Umum sedia maklum bahawa dua pelakon popular, Aprena Manrose dan Nelydia Senrose mempunyai pertalian darah dan kedua-duanya adalah sepupu.
Malah, penampilan kedua aktres jelita yang kini tampil manis dan sopan dalam imej berhijab membuatkan mereka sentiasa menjadi perhatian ramai.
Nelydia Senrose Buat Hal, Sampai Aprena Tak Keruan!
Perkara itu dapat disaksikan, menerusi satu muat naik video di laman Tik Tok oleh akaun @miss_teera
Hantaran video berkenaan memaparkan pasangan sepupu itu sedang meluangkan masa bersama di sebuah kedai makan, sebelum Nelydia Senrose dan Aprena Manrose mula buat hal sehingga berjaya membuatkan netizen terhibur dengan gelagat kedua-duanya ketika bertemu.
Sedang asyik makan, Nelydia Senrose secara spontan telah menyuap sepupunya, Aprena yang berada disebelah. Gelagat mereka yang terakam oleh lensa kamera itu begitu mencuit hati wargamaya.
Mana tidaknya, adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu sempat buat hal dengan Aprena Manrose dengan membuat pelbagai gelagat dan mimik muka lucu, sehingga rata-ratavwarganet menyifatkan bahawa mereka adalah pasangan sepupu yang kelakar.
Ads
Apabila bertemu pasti ada sahaja perkara atau kelakuan lucu yang dicetuskan oleh mereka untuk mengamatkan suasana.
Meninjau ruangan komen pada hantaran video tersebut, Hijabista mendapati para peminat kedua-dua selebriti itu telah membanjiri ruangan komen dengan memuji kecomelan kedua-dua pelakon berkenaan.
Malah, rakaman video itu kink telah juga ditonton sermai 298.1k sejak ianya dimuat naik di laman Tik Tok semalam.
Cara hidup masa kini yang lebih menjurus ke arah barat dan moden mungkin punca kita selalu lupa dan alpa akan ajaran yang diajar oleh baginda Rasullullah. Sebenarnya Rasulullah banyak memberi contoh kepada kita tentang bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala. Ini merupakan cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.Setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ada tak yang mengalami masalah bintik atau kutil bawah mata? Bukan jerawat tapi kutil kolestrol. Memang sukar untuk hilangkan bintik putih bawah mata ni walaupun menggunakan pelbagai cara. Ia sukar hilang sebab jika puncanya timbul bintik ini tidak diketahui.
Biji kolesterol (lemak) atau xanthomas dan juga dikenali sebagai milia. Ia adalah lebihan lemak yang muncul di bawah kulit. Semua orang berpotensi untuk mendapat biji kolesterol ini termasuklah kanak-kanak mahupun orang dewasa, perempuan ataupun lelaki.
Xanthomas boleh muncul di mana-mana sahaja pada badan tetapi biasanya terdapat pada siku, lutut, tangan, kaki, sendi, dan punggung. Namun, biasanya ia terjadi di bawah mata atau spesifiknya dikenali sebagai xanthelasma palpebra.
Ramai yang mula-mula salah anggap itu ialah jerawat. “Jerawat nasi” sebab halus dan berwarna putih. Memang siapa yang ada bintik putih bawah mata itu tandanya badan anda terlebih kolestrol jahat.
Individu yang tidak mempunyai bacaan kolesterol yang tinggi pun boleh menghadapi biji kolesterol jenis ini. Tanda-tanda tahap kolesterol tinggi dalam badan ialah munculnya biji lemak di bahagian mata atau muka.
Ada tak yang mengalami masalah ini? Cuba belek muka sendiri? Mesti mencari cara untuk mengatasi dan menghilangkan bintik kolesterol yang mencacatkan rupa wajah. Bintik kolesterol terjadi apabila terdapat lebihan lemak yang terbina di bawah kulit.
Masalah kolesterol tinggi memang agak membimbangkan kerana banyak penyakit berpunca dari kolesterol tinggi ini. Masalah ini tidak semestinya dihadapi oleh orang gemuk sahaja malahan orang yang kurus juga berisiko mengalami masalah kolesterol jika cara pemakanan tidak dijaga.
Kolestrol Jahat ialah kolestrol yang tidak diperlukan oleh badan dan dikenali sebagai LDL. Kolestrol baik dikenali sebagai HDL.Contoh makanan yang perlu dikurangkan ialah daging, majerin dan dessert yang manis-manis.
Banyakkan makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran kerana ia boleh membantu mengurangkan kolestrol dalam badan kerana kandungan fiber. Digalakkan ambil buah segar dan jus buahan tanpa campuran gula. Tingkatkan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan paras lemak baik seperti kekacang, avocado, olive oil. Pengambilan yang teratur untuk membantu turunklan paras kolestrol.
Contoh paling senang, Ikan. Tingkatkan pengambilan ikan. Ikan yang katanya Omega 3 tinggi ialah ikan keli. Ikan laut pun boleh. Cuma risaukan logam2 berat yang terdapat pada sisik ikan pulak nanti.
Bawang putih terkenal sebagai anti-radang serta antibiotik semulajadi. Apabila badan kita tinggi kandungan kolestrol, badan akan mudah mempunyai radang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seperti menjadi trend ramai di kalangan hijabi yang mengambil keputusan untuk berkahwin muda. Ia adalah satu keputusan yang baik memandangkan untuk mengelak diri dari melakukan kemaksiatan. Dan sebaik berkahwin kebanyakan pasangan akan tinggal di rumah keluarga suami atau mentua untuk sementara. Ada baik dan buruk tinggal dengan mentua kerana ada yang boleh ‘ngam’ dan ada juga sebaliknya. Perkongsian seorang kaunselor atau ahli psikologi ini berkongsi pandangan mengenai satu pertanyaan kepadanya baik buruk tinggal dengan mentua.
Jujur, sya banyak terima msg utk minta ‘pandangan’ tapi jarang2 nak screenshoot utk share melainkan sya rasa “Ok. Ni boleh share”.
Banyak2 orang inbox, sya pilih topik ni utk menulis. Alasannya sebab sya sendiri pun berada di tempat yang sama iaitu “duduk rumah mentua”. Cerita di atas panjang tapi sya pendekkan. Ambil ‘point’ sja.
Untuk soalan di atas, jawapannya adalah “TIDAK SALAH SAMA SEKALI”.
Setiap manusia mempunyai matlamat dan falsafah hidup mereka sendiri yg mana TIDAK ADA SESIAPA BERHAK untuk menentukan NILAI DIRI MEREKA dalam orang lain ! Melainkan orang itu mengidolakan. Itu pun kerana mereka berkongsi ‘nilai’ yang sama. Ya lah, Lain padang lain belalangnya.
Jangan kerana pandangan orang lain yg berbeza pendapat menyebabkan kita merasa kita ‘berdosa’ atau ‘bersalah’ memilih jalan yg kita pilih. Manusia sentiasa bercakap tentang orang lain kerana mempunyai sikap prejudis yg selalu menganggap diri mereka itu ‘lebih baik dari orang lain’. Sedangkn dalam hidup seseorang, yg menentukan ‘baik atau buruk’ adalah hasil pilihan kita sama ada mendapatkan ‘manfaat atau mudarat’.
MANFAAT bermaksud, sejauh mana kebaikan yg kita dan sejagat boleh dapat jika kita memilih ‘jalan’ tersebut manakala MUDARAT pula, jangan sampai keputusan itu memberi impak yg lbh banyak buruk, dan menyakitkan diri kita sehingga tak tertanggung. Hidup yg seimbang adalah persepsi yg baik dan mampu memberi kebahagiaan bukannya krn idea 1 org diambil sehingga menyebabkan kepincangan.
Dlm kisah ini, bg kak Jia.. adik sudah melakukan tugas dgn baik. Menjaga mentua yg lbh memerlukan anaknya di sisi disamping adik sdri byk berkorban demi kebahagiaan org lain. Allah permudahkan setiap insan yg mempermudahkan org lain. Dia juga turut memesan jangan ambil kisah sindiran dari ipar duai kerana apa yang penting Allah telah memberi ruang untuk berbakti.
Jangan kisah apa yg disindirkan oleh ipar2, mereka sendiri tidak mampu menjaga ibu yg melahirkan mrka sebaik adik. Kalau kak Jia, hal itu paling dibanggakan dan Alhamdulillah Allah memberi ruang buat kita utk berbakti. Rahmat Allah swt terlalu luas, hari ini kita memberi bakti pd org tua, esok2.. anak kita akan mengutamakan kita pula. Allah tidak pilih kita di sini melainkan RAHMAT YG BANYAK.
@azninzainalYa Allah kak jia.. Sgt2 memberi inspirasi sbb saya pun ddk dgn mertua..
@zaniraermaTq k. Jia krana mnulis ssuatu dgn pndangan positif,.sntiasa positif sbnarnya,. Sy sgt suka,. Btl,. Kerana jika kita diberikan rezeki panjang umur,. Kita pun akan menjadi seorang mertua satu hari nnti,. Mngkin dengan berkat berbakti kepada mertua,. Anak mnantu kita pun akn berbakti kepada kita di kemudian hari,. Syukur,. Kerana Allah memilih kita utk mnjadi insan yg brtuah itu,. Sy Sayang kak jia kerana Allah,. Wlaupun kita x pernah jumpa
Lama sya tak menulis. Mungkin hebat cinta Ibrahim sampai sya terlalu fokus padanya. Beberapa followers #darimatahatiku siap inbox di IG dan FB minta sya menulis. Katanya rindu.. dan ada tulisan yg mengubah persepsi hidup mereka.
Sya menulis sekadar suka-suka, sekadar menterjemahkan ‘akal dan hati’, manalah tahu ada ‘jenis’ sya dalam IG ni. Tak sangka tulisan sya memberi banyak impak pd kehidupan orang lain. Bukan sya pandai menulis, melainkan semua ini pinjaman nyata dari Allah swt. Cita-cita sya cuma 1, semoga ia memberi banyak manfaat pd saya dan ummah. Inshaa Allah, Amin
Usia sya tahun ni akan masuk 33 (bulan april nanti), inshaa Allah. Sepanjang sya hidup.. satu benda yg sya belajar : TIDAK ADA YG KEKAL. Bukan sja benda tapi MASALAH HIDUP. Bahkan Allah pasti hadirkan setiap masalah dengan penyelesaian yg akhirnya sangat cantik lebih dr apa yg kita idamkan.
1 benda sja sya amalkan jika bermasalah : sya baca SURAH AN INSYIRAH. Dalam surah tu, ayat 5-6 adalah favourite sya. Allah JANJI “setelah kesusahan, pasti ada kemudahan”. Jadi, sya selalu yakin.. Setiap SUSAH yg Allah berikan sebenarnya ada HADIAH terbaik dipenghujung nanti. YA ! Sudah sekian kali terbukti. Sehingga sya sendiri malu dgn tuhan kerana sering BERSANGKA BURUK terhadapNya tetapi Dia sering beri yg INDAH pula.
Kita selalu mendengar setiap kali penceramah agama akan kata : “YANG BAIK DATANG DARI ALLAH, DAN YG BURUK ITU DARI KELEMAHAN SYA SEBAGAI MANUSIA”
Ambil iktibar dari perkataan itu. Apa pun bentuk ujian, ketika kita masih dalam kemelut.. kita tidak memahami keadaan itu. Ia akan jadi terlalu berat dan penuh dgn tanda tanya. Namun, apabila ia berakhir dan dihadiahkan hikmah yg cantik. Betapa kita bersyukur pd Allah ats ujian tersebut.
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.