleh pengarah atau penerbit untuk membuka tudung ketika menawarkan watak lakonan untuknya.
“Pun begitu, kalau mereka cadangkan untuk saya buka tudung atau mengenakan wig, saya memang tak fikir panjang, terus tolak tawaran sebegitu. Kalau mereka nak begitu, lebih baik ambil pelakon yang sememangnya tidak bertudung, saya tak nak buat.
“Sebabnya, saya tahu hukumnya haram. Walaupun saya ini boleh dikatakan baru bertudung, tapi saya ada juga banyakkan membaca dan mendengar nasihat ustaz.Tentang hal ini, mereka kata haram pakai wig sebab ia menyerupai wanita yang tak bertudung juga.
“Tapi saya tak risau kerana ramai saja pengarah dan penerbit yang boleh memahami dan menghormati pilihan saya ini kalau saya kata tak nak buat dan terpaksa menolak tawaran dengan cara baik,” katanya.
Selain itu, pelakon berusia 26 tahun itu turut berharap agar penggiat industri tidak meletakkan limitasi watak buat pelakon yang bertudung dan berharap agar diberi peluang untuk mereka melakonkan pelbagai watak lagi biarpun berhijab.
“Kalau boleh, saya nak tukar cara berfikir orang kita, bertudung tidak semestinya kena ada limitasi. Tak semestinya bertudung kena pakai jubah semata. Imej ini juga terbuka kepada fesyen yang bersesuaian.
“Watak tudung saja mesti kena baik, pegang watak-watak yang klise. Sedangkan mungkin boleh diberikan watak psiko dan sebagainya,” jelasnya.
Memang kadang-kala banyak ujian yang datang apabila kita ingin berubah ke arah kebaikan. Namun percayalah, rezeki itu Tuhan sudah tentukan dan pastinya Dia akan mengurniakan keberkatan hidup jika kita berada di landasan yang benar.
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.