Dua tiga hari yang lalu, tular kisah penderitaan seorang ibu kepada lima orang cahaya mata yang menghidap kanser lidah sehingga menyebabkan dia tidak lagi boleh bercakap.
Namun hari ini, satu perkhabaran duka diterima apabila dimaklumkan ibu berkenaan dikenali sebagai, Rosimah Ismail, berusia 49 tahun, telah disahkan meninggal dunia.
Berikut perkongsian anak keduanya, Nurul Shafina di laman Facebook.
JUMAAT (6 MAC 2020)
Al Fatihah.
Mak dah kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Mak berehat la di sana. Semoga kita berjumpa lagi di syurga nanti.
Allah sayang mak. Kami semua sayang mak.
Mak insan terpilih. Mak dijemput Ilahi dihari yg penuh barakah hari yang mulia. Terlerai sudah penderitaan mak selama ni. Semoga Allah kuatkan hati piena, abah, kakak dan adik-adik untuk terima semua ni.
Semoga mak tenang di sana.
Mak, mungkin kita terpisah antara dua dunia yang berbeza. Tapi mak tetap dihati kami selamanya hingga ke syurga nanti. InshaaAllah. Ameen.
Mak tunggu piena tau.
Assalamualaikum. Berehat puas-puas dekat sana ya mak.
SEBELUM INI ARWAH SEMPAT MENUKILKAN CORETAN HATINYA
RABU (4 MARCH 2020)
Nukilan terakhir mak tulis dalam buku sebelum mata mak keduanya bengkak dan tertutup sepenuhnya. Mak dah tak boleh berkata2 . Dah tak boleh bersuara lagi. Lidah mak dah mengeras sepenuhnya. Mak hanya mampu menulis 😞
Kata2 nasihat dari mak, piena akan ingat sampai bila2 . Kami adik beradik akan ingat pesan mak untuk selamanya. Sebak hati bila baca apa yang mak tulis. Nasihat mak untuk kami adik beradik sentiasa terngiang2 dlm ingatan. 😊 Semoga Allah permudahkan segala urusan mak.
Mak cepat sihat ya 😔 Piena rindu mak yang dulu 😞 Pina , adik2 dan abah tak kuat tanpa mak. Kami semua perlukan mak 😞😞 Mak penyeri rumah. Mak segalanyaaa buat kami 😢😞
LOVE YOU MAK ! ❤
Simpan sini sebagai kenangan.
Syurgaku.
Sumber kredit: Nurul Shafina
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setelah 5 Hari, Perkahwinan 2 WARIS Anak Jutawan Ini Masih HANGAT Diperkatakan Netizen. Ini SEBABNYA!
Minggu lalu telah berlangsung majlis pernikahan anak pasangan dua jutawan terkemuka negara, SM Faliq yang merupakan waris kumpulan Naza Group dan juga pasangannya, Chryseis yang merupakan anak kepada jutawan, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group. Walaupun sudah lima hari berlalu, keindahan dan keunikan majlis pernikahan ini masih lagi menjadi bualan netizen. Malah pasangan ini juga menjadi carian tertinggi di google sejak umum mengetahui berita pernikahan mereka.
Welcome to the family @chrystan_x !!! ? #chrysfaliqeverafter
A post shared by Nadia Nasimuddin (@nadianasimuddin) on
Majlis ini menarik perhatian ramai kerana pertembungan dua budaya yang disatukan dalam majlis penuh eksklusif. Pasangan sama cantik sama padan ini menggayakan persalinan serba putih yang menyerlahkan lagi seri pengantin baru. Berlangsung dalam suasana cukup harmoni yang menyaksikan pertembungan keluarga dari dua budaya berbeza.
Pada majlis penuh bersejarah itu, Chryseis nampak anggun berbusana kurung moden rekaan pereka dari Indonesia, Yefta Gunawan dengan layah putih yang hanya disangkut cantik pada sanggul tinggi. Manakala pasangannya cukup tampan dengan persalinan baju Melayu cekak musang dengan samping dan songkok.
I’m a ?? today! #chrysfaliqeverafter ❤️ // 2.02.2018 ?
A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on
Bukan mereka sahaja mengenakan pakaian kebangsaan, tetapi keluarga kedua belah pihak juga tidak ketinggalan sedondon menggayakan persalinan baju Melayu rona yang sama di majlis berkenaan.
A post shared by Y S A E v e n t s (@ysa_events) on
Manakala untuk acara minum teh pula, kelihatannya keluarga SM Faliq juga tampil menarik dengan baju tradisional Cina.
A post shared by SM Faisal Nasimuddin (@faisalnasimuddin) on
Majlis bertemakan ‘English Garden Wedding’ di langsungkan dalam majlis tertutup di sebuah resort peranginan di The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Bukit TInggi. Menariknya majlis pernikahan ini dihias begitu indah dengan kehadiran bunga mawar merah jambu dan putih tanda cinta yang termeterai antara dua hati.
Family ❤️ ; Faliq’s boys & my girls! ?? :: LOVE you all ? // #chrysfaliqeverafter ?
A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on
Apa yang lagi menarik diperkatakan di majlis ini menurut laporan dari Astro Awani, adalah apabila ayah kepada pengantin perempuan, Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun turut berpantun mengikut lenggok yang sangat beralun.
Seorang yang dikenali dan disegani, Tan Sri Vincent Tan tidak terlepas untuk menunjukkan kepakarannya berpantun kepada kepada pihak lelaki.
Menerusi satu video yang dimuat naik di ‘insta story’ laman sosial Instagram milik syarikat pengurusan acara @laskarsonas, video menunjukkan kepetahan luar biasa yang ditonjolkan Tan Sri Vincent Tan berbalas pantun kepada pihak lelaki yang diwakili oleh SM Faisal SM Nasimuddin.
Video itu meraih perhatian dan sorakan dari tetamu yang hadir di majlis tertutup berkenaan.
Chinese tea ceremony ?? :: #chrysfaliqeverafter ❤️
A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on
Mengimbau memori lalu, anak jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan ini telah dilamar oleh usahawan, SM Faliq SM Nasimuddin, 33 tahun. Faliq merupakan anak lelaki kepada Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin melamar Chryseis Tan, 29 tahun, ketika mereka berdua bercuti di Marrakesh. Keduanya kemudian mengikat tali pertunangan sebelum diijabkabul Jumaat lalu.
???? :: #chrysfaliqeverafter ? // @thechateauresort ???
A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on
Masih belum terlambat untuk Hijabista mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai. Semoga ikatan yang terjalin antara gergasi dunia korporat ini kekal kukuh dan mereka berdua bahagia hingga jannah.
SUMBER FOTO: INSTAGRAM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah 4 Tahun Setiap Malam Anak Saya MENANGIS, Tidur Dengan Frame & Rindukan PAPANYA” – Sayunya Luahan Hati Anak Mangsa MH370
Siapa menyangka, tragedi kehilangan MH370 sehingga kini masih misteri walaupun pencariannya sudah pun memasuki tahun keempat, namun jauh di sudut hati waris mangsa pesawat malang itu masih menanti satu jawapan ‘penutup’ ke mana ianya hilang. Penerbangan MH370 bersama 239 orang hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014, dan kehilangan pesawat itu disifatkan antara yang paling menimbulkan misteri dalam sejarah penerbangan di dunia.
Australia, Malaysia dan China secara bersama menggantung pencarian selama dua tahun bagi pesawat tersebut pada Januari tahun lepas. Tiada tanda-tanda pesawat itu ditemukan di kawasan pencarian merangkumi 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
Setakat ini, hanya tiga serpihan yang disahkan dari MH370 telah ditemukan, kesemuanya di pantai Barat Lautan Hindi termasuk bahagian sayap sepanjang dua meter dikenali sebagai “flaperon”.
Isteri kepada seorang pramugara MH370, Muhammad Hazrin iaitu Intan Maizura Othman berkata biarpun dia reda, namun mengharapkan kebenaran di sebalik kejadian tersebut walaupun sudah empat tahun berlalu.
Apabila ditanya dalam temubual bersama dalam rancangan Sofa Sinar untuk siaran di Sinar Harian Online, perasaan sebenar yang dialaminya sejak peristiwa itu, Intan mengungkap:
“Sebenarnya sudah banyak kali soalan itu diajukan kepada saya. Saya sebagai orang Islam, reda dengan apa yang berlaku, jika saya kata reda, sama ada dia hidup atau dah tiada, saya terima.
“Dalam erti kata lain saya tak nak terlalu mengharap yang menganggap dia masih hidup kerana ia akan menghantui kehidupan dan emosi saya serta anak-anak, “ katanya ketika ditemubual oleh pengacara Sofa Sinar, Norutul Ilham Mad Jani.
Menurutnya masih segar diingatannya perisiwa empat tahun lalu sebelum suaminya berangkat ke tempat kerja buat kali terakhir.
“Ketika itu saya masih mengandung anak kedua kami, tujuh bulan dan seorang lagi anak sulung berusia 4 tahun. Ketika kejadian berlaku, anak perempuan saya masih ok, seminggu dan dua minggu selepas itu juga masih ok sehinggalah saya beriitahu dia yang ‘papa tak akan balik’, barulah dia dah goyang. Ini kerana ketika itu dia tengok saya asyik menangis sahaja sepanjang kejadian itu.
“Masa itu saya tengok dia juga turut beremosi seperti saya juga. Memang ia amat melukakan bagi kanak-kanak sekecil itu. Apatah lagi dia juga sangat rapat dengan papanya. Memang saya susah nak explain perasaan dia. Malah sampai hari ini dia masih tidur dengan frame papanya, menangis setiap malam, rindukan papanya. Saya tak dapat selami perasaan sebenar walaupun saya ini emaknya,” cerita Intan dalam nada perlahan.
Ketika ditanya mengenai kerjayanya suaminya sebagai seorang pramugara, adakah dia ada terfikir mengenai kemalangan yang akan menimpa suaminya, sepanjang kerjayanya sebagai seorang pramugara.
“Sebenarnya itu adalah benda pertama yang datang dalam fikiran saya ketika seorang teman menelefon memberitahu pesawat suami saya hilang. Tetapi saya tidak menyangka ia adalah perbuatan hijack tetapi saya hanya terbayang crash sahaja.
“Itu sahaja yang terbayang di fikiran dan saya sudah bersedia menerimanya jika crash tetapi bukan dengan situasi (drama) yang berlaku masa itu,” ceritanya yang turut membuat keputusan dia juga tidak akan terbang dengan memakai pakaian uniform tetapi sebagai penumpang sahaja tidak mengapa.
Sebagai isteri Intan juga mengharapkan ada pengakhirannya bagi kes ini. Dia berharap akan ada seseorang yang datang memberitahu kebenarannya apa sebenar yang berlaku pada MH370. Bukan sahaja untuk dirinya tetapi anak-anak dan juga keluarga lain bagi mangsa pesawat berkenaan.
“Pada isteri yang menanti, pada suami yang menanti, anak-anak semuanya ingin tahu kebenarannya sahaja. Just tell us the truth dan itu sahaja yang kami mahukan,” katanya lagi.
Sementara itu dalam temubual bersama Nona, Intan memberitahu dia mahu bangkit dari episod duka dengan memilih aktiviti lasak pilihannya, memanjat gunung.
Menurutnya aktiviti ini menjadi pilihan kerana mendapati ia merupakan satu aktiviti fizikal yang bukan sahaja menguji dari segi fizikal, malah turut melibatkan daya ketahanan mental yang tinggi.
Intan juga masih mengingati detik manis kali pertama mendaki bersama suami tersayang sekitar tahun 2013. Ketika itu dia mencuba mendaki Bukit Tabur yang terletak di Malawati. Mendaki tanpa persediaan lengkap dan hanya berbekalkan air minuman serta kasut dan peralatan mendaki yang terhad. Namun keduanya berjaya mengatasi cabaran tersebut walaupun suaminya itu bukanlah seorang yang gemarkan aktiviti luar.
Sementara itu anak kepada salah seorang penumpang MH370, Anne Daisy iaitu, Grace Nathan pula berkata sebaik sahaja laporan yang mengesahkan menemui serpihan yang didakwa milik pesawat malang itu, dia terus menggigil.
“Itu kali pertama saya kena terima bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi. Saya jadi tak tahu apa yang nak difikir kalau itu yang berlaku terhadap MH370.
“Sebelum ini ada pelbagai andaian dan laporan, jadi susah nak terima semua ini, tapi apabila laporan ini keluar, sedih sangat,” katanya.
VIDEO PENUH TEMUBUAL:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hanya Guna Sabun Kedai Eco, Periuk Belanga Nampak Macam Baru Walaupun Dah Lapan Tahun Pakai
Menyental periuk adalah satu aktiviti di dapur yang agak mencabar. Memang tidak dapat lari dengan keadaan periuk yang hitam dan berjelaga. Telah pelbagai cara dicuba namun kesan hitam dan jelaga pada periuk tidak juga hilang.
Melalui perkongsian Mariyah Ghazali wanita ini berkongsi tip tentang sabun yang dia gunakan untuk mengilatkan periuk belanga di rumahnya. Akuinya lagi, telah bertahun-tahun menggunakan sabun tersebut.
Kebanyakan periuk-periuk yang dia gunakan pula sudah mencecah usia lapan tahun. Walau bagaimanapun periuk-periuk miliknya masih berkilat. Berkat menggunakan sabun yang dibeli dari kedai Eco itu, periuk-periuk wanita ini kelihatan seperti baru.
INILAH SABUN YANG DIGUNAKAN
LUMURKAN SABUN PADA SELURUH BAHAGIAN PERIUK
GUNAKAN BERUS DAWAI UNTUK MENGGOSOK PERIUK
WOW! MEMANG BERKILAT DAN BERSINAR-SINAR
SERONOKNYA BILA TENGOK PERIUK-PERIUK INI NAMPAK MACAM BARU
ADA ANTARA PERIUK-PERIUK INI YANG SUDAH BERUSIA LAPAN TAHUN
HIJABISTA: Apabila barang-barang dapur nampak bersih, kemas dan teratur, secara tidak langsung ia membangkitkan mood untuk lebih rajin memasak.
Sumber kredit: Mariyah Ghazali via Deco Dengan Kedai Eco
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI