Siapa tak kenal dengan pelakon filem tanah seberang, Acha Septriasa yang namanya meledak dengan filem Heart dan Love Is Cinta yang pernah menjadi fenomena hingga ke Malaysia.
Baru-baru ini, pelakon gandingan serasi dan juga bekas kekasih penyanyi dan aktor kacak Irwansyah itu, berkongsikan berita gembira bahawa dia kini sedang hamil untuk kali kedua dan dijangka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Acha menerusi satu hantaran foto di laman Instagram miliknya.
Foto berkenaan memaparkan pelantun suara lagu Berdua Lebih Baik yang kini menetap di Australia memperlihatkan ‘baby bump’ dan riak teruja, Bridgia yang tak sabar menanti kelahiran adiknya.
Ads
Mengulas berkenaan perasaan apabila mengetahui dia berbadan dua, Acha memaklumkan bahawa dirinya amat bersyukur apabila diberi rezeki sekali lagi untuk memiliki seorang lagi cahaya mata.
Malah, dalam masa yang sama kehadiran anak kedua ini bakal menjadi teman buat puteri sulungnya, Bridgia Kalina Kharisma yang kini sudah pun berusia lima tahun.
Ads
“Terharu dan bersyukur kerana peluang kedua untuk menjadi ibu bapa… Bridgia tak lama lagi akan menjadi seorang kakak,” katanya.
Sekadar Info, Acha berkahwin dengan Vicky Kharisma pada 11 Disember 2016 di Jakarta. Pasangan ini bertemu sewaktu sama-sama belajar di Universiti Limkokwing di Cyberjaya, Malaysia.
Tahun baru adalah masa yang tepat untuk membuat permulaan yang baru. Sebagai wanita, pasti anda juga tidak sabar untuk mengetahui solekan yang akan menjadi trend pada tahun hadapan.
Sejak pandemik yang melanda dua tahun lalu, trend kecantikan adalah lebih ke arah minimalis. Namun melalui trend solekan 2023, anda akan melihat ‘kemunculan semula’ kosmetik yang lebih berwarna-warni dan dramatik.
Menurut pakar solek, ramalan kecantikan untuk tahun 2023 akan dipenuhi dengan warna yang lebih berani, kening yang dramatik, kilauan dan pelbagai lagi. Daripada trend ketika ‘Fashion Week’ hinggalah kepada cadangan penata solek sendiri, berikut ialah 6 jenis solekan yang dijangkakan akan menjadi trend pada tahun 2023. Jum lihat!
Populariti celak grafik sebagai pilihan solekan mata akan berterusan ke tahun hadapan. Solekan mata ringkas dengan rupa yang edgy ini sangat popular di kalangan selebriti. Celak berwarna juga akan menjadi trend tahun hadapan. Ini adalah peluang yang baik untuk ‘memperluaskan’ kreativiti anda dan mempamerkan bentuk mata dengan grafik yang lebih berwarna. Anda boleh cuba stail reverse cat eye atau double winged liner.
Skinnimalism akan membuat kemunculan semula pada awal 2023 dan mendominasi trend kecantikan. Trend kecantikan ini memfokuskan pada kecantikan semula jadi dengan memilih rutin penjagaan kulit yang lebih ringkas dan rupa solekan yang lebih minimalis. Konsep ‘less is better’ dalam menggunakan skincare diaplikasikan dalam trend ini.
Jurusolek selebriti dan duta jenama Chanel; Tasha Reiko Brown meramalkan bahawa pada 2023, trend solekan akan kembalikepadakecantikanbersahajasecarakeseluruhan sertamenekankantekstursemulajadiwajahdengantonayanglebihlembut.
Trend solekan sunburn blush juga diramalkan akan kembali muncul pada tahun hadapan. Trend ini pada awalnya telah tular dan ditonton hingga ratusan ribu kali di laman TikTok. Ia membantu membuat wajah kelihatan segar dan kemerahan seperti kulit yang terdedah kepada matahari. Soleken ini disukai ramai karena dapat menonjolkan kecantikan kulit semula jadi dan tampak seperti ‘bercahaya’.
Seterusnya, menurut penata rias selebriti Jamie Greenberg; ramai orang ingin bereksperimen menggunakan pemerah pipi sebagai pengganti bronzer pada dahi, tulang pipi dan bahagian pelipis mereka pada tahun hadapan.
Seperti yang dipetik dari Instyle, penata rias selebriti Jo Baker berkata trend teratas yang akan muncul pada 2023 akan banyak bermain dengan tekstur, kilauan dan perhiasan. Solekanjenis inimungkinkelihatanagakberlebihan,tetapi ia dijangkakan akan tular padatahun2023.AliransolekanpermatajugabanyakdipengaruhiolehsiriTVremajaHBO iaituEuphoria.
Joe Baker menambah: “Permata adalah cara terbaik untuk mengekspresikan personaliti yang unik dan menambah kilauan yang menarik, sambil mengekalkan rupa yang elegan pada tampilan apapun.
Trend ini pada awalnya dipopularkan oleh Kendall Jenner pada Met Gala 2022. Trend bulu kening yang dilunturkan dianggap mampu menambahkan ‘getaran fesyen tinggi’ pada keseluruhan personaliti sambil menyerlahkan solekan mata. Model terkenal Bella Hadid tidak ketinggalan mengikuti trend ini.
Dengan ‘menghilangkan’ kening, ia menghasilkan lebih banyak kanvas kosong untuk semua jenis solek mata tanpa had. Penata rias Nick Lujan turut mengesyorkan untuk menggunakan concealer dan berus kening bagi melunturkan kening anda dan menggayakannya ke arah pertumbuhan rambut.
Gincu ‘berani klasik’ ataupun bold lips dijangkakan akan lebih menonjol pada tahun 2023 berbanding sekarang. Keita Moore, penata solek terkenal dan duta jenama Maybelline berkata kepada Instyle, “Saya menggunakan warna bibir yang lebih gelap dan berani serta kurang menggunakan produk untuk kulit muka. 2023 adalahmengenaipopwarna (2023 is all about a pop of color)”.
Cara masak makanan bukan semuanya memerlukan minyak masak sepenuhnya. Dengan keadaan kenaikan harga minyak masak, kita perlu kreatif dalam menyediakan hidangan makanan untuk seisi keluarga.
Ayam mahal, minyak mahal, maka kita makan kentang bakar sahajalah. Kita guna air-fryer atau oven untuk buat hidangan ini. Mudah, tapi anak-anak pasti suka. Sesuai buat kudapan.
½ kg kentang kecil
1 sudu besar empingan cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil daun parsli kering
1 sudu kecil daun basil kering
3 sudu besar minyak masak
2 sudu serbuk keju parmesan
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
2. Agar cepat empuk, potong kentang kepada 2 atau 4 bahagian, basuh dan rebus. Terpulang pada kalian nak kupas kulitnya atau tidak, tapi pada saya kulit itu yang akan buat sedap nanti.
3. Setelah kentang empuk, tos kentang, dan masukkan dalam mangkuk. Taburkan rempah ratus kita tadi serta minyak masak ke atas kentang. Saya gunakan minyak rendaman tomato (masakan sebelum ini).
4. Minyak rendaman tomato bakar itu akan menyedapkan lagi kentang kita ini.
5. Susun kentang, kulit di bahagian bawah. Jangan letak banyak sangat nanti tak garing luaran kentang itu.
6 Set suhu sekitar 120-150°C dan masa 15-20 minit. Sejujurnya, hasil gorengan air fry tak sesedap deep fry, tapi apa boleh buat, keadaan memaksa. Kena jimat minyak masak.
7.Ini hasil selepas 20 minit. Belum cukup garing. Kita terbalikkan kentang ini. Nak kulit dia pula garing. Biar luarnya rangup dan berempah, dan dalamnya empuk-empuk manis.
8. Kali ini kita set 200°C untuk 10 minit. Jika tak ada air-fryer atau oven, boleh goreng tohor (pan fry) guna kuali leper. Cuma kena rajin balik-balik kentang agar tak rentung.
9. Inilah hasilnya. Nampak menyelerakan. Sudah boleh dihidangkan tapi saya terbalikkan semula, dan tambah lagi 5-10 minit untuk dapatkan kerangupan yang saya mahukan.
10. Letak atas pinggan, tabur keju parmesan sikit, hias dengan tomato ceri, dan hidang dengan mayonis atau sos kegemaran kalian. Gurih! Pedas, masin, manis dan berlemak.
Penyanyi dan pelakon kesayangan ramai, Ziana Zain berkongsi tentang masalah gastrik yang dihadapinya semenjak tahun 2018 di laman sosialnya.
Menerusi akaun Instagram milik pelantun lagu Puncak Kasih ini, Ziana Zain memuat naik sebuah gambar bersama Dr. Mustafa Mohammed yang menggalas tanggungjawab untuk membuat pemeriksaan lanjut terhadap penyakit gastrik yang dihidapinya sejak sekian lama.
Tambahnya lagi, sejak tahun 2018 lagi, perutnya rasa tidak selesa, rasa angin dalam badan membuatkannya sukar untuk bernafas, kesukaran untuk tidur malam sehingga terpaksa melakukan pememeriksaan jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Hal ini menganggu urusan harian kerjanya sendiri.
Setelah melakukan pemeriksaan dengan terperinci bersama Dr. Mustafa Mohammed, pelakon yang pernah popular dengan filem Maria Mariana ini disahkan menghidapi masalah gastrik.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai terutamanya para peminatnya yang mendoakan agar Ziana Zain mendapat kesembuhan dengan segera.
Team Hijabista juga turut mendoakan agar Ziana Zain diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan oleh-Nya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.