Pengambilan Vitamin dalam kehidupan seharian dapat membantu untuk menambah baik keadaan badan dan membantu menyokong keperluan metabolisma individu tersebut.  Tetapi, tahukah anda vitamin juga mempunyai tarikh luput yang tidak tahu sama ada boleh dimakan lagi atau tidak?

Kebanyakan mereka yang mudah sakit, tidak asing lagi dengan pengambilan vitamin. Ini untuk mengekalkan antibodi anda bertambah lebih baik. Ramai pasti tertanya adakah boleh dimakan atau tidak. Jawapannya adalah ya dan juga tidak. Bagi vitamin luputnya tidak sama dengan makanan yang anda makan.

Secara aslinya, makanan yang luput sudah tentu tidak selamat untuk dimakan. Oleh sebab itu, ada yang sakit perut apabila makan makanan yang sudah tamat tempoh. Bagi vitamin pula, walaupun luput ia tidak akan mengandungi bahan toksik ataupun beracun. Sebaliknya, vitamin tersebut akan kurang berkesan atau tidak efektif dalam segi kesannya. Ini adalah disebabkan oleh bahan atau ramuan yang terdapat di dalam sesuatu produk vitamin akan beransur terurai dan menjadikan ianya tidak efektif.

Artikel Berkaitan: ‘Mood Off’ Tanda Badan Kurang Vitamin C, Pakar Saran Faham 6 Manfaat Lain Yang Mengejutkan.

IKLAN

Menurut pengarah perubat di Syarikat Megafood, terma tarikh luput pada produk vitamin bukan bermaksud ia akan menjadi toksik atau racun selepas tarikh itu. Malah, ia akan menjadikan produk tersebut kurang kandungannya selepas tamat tarikh luput. Ketahanan suatu produk vitamin adalah selama 2 tahun. Ia mengikut juga jenis vitamin dan keadaan penyimpanannya.

Kebanyakan orang akan menyimpan vitamin mereka di dapur atau di dalam bilik tidur supaya mudah untuk di akses dan diingati. Kaedah penyimpanan terbaik untuk vitamin anda adalah di tempat yang kering dan sejuk. Terdapat juga vitamin yang tidak stabil di letakkan pada suhu bilik. Peti sejuk merupakan tempat penyimpanan yang dapat memanjangkan hayat produk vitamin itu. Antara vitaminnya adalah:

IKLAN
  • Minyak ikan
  • Vitamin E
  • Vitamin D
  • Probiotik

Jadi, adalah selamat pengambilan vitamin yang sudah luput?

Jika anda mengambil juga, kebarangkalian untuk memudaratkan tubuh badan anda adalah sangat kecil. Akan tetapi tidak digalakkan. Walaupun tiada kes yang melaporkan seseorang itu meninggal dunia akibat pengambilan vitamin yang tamat tempoh. Oleh itu, ianya bergantung kepada kaedah penyimpanan dan pendedahan vitamin. Ia mungkin akan membahayakan vitamin tersebut. Jangna bagi ia terdedah kepada kelembapan dan menjadi kulat.

IKLAN

Artikel Berkaitan: Manfaat Kapsul Vitamin E Dalam Pelbagai Cara, Bukan Sekadar Suplemen Harian.

Vitamin yang telah tamat tempoh pasti tidak akan memberi keberkesanan yang tinggi berbanding dengan vitamin yang masih belum luput. Jadi, cadangan terbaik untuk anda mengatasi masalah ini adalah beli vitamin dalam kuantiti yang sedikit dan ianya tidak membeli secara pukal untuk kegunaan sendiri. Walaupun tiada kesan yang buruk, cuba jauhi tabiat makan vitamin yang sudah tarikh luput takut memberi kesan masa akan datang.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=3LTjguQyQ0I

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI