‘Ya Allah Harini Baru Ibu Dengar’- TokTi Teruja Bila Aafiyah Sebut ‘Dato Siti Nurhaliza’

Share

Penyanyi nombor satu negara, Dato Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti meluahkan rasa terujanya terkejut  melihat anaknya yang tercinta iaitu Siti Aafiyah,2, boleh menyebut ‘Dato’ Siti Nurhaliza.

Aksi spontan ibu dan anak ini dimuat naik oleh Tokti sendiri di ruangan instastory miliknya. Dalam video tersebut, memang jelas Tokti terkejut dengan kebolehan Aafiyah dalam mengungkapkan nama serta gelarannya itu.

Bukan itu sahaja, netizen juga turut teruja apabila melihat reaksi Tokti dan kepetahan Aafiyah dalam video tersebut. Bijak sungguh Aafiyah!

Comel tengok muka Tokti tahan gelak!

Tak pelat langsung sebutan Aafiyah!

kredit: twitter @IniAlannn

IKLAN