Sebelum Syawal tempohari, kita dikejutkan dengan kehilangan salah seorang blogger cukup popular, Shea Rasol. Dia meninggal dunia pada hari Jumaat yang mulia akibat kanser. Ramai yang bersedih dengan kehilangan blogger ini yang disifatkan sebagai seorang insan yang sangat baik, peramah dan mudah mesra. Salah seorang yang cukup rapat dengan Shea Rasol adalah rakan blogger juga Nisa Kay. Hubungan mereka cukup rapat dan Nisa akui cukup terkesan dengan kehilangan arwah.
Sebelum itu sewaktu kehilangan Shea Rasol, dalam satu tulisan dalam laman sosial instagram, Nisa menganggap Shea Rasol seperti saudaranya sendiri memandangkan dia tidak mempunyai adik perempuan kerana anak perempuan pertama dalam keluarga.
A post shared by Nisa Kay : Putewi Hensem (@nisa_kay) on
Walaupun mereka hanya bertemu pada acara tertentu atau jika ada undangan media tetapi Nisa menganggap Shea Rasol sebagai kawan yang sangat baik. Dia turut berterima kasih pada arwah kerana menghabiskan masa bersamanya mendengar cerita lucu serta memberi nasihat yang baik sebagai seorang kakak. Yang juga turut mengawasi dan Nisa cukup beruntung dapat mengenali Shea Rasol.
Dalam satu temubual bersama HIJABISTA, apabila ditanya kenangan bersama arwah yang tidak dapat dilupakan, Nisa terkedu membaca soalan diajukan. Ini jawapannya.
Ads
“Oh. Terkedu kejap baca soalan ni. Sebak pun ada. Sebab arwah Shea Rasol sangat-sangat sweet, energetic dan ceria orangnya. Kita dapat lihat beliau layan semua kawan-kawannya dengan baik. Ternyata pemergian beliau sangat meninggalkan kesan.
“Antara kenangan manis kami bersama ialah bila berpeluang melancong ke Jepun dan juga Korea bersama rakan blogger yang lain. Beliau melayan dan sudi mendengar luahan Nisa. Arwah memang macam seorang kakak. Dia banyak bagi motivasi dan nasihat.
A post shared by Nisa Kay : Putewi Hensem (@nisa_kay) on
“Perwatakan arwah yang sangat ‘bubbly’ memang buat semua orang senang dengan dia. Banyak perkara yang berlaku sepanjang trip kami. Jadi apabila rindu pada keletah arwah, Nisa akan tonton semula video travelog kami.
Admin begitu tersentuh mendengar luahan hatinya dan dapat rasa kerinduan Nisa Kay pada temannya yang kini sudah menemui PENCINTANYA. Semoga arwah tenang dan damai di sana. Al-Fatihah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kejayaan tidak akan datang dengan mudah tanpa sebarang usaha. Manisnya kejayaan itu akan anda rasai setelah anda bersusah-payah menempuh pelbagai dugaan serta onak dan duri.
Begitu juga dengan kejayaan gadis bernama Aina Fazlen yang berjaya meraih Anugerah Naib Canselor, Anugerah Pelajar Terbaik Pengurusan Hartanah dan Anugerah Pencapaian Terbaik 4 Semestar. Tentunya ada pelbagai rintangan serta dugaan yang dihadapi olehnya.
Dari kaca mata junior Aina Fazlen bernama Akram, dia turut berkongsi kesusahan serta rintangan yang dihadapi oleh Aina Fazlen sebelum gadis ini berjaya meraih kejayaan seperti hari ini. Semoga ia memberi inspirasi kepada anda semua.
Untuk setiap kejayaan, akan ada story di sebalik tabir. Susah payah tu orang bukannya tahu. Yang orang nampak hanya kita sarung selempang gah kita masa majlis convo. Padahal sacrifice kita tu kemain dahsyat lagi. Allah je tahu.
Ini adalah kisah Aina Fazlen. Student UiTM Seri Iskandar.
Akak ni ialah senior aku. Kami belajar dalam Kursus Diploma Pengurusan Hartanah. Tujuan aku share tentang kejayaan Kak Faz ni sebab aku rasa cerita tentang kejayaan ni wajar dikongsi. Kita bagi ruang sikit untuk thread motivasi ececeh.
Aku tahu ramai yang nak dengar sendiri dari budak-budak convo yang dapat award, macam mana cara dorang handle life supaya dapat balance dengan social & academic life.
Lagi excited, Kak Faz ni jenis hijabistilister yang pentingkan imej & tak ketepikan akademik. To be honest lah kan, ini yg aku kagum sebenarnya. She manage to balance beauty management & score paling max in academic.
Bukan semua orang mampu buat macam tu. Like some people rather abaikan buku sebab sibuk pakai face mask highlighter so on.
Kak Faz ni aku dok peghati je dia masa aku first time jaga booth jual karipap pagi2. Dia memang jenis suka dress up yang on point. Sangat stylish & posh.
Kebetulan pulak, classmate aku rapat dengan Kak Faz. Classmate ni ceritalah yang Kak Faz ni memang jenis sangat rajin & selalu bantu kalau junior perlu bantuan tutoring.
Dia selalu bagi past year questions kat junior. Siap buatkan modul berserta jawapan lagi supaya junior senang rujuk. Terharu kan!
Berbalik kepada kisah selepas SPM, Kak Faz dilema sikit dalam pemilihan kursus untuk sambung kat U. Dia nak go for medic tapi takde rezeki. Dia nakkkk sangat tp dia terspoil SPM. Dia dapat upu TESL kat UPSI tapi hati kata tak mahu. Sudahnya, Kak Faz applylah second intake UiTM.
Diploma Pengurusan Hartanah ialah first choice Kak Faz. Cabarannya dekat sini bila netizen pandang rendah pada golongan second intake.
Second intake ni kononnya tak figure out life lg. Konon had no clue nak jadi apa. Bazir setengah tahun kan.
“I nak masa convo, I pakai selempang & make my parents proud.”
Itu je yg Kak Faz fokuskan. Bila dah tekad camtu, Kak Faz pun buatlah cliché, tampal gambar parents kat dinding bilik UiTM serta letak kata-kata semangat.
Bezanya kat sni, Kak Faz memang betul-betul tatap gambar parents untuk gain semangat. Bukan bazir letak gmbar passport parent tapi end up pandang pun tidak, semangat belajar ke laut tak timbul2. Mahal tau sekeping RM1.20.
Masa orang tidur, masa tulah Kak Faz bangun study. Aku selalu bangun pukul 4 pagi. Ingatkan tu dah cukup awal. Rupanya Kak Faz jauh lebih canggih dari aku.
Dia study pkul 3 pagi gais. Perit itu sementara tapi bila dah biasa, semua dipermudah. Cabaran kedua pula, Kak Faz ni ada satu penyakit yang dia je tau penderitaannya macam mana. Orang yang tak rasa tak tahu.
Dia setiap sem ada sakit perut yang extreme. Sakit punya sakit sampailah masa sem 5, dia kena operate. Ambulans datang UiTM ambil bawa pergi Hospital Lumut. Masa tu tengah final exam. Punyalah tragedi.
A day after operation, Kak Faz jawab exam dengan masih pakai ward punya tag. Bila cerita pasal sakit perut ni bukan yang sikit-sikit, tapi yang cukup untuk merosakkan beberapa minggu sebelum exam.
Jadinya, persediaan exam jadi merosotlah. Kawan Kak Faz yang tolong bacakan buku untuk Kak Faz. Kak Faz dengar sambil tanya-tanya untuk faham. Ada jugalah cirit-birit sampaikan paper Building Kak Faz tak baca pape langsung. Asyik menjenguk tandas dan mood belajar hilang sebab tak selesa.
Tapi bila Allah tu nak bantu, bila Dhuha menunjukkan functionnya, dengan izin Allah Kak Faz dapat score A+. Sebenarnya, untuk berjaya bukannya susah. Ada dah tersedia caranya.
Yang susahnya bila kita memilih untuk ikut semua atau hanya beberapa cara sahaja. Diri kita yang tahu apa kemampuan & sacrifice yang kita boleh buat. Cara nak berjaya ni cliche sangat gais. Tapi ramai yg deeeeegil.
Ramai yang nak sacrifice sikit, tapi nak hasil yg besar. Amal tips yang hanya nafsu kata ok. Tips keagamaan pandang sepi. So itulah gais. Nak berjaya perlukan sedikit pengorbanan.
Tidak kira apa jua panggilannya, tudung, selendang, hijab, ‘shawl’, penambahan aksesori ‘top to toe’ bukan sahaja mampu membuatkan anda tampil cantik kala menggayakannya, bahkan anda akan rasa hebat memakainya mengikut kesesuaian aktiviti harian.
Tetapi tunggu! Sebelum anda berputus asa dalam usaha untuk menggayakannya, admin tampilkan beberapa tip dalam usaha menggayakan barang-barang kemas dan perhiasan di samping mengekalkan imej berhijab!
Tika mengenakan hijab polos tanpa motif, gunakan skarf bermotif atau sebaliknya. Skarf biasanya digunakan untuk melengkapi tampilan hijab turban yang menghabiskan seluruh bahagian hijab di atas kepala. Dengan menggunakan skarf, bahagian leher dan dada mampu diselindungkan.
Tidak perlu merasa ragu-ragu untuk memilih aksesori kalung yang akan digunakan, hanya perlu sesuaikan dengan gaya dan acara yang akan dihadiri. Jika ingin bergaya secara kasual, padankan sahaja kalung dengan hijab berona cerah.
Tidak disangkal lagi peri pentingnya mengenakan kaca mata buat hijabi tika panas mentari memancar bumi. Namun tidak salah jika sesekali berfesyen, kaca mata memang mempunyai peranan yang penting untuk penampilan si manis hijabi.
Usai melilit hijab, gunakan pin pelbagai bentuk untuk disematkan di hijab bahagian sisi telinga agar terlihat kemas dan tidak terurai.
Pelbagai ajnas gelang, cincin dan jam tangan dapat digayakan untuk menonjolkan lagi penampilan. Pemakaian aksesori tersebut dapat menambah penampilan terlihat mewah.
Tas tangan ini merupakan suatu wadah atau tempat yang digunakan untuk meletakkan barangan supaya dapat dibawa ke mana pun. Dalam dunia fesyen, beg tangan mempunyai peranan sangat penting, dan sangat terlihat menonjol apatah lagi jika ronanya temerang.
Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia adalah untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.
Menutup aurat itu memang wajib ke atas semua wanita. Tetapi pernah tidak kita terfikir beberapa kesalahan yang tidak kita sedari dan sering dilakukan. Tiada guna mengenakan hijab jika masih lagi melakukan perkara sama. Jom, semak senarai di bawah ini dan barulah kita akan faham konsep sebenar menutup aurat itu. jangan kerana 15 kesalahan ini menyebabkan anda gagal melaksanakan hukum TUHAN.
Aurat itu bukan sekadar memakai tudung sahaja, tetapi hijabi perlu tahu batas-batas lain agar kita dilabel Muslimah sejati. Jangan nanti di kata ‘atas tutup, bawah pula terdedah’.
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Surah Al-Ahzab : 59]
“Aku perhati atau melihat dalam syurga, maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA”. [ Hadis Riwayat Bukhari]
Iman seakan-akan ‘menjerit’ apabila melihat mereka yang yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna. Jadi peringatan untuk wanita, tutuplah aurat anda dengan sempurna agar menjadi Muslimah sejati.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!