Salah seorang selebriti yang gemar berdakwah melalui laman sosial adalah Heliza Helmi. Ada sahaja post berunsur nasihat atau ingatan kepada followernya yang berjumlah 2.1 juta ini. Dan setiap kali post seperti itu akan mendapat reaksi positif dari netizen.
Cara hidup yang pantas seperti hari ini menyebabkan semua maklumat boleh disebarkan dengan cara paling mudah. Dalam satu posting, Heliza memberitahu bahawa dirinya bukan mahu menjadi sehebat Siti Khadijah atau setaqwa Aisyah juga setabah Fatimah. Tetapi dia hanya wanita yang memiliki cita-cita menjadi wanita SOLEHAH.
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Memang tinggi keinginan Heliza yang mahu menjadi wanita Solehah yang memang menjadi DAMBAAN setiap wanita. Justeru dia tidak putus-putus sering memberi nasihat atau ingatan kepada ‘follower’nya kerana itu adalah sebahagian ibadah yang cukup murni. Selain memberi ingatan berbentu doa, Heliza juga turut mengingatkan followernya agar tidak lupa membaca surah AL-MULK sebelum tidur.
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Apa agaknya kelebihan surah ini yang sering diingatkan oleh Heliza dan ingatannya ini mendapat reaksi cukup positif dari netizen. Malah ada yang mengucapkan terima kasih kepada Heliza yang sering mengingatkan mereka untuk membacanya dan hanya Allah yang dapat membalas setiap jasannya.
@iamyanayunos Alhamdulillah, Setiap Hari sebelum tdo sy sllu dgr.. n Amalkan
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Ads
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadith hasan)
Hadith ini menunjukkan kelebihan surah “Tabaraka”. Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari.
2. Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah SWT mempunyai berbagai-bagai faedah dan rahmat kepada orang yang membacanya dan mengamalkannya seperti penawar kepada penyakit tertentu dan lain-lain.
Dahulu, namanya pernah terpalit dengan kontroversi apabila acapkali diuji dengan kegagalan dalam sebuah perhubungan. Dua kali gagal perkahwinan dan pernah putus tunang, usahawan kosmetik Joy Revfa percaya setiap ujian yang ditetapkan Allah untuknya pasti terselit sebuah hikmah.
Malah, ujian getir yang diterimanya, sedikit pun tidak melunturkan semangatnya. Sebaliknya dia akur dengan ketentuan Ilahi serta tidak mengalah untuk kembali bangkit, tidak berputus asa apatah lagi mengalah dalam perjalanan hidupnya.
Kini Joy Revfa atau pemilik nama penuh Siti Arifah Mohd Amin terus melangkah ke hadapan dengan memfokuskan bisnes yang dimiliki serta memberi sepenuh perhatian kepada anak tunggalnya, Muhammad Arryan Firdaus yang kini berusia sembilan tahun.
“Perceraian dengan bekas suami menerusi perkahwinan kedua sudah hampir enam tahun. Perkahwinan pertama pun bertahan dua tahun.
“Saya terus bangkit dan segera move on demi anak tunggal. Malah perasaan itu turut didorong keinginan yang sangat kuat dan rasa bertanggungjawab nak membantu lebih ramai wanita termasuk ibu tunggal seperti saya di luar sana lebih berjaya,” katanya
Sekadar info, jelitawan berusia 36 tahun ini merupakan pemilik empayar perniagaan jenama MERVE Cosmetics Malaysia yang berdaftar di bawah nama MERVE Group Holdings Berhad.
Jelasnya lagi, tidak wujud istilah serik untuk berkahwin lagi, kerana itu semua adalah ketentuan ilahi.
“Sekarang saya merupakan tunang kepada Adrian Yeah, dalam masa sama bercinta dengan perniagaan saya lebih menenangkan. Saya bahagia dengan menumpukan sepenuh kudrat dan hati ini kepada syarikat dan anak. Jodoh milik Allah!”.
Bagaimanapun, selepas ini Insya-Allah saya terbuka menerima jodoh ditipkan Allah kepada saya. Tak ada istilah serik. Manusia dilahirkan berpasangan. Saya tak menolak fitrah itu. Kita hanya mampu merancang, selebihnya ketentuan Tuhan.
Jelas Joy lagi, dia kini tidak mahu memandang kembali masa lalu, serta enggan terlalu larut dibuai perasaan cinta. Joy Revfa mahu terus bangkit membina empayar niaganya. Baharu sahaja melancarkan JOYLIPOP 2 dalam 1, iaitu produk penjagaan bibir dua fungsi.
Dimana terdapat Treatment Lip Butter berbentuk half moon dan Glam Lip Cream yang sangat cantik apabila dioleskan pada bibir.
Jadi jelas penjagaan bibir yang diketengahkan ini menjadi kelainan dan obsesi terbaru produk syarikat saya. Tanda pagar #joylolipop mengiringi kehadiran dan penerimaan produk itu yang mampu menzahirkan bibir sensual kemerahan, sihat, licin dan lembut,” kata Joy Revfa penuh semangat dan kini tak menang tangan menguruskan perniagaannya.
Untuk rekod, Joy Revfa kini sedang menjalani hubungan hati dan sudah pun bertunang dengan seorang jejaka cina muslim yang dikenali sebagai Dr Adrian Yeah. Mereka mula berkenalan sejak Februari lalu sebelum memutuskan mengikat tali pertunangan pada Mei 2023.
Aurat merupakan sebahagian anggota badan yang diharamkan untuk dibuka atau dipamerkan, samada lelaki ataupun perempuan. Dalam erti kata yang lain, aurat adalah anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan kepada yang bukan mahram melihatnya. Kewajipan ini adalah sebagaimana sabdaan Allah SWT di dalam Al-Quran:-
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.
(Surah Al-A’raf: 26)
Menutup aurat adalah satu daripada fitrah bagi kejadian manusia. Disebabkan itu, dulu-dulu Nabi yang pertama dahulu, Nabi Adam A.S dan Hawa apabila terdedah aurat baginda akibat termakan buah khuldi yang dilarang Allah SWT, lalu mereka menutupnya dengan daun-daun dari Syurga. Kisah ini dirakamkan Allah SWT di dalam Al-Quran:-
Maksudnya:- Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).
(Surah Thaha, 121)
Pada hakikatnya, manusia akan mempunyai perasaan malu jika bahagian tertentu dipertontonkan kepada khalayak ramai. Sebab itu, menutup aurat amat berkait rapat dalam cerminan keperibadian seseorang. Bahkan ia berkait rapat kepada maruah dirI. Ini kerana jika tercemar maruah diri maka hilang harga diri insan tersebut.
Untuk menjawab persoalan ini, adalah lebih baik kita melihat asal-usul dan sejarah ringkas berkenaan isu ini. Melihat kepada ringkasan fakta sejarah terdahulu, seluar panjang merupakan pakaian yang dipakai oleh para pendekar wanita ketika bertempur pada zaman kekuasaan Greek. Sebuah artifak yang dijumpai dan dipercayai dibina pada tahun 470 sebelum masihi ditemui dengan telakarnya gambar pendekar wanita yang lengkap dengan busana perang dan berseluar panjang. Bahkan, terdapat 2 helai seluar yang dijumpai tertanam bersama di dalam perkuburan penungang kuda daripada kalangan lelaki dan wanita di Tarim Basin, China yang dipercayai ditanam semenjak tahun 1200 sehingga 900 sebelum masihi[1].
Jika diperhatikan, seluar telah lama wujud menerusi fakta-fakta yang telah dinyatakan. Pada waktu yang sama di zaman Nabi SAW, seluar juga merupakan perkara yang dibincangkan sepertimana yang ternukil di dalam kitab-kitab fiqh. Seperti contoh sebagaimana sebuah hadis, Nabi SAW pernah terlibat dalam urusan jual beli seluar bersama seorang sahabat:-
Maksudnya: Hadis yang diriwayatkan oleh Malik bin Umair menyatakan bahawa:- “Aku membeli daripada Rasulullah SAW seluar sebelum hijrah, maka ditimbangkan dan diberikan kepadaku.
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)
Begitu juga, hadis berkenaan sahabat ketika menunaikan haji / umrah:-
مَنْ لَمْ يَجِدْ إِزَارًا فَلْيَلْبَسْ سَرَاوِيلَ
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.”
(Hadis Sahih Bukhari, No. 5804)
Bagi seluar jeans pula, sejarah utama penghasilan seluar panjang yang menggunakan jeans adalah khusus untuk digunakan kepada pekerja lombong emas dalam melakukan kerja-kerja berat. Ketika banyak lombong-lombong emas dibuka di California, Amerika Syarikat, fenomena tersebut telah menarik ramai pemuda untuk mencari emas. Namun begitu, mereka mempunyai masalah kerana seluar yang selalu digunakan sering kali terkoyak kerana kerja berat. Atas masalah itu, seluar jeans telah diciptakan oleh Levi Strauss dan Jacob Davis pada tahun 1873. Kain jeans adalah kain yang tebal dan amat sesuai untuk digunakan untuk membuat pakaian bagi kegunaan kerja-kerja berat dan lasak. Sehinggakan lama-kelamaan, seluar jeans telah menjadi tersohor dan diterima pakai oleh masyarakat sama ada lelaki mahupun wanita[2].
Seluar jeans tidak haram dan harus untuk dipakai. Tetapi ia boleh menjadi haram sekiranya ia tidak mengikut piawaan dan batasan yang telah ditentukan syara’ bagi lelaki dan wanita. Seperti contoh bagi lelaki dan wanita, haram memakai seluar jeans yang koyak di peha, betis atau dibahagian yang perlu bagi seorang muslim itu untuk menutup bagi menjaga auratnya.
Begitu juga, agensi fatwa Mesir, Dar al-Ifta’ Misriyah al-Fatawa menyatakan bahawa hukum wanita memakai seluar:-
جواز لُبْسه للمرأة، بشرط أن تتحقق فيه شروط الستر المطلوبة شرعًا
Maksudnya: Harus bagi wanita untuk memakai seluar, dengan syarat ia menutup aurat sepertimana yang dituntut oleh syara’.
Kedua, tidaklah memakai seluar jeans tersebut seperti “berpakaian tetapi bertelanjang”. Sabda Nabi SAW, terdapat dua kategori penghuni neraka yang belum pernah Nabi SAW melihatnya. Diantaranya adalah:-
Maksudnya: “Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (mereka memakai pakaian tetapi tidak menutup keseluruhan aurat), yang menarik perhatian orang untuk melakukan maksiat di samping dia sendiri melakukan maksiat.
Islam mengharamkan wanita memakai pakaian ketat yang boleh menampakkan bentuk badan atau pakaian yang nipis yang boleh menampakkan apa yang ada di sebalik pakaian itu, khususnya pada tempat-tempat sulit yang boleh menimbulkan fitnah diri kepada lelaki yang bukan mahram.
Ketiga, mengikut kaedah usul fiqh:-
اذا زال المانع عاد الممنوع
Maksudnya: Apabila sesuatu larangan hilang perkara yang dilarang padanya, maka ia kembali harus
Harus memakai pakaian yang berasal daripada orang bukan Islam yang tidak lagi menjadi sesuatu yang khusus bagi mereka setelah berlalunya suatu jangka masa yang tertentu disebabkan halangan telah tiada. Walaubagaimanapun, amalan yang terangkum di bawah kaedah ini hanyalah amalan-amalan yang berbentuk adat sahaja, manakala amalan ibadah keagamaan sentiasa bersifat khusus kepada penganut agama tertentu dalam apa bentuk sekalipun adalah haram bagi umat Islam memakainya. Maka atas sebab tersebut, adalah diharuskan bagi seseorang untuk memakai seluar jeans kerana seluar jeans tidak lagi menjadi syiar atau tasyabuh kepada pakaian orang kafir. Jika dilihat pada hari ini, seluar jeans merupakan seluar yang dipakai oleh masyarakat diseluruh dunia termasuk negara-negara Islam sama ada lelaki atau wanita.
Kesimpulan bagi kajian ini, kami berpendapat bahawa harus bagi seorang wanita memakai seluar jeans sepertimana yang telah dinyatakan. Namun begitu, pemakaian seluar tersebut haruslah terhindar daripada fitnah. Begitu juga tidak menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan seperti bahagian punggung yang mengundang perhatian hawa nafsu kepada mereka yang melihat.
Begitu juga, kami menasihatkan agar mengenakan baju atau jubah yang labuh dan longgar serta mampu menutupi sehingga ke paras lutut bagi menjaga kemaslahatan pada pemakai dan pada mereka yang melihatnya.
WalahuA’lam.
Sumber kredit: Mufti Wilayah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tular beberapa hari lalu tentang video prank di media sosial di mana seorang pempengaruh sanggup menekup sebiji kek pada muka seorang wanita. Ramai yang berang dengan adegan yang dia lakukan terhadap wanita itu.
Video yang dimuat naik oleh seorang pempengaruh itu telah pun meraih ramai perhatian orang. Difahamkan, ramai yang kurang bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut.
Hal ini menyebabkan pempengaruh itu di kecam teruk sehinggakan dia di tegur oleh selebriti tanah air kerana video ‘prank‘ itu sangat biadab. Tambahan lagi, di dalam video tersebut wanita itu datang bersama anak lelakinya yang berkerusi roda.
Tidak mendiamkan diri, pempengaruh itu juga turut di tegur oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan menjelaskan hukum ‘prank‘ atau bergurau menurut pandangan agama Islam.
Beliau menerangkan perkara itu di kuliah agamanya baru-baru ini dan mengharapkan jadi panduan buat semua pempengaruh serta ‘kaki prank‘ di luar sana yang ingin mencari konten yang menarik.
“Kita Islam ini yang terbaik. Serius pun Rasulullah, bergurau pun Rasulullah. Contoh terbaik adalah Rasulullah. Baginda bergurau tak macam kita bergurau,
“Kita macam orang hilang akal. Nak buat content, banyak view, yang haram pun haramlah.” katanya.
Kata beliau lagi, biarkan konten itu berlandaskan dengan keimanan serta mempunyai inti pati yang boleh memberikan manfaat buat orang ramai. Mungkin dalam masa yang sama boleh mendapat pahala dengan ilmu yang di kongsi.
“Sebab itu, apa jadi sekalipun, iman dan Islam jaga kita. Kamu layan TikTok, dengan iman dan Islam. Kamu layan Youtube, dengan iman dan Islam. Kamu buat content untuk Facebook, dengan iman dan Islam. Maknanya akidah tak lari, syariat kita betul,
“BUat content yang baik. Contohnya, kita pandai mencandat sotong. Hah, tunjuklah dalam video beberapa minit. Itulah caranya…buat yang baik,
Dalam kekalutan isu itu, pempengaruh itu tampil bersama wanita yang menjadi ‘mangsa’ untuk meminta maaf serta menjelaskan situasi yang berlaku. Katanya, itu semuanya merupakan lakonan semata-mata bagi sebuah program.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.