Gempar di media sosial apabila tular sebuah video memaparkan Kaabah yang terletak di kota suci Mekah, dituruni salji lebat ketika jemaah sedang melakukan ibadah tawaf.

Sehubungan itu, tampil menjelaskan isu sensasi berkenaan, pendakwah bebas terkemuka ustazah Asma’ Harun dalam satu hantaran menjelaskan bahawa, gambar yang tular itu telah di edit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bukan Salji Tapi Hujan Lebat Di Tanah Suci!

Ustazah Asma berkata, sebenarnya video salji itu adalah suasana hujan lebat yang turun membasahi tanah suci dan bukanya salji, seperti yang digembargemburkan dilaman sosial.

Tambahnya lagi, video berkenaan disyaki telah sunting secara teknikal oleh ‘tangan-tangan’ jahat dengan penambahan ‘filter’ yang sesuai agar titisan-titasan hujan itu terlihat seperti salji.

“Memang hujan hampir selang sehari dan kami Tawaf Wada’ (perpisahan) juga dalam hujan,” jelasnya.

IKLAN

Fedtri Yahya Komen, “Zaman Sekarang Kaabah Pun Jadi Bahan Tunggangan”

Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati penjelasan ini telah mendapat perhatian ramai wargamaya.

Malah, pengacara dan personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya juga terpanggil untuk menyelar tindakan jahat ini, serta menzahirkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang menjadikan Kaabah sebagai alat ‘tunganggan’ bagi meraih populariti dan perhatian ramai.

“Itulah… Zaman sekarang. Kaabah pun orang ‘tunggang’ utk raih tumpuan. Sanggup edit yang bukan-bukan. Patut dibebaskan daripada menjadi tempat niaga, tempat sensasi. Supaya terjaga kemuliaannya.

IKLAN

“Orang Islam juga jangan jahil sangat. Perlu berilmu dalam menilai sebaran yang tak bermanfaat. #muhasabah”- tulisnya di ruangan komen pada hantaran Asma’ Harun.

Sekadar info, Saudi adalah lokasi sebenar berlakunya kejadian salji turun dengan lebat di kawasan Tabuk iaitu sempadan Jordan.

Artikel berkaitan: 3 Tahun Bercinta Tapi Pilih Wanita Lain, Gadis Ini Tenangkan Diri Di Mekah

Terdahulu, Astro Awani ada melaporkan bahawa hujan lebat disertai ketulan air batu serta ribut petir, bakal menyebabkan banjir kilat dan diramal berlaku di kota suci Mekah yang menempatkan masjid paling suci umat Islam iaitu Masjidil Haram.

IKLAN

Manakala, salji lebat diramal di wilayah utara Arab Saudi dan kabus tebal akan terbentuk pada awal pagi Isnin.

Sumber: Instagram Ustazah Asma’ Harun, Instagram Ahmad Fedtri Yahya & Astro Awani

Artikel berkaitan: Awie Berkesempatan Sambut Hari Lahir Ke-54 Di Mekah

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI