Sebut sahaja nama Shea Rasol, pasti semua mengenali blogger fesyen yang sentiasa menjadi bahan rujukan hijabi untuk bergaya.
Kami baru sahaja mendapat berita yang beliau telah pergi menghadap Ilahi sekitar jam 5 petang tadi.
Seperti yang kita ketahui, Shea didapati telah menghidap kanser sekitar hujung tahun lalu. Beliau telah berkongsi kisahnya di blog pada Februari 2017 namun tidak dinyatakan kanser apa yang dihidapinya.
Gelaran ‘Biduanita Negara’ yang diraih menjadi pengiktirafan terbesar bagi penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza Tarudin sepanjang 30 tahun penglibatannya dalam industri seni.
Bintang legenda kesayangan ramai ini dinobatkan dengan gelaran itu selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara pada majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan.
Lebih membanggakan, DS Siti Nurhaliza merupakan individu keempat yang menerima Anugerah Biduan Negara selepas Allahyarham Saloma (1978), Allahyarham Datuk Sharifah Aini (2006) dan Allahyarham Tan Sri SM Salim (2013).
DS Siti Nurhaliza tampil manis dan sopan dalam persalinan istimewa rekaan Ezuwan Ismail. Manakala wajahnya yang jelita dirias sempurna oleh jurusolek profesional tersohor, Epie Temerloh.
Tatkala berkongsi momen gembira itu dengan para peminat dan pengikutnya, platform media sosial milik penyanyi berusia 45 tahun ini dihujani ucapan tahniah serta pujian.
“Lafaz syukur dan setinggi penghargaan saya kepada semua pihak yang telah memberikan kepercayaan untuk saya menerima anugerah ini.
“Jujur dari lubuk hati terdalam, perancangan ke hadapan masih panjang, sejauh mana pun karier ini dilalui, saya memahami akar yang kuat mengikat hati dan jati diri.
“Terima kasih di atas doa dan ucapan daripada semua pihak, platform dan individu, saya dengan rendah hati mendoakan agar kita semua dikurniakan kebaikan dunia akhirat.”
DS Siti Nurhaliza turut berterima kasih kepada semua yang mendukung dan melihat detik jatuh bangunnya sebagai anak seni.
“Alhamdulillah. Dengan penuh kerendahan diri, saya bersyukur kehadrat Allah swt di atas apa yang dipinjamkan kepada saya selama ini. Terima kasih buat semua yang melihat jatuh bangun saya dan berada mendukung karier saya dalam apa jua keadaan.”
Memetik kata-kata DS Siti Nurhaliza ketika memberikan ucapan pada majlis berprestij itu, seni bukan semata-mata untuk mencipta nama tetapi dapat mendekatkan dirinya dengan masyarakat.
“Saya berpeluang bertemu peminat dari pelbagai bangsa dan latar belakang termasuk memperkenalkan Malaysia apabila membuat persembahan di luar negara. Saya bersyukur kerana karier seni ini mematangkan diri saya seterusnya memberikan inspirasi serta pengaruh yang baik kepada masyarakat.”
DS Siti Nurhaliza turut menyatakan komitmennya untuk terus memberikan yang terbaik demi industri seni tanah air.
“Insya-Allah saya akan terus memberikan yang terbaik untuk industri muzik tanah air dan bawa muzik kita ke peringkat lebih jauh lagi, lebih tinggi,” ujarnya.
Selaku penerima Anugerah Khas ASN 2024: Biduan Negara beliau menerima wang tunai RM30,000 di samping kain songket, watikah serta trofi dan status sebagai Seniman Tamu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon daripada seberang, Marcell Darwin telah mendalami ilmu agama islam sejak dia memutuskan untuk memeluk Islam pada tahun 2019. Tidak hanya itu, dia juga berusaha mengajar agama Islam kepada anak tunggalnya, Benjamin Qeenan Darwin.
Marcell Darwin mula dikenali di Indonesia sejak berlakon dalam sinetron “Alisha”. Kemudian, namanya semakin mencuri perhatian sejak menjadi bintang filem “Lawang Sewu” pada tahun 2007. Terdahulu, dia memeluk agama Kristian dan memutuskan menjadi mualaf pada tahun 2019.
Aktor berdarah Makassar-Jerman ini akui bahawa sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang bapa untuk membimbing anaknya serta mengajar mengenai agama islam.
“Walaupun saya seorang mualaf, saya belajar sebanyak yang saya boleh, keranaanaksaya yang masih kecil,sayaperlumengajarnyajuga,” kata Marcel Darwin melalui satu temu bual.
Tambahan itu, dia turut bersyukur kerana sering dibantu sang isteri, Manila Faisal. Isterinya banyak membimbingnyadalammenjalankanibadahsesuaiajaranIslam.
“Alhamdulillah, isteri saya dapat membimbing saya dan anak-anak saya dalam mengerjakan solat serta membaca surah-surah pendek.
“Dan perkara yang paling penting ialah mungkin saya boleh belajar lebih cepat daripada anak-anak saya,” katanya.
Sudah tentu, sebagai ibu bapa, pelakon filem ‘Nikah Yuk’ ini sentiasa cuba menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anaknya. Dia turut mengakui terharu dan gembira melihat anaknya mula belajar solat.
“Sebab itu saya boleh mula mengajar anak saya perlahan-lahan, dan ketika anak saya mahu mendoakan saya…Alhamdulillah, ya, walaupun saya masih baru (masuk Islam), terasa macam kami belajar bersama.” , kata Marcell Darwin.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji telatah dan kecomelan anaknya, Qeenan ketika belajar solat serta turut mendoakan agar pelakon itu serta si comel terus istiqamah.
“Masyaalah tabarakallah… Semoga istiqamah di jalan Allah dan bahagia selalu dunia akhirat bersama keluarga. Aamiin…”
“Indahnya😍, semoga berkah selalu dunia akhirat kak sekeluarga aamiin”
“Bapaknya jadi teladan, anaknya sholeh. Masya Allah Tabarakallah…”
“MasyaAllah si soleh Qeenan ‘gemes’ bangat si kamu nakk”
Siapa tidak kenal selebriti Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta. Anak jati kelahiran Kedah itu dilihat sering menggunakan ‘populariti’ yang dimilikinya untuk memberi impak positif kepada orang sekeliling.
Malah, sejak memutuskan untuk bertudung, penampilan isteri kepasa aktor Zain Saidin ini sering menjadi inspirasi kepada wanita berhijab diluar sana.
Memetik laporan HIJABISTA ketika menemui figura berkenaan, Che Ta menegaskan tidak sukar untuk seseorang berubah ke arah yang lebih baik, namun perlu bijak mengutip dan menambah ilmu di dada serta sentiasa memperbaiki diri sendiri.
“Sekarang nak belajar agama banyak cara yang mudah. Follow je ustaz yang boleh kita yakini dan kenal pasti ilmu agamanya. Dari situ kita akan lebih mempelajari ilmu agama secara mendalam dengan mereka ini.
“Macam sekarang saya akui ada follow mereka yang tidak bertudung. Tetapi bila kita like dan share orang tak pakai tudung, selama mana kita kongsi gambar itu kita akan tanggung dosa. Oleh sebab itu saya dah jarang like atau share gambar mereka yang tak berhijab,” ujarnya.
“Ia sebenarnya haram. Selama mana kita letak di Instagram kita, selama itulah kita kena tanggung dosa sebab kita menyebarkan gambar mereka yang tidak menutup aurat.
“Tambahan pula, sejak mengetahui perbuatan itu salah, saya terus berhenti berbuat demikian.
“Saya tak nak bila kita ada follower yang banyak di Instagram, tetapi tak kongsi benda yang bagus dan bermanfaat untuk orang lain,” katanya lagi.
“Malah kalau ada yang DM tanya berapa harga untuk review barang, saya bagi tahu balik kalau ada produk bagi je dan tidak akan kenakan sebarang caj. Kebanyakan mereka tidak ada bajet dan saya akan review produk mereka.
“Bukan maksudnya wajib promote, tapi bagi saya itu seperti tanggung jawab. Apa gunanya ada follower yang banyak tetapi tidak gunakan untuk menolong orang lain,” jelasnya lagi yang mempunyai follower seramai 5.1 juta di laman Instagram.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.