Orang ramai digalakkan tidak lagi berjabat tangan sebaliknya disarankan ‘salam siku’ untuk mengelakkan penyebaran kuman berikutan kes jangkitan koronavirus (Covid-19) yang semakin meningkat di seluruh dunia.
Lapan negara telah mula mengaplikasikan salam siku ini iaitu China, Perancis, Australia, Brazil, Jerman,WHO, Romania dan Emiriah Arab Bersatu.
Cara baharu untuk menyapa antara sama lain itu mula menjadi ikutan selepas insiden Canselor Jerman, Angela Merkel menghulur tangan untuk bersalaman ditolak oleh Menteri Dalam Negeri, Horst Seehofer ketika kejadian pada Isnin lalu.
Bagi sesetengah pihak, ia mungkin kelihatan seperti satu tindakan biadab, namun Merkel berpendapat ia adalah perkara betul yang perlu dibuat.
Ads
Ketika berjabat tangan, individu memindahkan dua kali ganda jumlah bakteria berbanding ‘fist pump’ atau ‘high-five’.
“Kajian mendapati kita membawa 3,200 bakteria daripada 150 jenis spesies berbeza pada tangan kita dan secara purata kita akan bersalaman sebanyak 15,000 kali sepanjang hidup,” kata Pengarah Pendidikan Perubatan di Anglia Ruskin University di United Kingdom (UK), Nicky Milner.
Ads
Di Itali, Menteri Kesihatan, Olivier Veran juga menasihatkan orang ramai supaya tidak berpeluk atau bercium sebagai langkah membendung penularan wabak tersebut.
Sementara itu, Pengarah Penyakit Pandemik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Sylvie Brand cuba menyokong ‘salam siku’ menerusi Twitter ketika beliau mengulas tentang cara menyapa yang selamat.
Salam siku atau elbow bump mula diguna pakai oleh rakyat Liberia ketika serangan wabak Ebola selepas doktor mendakwa 80 peratus daripada selesema, demam dan jangkitan pernafasan disebarkan melalui tangan.
Sumber kredit: Sinar Harian dan Agensi
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kenaikan harga minyak masak di pasaran ternyata memberikan satu ‘tamparan’ hebat kepada ramai pengguna. Minyak masak seperti yang kita ketahui adalah satu keperluan dalam kehidupan harian masyarakat kita.
Disebabkan kenaikan harga minyak masak di pasaran, peniaga mungkin akan mengulang pakai minyak masak berkali-kali. Keadaan ini tentunya tidak bagus untuk kesihatan.
Ikuti ulasan Che Puteh Osman yang merupakan seorang ahli kimia.
Minyak masak makin mahal, boleh ke bersihkan dengan tepung dan guna semula banyak kali? Guna tepung boleh menjernihkan minyak, dan nampak lebih menyelerakan.
Tetapi pemanasan berulang kali boleh menghasilkan hidroperoksida dan aldehid yang toksik. Selain itu, radikal bebas (reactive oxygen species-ROS) juga terhasil.
Pemanasan berkali-kali mengaktifkan pelbagai tindakbalas kimia yang menghasilkan pelbagai bahan yang berbahaya.
Penggunaan berkali-kali menyebabkan minyak bertambah gelap, berbuih, lebih pekat dan baunya berubah.
Bahan ini masuk melalui makanan yang kita ambil dan diserap melalui saluran usus.
Penggunaan minyak yang dipanaskan berkali-kali meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular, dan meningkatan risiko penyakit seperti kanser.
Sebab inilah kenapa anda kena selalu makan di rumah, dan elakkan memanaskan minyak sayuran seperti minyak sawit berkali-kali.
Minyak sayuran tidak terhad kepada minyak sawit, minyak soya, minyak zaitun dan minyak jagung juga sejenis minyak sayuran.
Bezanya minyak sawit lebih stabil pada suhu tinggi, dan tidak meninggalkan bau ketika menggoreng pada suhu tinggi.
Ini bukan bermaksud minyak sawit boleh digunakan banyak kali.
Nampaknya kita kena mengubah cara kita memasak, contohnya goreng kilas (stir fry), rebus, panggang atau menggunakan air fryer.
Elakkan pemanasan berkali-kali atau memanaskan minyak sehingga berasap.
Nota kaki: Cok cempedak tetap sedap disalut tepung beras dan digoreng. Tak masak nanti kembung pula perut. Ini semua salah oligosakarida! Tak raffinose, stachyose atau verbascose.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siti Ameera Liana Ahmad Kamal telah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia setelah berjaya meraih ijazah kelas pertama dan pingat pencapaian di The University of Edinburgh, Scotland. Gadis ini bukan sahaja cantik, malahan dia juga cemerlang dalam pelajaran.
Menerusi laman profil LinkedIn Ameera, dia telah berkongsi rasa bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang sering memberikan sokongan.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya, Dr Jonathan Shek, atas bantuan dan sokongan berterusan sepanjang tahun. Beliau merupakan penyelia yang sangat baik dan telah menyokong saya hingga akhir. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pemeriksa saya, Dr Paul Judge, atas maklum balas dan idea yang membina untuk memastikan saya berada di landasan yang betul.”
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada MARA kerana telah merealisasikan impian dan memberikan peluang buat saya untuk belajar di sebuah universiti terkemuka dunia.”
“Tidak ketinggalan juga buat kedua ibu bapa saya, keluarga dan sahabat-sahabat yang tidak putus memberikan sokongan,” jelas Ameera.
Meninjau di ruangan komen profil LinkedIn Ameera, ramai yang mengucapkan tahniah dan turut bergembira atas kejayaannya. Rakan-rakannya turut berbangga dengan kejayaan gadis itu.Kisah kejayaan Ameera juga telah dikongsikan di laman muka bukuSinar Bestari dan telah mendapat kesukaan sebanyak 8.7K. Perkongsian ini juga telah meraih banyak komen positif daripada rakyat Malaysia.
“Congratulations to you, Ameera. We Malaysian, proud of your achievement. Keep continue your great work. May Allah bless you.”
“Wow congratulations. A great achievement. You have been a pride to all Malaysians. Do come back to serve our beloved country Malaysia.” begitulah coretan warganet buat Ameera.
Meraih keputusan cemerlang dan menerima anugerah terbaik akademik di universiti pastinya menjadi momen paling bermakna bagi mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Segalanya akan rasa berbaloi dari segi masa dan tenaga tatkala kejayaan telah pun di dalam genggaman.
Pelajar Malaysia yang merupakan seorang gadis kelahiran Sabah, Afiqah Izzati Sundusin mencipta sejarah sekaligus mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya menamatkan pengajian di sebuah universiti di Hungary dengan nilai gred kumulatif (CGPA) 4.99 (4.99/5.00) sehingga melayakannya dirinya menerima anugerah ‘top of cohorts’.
Gadis manis berusia 24 tahun ini turut menarik perhatian dunia apabila diktiraf sebagai pelajar Malaysia pertama menjadi wakil graduan berucap di acara penuh bermakna itu disaksikan ribuan graduan lain serta keluarga di University of Szeged.
Selain berjaya menarik perhatian ramai dengan kecemerlangannya itu, Afiqah Izzati turut membuatkan ramai terpesona dengan penampilannya ketika itu. Tampil manis dengan busana warisan suku Bugis iaitu baju Bodo atau turut dikenali sebagai baju Tokko.
Graduan kejuruteraan pertanian ini turut memilih untuk memulakan ucapan dalam bahasa Melayu.
“Ucapan pembukaan dimulakan dengan peribahasa ‘Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’ yang bermaksud kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa usaha. Peribahasa ini cukup signifikan dengan saya kerana kejayaan tidak datang bergolek tetapi selepas usaha, doa dan tawakal.
“Ada perkara tercapai dan ada perkara diingini tetapi tidak menjadi, namun itu bukan kegagalan sebaliknya cuba lagi dan berserah kepada Allah SWT. Memang banyak cabaran selama di sini (Hungary) tetapi itu tidak mematahkan semangat saya demi menimba ilmu,” ungkap Afiqah Izzati kepada Bernama.
Ditemani ahli keluaga, anak sulung daripada enam beradik ini percaya budaya dan identiti sebagai gadis Bugis serta rakyat Malaysia tidak akan pudar biarpun menetap lama di negara luar. Justeru, dia nekad memilih busana tradisi pada hari bermaknanya itu.
Keputusannya bersama keluarga untuk menggayakan busana Bugis mencetuskan minat ramai, tidak hanya di kalangan rakan-rakan bahkan turut mendapat liputan meluas media di Hungary.
“Saya bangga menjadi anak Malaysia (yang terkenal dengan) masyarakat majmuk selain turut sama bangga dengan warisan dimiliki. Saya memilih memakai baju tradisional ini bukanlah sekadar fesyen semata mata tetapi ini juga cara saya memperkenalkan keunikan kepelbagaian etnik di Malaysia kepada dunia.
“Baju rona hijau ini dengan kain, songkok recca, tali pinggang (pa’bekkeng) ditempah dari Indonesia. Penghantaran ke Sabah ambil masa dua minggu dan dijahit oleh penjahit tempatan di Sandakan. Proses keseluruhan membuat baju Bodo ini lebih kurang tiga bulan,” katanya.
Ketika ditanya perancangannya selepas ini, gadis kelahiran Tawau dan membesar di Sandakan ini berkata akan ke Switzerland bagi menjalani sesi ‘research intern’ di pusat penyelidikan di negara itu selama empat bulan bermula April hingga Julai.
“Saya berpeluang menimba pengalaman di Switzerland.Peluang ini tidak akan disia-siakan untuk melakukan yang terbaik,” katanya.
Menyimpan impian untuk bergelar saintis penyelidikan dan pembangunan pertanian, Afigah Izzati berharap kejayaannya itu menjadi inspirasi dan contoh terbaik buat adik-beradiknya.
Menghargai pengorbanan kedua ibu bapanya, Afiqah Izzati menjadikannya sebagai pegangan untuk terus berjuang menggapai impian.
Selain itu, dia turut berpegang teguh kepada pegangan agama.
“Jasa umi dan ayah cukup besar. Mereka banyak berkorban dan jika saya berasa ‘down’ saya akan kenang penat lelah mereka,” kongsi Afiqah Izzati.
Untuk info, bapanya merupakan pegawai kesihatan persekitaran di Sandakan manakala ibunya adalah pengurus di syarikat berkaltan kerajaan.
Afiqah Izzati sebelum ini mendapat pendidikan rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pui Gin dan kemudiannya menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan.
Afiqah Izzati kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi Sains Pertanian di Universiti Putra Malaysia.
Semoga Afiqah Izzati terus berjaya dalam bidang yang diceburi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tester lipstick boleh tercemar dengan bakteria dan virus seperti HSV-1. Ketahui risiko sebenar, fakta saintifik serta cara lebih selamat mencuba lipstick sebelum membeli.